Khamis, 17 Januari 2013

otaiblues

otaiblues


Listen perkasa.pemuda umno..cepat kutip derma untuk utusan

Posted: 17 Jan 2013 04:36 AM PST

PUTRAJAYA: Lima orang Hakim Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara menolak rayuan Utusan Malaysia ke atas keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini yang memihak kepada anggota Parlimen Shah Alam, Haji Khalid Samad.

Dalam keputusannya hari ini Mahkamah Persekutuan memutuskan tidak memberikan kebenaran kepada pihak Utusan untuk merayu sekaligus keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi sebelum ini dikekalkan.  Mahkamah juga memerintahkan Utusan membayar kos sebanyak RM10,000-00.

Lima orang Hakim yang bersidang di dalam rayuan hari ini adaalah Hakim Tan Sri Richard Malanjun, Hakim Datuk Bentara Luar Datuk Haji Hashim Bin Datuk Hj. Yusoff, Hakim Datuk Ahmad Bin Hj Maarof, Hakim Datuk Hasan bin Lah dan Hakim Datuk Jeffery Tan Kok Wha.

Mahkamah Rayuan pada 24 Mei 2012 telah menolak dengan kos rayuan Utusan Malaysia ke atas keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan Utusan membayar gantirugi RM60,000-00 kepada Ahli Parlimen Shah Alam itu.

Pada 21 November 2011 Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Tuan Prasad Sandhosham Abraham telah memutuskan bahawa artikel di muka hadapan Utusan Malaysia bertarikh 10/9/2009 bertajuk ""ZULKIFLI BIDAS 'PAK JANGGUT' " adalah memfitnah ke atas YB Khalid Samad. 


Dei.baru awal tahun dah kena bayar lagi ke? 
mana anggota perkasa,pemuda umno..tak kesian ke kat utusan penyambung lidah syaitan hangpa,,kutip la derma bagi meringan kan beban pengarah utusan nak bayar sen sorang.

tahun lepas kan ke engkau orang  ada melancarkan tabung derma,tahun ni tak ada ke?

listen makcik...engkau tak sebagus mana nak halau orang..

Posted: 17 Jan 2013 04:12 AM PST

Sesuka hati je engkau nak halau orang ye...

Tiada ulasan: