RAKYAT MARHAEN |
- HKR #112: 8 lokasi berkumpul dan laluan ke Stadium Merdeka
- HKR #112: Panduan penting untuk keselamatan peserta
- HKR #112 : Himpunan esok tetap di Stadium Merdeka
- Kerja Syaitan Dikenali : Himpunan Kebangkitan Rakyat jadi Himpunan Shamsidar di TV3
- HKR #112 : Geng R terengganu dan Klate sudah tiba di KLCC, anda?
- TERKINI HKR#112 : KENYATAAN MEDIA MAT SABU DAN JAWATANKUASA HKR
- Peguam Cari Makan 'Merajuk' Masuk Umno!
- IT'S STILL STADIUM MERDEKA: Cops & BN "sour grapes" slammed for trying to thwart rally
- HKR #112 : Malaysians ready for #KL112
- HKR #112 : Polis jamin himpunan dikawal dengan kondusif
- HKR #112 : TIMBALAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI BERI LAMPU HIJAU KEPADA PARA MAHASISWA/I TURUT SERTA
- HKR #112 : Perkasa & Pemuda UMNO Hantar SMS Ugutan Kepada SAMM
- Demo takse Tok Guru dicalon lagi
- HKR #112 : 10 syarat polis untuk peserta
- HKR #112 : KENYATAAN POLIS TENTANG STADIUM BUKIT JALIL
- Lensa : Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Tok Guru Nik Aziz Yang Ke 82
- Umno mahu PAS jadi macam dahulu
- Berjalan Tuntut Royalti KLCC – Stadium Merdeka #KL112
- Kita bebas memilih, kalau kita mahukan lanun, kita akan dapat lanun
- ‘Empress Dowager’ to decide polls date?
- ‘Najib has the edge over Anwar’
- Kes Rasuah : Saya disoal sebagai seorang saksi sahaja dan bukannya sebagai suspek - pembantu khas PKR
- Mat Sabu: Perhimpunan Sabtu kekal di Stadium Merdeka
- Bilakah non-Muslim diperangi?
- Bertam PM307: Aktivis serah memo hari ini
HKR #112: 8 lokasi berkumpul dan laluan ke Stadium Merdeka Posted: 10 Jan 2013 09:35 PM PST KUALA LUMPUR: Terdapat lapan lokasi berkumpul yang ditetapkan Jawatankuasa Himpunan Kuala Lumpur sebelum bergerak ke Stadium Merdeka, esok. Mereka juga meminta peserta berkumpul seawal jam 10 pagi dan mematuhi segala arahan komander di lokasi yang ditetapkan. Tidak ada sebarang perarakan sebaliknya tempat berkumpul tersebut bagi memudahkan pergerakan orang ramai berjalan menuju ke Stadium Merdeka. Berikut adalah lokasi berkumpul, laluan dan komander bertugas: 1. Amcorp Mall, Petaling Jaya Laluan: Lebuhraya Persekutuan – Jalan Pantai Baharu – Jalan Pantai – Jalan Bangsar – Jalan Brickfields – Jalan Tun Sambanthan – Stadium Merdeka Komander: Ust Nasruddin Tantawi, Shamsul Iskandar, Sany Hamzan. 2. Masjid Arrahman, UM Laluan: Jalan Pantai – Jalan Bangsar – Jalan Brickfields – Jalan Tun Sambanthan – Stadium Merdeka Komander: Nurul Izzah, Ng Suee Lim, Safwan Anang, Adam Adli, Raja Iskandar. 3. Brickfields Laluan: Jalan Brickfields – Jalan Tun Sambanthan – Stadium Merdeka Komander: Raja Ratnam, Faizal, Arutchelvan, Zunar - Kartunis, Maria Chin, M. Kula Segaran. 4. KLCC Laluan: Jalan Ampang – Lebuh Ampang – Jalan H.S. Lee – Jalan Tun Siew Sin – Jalan Petaling – Jalan Sultan – Stadium Merdeka Komander: Dato' Husam Musa, Teo Kok Seong, Mazlan Aliman, Zairil Khir Johari. 5.Kelab Sultan Sulaiman Laluan: Jalan Abdul Razak – Jalan Raja Abdullah – Jalan Ampang – Lebuh Ampang – Jalan H.S. Lee – Jalan Tun Siew Sin – Jalan Petaling – Jalan Sultan – Stadium Merdeka Komander: Badrul Hisham (CheGu Bard) 6. Pasar Seni Laluan: Jalan H.S Lee – Jalan Sultan – Stadium Merdeka. Komander: Dr. Siti Mariah, Teresa, Teo Nie Ching, Elizabeth Wong. 7.Jalan Sultan Laluan: Jalan Hang Jebat – Stadium Merdeka. Komander: Fuziah Salleh, Ishak Surin, Wong Tack, Tan Kok Wai. 8. Masjid Negara Laluan: Bulatan KTM – Jalan Sulaiman – Jalan Maharajalela – Stadium Merdeka. Komander: Khalid Samad, Azmin Ali, Dr Mujahid Yusuf Rawa. nota khas : sila ikut arahan komander |
HKR #112: Panduan penting untuk keselamatan peserta Posted: 10 Jan 2013 09:33 PM PST KUALA LUMPUR: Peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat, Sabtu ini disaran mengikuti garis panduan yang ditetapkan oleh penganjur bagi kelancaran sepanjang himpunan. APA YANG PERLU DIPAKAI Pakaian yang selesa untuk bergerak termasuk alas kaki/kasut yang sesuai. Pakaian bersih dalam beg – untuk ditukar jika terkena bahan kimia. Baju hujan boleh dibawa dan digunakan untuk melindungi diri dari cecair kimia (jika ada) termasuk pelindung kepala dan cermin mata keselamatan (shatter resistant eye protection). APA YANG PERLU DIBAWA Bawa air mineral/minuman secukupnya untuk diminum. Kami mencadangkan 2-3 botol air mineral/minuman 500 ml. Sapu tangan bersaiz besar atau tuala kecil. Basahkan dan tutup mulut/hidung dengannya sekiranya gas dilepaskan. Makanan seperti coklat, snek makanan ringan. Jika anda ada masalah kesihatan serius seperti masalah jantung dan paru-paru, kami menasihati anda mengelakkan diri dari menghadiri perhimpunan ini. Jika anda ada masalah kesihatan yang terkawal dan mahu menyertai perhimpunan, pastikan bawa ubat-ubatan preskripsi anda untuk bekalan sekurang-kurangnya sehari termasuk alat inhaler untuk pesakit asma. Topeng muka (surgical mask) boleh dibawa. Bawalah wang saku yang mencukupi untuk makanan, pengangkutan, telefon dan sebagainya sekadar perlu. PERKARA YANG PERLU/DILARANG UNTUK DILAKUKAN Read More / Baca Lagi >> |
HKR #112 : Himpunan esok tetap di Stadium Merdeka Posted: 10 Jan 2013 09:32 PM PST KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) menegaskan himpunan esok akan tetap diadakan di Stadium Merdeka seperti perancangan awal. Pengerusi HKR, Mohamad Sabu berkata, tidak berlaku perubahan tempat ke Stadium Bukit Jalil seperti yang cuba dikelirukan sesetengah pihak. "Dalam pertemuan dengan Ketua Polis Dang Wangi petang semalam, persetujuan dah dicapai pihak penganjur dan pihak polis. "Kita bincang apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Jadi tidak timbul sebarang perubahan," kata beliau dalam sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini. Beliau juga menegaskan, tidak ada sebarang perarakan sebaliknya orang ramai bebas berjalan menuju ke Stadium Merdeka. Namun, pihak penganjur menyediakan lapan tempat berkumpul bagi memudahkan pergerakan orang ramai. "Berjalan sahaja macam orang ramai berpusu-pusu nak pergi pasar malam. Read More / Baca Lagi >> |
Kerja Syaitan Dikenali : Himpunan Kebangkitan Rakyat jadi Himpunan Shamsidar di TV3 Posted: 10 Jan 2013 09:07 PM PST |
HKR #112 : Geng R terengganu dan Klate sudah tiba di KLCC, anda? Posted: 10 Jan 2013 09:04 PM PST |
TERKINI HKR#112 : KENYATAAN MEDIA MAT SABU DAN JAWATANKUASA HKR Posted: 10 Jan 2013 09:03 PM PST |
Peguam Cari Makan 'Merajuk' Masuk Umno! Posted: 10 Jan 2013 05:50 PM PST Untuk pengetahuan semua, peguam ini sudah lama dikesan menjadi duri dalam daging tetapi langkahnya kali ini memang sudah diduga. Beberapa kali dikesan bersama ahli parlimen Padang Serai yang menjadi katak lompat, N Gobalakrishnan, Saiful Ambar (gambar bawah, kanan sekali) sudah lama disisihkan sejak mewakili bekas ketua wanita KEADILAN Pulau Pinang, Aminah Abdullah. Dia dan dua individu lain iaitu bekas Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Shamsul Hidayat Mohd Shariff mendakwa dana dari luar negara telah menukarkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) daripada sebuah parti miskin kepada kaya. |
IT'S STILL STADIUM MERDEKA: Cops & BN "sour grapes" slammed for trying to thwart rally Posted: 10 Jan 2013 05:41 PM PST The #KL112 or Himpunan Kebangkitan Rakyat rally will take place at the Stadium Merdeka on Saturday as planned despite 11th-hour attempts by the police to get the organizers to to shift to another venue in Bukit Jalil. Read More / Baca Lagi >>"We will stay put in Stadium Merdeka. There is no change. The OCPD was not aware of the latest arrangement and the stadium management has not cancelled our booking," PKR vice president Tian Chua told Malaysia Chronicle. Kuala Lumpur police chief Mohmad Salleh had suddenly thrown a spanner into the works when he said last night that the rally should be shifted to the Bukit Jalil Stadium, which has a seating capacity of 100,000 compared to Stadium Merdeka's 30,000. "In view of the organiser's goal of gathering one million participants, it is logical to hold the rally at Stadium Nasional Bukit Jalil," Mohamad Salleh had said in the statement. Sour grapes Mohamad Salleh's comments riled up Pakatan Rakyat supporters and other Malaysians who have been looking forward to day of peaceful assembly at the historic Stadium Merdeka. "This is pure sour grapes. We already have an agreement with the police, what we have to comply with and what the police need to carry. To shoot off a late statement like that is bad faith and typifies the Umno-BN culture of not being able to keep its word. Maybe some of the Umno-BN hardcore right wing are having cold feet, but this will only reflect badly on them. Just like in Bersih 3.0, where DBKL was used to create trouble over the Dataran Merdeka venue and and in Bersih 2.0 where Prime Minister Najib Razak disgraced himself reneging on his earlier agreement to let the protesters use Stadium Merdeka," said Tian. In black and white |
HKR #112 : Malaysians ready for #KL112 Posted: 10 Jan 2013 05:32 PM PST Malaysians are preparing for what organisers hope will be a mass anti-government rally in Kuala Lumpur on Saturday. Opposition parties recently claimed that they will mobilise around 300,000 supporters to fill the city's Merdeka Stadium, despite warnings from the venue's management that the capacity is limited to 30,000. Malaysia's ruling coalition has warned, however, that the rally could turn into a repeat of last year's Bersih (or "clean") demonstration if the number of protestors exceeds the stadium's limit. The latest Bersih rally, held last April, ended with riot police firing tear gas and water cannons into crowds after a small group of broke through police barriers. |
HKR #112 : Polis jamin himpunan dikawal dengan kondusif Posted: 10 Jan 2013 05:31 PM PST KUALA LUMPUR - Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) esok akan dikawal dengan penuh kondusif bagi memastikan keselamatan peserta, pihak media dan anggota keselamatan terjamin. Komander Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Datuk Abdul Hamid Mohd Ali berkata, antara kelainan operasi polis kali ini adalah menyediakan pasukan marshal kepada media bagi membolehkan mereka memberi liputan sebaik mungkin. Menurutnya, antara tugas marshal ini nanti adalah membantu pihak media mendapatkan gambar terbaik, maklumat tepat di samping menjaga keselamatan petugas media sepanjang tempoh perhimpunan. "Kami menyediakan 50 marshal kepada media dan setiap marshal akan membawa dan membantu kira-kira 15 wakil media. "Marshal ini disediakan oleh polis kerana pengalaman pada Bersih 3.0 lalu menunjukkan pihak media sering terperangkap jika berlaku perkara tidak diingini. Kita tidak mahu perkara sama berulang," katanya pada sesi taklimat khas bersama media di sini, semalam. Read More / Baca Lagi >> |
HKR #112 : TIMBALAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI BERI LAMPU HIJAU KEPADA PARA MAHASISWA/I TURUT SERTA Posted: 10 Jan 2013 05:28 PM PST Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Dato' Saifuddin Abdullah dalam tweetnya telah memberi"permit" kepada semua pelajar di IPTA/S untuk turut serta dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 yang telah pun mendapat restu dan izin dari PDRM, untuk diadakan di Stadium Merdeka Sabtu ini 12hb Januari 2012. Apa tunggu lagi wahai anak muda menara gading... Sebagai bakal memimpin negara..Ayuh sama-sama kita memeriahkan serta meraikan demokrasi. |
HKR #112 : Perkasa & Pemuda UMNO Hantar SMS Ugutan Kepada SAMM Posted: 10 Jan 2013 05:27 PM PST Perkara itu didedahkan Penyelaras SAMM Wilayah Persekutuan, Shariful Azmir Mustafa. Menurutnya, SMS itu diterima tiga hari lalu oleh pimpinan tertinggi SAMM seluruh negara. "Beberapa hari lalu, aktivis dan ahli SAMM diganggu dengan SMS berbaur ancaman dan ugutan daripada pihak yang menamakan diri mereka Perkasa, Pekida dan Pemuda Umno untuk halang dan timbulkan provokasi agar perhimpunan bertukar menjadi pertumpahan darah," jelasnya kepada pemberita. SMS yang diterima itu, antaranya berbunyi "Kami akan halang himpunan haram dari malam lagi. Kami Perkasa, Pekida, Pemuda Umno dan 80 NGO lagi akan tunggu di d/merdeka dari malam lagi. Jangan jadi pengkhianat negara". "Ternyata regim usang ini sedang menghayati zaman akhir pemerintahan mereka dengan melakukan provokasi, sabotaj dan menggunakan samseng upahan untuk menakut-nakutkan rakyat," katanya selepas menyerahkan sejambak bunga kepada Timbalan Ketua Balai IPD Dang Wangi, M Nazir, di Ibu Pejabat Balai Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, semalam. |
Demo takse Tok Guru dicalon lagi Posted: 10 Jan 2013 05:23 PM PST Oleh Subky Latif Ketika semua pihak bertanya, mengapa Perdana Menteri Najib tidak membubarkan Parlimen, puak-puak desprado umno khusunya di Kelantan sibuk berdemo menuntut Tok Guru Nik Aziz jangan bertanding lagi dalam pilihan raya, cukuplah jadi Menteri Besar Kelantan 22+ tahun! Bukanlah urusan Umno dan orang-orang di luar PAS untuk menentukan apakah Mursyidul Am PAS itu patut bertanding dalam pilihan raya atau tidak. Biarlah ia ditentukan oleh PAS – pemimpin dan ahli-ahlinya. Tiada cerdiknya politik Umno mendesak PAS mencalonkan orang lain pula menjadi Menteri Besar. Suka hati PASlah sama ada hendak mengekalkan Tok Guru terus memimpin Kelantan lagi dalam PRU13 ini atau ia menggantikannya dengan orang lain. Logik Umno mahu Tok Guru digantikan oleh orang itu seolah-olah tiada harapan cerah bagi mengambil alih Kelantan, memadai bertukar Menteri Besar jadilah buat kali ini. Umno jangan sibuk tentang Tok Guru jadi Menteri Besar lagi atau tidak. Ia mesti berusaha meletakkan orang yang boleh menjadi memimpin Kelantan jika dapat mengalahkan PAS. Ia pernah menonjolkan Anuar Musa beberapa kali. Tukar pula dengan Mustapa Mohamad tak menjadi juga. Dalam PRU 2008, ia pasang dua orang, Mustapa Mohamad dan Dr Awang Adek. Secara tradisi Umno di Semenanjung tidak pernah mencalonkan seseorang untuk Parlimen dan DUN. Ia pecah tradisi itu di Kelantan mencalonkan Mustapa Mohamad untuk DUN dan Parlimen. Mengapa? Biar Umno saja menjawabnya. Read More / Baca Lagi >> |
HKR #112 : 10 syarat polis untuk peserta Posted: 10 Jan 2013 04:42 PM PST Walaupun mendapat persetujuan polis untuk berhimpun secara aman, namun pelepasan oleh pihak bekuasa itu umpama wayang apabila penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) dikehendaki melalui 27 syarat ketat. Menurut Pengarah HKR, Mohamad Sabu, syarat-syarat tersebut mengikut Seksyen 15(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736). "Setelah berbincang dan berdialog dengan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad, mereka bersetuju untuk memberi kerjasama dengan kita untuk berhimpun secara aman. "Diharapkan semua datang awal dan memberikan sokongan tanpa membuat kecoh kerana kita akan berkumpul secara aman," kata Mohamad kepada media selepas pertemuan itu di IPD Dang Wangi petang tadi. Antara syarat ketat yang ditetapkan polis adalah: 1. Penganjur dan peserta yang berada dalam himpunan itu tidak melakukan apa-apa perbuatan atau membuat apa-apa pernyataan yang berkecenderungan untuk mengembangkan perasaan jahat, perasaan tidak puas hati atau permusuhan di kalangan orang awam amnya atau membuat apa-apa yang akan menganggu ketenangan orang awam. 2. Penganjur hendaklah memastikan bahawa dia atau mana-mana orang lain yang berada di himpunan tidak melakukan apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang bertulis. 3. Penganjur hendaklah mematuhi tarikh, masa dan tempat perhimpunan sebagaimana yang telah ditetapkan, tarikh 12 Januari 2013, 2 petang hingga 5 petang di Stadium Merdeka. 4. Penganjur hendaklah menentukan tiada kanak-kanak di bawah umur 15 tahun ke tempat perhimpunan. 5. Penganjur hendaklah menentukan semua syarat-syarat dan semua sekatan perhimpunan dimaklumkan kepada semua peserta perhimpunan. 6. Penganjur hendaklah memastikan bilangan peserta perhimpunan yang masuk stadium tidak melebihi 30,000 orang sebagaimana mengikut terma yang ditetapkan oleh pemilik Stadium Merdeka. 7. Penganjur hendaklah mematuhi cara berhimpun yang ditetapkan di bawah Akta 736. 8. Penganjur hendaklah memastikan pembersihan semasa dan selepas perhimpunan atau menanggung kos pembersihan tempat perhimpunan. 9. Penganjur hendaklah memastikan perhimpunan itu tidak akan membahayakan kesihatan atau menyebabkan kerosakan kepada harta atau alam sekitar. 10. Penganjur dan peserta hendaklah bekerjasama dengan pihak berkuasa awam. |
HKR #112 : KENYATAAN POLIS TENTANG STADIUM BUKIT JALIL Posted: 10 Jan 2013 04:38 PM PST PENGUMUMAN jawatankuasa HKR kl112 telah mengadakan mesyurat tergempar dan mengambil kleputusan untuk MENERUSKAN perhimpunan di stadium merdeka TIDAK ada apa apa perubahan KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS KUALA LUMPUR Read More / Baca Lagi >>BERHUBUNG HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT 1) SAYA TELAH DIMAKLUMKAN BAHAWA PERMOHONAN PIHAK PENGANJUR UNTUK MENGGUNAKAN STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL DAN STADIUM MERDEKA TELAH MENDAPAT KELULUSAN DARIPADA KEDUA-DUA PERBADANAN STADIUM TERSEBUT. 2) SAYA DIFAHAMKAN PERMOHONAN UNTUK MENGGUNAKAN STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL PERNAH DIBUAT OLEH PIHAK PENGANJUR PADA OKTOBER LALU MANAKALA STADIUM MERDEKA PADA DISEMBER LALU. 3) PDRM MENERIMA KEPUTUSAN KEDUA-DUA PERBADANAN TERSEBUT DAN AKAN MENGAMBIL LANGKAH-LANGKAH PERLU UNTUK MEMASTIKAN PERHIMPUNAN BERJALAN DENGAN AMAN DAN LANCAR. 4) NAMUN, MELIHAT KEPADA ASPEK KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM, SAYA MENCADANGKAN AGAR PIHAK PENGANJUR MENYEMAK SEMULA HASRAT MEREKA UNTUK MENGGUNAKAN STADIUM MERDEKA. INI KERANA PERBADANAN STADIUM MERDEKA TELAH MELETAKKAN SYARAT UTAMA AGAR PERHIMPUNAN TERSEBUT DISERTAI TIDAK LEBIH DARIPADA 30,000 ORANG PESERTA BERDASARKAN KAPASITI STADIUM YANG HANYA BOLEH MENAMPUNG JUMLAH TERSEBUT. |
Lensa : Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Tok Guru Nik Aziz Yang Ke 82 Posted: 10 Jan 2013 04:36 PM PST |
Umno mahu PAS jadi macam dahulu Posted: 10 Jan 2013 04:32 PM PST Oleh BURONG PUNGGOK PAS sudah berubah. Umno masih tidak berubah. Tetapi Umno mahu PAS jadi macam dahulu, seperti masa tahun 1986, supaya rakyat menolak PAS dan Umno terus berkuasa. Apakah perubahan yang berlaku pada PAS? Pada tahun 1986, PAS mengetuai Harakah Keadilan Rakyat (HAK). Masa itu akhbar Harakah belum ada. Parti KeADILan juga belum ditubuhkan. Yang ada Parti Rakyat. Ia menggabungkan diri dalam HAK. Kini, pada tahun 2013, PAS bersekutu secara setaraf dengan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan DAP dalan Pakatan Rakyat. Ketiga-tiga parti mempunyai akhbarnya sendiri, Harakah, Suara Keadilan dan Roket. Apa yang tetap sama ialah ketiga-tiga pemimpin penting PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat, Abdul Hadi Awang dan Mohamad Sabu masih aktif. Apakah yang tidak berubah terhadap Umno. Dahulu dan kini, mereka mengetuai Barisan Nasional (BN). Mereka masih memiliki media yang sama, Utusan Malaysia, Berita Harian dan TV3. Cumanya, kalau dahulu Barisan Nasional memiliki Anwar, kini sudah tiada. Satu lagi persamaan yang ada pada Barisan Nasional, mereka menggunakan taktik serupa seperti tahun 1986. Iaitu melaga-lagakan PAS dan DAP, serta menggambarkan parti Islam sebagai pelampau yang menuduh Umno sebagai kafir. Satu lagi isu telah dimainkan pada tahun 1986 ialah istilah Hizbullah dengan mempertikai PAS sebagai pihak yang menggunakan kalimah Allah sebagai nama parti. Read More / Baca Lagi >> |
Berjalan Tuntut Royalti KLCC – Stadium Merdeka #KL112 Posted: 10 Jan 2013 04:30 PM PST Kenyataan ini dikeluarkan bagi memperbaharui maklumat & menyatakan perkembangan terbaru mengenai HKR KL112 setelah beberapa siri perbincangan di antara pihak R dengan Tn Hj Muhammad Sabu, NGO Lynas & NGO Anak serta Pengarah Unit Amal Malaysia. Kenyataan ini juga dikeluarkan setelah berlakunya pertelingkahan maklumat apabila beberapa pihak turut mengeluarkan Kenyataan yang berbeza. Adalah diharapakan agar semua pihak mengambil maklumat & mengikuti arahan terbaru dari sumber-sumber yang sah drp pihak menganjur, ini adalah bagi tujuan melicinkan lagi perjalanan perhimpunan aman terbesar dlm sejarah Malaysia ini. 1. Aktivis & Penyokong R, dikehendaki berpakaian MERAH utk peserta dr Kelantan.Terengganu. Pahang. Sabah. Sarawak – Negeri pengeluar minyak dan gas serta semua rakyat Malaysia yg cintakan keadilan berkumpul di MENARA PETRONAS, KLCC. 2. Sebagai simbolik kami mahukan hak kekayaan hasil bumi diserahkan kepada Negeri2 kami, bukan hanya sekadar kayakan Kuala Lumpur tetapi kesamarataan bagi seluruh Negeri-Negeri di Malaysia. 3. Perhimpunan aman bermula jam 11pagi pada 12 Januari (Sabtu), tiada perarakan dan demontrasi jalanan, hanya berjalan kaki beramai-ramai secara aman yang kami namakan "WALK FOR ROYALTI KL 112." Read More / Baca Lagi >> |
Kita bebas memilih, kalau kita mahukan lanun, kita akan dapat lanun Posted: 10 Jan 2013 04:00 PM PST Kenapa kita bermasalah dalam politik negara kini? Sebabnya kerana kita membiarkan politik mengatur kita. Kita yang sepatutnya mengatur politik negara tidak berbuat perkara yang sepatutnya kita lakukan. Jika jika biarkan politik itu berdiri dengan sendirinya maka kita akan di baham oleh kezaliman politik itu kerana politik itu adalah berkait dengan kuasa. Sesiapa yang memegang kuasa itulah penentu kepada keadaan politik sesebuah negara. Manusia yang bermain, lebih lagu yang memegang kuasa itu menentukan samada politik itu hendak diputihkan atau dihitamkan. Tidak ada yang bersih sebersih kain putih dalam politik ini, tetapi kita boleh bercakap tentangnya secara 'relative' di antara dua atau lebih pihak yang berkepentingan. Tetapi bagi pihak yang dikatakan baik itu adalah pihak yang bermain politik mengikut undang-undang dan lebih-lebih lagi mengikut etika yang bersesuaian mengikut keadaan latar belakang negara itu sendiri. Apa pun kita lakukan mesti ada etikanya. Kepada mereka yang melakukan sesuatu permainan politik itu mengikut etika yang baik maka pihak itulah yang di anggap pihak yang lebih baik dari pihak yang lagi satu itu. Bagi mereka yang beretika selalunya mereka mempunyai sikap malu dan bertanggungjawab dan mereka tidak akan melakukan sesuatu yang keterlaluan buruknya semata-mata untuk mendapatkan kuasa atau untuk mempertahankan kuasa itu. Garisan pemisahan di antara yang baik dan yang tidak baik inilah yang sangat susah untuk di gariskan. Perbezaan pandangan inilah yang menjadi penyebab kenapa pihak-pihak yang bermain dengan politik seolah-olah berada didalam keadaan berperang. Di negara kita politik sedang dalam keadaan yang begitu menjemukan kerana permainan politik yang tidak berada di tahap yang selalu di alami oleh negara yang maju. Kita yang bercakap tentang negara maju dan rakyat berpendapatan tinggi yang sedang berusaha melakukan transformasi dalam semua bidang termasuk dalam bidang politik tidak menampakan kematangannya walaupun sedikit. Kita masih lagi bermain politik seperti kita berada di negara Congo atau Zimbabwe dan banyak negara Afrika. |
‘Empress Dowager’ to decide polls date? Posted: 10 Jan 2013 03:58 PM PST There is some talk that Najib would not be the only one to decide when the next general election will be called. In political terminology, the term "Empress Dowager" is applied to someone who is actually holding the reins of power and it can be used to refer to either a man or a woman. But first here is some information about the real Empress Dowager. In Chinese history, Empress Dowager Cixi (1835-1908) was the one wielding power "behind the curtain" for half a century. She was born into a Manchu noble family and became a palace lady at the age of 17, becoming the favourite of Emperor Xiafeng. When he died in 1861, she put her six-year-old son on the throne as Emperor Tongzhi. Tongzhi died in 1875 at the age of 20 but without an heir. Cixi then put her four-year old nephew, Zaitian, on the throne as Emperor Guangxu. During the reign of these two emperors, Cixi was the real power behind the throne. Being shrewd and cunning, she manoeuvred her court officials against one another so that her power would never be threatened. She also had a fiery temper and loved extravagance and was a spendthrift . Back to Malaysian politics, there are rumours that the "Empress Dowager" wants the 13th general election to be held before March 8. Why March 8? Well, this was the date of the previous general election in 2008. And the "Empress" thinks that any date after March 8 will give the impression that BN leaders are afraid and cowardly besides being lacking in confidence. Therefore, by hook or by crook, the polls must be held before March 8. Read More / Baca Lagi >> |
‘Najib has the edge over Anwar’ Posted: 10 Jan 2013 03:56 PM PST Academician Sivamurugan Pandian believes the Najib factor will prevail and pull BN over the finishing line in the next general election. GEORGE TOWN: For the first time in Malaysian political history, Barisan Nasional will face the most serious challenge to its 55-year-old political supremacy.But political analyst Sivamurugan Pandian believes the Najib factor would eventually prevail and pull BN over the finishing line in the next general election. He, however, was unsure if the Najib factor can help BN regain its two-thirds parliamentary majority. Since taking over from Abdullah Ahmad Badawi in 2009 as the prime minister, he said Najib Tun Razak had managed to come out from the Umno's racial political sphere to become a Malaysian leader for all. He pointed out that Najib had enhanced his reputation via his walkabouts to reach out to various communities and young voters on his own. He said Najib was now perceived to be addressing problems faced by various communities on his own, rather than depending on third party, or BN coalition partners. He said Najib's direct approach and personal touch had convinced the grassroots, including young Malaysians, that the prime minister has come of age. "He has managed to erase initial scepticism on his leadership capabilities. "It's not an overstatement to say Najib has transformed himself from being seen as a Malay leader to a Malaysian leader," said Sivamurugan, a lecturer at the School of Social Sciences in Universiti Sains Malaysia (USM). Anwar's political strength Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 10 Jan 2013 03:54 PM PST Saya adalah pembantu khas Timbalan Ketua Menteri (I) Pulau Pinang. Saya merujuk kepada laporan-laporan media baru ini yang merujuk kepada penahanan saya oleh SPRM atas satu dakwaan korupsi bagi kononnya menutup aduan gangguan seksual terhadap seorang pegawai tinggi. Saya amat terkejut kesemua laporan media tersebut adalah lebih memfokus terhadap saya sebagai pembantu khas Timbalan Ketua Menteri (I) Pulau Pinang. Saya dengan ini ingin menegaskan seperti berikut:- 1) Saya tidak terlibat dalam apa-apa transaksi untuk menutup mana-mana aduan gangguan seksual dan tidak memberi mahupun menerima apa-apa wang atau ganjaran bagi tujuan menutup aduan gangguan seksual tersebut; 2) Pihak SPRM telah menangkap saya dan telah ditahan semalaman dalam lokap SPRM sebelum disoal siasat. Pada setiap masa siasatan, saya dirujuk dan disoal sebagai seorang saksi sahaja dan bukannya sebagai suspek atau pesalah; 3) Siasatan berkenaan dakwaan korupsi untuk menutup aduan gangguan seksual tersebut adalah melibatkan Bekas Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah dan tidak melibatkan mana-mana pimpinan parti dari Pakatan Rakyat mahupun melibatkan Timbalan Ketua Menteri (I). 4)Memandangkan terdapat niat jahat serta kecenderungan berbaur politik dalam laporan-laporan akibat penangkapan saya yang telah menjatuhkan imej saya serta imej pimpinan parti saya, maka saya telah mendapatkan nasihat guaman dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang meneruskan fitnah terhadap saya tanpa sebarang justifikasi. Sekian penjelasan saya. Zainal Abidin bin Saad Pembantu Khas Timbalan Ketua Menteri (I) Pulau Pinang |
Mat Sabu: Perhimpunan Sabtu kekal di Stadium Merdeka Posted: 10 Jan 2013 03:52 PM PST KUALA LUMPUR, Jan 11 — Perhimpunan besar-besaran Himpunan Kebangkitan Rakyat akan diteruskan seperti dirancang di Stadium Merdeka esok, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (gambar) mengesahkan, memberitahu bahawa polis secara tidak rasmi meminta agar mereka memindahkan acara itu ke Stadium Bukit Jalil. Beliau memberitahu The Malaysian Insider malam tadi satu perjanjian dengan polis telah dicapai dan juga dimeterai, dengan kedua-dua pihak bersetuju dengan tempat acara dan keadaan keselamatan tertentu yang dikenakan terhadap penganjur perhimpunan. "Tiada arahan polis dikeluarkan menyuruh kami berpindah. Saya sudah bercakap dengan OCPD (ketua polis daerah) Dang Wangi dan ia adalah perbincangan yang baik, dan semuanya teratur," tegas beliau apabila dihubungi melalui telefon. "Perhimpunan kita akan diadakan di Stadium Merdeka," kata pemimpin popular PAS yang dikenali sebagai Mat Sabu lebih awal semasa berucap di majlis makan malam pengumpulan dana Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar di kuil Thean Hou di sini malam tadi. Beliau merespon kepada Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh yang menyarankan malam tadi supaya penganjur perhimpunan menggunakan Stadium Nasional di Bukit Jalil sebagai tempat berhimpun kerana ia lebih sesuai dan mampu menampung kapasiti lebih besar berbanding Stadium Merdeka. "Dengan melihat matlamat penganjur perhimpunan untuk mengumpulkan satu juta peserta, adalah logik untuk mengadakan perhimpunan di Stadium Nasional Bukit Jalil," kata pegawai polis itu dalam satu kenyataan. Tetapi Mat Sabu menegaskan ini adalah bukan lagi satu isu, menyatakan berulang kali perjanjian yang ditandatangani antara penganjur perhimpunan dan polis sebelum itu. Beliau mengakui bahawa jemputan ke Bukit Jalil ada disebut, tetapi berkata pemilik Stadium Merdeka yang ikonik sudah memberi lampu hijau kepada penganjur bagi menggunakan tempat tersebut untuk perhimpunan esok. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 10 Jan 2013 03:51 PM PST Sekalipun umat Islam di Malaysia telah hidup sekian lama bersama dengan mereka yang non-Muslim, namun di sana masih terdapat beberapa persoalan dasar yang tidak jelas dalam pemikiran sesetengah pihak. Ketidakjelasan itu boleh menatijahkan tindakan yang tidak tepat dalam keadaan tertentu. Dalam keadaan biasa, mungkin kesannya kurang kelihatan, tetapi apabila krisis tertentu melanda, kita akan merasai kesan salah tanggapan terhadap Islam dan prinsipnya khusus berkaitan hubungan Muslim dengan non-Muslim. Saya ingin menggesakan pelbagai pihak untuk menganjurkan wacana dan dialog tentang hubungan Muslim dengan non-Muslim di sudut nas-nas Islam yang sebenar. Perbincangan yang bebas daripada ketamakan politik dan fanatik perkauman. Ini penting untuk nama baik Islam dan dakwah, serta masa depan negara ini. Beberapa persoalan tentang prinsip interaksi antara Muslim dan non-Muslim seperti apakah asas hubungan antara Muslim dan non-Muslim; perdamaian ataupun permusuhan? Apakah sebabnya jihad dalam Islam difardukan; kerana kekufuran ataupun disebabkan permusuhan yang dilancarkan? Siapakah kafir zimmi dan harbi?, dan lain-lain lagi perlu didalami. Disebabkan kegagalan memahami asas-asas ini dengan baik, maka sentimen agama yang kadangkala tidak tepat dimainkan. Apatah lagi ada pihak yang menangguk di air keruh mengambil kesempatan politik pilihanraya. Kenapa non-Muslim diperangi? Ini satu persoalan yang penting. Jika salah langkah, maka banyak darah yang dihalalkan atas nama Tuhan. Secara umumnya dua punca ('illah) dibahaskan oleh sarjana ; non-Muslim diperangi atas sebab kekufuran ataupun peperangan yang mereka dilancarkan? Jawapan yang berbeza boleh memberikan implikasi yang berbeza terhadap sikap dan tindakan. Para ulama usul al-Fiqh cuba untuk mencari `Illah (punca hukum) jihad disyariat. Maka para ulama dari mazhab al-Syafi`i dan al-Zahari berpendapat `illahnya ialah kerana kekufuran mereka. Ini bermaksud mereka diperangi kerana mereka kufur dengan Allah. Namun, pendapat ini dianggap lemah dan tidak boleh dipegang secara kefahaman dan praktikalnya. Sehingga Dr Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya Fiqh al-Jihad meminta supaya ulama mazhab Syafi'i pada hari ini hendaklah menjelaskan kepada masyarakat awam bahawa pendapat al-Imam al-Syafi'i dalam hal ini adalah lemah dan ditolak. Ini bimbang digunakan oleh pihak tertentu untuk tujuan keganasan. Read More / Baca Lagi >> |
Bertam PM307: Aktivis serah memo hari ini Posted: 10 Jan 2013 03:41 PM PST KUALA LUMPUR: Semua rakyat Terengganu yang cintakan keadilan diseru supaya bersama-sama menyertai perhimpunan penyerahan memorandum tuntutan telaga minyak Bertam PM307 hari ini. Read More / Baca Lagi >>Ini kerana dengan cara inilah kerajaan dapat disedarkan keperluan semua pihak berlaku adil dan menunaikan tanggungjawab masing-masing. Seruan ini dibuat Pengerusi Jawatankuasa tuntutan Bertam PM307 yang juga Adun Batu Burok Terengganu, Dr Syed Azman Syed Ahmad. Sekumpulan rakyat Terengganu dan pihak yang perihatin dengan isu royalti minyak akan menghantar memorandum kepada Petronas berhubung dengan tuntutan bertindih blok Bertam PM307 sebaik saja selesai solat Jumaat hari ini. Memorandum itu akan dihantar kepada Pengerusi Petronas, Tan Sri Mohd Sidek Hassan di menara KLCC. Mengikut jadualnya, mereka akan menunai solat Jumaat dan bakal berhimpun di masjid KLCC sebelum berarak ke menara KLCC untuk menyerahkan memorandum itu. Sidang media juga akan diadakan kira-kira jam 2 petang oleh mereka sempena penyerahan memorandum itu. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan