MIMPI SENJA |
- HKR #KL112 : Lokasi berkumpul dan laluan ke Stadium Merdeka
- Saya datang nak menghasut
- HKR #KL112 - Malam Ini - Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru - 8.00 mlm
- TERKINI HKR #KL112- (1.30 PG) - Keputusan Mesyuarat Tergempar
- Syor tukar lokasi, Himpunan Kebangkitan Rakyat mesyuarat malam ini
- TERKINI - HKR #KL112 - Mesyuarat Tergempar
- HKR #KL112 : Berjalan Bersama AMK
- 'Count down' HKR #KL112 di Kelab Sultan Sulaiman Kg Baru malam esok (Jumaat)
HKR #KL112 : Lokasi berkumpul dan laluan ke Stadium Merdeka Posted: 10 Jan 2013 10:04 PM PST
KUALA LUMPUR: Terdapat lapan lokasi berkumpul yang ditetapkan Jawatankuasa Himpunan Kuala Lumpur sebelum bergerak ke Stadium Merdeka, esok. Mereka juga meminta peserta berkumpul seawal jam 10 pagi dan mematuhi segala arahan komander di lokasi yang ditetapkan. Tidak ada sebarang perarakan sebaliknya tempat berkumpul tersebut bagi memudahkan pergerakan orang ramai berjalan menuju ke Stadium Merdeka. Berikut adalah lokasi berkumpul, laluan dan komander bertugas: 1. Amcorp Mall, Petaling Jaya Laluan: Lebuhraya Persekutuan – Jalan Pantai Baharu – Jalan Pantai – Jalan Bangsar – Jalan Brickfields – Jalan Tun Sambanthan – Stadium Merdeka Komander: Ust Nasruddin Tantawi, Shamsul Iskandar, Sany Hamzan. 2. Masjid Arrahman, UM Laluan: Jalan Pantai – Jalan Bangsar – Jalan Brickfields – Jalan Tun Sambanthan – Stadium Merdeka Komander: Nurul Izzah, Ng Suee Lim, Safwan Anang, Adam Adli, Raja Iskandar. 3. Brickfields Laluan: Jalan Brickfields – Jalan Tun Sambanthan – Stadium Merdeka Komander: Raja Ratnam, Faizal, Arutchelvan, Zunar - Kartunis, Maria Chin, M. Kula Segaran. 4. KLCC Laluan: Jalan Ampang – Lebuh Ampang – Jalan H.S. Lee – Jalan Tun Siew Sin – Jalan Petaling – Jalan Sultan – Stadium Merdeka Komander: Dato' Husam Musa, Teo Kok Seong, Mazlan Aliman, Zairil Khir Johari. 5.Kelab Sultan Sulaiman Laluan: Jalan Abdul Razak – Jalan Raja Abdullah – Jalan Ampang – Lebuh Ampang – Jalan H.S. Lee – Jalan Tun Siew Sin – Jalan Petaling – Jalan Sultan – Stadium Merdeka Komander: Badrul Hisham (CheGu Bard) 6. Pasar Seni Laluan: Jalan H.S Lee – Jalan Sultan – Stadium Merdeka. Komander: Dr. Siti Mariah, Teresa, Teo Nie Ching, Elizabeth Wong. 7.Jalan Sultan Laluan: Jalan Hang Jebat – Stadium Merdeka. Komander: Fuziah Salleh, Ishak Surin, Wong Tack, Tan Kok Wai. 8. Masjid Negara Laluan: Bulatan KTM – Jalan Sulaiman – Jalan Maharajalela – Stadium Merdeka. Komander: Khalid Samad, Azmin Ali, Dr Mujahid Yusuf Rawa. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 10 Jan 2013 09:54 PM PST | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
HKR #KL112 - Malam Ini - Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru - 8.00 mlm Posted: 10 Jan 2013 07:25 PM PST NAMA PROGRAM : RAPAT KEMUNCAK COUNTDOWN #KL112 ANJURAN : SAMM & SMM DENGAN NAUNGAN JK INDUK HKR TARIKH &MASA : 11 JAN 2013, 8.30mlm – 12.30 tgh mlm VENUE : KELAB SULTAN SULAIMAN, KG BARU GILIRAN PENTAS RANGKUMAN PERTAMA (8.15pm)
RANGKUMAN KEDUA (9.00pm)
RANGKUMAN KE-3 (10.00pm)
RANGKUMAN KE-4 (10.45pm)
RANGKUMAN TERAKHIR (11.30pm)
SETIAP TOKOH/SELEBRITI HANYA AKAN BERUCAP MAKSIMUM 4- 5 MINIT SAHAJA | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
TERKINI HKR #KL112- (1.30 PG) - Keputusan Mesyuarat Tergempar Posted: 10 Jan 2013 09:33 AM PST TERKINI: Ahli Jawatankuasa Himpunan Kebangkitan Rakyat (#KL112) telah memutuskan: a] HKR112 [sabtu] akan tetap dilangsungkan di Stadium Merdeka pada jam 2.00 pm - 5.00 pm. b] Asasnya semua mesti bergerak ke Stadium Merdeka dengan aman dan santai. c] Check point untuk memudahkan orang ramai berjalan menuju Stadium Merdeka sebagaimana yang telah di putuskan sebelum ini tiada perubahan. [ rujuk lampiran ] d] Pastikan lokasi masing-masing dengan baik, elakkan sebarang provokasi dan perkara yang tidak diingini. Sekian Nasrudin bin Hassan Ketua DPPM Lampiran : Arahan HKR 112 !! * Pakaian Tema - Kuning, Hijau, Merah, Oren & Jingga @ Purple. * Kebenaran Pihak Stadium Kapisiti tempat duduk seramai 30K Peserta / Tidak termasuk Padang Stadium. * Pihak Polis Jamin Keselamatan dengan Syarat Tiada Perarakan bersama Laungan Provokasi Tetapi Tidak MengHalang Berjalan beramai-ramai. * Setiap Peserta Mesti Mengikut Ketua Kumpulan yang Telah diTetapkan ; 1 : Masjid Negara ( Hijau ): - YB Khalid Samad - Dr Mujahid Yusof Rawa - YB Azmin Ali 2 : Pasar Seni ( Muslimat / Wanita PR / Purple @ Jingga ) ; - YB Dr Mariah Mahmud - YB Teresa Kwok - YB Elizabeth Wong 3 : Universiti Malaya ( Anak Muda ) ; - Raja Iskandar Al Hiss - Adam Adli - YB Nurul Izzah - Saiful Anang 4 : KLCC ( Royalti & ANAK) ( Merah & Oren ) ; - YB Husam Musa - Sdr Mazlan Aliman 5 : Bricfield & KL Central ( Bersih / Kuning ) ; - Zunar Kartunis - Arun - Faizal Harap Maklum , Bertindak Mengikut Arahan ; Hj Muhammad Sabu ( Pengarah HKR ) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Syor tukar lokasi, Himpunan Kebangkitan Rakyat mesyuarat malam ini Posted: 10 Jan 2013 08:29 AM PST 10 Januari 2013 SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Himpunan Kebangkitan Rakyat (#KL112) akan mengadakan mesyuarat tergempar malam ini bagi membincangkan saranan pihak polis supaya perhimpunan yang dijadual untuk diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur Sabtu ini ditukar ke Stadium Nasional Bukit Jalil. Jurucakap #KL112, Hishamuddin Rais berkata, mesyuarat akan diadakan di ibu pejabat Pas di sini, jam 12 malam ini. "Sekarang ini ada perkembangan baru, buat masa ini saya tak ada apa-apa komen, kita akan ada mesyuarat tergempar malam ini, itu sahaja yang saya boleh beritahu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, sebentar tadi. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh hari ini menyarankan supaya penganjur #KL112 mengadakan himpunan di Stadium Nasional Bukit Jalil kerana ia lebih sesuai dan mampu menampung kapasiti lebih besar. Tambahan pula katanya, stadium tersebut juga mempunyai kemudahan pengangkutan awam yang lengkap termasuk Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) selain memenuhi keperluan dari aspek keselamatan. Mohmad turut meminta penganjur #KL112 menyemak semula hasrat menggunakan Stadium Merdeka sebagai tempat berhimpun kerana perbadanan stadium itu meletakkan syarat utama agar ia tidak disertai lebih daripada 30,000 orang berdasarkan kapasiti stadium. Menurut Hishamuddin, pihak penganjur sudah pun membuat bayaran kepada Stadium Merdeka petang tadi bagi membolehkan kemuncak Himpunan Kebangkitan Rakyat diadakan di situ | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
TERKINI - HKR #KL112 - Mesyuarat Tergempar Posted: 10 Jan 2013 06:54 AM PST TERKINI : Ahli Jawatankuasa Himpunan Kebangkitan Rakyat (#KL112) akan mengadakan mesyuarat tergempar jam 12 malam ini bagi membincangkan saranan pihak polis supaya perhimpunan yang dijadual untuk diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur Sabtu ini ditukar ke Stadium Nasional Bukit Jalil. Jurucakap #KL112, Hishamuddin Rais berkata, mesyuarat akan diadakan di Ibu Pejabat PAS Kuala Lumpur. Berita lanjut akan dimaklumkan.... P/S: Kronologi HKR mula-mula di stadium merdeka kemudian disarankan ke stadium bukit jalil jangan nanti ke stadium senayan indonesia (tiket flight percuma) diakhir nanti ke stadium wembley.... kah kah kah kah ....... SUMBER | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
HKR #KL112 : Berjalan Bersama AMK Posted: 10 Jan 2013 03:01 AM PST HKR: Berjalan bersama AMK demi kebebasan, keadilan & demokrasi Jan 10 2013 -Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) mengalu-alukan keputusan untuk membenarkan Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) berlangsung di Stadium Merdeka pada 12 Januari 2013. Keputusan yang bersejarah tersebut merupakan kejayaan kuasa rakyat yang sentiasa berjuang untuk berhimpun serta hak untuk mengguna ruang awam untuk bersuara sejak zaman Reformasi lagi. AMK menyokong sepenuhnya Himpunan Kebangkitan Rakyat serta 8 tuntutan rakyat yang melibatkan seluruh aspeks kepentingan rakyat tanpa mengira kaum, agama dan jantina. HKR akan menjadi satu detik bersejarah di mana seluruh rakyat Malaysia bangkit dan semangat kemerdekaan daripada penindasan, kezaliman serta kemiskinan.Dengan itu, AMK akan mengadakan Berjalan Demi Kebebasan, Keadilan dan Demokrasi pada Sabtu ini sempena HKR. AMK yang diketuai oleh Shamsul Iskandar Mohd Akin akan berjalan dari Padang Timur, Petaling Jaya (PJ), depan Amcorp Mall ke Stadium Merdeka bersama-sama dengan anak-anak muda. Berikut adalah perjalanan yang akan dilalui oleh AMK pada 12 Januari 2013 (Sabtu):- 8.00am – Berkumpul di Padang Timur, PJ (Depan Amcorp Mall) 9.00am – Berjalan menuju ke Masjid Ar-Rahman Universiti Malaya (UM) 11.00am – Bergabung dengan mahasiswa dan anak muda di UM di Masjid Ar-Rahman 12.30pm – Bergabung dengan peserta HKR di Stesyen Monorail Tun Sambahtan, Brickfield untuk berjalan ke Stadium Merdeka 1.30pm – Sampai di Stadium Merdeka untuk gegarkan #KL112AMK mengajak orang ramai untuk menyertai Berjalan Demi Kebebasan, Keadilan dan Demokrasi pada Sabtu ini. Dengan berjalan kaki ke Stadium Merdeka, semangat perjuangan bersama rakyat serta tekad kebangkitan rakyat untuk menuntut 8 tuntutan rakyat dapat ditunjukkan.Sementara itu, tiga Pasukan Pertolongan Kecemasan akan bersedia untuk membantu semua peserta di sepanjang perjalanan. Semua peserta diseru untuk mengikut arahan penganjur serta pasukan keselamatan. Jangan terperdaya dengan pelbagai maklumat dan propaganda hitam yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.Keselamatan peserta serta perjalanan yang lancar adalah diutamakan untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Dengan sikap yang disiplin dan tertib, AMK yakin HKR akan berjaya dilangsungkan dengan semangat kebangkitan rakyat yang mengubah lanskap politik serta mencatat sejarah di Malaysia. Untuk pertanyaan yang lebih lanjut tentang Berjalan Demi Kebebasan, Keadilan dan Demokrasi, anda boleh menghubungi Saudari Ginie Lim (016-7183453) dan Haji Ramlan (016-6648032). Lee Khai Loon Ketua Penerangan AMK | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
'Count down' HKR #KL112 di Kelab Sultan Sulaiman Kg Baru malam esok (Jumaat) Posted: 10 Jan 2013 12:57 AM PST PETALING JAYA: Menjelang kemuncak perhimpunan kebangkitan rakyat di Stadium Merdeka Sabtu ini, satu program awal akan diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru di Kuala Lumpur, pada sebelah malamnya. Program tersebut dianjurkan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan kerjasama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). "Rapat mengira detik ini juga akan menjadi lapang sambutan bagi peserta himpunan yang datang dari luar Kuala Lumpur yang dijangka sampai awal," kata Ketua Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shahrim. Selain ucapan pimpinan yang mengetuai himpunan, akan ditampilkan suri rumah, pekerja kilang, pemandu teksi, pesawah dan petani, pekerja swasta, mahasiswa, penganggur, profesional muda dan lain-lain menyuarakan masalah mereka. Katanya, ini akan menjadikan rapat memuncak mengira detik #KL112 ini benar – benar pentas rakyat yang memulakan mood pesta tuntutan rakyat. "Paling penting, pentas ini akan memberikan pengarahan terakhir agar majoriti peserta himpunan memahami pengarahan untuk esoknya dan menjamin kelicinan dan kejayaan himpunan. "Segala pedoman dan pengarahan gerakan pada 12 Januari akan diumumkan oleh badan induk perhimpunan. Pedoman ini penting bukan sahaja untuk memastikan rakyat yang berhimpun maklum dengan arahan mengharungi 12 Januari, malah pedoman ini juga memberi gambaran kepada pihak polis supaya tidak panik dan termakan provokasi atau arahan pihak atasan yang tidak bertanggungjawab," katanya lagi. Badrul Hisham atau lebih dikenali dengan panggilan Chegu Bard berkata beliau menjangkakan lebih 50, 000 peserta akan memenuhi padang Kelab Sultan Sulaiman dan kemuncak mengira detik akan menyaksikan letusan bunga api yang menandakan bermulanya hari kebangkitan rakyat. Akhir sekali setelah tamat percikan bunga api, sebuah ikrar yang istimewa akan dideklamasikan dan juga doa akan dibaca demi memastikan hari kebangkitan rakyat akan berlangsung dengan aman dan selamat. |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan