Khamis, 10 Januari 2013

dollah yankee

dollah yankee


KL menanti kita !

Posted: 10 Jan 2013 04:54 AM PST


HKR (himpunan kebangkitan rakyat) pada 12.1.13 nanti merupakan serangan besar-besaran Pakatan Rakyat yang terakhir kepada kerajaan pimpinan Najib sebelum PRU13 nanti. Olih kerana ini adalah himpunan untuk membantah ketidak-adilan kerajaan BN/umno yang dipimpin olih suami Rosmah Mansor, banyak juga NGO-NGO yang tidak puas hati dengan pentadbiran Najib ini telah mengesahkan untuk hadir menyokong himpunan 1 juta rakyat ini. 

Jika jumlah kehadiran rakyat pada himpunan kali ini melebihi jumlah yang hadir pada Bersih 3.0 28 April dulu, maka gurkah-gurkah politik di'port' meramalkan yang sekali ini barulah Najib betul-betul akan kena 'stroke', bukan lagi main-main.

Pada masa yang sama, Rafizi Ramli juga menyerang dari belakang dengan mempersoalkan bagaimana pengambil alihan sebuah syarikat dan tanah yang bernilai RM160 juta olih Bousted Holdings yang menggunakan duit askar-askar pencen. Tekanan terhadap Najib bertambah bila tokey karpet yang juga adik angkat yang paling disayangi Rosmah Mansor pula akan meledakan bom-bom jangka yang sedang dipasang dengan 9 sidang akhbar yang dirancangnya berkenaan dengan kes mengubah-suai akuan bersumpah P.I. Bala. 

Adalah dijangkakan yang banyak lagi benda-benda tentang salah guna kuasa, salah laku dalam pentadbiran kerajaan dan lain-lain lagi yang akan keluar dan dikeluarkan dan akan diberitahu kepada rakyat untuk menekan dan melemahkan BN/umno dan Najib sendiri.

Gurkah-gurkah ini dah dapat rasa bahang PRU-13 bila isu kalimah Allah yang mahu digunakan dalam bible bahasa melayu untuk yang bukan islam dimainkan semula olih puak-puak BN/umno.

dollah yankee -
Yang ini bukan ramal ...tetapi yang betol-betol punya ... lepas raya cina,hujung bulan 3.




Tiada ulasan: