Jumaat, 18 Januari 2013

PENOREH GETAH

PENOREH GETAH


Informasi Tentang Corak Radar Band untuk perangkap had laju

Posted: 18 Jan 2013 05:01 AM PST



Terdapat banyak jenis kamera perangkap laju yang digunakan oleh anggota penguatkuasa. Dibawah ini disenaraikan beberapa jenis yang biasa mereka gunakan di Malaysia.
 
  1. Laser : Band yang paling dipercayai dan tepat bagi kamera perangkap laju. Jenis ini dapat mengukur kelajuan dengan tepat, tetapi hanya dapat mengesan 1 kenderaan untuk sekali tembakan.
  2. X band : Jenis ini digunakan oleh penembak bagi model lama dimana ianya digunakan oleh penguatkuasa di pekan-pekan kecil. Banyak amaran palsu yang diterima dari band jenis ini kerana ianya turut digunakan pada pagar automatik dan sesetengah kelengkapan bangunan moden.
  3. K band : Ianya lazim digunakan pada kebanyakan penembak kelajuan kini. Isyarat amaran palsu adalah minima.
  4. Ka band : Kebanyakan digunakan oleh pegawai penguatkuasa dari jenis kamera penembak. Mampu mengesan kelajuan bagi 5 kenderaan serentak. Polis diRaja Malaysiamenggunakan Ka band secara meluas.
  5. Ka Wideband : Ianya adalah versi penambah-baikkan bagi Ka band. Menggunakan saluran berlainan dari biasa yang digunakan oleh Ka band dimana ianya digunakan secara meluas oleh penembak kelajuan generasi baru.
  6. Pulse : Jenis ini digunakan pada alat penembak kelajuan mudah-alih dimana ianya ditembak dari dalam kenderaan peronda penguatkuasa untuk mengukur kelajuan kenderaan sasaran.
  7. POP band : Digunakan pada penembak kelajuan dari generasi terbaru yang biasa digunakan dibandar-bandar besar di Malaysia. POP band ini tidak dapat dikesan oleh anti radar model-model lama.
  8. Ku band : Band atau jalur ini hanya digunakan dinegara-negara Eropah. Ianya tidak digunakan di Malaysia kerana banyak peranti biasa menggunakan band jenis ini, sebagai contohnya piring Astro menggunakan Ku band untuk hubungan satelit.


Tiada ulasan: