PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH |
Posted: 29 Jan 2013 09:25 AM PST
Terlalu banyak rintangan dan tekanan dari pihak UMNO/BN Kuala Pilah untuk mengagalkan Program tersebut. Alhamdulillah dgn kerjasama dgn pihak Majlis Daerah Kuala Pilah dan anggota Polis program berjalan dgn lancar sekali Ucapan Terima Kasih pada yang terlibat menjayakan program tersebut. Pentas membahaskan Ekonomi terbuka bermula di Pusat Komersil Melang. Untuk berlaku adil dan bersifat profesional..maka PR Kuala Pilah turut menjemput wakil kerajaan pusat Timbalan Menteri Luar Bandar & Wilayah (Parlimen KP)YB Dato' Hasan Malek dan wakil exco Kerajaan Negeri Sembilan (wakil rakyat DUN Senalking) Dato'Ismail Lasim untuk berkongsi pentas membahaskan ekonomi khususnya Kuala Pilah. Sedihnya... mereka tidak ada keberanian untuk hadir bersama2 rakyat, walau pun surat2 jemputan telah dihantar dengan penuh adab dan sopan. DULU...YB Ismail lasim di waktu alam persekolahan (KGV) pernah memenangi trofi (Engku Aziz) dalam bahas Ekonomi...tapi kini cuma berkokok di reban sendiri. DAN YB Hassan Malek pernah menjadi ketua belia Malaysia hanya berani mengugut menakutkan rakyat di program2 sukan sekolah dan pentas2 PIBG. Sepatutntya pentas yg terbuka luas yg telah disediakan disahut dengan gagah untuk dinilai rakyat akan kejujuran disamping berhemah dlm mempertabatkan ekonomi. Kehadiran DSAI sampai ke pekarangan Dataran Melang selepas Asar bersama bas Jelajah Merdeka. Pejuang rakyat telah disambut dengan penuh kegembiraan walau pun dlm cuaca yg panas terik. Kesempatan beramah mesra secara dekat dengan ucapan motivasi memprkukuhkan jentera gerak kerja,lebih meyakinkan bahawa besar kemungkinan Kuala Pilah bakal di tawan PR. Selepas solat magrib di Masjid Taman Anggerik. Rombongan "Jelajah Merdeka" dijamu makan malam bersama rakyat Kg Temeris. Satu lagi kubu kuat Umno BN di tembusi. Semakin tersa kebangkitan rakyat telah hampir di setiap pelusuk NS ini. Pentas utama di Felda Pasir Besar talah menyaksikan ribuan pendokong2 kebangkitan rakyat menunggu dan mendengar dengan tekun amanat pimpinan seiring dengan sambutan "Maulidul Rasul". Penghayatan Rasulullah dalam memperjuangkan menyebarkan dakwah keadilan Islam, telah memberi impak yg cukup besar bagi rakyat untuk terus meneruskan misi ini. Setiap perjuangan dan pengorbanan itu adalah ujian Allah yg sudah mestinya ada nikmat di akhirnya. " Insyaallah" |
You are subscribed to email updates from PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan