Selasa, 29 Januari 2013

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


KOBAT FM - SALURAN RADIO UNTUK WARGA TENTERA

Posted: 29 Jan 2013 09:07 AM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS



SALAH satu masalah besar yang dihadapi oleh kita di dalam PR adalah untuk mendapatkan sokongan dari warga tentera yang masih dikekalkan sebagai pengundi pos.  Bukan kerana warga tentera tidak meyakini kita, tetapi mereka amat terbatas untuk mendapatkan maklumat berkaitan isu-isu semasa di dalam negara ini.

Cuba kita tanya beberapa orang warga tentera, berapa orangkah yang tahu tentang maklumat berkaitan isu Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) iaitu satu tabung kebajikan yang dekat dengan mereka?  Walaupun isu ini panas sekarang, tetapi adakah mereka sedar bagaimana wang LTAT ini digunakan?  Tahukah mereka kisah yang didedahkan oleh Sdr Rafizi Ramli tentang penyelewengan wang LTAT ini?

Justeru itu, saya selaku Penyelaras Kor Bekas Angkatan Tentera (KOBAT) memikirkan satu kaedah bagaimana untuk mendekati golongan yang berada di dalam pagar kawalan tentera ini.  Kita tidak dibenarkan memasuki kem tentera untuk berkempen seperti pemimpin-pemimpin Umno yang bebas keluar masuk kem berkempen di atas nama program-program tertentu.  Awalnya, saya membuka blog KOBAT, kemudiannya diikuti dengan FaceBook KOBAT sebagai ikhtiar kita untuk menyalurkan maklumat kepada warga tentera dan juga bekas-bekas tentera.  Sambutannya amat baik sekali dan bilangan pengunjung semakin bertambah.

Namun, itu tidak mencukupi untuk kita mendekati mereka.  Di zaman IT ini, kita gunakan pula saluran yang lebih pantas untuk menyampaikan maklumat isu-isu semasa kepada mereka di samping kita boleh berhibur.  Maka, saya dengan dibantu oleh kepimpinan parti termasuk dari Biro Felda dan Orang Asal PKR Pahang, maka kami wujudkan Stesen Radio Internet yang diberi nama 'KOBAT FM'.  Siaran radio ini boleh didengari melalui blog kami di http://kobatfm.blogspot.com  

Kewujudan radio yang bakal dilancarkan oleh Ketua Umum, DS Anwar Ibrahim pada 08 Feb 2013 di Kuantan ini nanti, InsyaAllah, bakal menjadi saluran alternatif terbaik kepada seluruh warga tentera.  Saya memohon sokongan saudara-saudara untuk bersama kami di KOBAT FM iaitu dengan cara menyertai rakan-rakan kita di FunPages 'KOBAT FM'.  (Klik SINI).

Mudah-mudahan usaha kita diberkati Allah dan bakal mendapat kejayaan, InsyaAllah.


Tiada ulasan: