RAKYAT MARHAEN |
- PRU13 : Berulang 13 Mei, tak wajar keluar dari mulut SPR
- Menuju PRU-13: Pengundi tidak hadir
- UMNO nak apa lagi?
- PSM ready to join Pakatan
- Clean up electoral rolls, now!
- Sibuk ekori pemimpin Pakatan punca polis abai jenayah – Shamsul
- Umno Titiwangsa sahkan salah guna dewan orang ramai
- PRU13 : Peranan wanita penting untuk ubah politik negara – Nurul Izzah
- PRU13 : Pastikan undi dari rakyat tempatan, bukan pendatang – Wan Azizah
- Lebih Ramai Wanita Sebagai Menteri, Timbalan Menteri Apabila PR Mentadbir Negara
- PRU13 : Petugas PR Jangan Tinggalkan Pusat Undi, Penipuan Akan Berlaku
- Nik Aziz dapat cicit kembar
- Keluarga Sugumaran tidak akan sertai inkues, kata peguam
- Penguguran Nasha : 'Ahli PAS menangis pun tidak, ketawa pun tidak'
- PM Najib dalam kesunyian
- Najib tabur RM50 juta beli undi OKU, warga emas – Srikandi
- Game of ‘Sabotage 24/7′ in Selangor
- Puluhan Juta Ringgit Hasil Minyak : Rakyat Paka Terpinggir
- Dahsyatnya Fitnah ADUN UMNO Paka
- 1FITNAH : KALAH DAN TERUS KALAH
- Alahai.. Bangsat Ni Nak Menyibuk Jugak..
- GELI tengok cara Umno berkempen...
- Syaitan Dikenali : Agama Dan Perkauman Taruhan UMNO@BN Kini.....
- Permainan tarikh terkantoi?
- Lebih PAS Dari PAS : Hanya 'Parti Syaitan Yang Dikenali' bela Nasha
PRU13 : Berulang 13 Mei, tak wajar keluar dari mulut SPR Posted: 29 Jan 2013 09:08 PM PST KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang membayangkan aktiviti membantah dan meraikan kemenangan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) boleh mencetus kembali Tragedi 13 Mei 1969 sebagai tidak bertanggungjawab. Read More / Baca Lagi >>Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Dr Mohd Hatta Ramli berkata kenyataan Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof itu sangat tidak wajar seolah-olah SPR cuba turut menakut-nakutkan pengundi. "Bagi saya kenyataan tersebut adalah tidak bertanggungjawab sebagai sebuah agensi yang dipertanggungjawabkan dalam melaksanakan pilihanraya yang adil dan telus. "SPR perlu memastikan pilihanraya kali ini berlangsung dalam keadaan yang lebih telus dan adil, malah kenyataan Abdul Aziz itu seolah-olah mereka mengambarkan bahawa pilihanraya kali ini berlangsung secara tidak adil serta menyebelahi pihak tertentu," jelas beliau. Mohd Hatta menegaskan, SPR atau mana-mana pihak tidak boleh menyalahkan rakyat jika mereka bangkit menentang ketidakadilan yang terang-terangan berlaku dalam pilihanraya. |
Menuju PRU-13: Pengundi tidak hadir Posted: 29 Jan 2013 09:06 PM PST Oleh Amin Ahmad Antara persoalan penting yang sering dibincangkan setiap kali menjelang pilihan raya ialah tentang pengundi tidak hadir.Umumnya, berdasarkan Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan, semua nama yang diperakukan (digazet) di dalam Daftar Pemilih Induk atau Daftar Pemilih berhak mengundi. Mengikut undang-undang pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh mendaftarkan dua jenis pemilih iaitu pemilih biasa dan pengundi tidak hadir (PTH). Dalam artikel lalu saya telah menjelaskan tentang pemilih biasa. Artikel kali ini akan cuba membincangkan tentang PTH. Impak Pengundi Tidak Hadir Secara mudahnya, PTH ialah pengundi berdaftar yang tidak dapat berada di kawasan pengundiannya pada hari pengundian kerana sebab tertentu yang dianggap munasabah oleh SPR membenarkannya memohon kelayakan mengundi secara pos. Dalam Peraturan 2 Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, mereka yang dikategorikan sebagai PTH termasuklah anggota tentera dan pasangannya; anggota perkhidmatan awam yang telah ditugaskan di luar negara dan pasangan yang menetap bersamanya; serta pelajar sepenuh masa yang menuntut di luar negara dan pasangan yang menetap bersamanya. Selain daripada ini, Peraturan 3 Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 juga boleh dirujuk. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 29 Jan 2013 09:03 PM PST DISANGKA panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Itulah dilema yang sedang menghantui UMNO-BN membuatkan mereka hilang arah dalam rangka politik buruk-memburuk dan fitnah-memfitnah yang sering mereka putarkan. Di sebalik sensasi isu kalimah Allah yang dimomok-momokkan, dalam kekecohan Perkasa yang konon mahu membakar Bible versi bahasa Melayu, dua tokoh politik negara, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh bertemu dalam suasana penuh mesra memberi renjatan mengejutkan UMNO-BN. Apalagi, ia bukanlah pertemuan formal di pentas ceramah. Malahan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyambut hari lahir beliau ke-82 di rumah Pengerusi DAP itu. Mungkin hasil pertemuan ini polemik isu kalimah Allah yang dicipta balaci dan propagandis UMNO-BN terbantut tidak sampai klimaksnya. Ada yang kata PAS dah lain. Ada yang kata DAP pun dah lain. "Dulu bujang sekarang dah kahwin," sindir seorang teman UMNO. Lebih ekstrim, ada juga pencacai UMNO menuduh yang bukan-bukan, "Tengok, ini bukti PAS barua DAP." Sudah tentu orang yang melabel 'barua' bagi pertemuan dua tokoh utama oposisi ini cetek akal. Ia sama dangkal kalau kita menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi barua kepada Kristian apabila beliau mengunjungi Pope Benedict XVI di Rom, pada 18 Julai 2011. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 29 Jan 2013 08:59 PM PST The application to join Pakatan was put in verbally and in written due to public demand. "We have notified Pakatan verbally in June and in written in September last year," PSM secretary general S Arutchelvan said during a press conference to unveil the party's manifesto for the coming 13th general election. "We are open to both electoral pact or partnership with Pakatan," Arutchelvan added. PSM had previously worked with Pakatan based on an electoral pact without joining Pakatan. The party was formed in April 1998 but only got its registration approved in August 2008, months after the March 2008 general election. It had its first experience in the general election when it contested for the Sungai Siput parliamentary seat on a DAP ticket in 1999. PSM increased the number of seats contested in the 2004 general election. It contested two parliamentary seats – Sungai Siput in Perak and Subang in Selangor – and two state seats – Jalong in Perak and Bukit Lanjan in Selangor. They lost all the seats in both of the elections. In 2008, PSM contested in Sungai Siput and three state seats – Kota Damansara, Semenyih and Jelapang. Aside from Jelapang, PSM contested all the seats on a PKR ticket. In Jelapang they contested as independent. They won the Sungai Siput and Kota Damansara seats. Read More / Baca Lagi >> |
Clean up electoral rolls, now! Posted: 29 Jan 2013 08:58 PM PST Sabah Progressive Party says the Election Commision has no other option following damning witness testimonies at the Sabah RCI. John Stephen Dionysius, the party's Kota Kinabalu youth wing chief, said that there was no other option for the EC following damning testimonies given by witnesses in the ongoing RCI. Most of the testimonies pointed toward rampant election fraud in past elections in Sabah. One of the witnesses, Ismail Baka, a Filipino who was recruited under the government's secretive 'Project IC' said he had voted in five previous elections, and it is believed that many other such IC holders had also voted in elections held in Sabah in the past. A senior ex-National Registration Department (NRD) officer, Mohd Nasir Sungip, also confessed that the department had provided a list of people to the Election Commission to be registered as voters. Of the 946,638 registered voters in Sabah, it is estimated that about 200,000 of them dubious IC holders. Another ex-NRD officer, Asli Sidup, also testified that he was stationed at a polling centre in Papar to monitor 200 JPN receipt holders when they cast their votes. EC condoning dirty political tactics Read More / Baca Lagi >> |
Sibuk ekori pemimpin Pakatan punca polis abai jenayah – Shamsul Posted: 29 Jan 2013 08:57 PM PST KUALA LUMPUR 30 Jan: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam tidak matang mengatakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang biadab apabila menyatakan kebenaran kanak-kanak di negara ini tidak selamat ekoran kematian William Yau Zhen Zhong, 6. Pengerusi KEADILAN Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, Ali selaku pemimpin veteran tidak wajar berbuat demikian itu kerana hakikatnya negara berhadapan masalah kadar jenayah terlalu tinggi. "Ali perlu berhenti membiadapkan pemimpin pembangkang yang peduli dengan permasalahan rakyat. Sebaliknya beliau perlu lebih santun dan berlapang dada menerima kelemahan dan kritikan untuk menambah baik kualiti keselamatan masyarakat seluruh negara. "Apakah Ali tidak sedar memang wujud masalah berlarutan seumpama ini sejak bertahun lamanya, malah tidak terhad kepada kanak-kanak, kerana ia turut melibatkan wanita dan juga kelompok rakyat yang lemah dan tidak berdaya," katanya pada kenyataan. Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) itu menambah, masalah jenayah semakin meningkat berpunca daripada sikap polis yang lebih berminat mengekori pemimpin pembangkang daripada menjaga keselamatan negara. Read More / Baca Lagi >> |
Umno Titiwangsa sahkan salah guna dewan orang ramai Posted: 29 Jan 2013 08:54 PM PST Saya membaca respons Datuk Johari Abdul Ghani, Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa di dalam akhbar Sinar Harian kelmarin apabila kenyataan saya mengenai penyalahgunaan dewan orang ramai di Parlimen Titiwangsa oleh UMNO bahagian disiarkan. Kenyataan Datuk Johari menyebut bahawa dewan-dewan itu hanya digunakan untuk Majlis Perasmian Gerak Kerja Pilihanraya di Zon Kampung Bharu, Zon Datuk Keramat, dan Zon Kampung Pandan dan bukannya bilik gerakan. Read More / Baca Lagi >>Kenyataan Datuk Johari telah mengesahkan bahawa UMNO sememangnya telah menggunakan dewan-dewan tersebut untuk kegiatan parti mereka. Jika dewan tersebut digunakan hanya untuk majlis perasmian Gerak Kerja Pilihanraya, sudah tentu perasmian tersebut hanya memakan masa beberapa jam atau paling lewat sehari sahaja. Tetapi mengapa sehingga sekarang bendera UMNO-BN masih terpasang sekitar dewan-dewan manakala banner tertulis perasmian Bilik Gerakan masih digantung di depan dewan? Dalam erti kata lain, mengapa sehingga sekarang UMNO masih tidak kosongkan kesemua dewan-dewan orang ramai yang digunakan mereka? Tambahan pula, jika mereka menggunakan premis awam ini untuk majlis Perasmian Gerak Kerja Pilihanraya sahaja, mengapa pula dewan ini telah digunakan sejak bertahun dahulu? |
PRU13 : Peranan wanita penting untuk ubah politik negara – Nurul Izzah Posted: 29 Jan 2013 08:51 PM PST KUALA LUMPUR 30 Jan: Wanita digesa ke hadapan untuk membuat perubahan dalam lanskap politik negara, kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar. "Wanita perlu bersama-sama buat perubahan menuju Malaysia yang lebih selamat dan baik untuk rakyat, bukan kroni," katanya. Menurutnya, Pakatan Rakyat bukan sahaja akan membuat perubahan, malah akan turut mempertahan hak wanita. Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berucap pada majlis makan malam mengutip dana menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13) di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, malam tadi. Dalam majlis yang dihadiri kira-kira 1,000 itu, KEADILAN Lembah Pantai menerima sumbangan sebanyak RM25,000 untuk program Mykasih. "Program Mykasih bagi membantu wanita Lembah Pantai. Ia merupakan satu subsidi yang lebih efisyen untuk memberi bantuan terus kepada para ibu," kata Nurul Izzah. "Setiap ibu dapat RM80 yang dimasukkan terus ke akaun bank mereka dengan syarat ada anak bersekolah dan mereka turut mengikuti kelas yang mendidik mereka untuk menambah pendapatan," jelasnya. Dalam majlis tersebut, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyumbang 10 naskah Al-Quran elektronik kepada golongan ibu yang mengikuti kelas mengaji di kawasan itu. Turut hadir, pimpinan Wanita Pakatan Rakyat iaitu Elizabeth Wong, Teresa Kok dan Dr Siti Mariah Mahmud. |
PRU13 : Pastikan undi dari rakyat tempatan, bukan pendatang – Wan Azizah Posted: 29 Jan 2013 08:50 PM PST KUALA LUMPUR 30 Jan: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, setiap rakyat harus bertindak sebagai ejen bagi memantau perjalanan Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13) untuk mengelak berlaku penipuan. "Setiap dari kita adalah ejen, walau sekecil mana peranan, kita semua membantu dalam ke arah perubahan, untuk jadikan Malaysia lebih baik," katanya. Beliau berucap pada majlis makan malam untuk mengumpul dana menjelang PRU 13 anjuran Parlimen Lembah Pantai, di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, malam tadi. Jelas Wan Azizah, rakyat perlu sedar dan tegas dalam mempertahankan hak mengundi dari diseleweng serta digunakan oleh pendatang asing. "Dalam pilihan raya, kita semua perlu jadi 'polis', sekurang-kurang jadi Paca (polling and counting agent). Pastikan kemenangan kita, jangan biar orang asing ambil undi kita," tegasnya disambut tepukan kira-kira 1,000 hadirin. Isteri Ketua Umum KEADILAN itu turut menceritakan pengalaman beliau bertanding di Parlimen Permatang Pauh pada 2004, dan menjadi mangsa penipuan Umno BN serta SPR. "2004, saya hampir menang, tapi undi saya dibuang sebanyak lebih 400 untuk memberi kemenangan kepada pihak lawan. Masa 2007 baru pegawai SPR itu mengaku berbuat demikian," jelasnya. Read More / Baca Lagi >> |
Lebih Ramai Wanita Sebagai Menteri, Timbalan Menteri Apabila PR Mentadbir Negara Posted: 29 Jan 2013 08:49 PM PST KUALA LUMPUR, 30 JAN: MP Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud berharap agar penglibatan wanita di peringkat kementerian dapat dipertingkatkan selepas Pakatan Rakyat (PR) berjaya membentuk kerajaan di Putrajaya. Gesaan ini dilontarkan ekoran perhatian kecil yang diberikan kini oleh pentadbiran Umno-BN sehinggakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terpaksa memangku jawatan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Komuniti. Menurutnya, perlaksanaan tidak menyeluruh yang diamalkan kerajaan kini mengakibatkan beberapa perkara dibuat tanpa memikirkan mengenai wanita. Read More / Baca Lagi >> |
PRU13 : Petugas PR Jangan Tinggalkan Pusat Undi, Penipuan Akan Berlaku Posted: 29 Jan 2013 08:47 PM PST KUALA LUMPUR, 30 JAN: Petugas pilihan raya Pakatan Rakyat (PR) diingatkan supaya tidak meninggalkan pusat pengundian sehingga proses pengiraan undi selesai bagi menghalang sebarang penipuan yang bakal dilakukan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Peringatan tegas ini disuarakan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang percaya kerja-kerja penipuan sudah pastinya dirancang pihak tidak bertanggungjawab dalam usaha menyekat kemenangan PR ke Putrajaya. Mengimbau suasana pengiraan semula undi pilihanraya di Parlimen Permatang Pauh pada tahun 2004 katanya, perkara ini perlu dijadikan pengajaran selain iktibar daripada kisah pejuang Islam dalam Perang Uhud. "Semua perlu berhati-hati, jangan bagi penipuan berlaku lagi dalam PRU kali ini. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 29 Jan 2013 08:42 PM PST Lebih menggembirakan cicit sulung tersebut yang dilahirkan 21 Januari lalu itu adalah pasangan kembar perempuan. Nik Aziz, melahirkan kegembiraan beliau kerana kelahiran kedua-dua cicit sulungnya itu di saat menyambut ulang tahun kelahirannya dan menganggap ia adalah rezeki. "Anak serta cucu cicit yang ramai ni merupakan anugerah ALLAH SWT yang tidak ternilai ertinya. Ia cukup membuatkan saya begitu gembira dan amat bersyukur sekali. |
Keluarga Sugumaran tidak akan sertai inkues, kata peguam Posted: 29 Jan 2013 08:41 PM PST KUALA LUMPUR, 30 Jan — Keluarga C Sugumaran tidak akan menyertai inkues untuk menentukan punca kematiannya, kata peguam mereka yang berkeras terdapat bukti menunjukkan pengawal keselamatan itu mati dibunuh. Semalam, polis dilaporkan menolak permintaan keluarga untuk bedah siasat kedua dan penyiasatan di bawah kes bunuh, selepas mendapat persetujuan Pejabat Peguam Negara untuk melakukan inkues. "Mengadakan inkues selepas terdapat bukti dari saksi kejadian yang mencadangkan berlakunya serangan dan pembunuhan adalah tidak logik, jahat dan menyalahi undang-undang," kata peguam keluarga N Surendran (gambar) dan Latheefa Koya dalam satu kenyataan hari ini. "Kita nyatakan di sini secara mutlak, keluarga C Sugumaran tidak akan mengambil bahagian dalam inkues memalukan ini." Mereka mendakwa kerajaan mahu menutup kes pembunuhan Sugumaran. "Penolakan penyiasatan pembunuhan dan mengadakan inkues adalah sebahagian daripada percubaan untuk menutup kematian Sugumaran yang dilakukan oleh polis, Kementerian Dalam Negeri, Peguam Negara dan kerajaan," dakwa peguam lagi. Surendran dan Latheefa, yang juga merupakan pemimpin PKR, mendakwa testimoni dari tiga saksi utama semalam menyokong dakwaan keluarga bahawa Sugumaran telah "dibunuh" oleh pihak polis. "Kami menuntut bagi pihak keluarga Sugumaran agar siasatan pembunuhan akan dibuka dengan segera," kata mereka. |
Penguguran Nasha : 'Ahli PAS menangis pun tidak, ketawa pun tidak' Posted: 29 Jan 2013 08:40 PM PST Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malysia (UKM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berpendapat ahli parlimen Bachok itu tidak mempunyai pengaruh yang kuat mahu pun jumlah pengikut yang ramai untuk memberikan impak kepada 'cuaca' politik tanah air. "Saya lihat (pengguguran ini) biasa sahaja, tidak cukup signifikan untuk tukarkan pola pengundian - sebabnya Nasharuddin dah lama terpinggir daripada kepimpinan PAS Pusat. "PAS pun tidak (akan bertambah) kukuh daripada pemecatan ini. Orang hendak menangis pun tidak, hendak ketawa pun tidak," katanya kepada Malaysiakini. Pengguguran Nasharuddin diumumkan Setiausa Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh pada 27 Januari lalu. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 29 Jan 2013 08:38 PM PST Jika benar kumpulan Muhyiddin yang disokong oleh pihak yang berpengaruh dalam UMNO untuk mengenepikan Najib sebelum pilihanraya ia sudah terlambat dan tidak mempunyai masa lagi. Najib pula sepatutnya menumpukan masa dan perhatian beliau terhadap lawan beliau di dalam partinya sendiri. Saya selalu berkata musuh Najib sebenarnya bukannya parti pembangkang tetapi musuh beliau yang lebih besar ialah dari dalam UMNO itu sendiri. Bagi Najib menyalahkan pembangkang yang menjadikan isu lawatannya ke Gaza sebagai lawatan yang membuang masa dan 'counter productive' jika dipandang dari sudut hendak menaikkan imej BN dalam pilihanraya nanti itu adalah tidak tepat. Ianya diperbesarkan oleh mereka dalam UMNO sendiri. Anwar Ibrahim bukan orangnya yang membesarkan isu itu. Yang menjadikan isu tentang lawatan itu adalah Presiden Palestin sendiri yang menegur Najib yang tidak betul cara melakukan lawatan ke Gaza itu kerana ia dilihat seperti masuk campur di dalam hal ehwal Palestin itu. Mahmud Abbas telah menempelak Najib kerana Najib menampakkan dirinya sebagai memihak kepada satu dari dua pihak Palestin yang berbeza itu. Mahmud Abbas adalah Presiden yang diletakkan oleh masyarakat antarabangsa sedangkan Hamas merupakan pihak yang memenangi pilihanraya tetapi tidak diiktiraf oleh banyak pihak di dunia ini dan menguasai Gaza dengan Ismail Haniyeh sebagai Perdana Menterinya. Anwar hanya memberikan pandangan yang Najib tidak membuat 'homework' sebelum melakukan lawatan itu. Oleh yang demikian lawatan yang sepatutnya memberikan lonjakan untuk Najib nyata telah menjadi isu besar yang negatif bagi kerajaan dan dirinya sendiri. Read More / Baca Lagi >> |
Najib tabur RM50 juta beli undi OKU, warga emas – Srikandi Posted: 29 Jan 2013 08:37 PM PST KUALA LUMPUR 30 Jan: Janji Umno BN untuk membantu ibu tunggal, orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas hanya retorik, kata Ketua Srikadi KEADILAN, Siti Aisyah Shaik Ismail. Menurutnya, ekoran terdesak untuk memenangi pilihan raya membuatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terpaksa mengambil hati golongan itu yang selama ini dipinggirkan. "Ini tindakan terdesak Umno BN untuk kekal berkuasa, kerana pilihan raya kali ini paling genting terpaksa dilalui mereka. "Najib akan guna segala 'senjata' untuk tawan hati rakyat. Jika bukan untuk tarik undi rakyat, apa lagi motif kalau semua janji itu hanya dilaksana selepas menang pilihan raya," katanya ketika dihubungi. Semalam, kerajaan meluluskan peruntukan RM50 juta kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk melaksanakan program Hati Rakyat yang akan bermula bulan depan. Najib yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, bantuan itu kononnya akan disalur kepada ibu tunggal, OKU dan warga emas mengikut keperluan masing-masing. "Persoalan besar dari mana datangnya wang begitu banyak di saat masalah ekonomi yang teruk akibat bebanan hutang dan rasuah yang tinggi?" soal Aishah. "Selagi tidak terlaksana, semua perkara akan dijanjikan kepada rakyat. Sampai masa nak bagi, apa pun tiada," sinisnya. |
Game of ‘Sabotage 24/7′ in Selangor Posted: 29 Jan 2013 08:37 PM PST he ruling Barisan Nasional has increased dubious voters by the thousands in 13 parliamentary seats in Selangor. Appended below is the information on the increase of dubious voters in these Pakatan Rakyat-held parliamentary seats. The information is obtained from PAS' Harakah daily dated Jan 25 to 27, 2013: 1. Kuala Selangor 10,083 (PAS MP Dzulkefly Ahmad) 2. Selayang 16,189 (PKR MP William Leong) 3. Gombak 15,467 (PKR MP Azmin Ali) 4. Hulu Langat 23,334 (PAS MP Che Rosli Che Mat) 5. Serdang 23,748 (DAP MP Teo Nie Ching) 6. Puchong 19,772 (DAP MP Gobind Singh Deo) 7. Kelana Jaya 13,714 (PKR MP Loh Gwo Burne) 8. Subang 27,765 (PKR MP R Sivarasa) 9. Shah Alam 15,417 (PAS MP Khalid Samad) 10.Kapar 21,606 (PKR MP S Manikavasagam) 11.Klang 11,702 (DAP MP Charles Santiago) 12.Kota Raja 22,256 (PAS MP Siti Mariah Mahmud) 13.Kuala Langat 17,172 (PKR MP Abdullah Sani) This underhand operation to negate the vote of genuine Malaysian citizens reveals the desperation of those who want to win at all costs so much so that they are willing to sell out the nation's rights. Read More / Baca Lagi >> |
Puluhan Juta Ringgit Hasil Minyak : Rakyat Paka Terpinggir Posted: 29 Jan 2013 08:34 PM PST |
Dahsyatnya Fitnah ADUN UMNO Paka Posted: 29 Jan 2013 08:21 PM PST |
1FITNAH : KALAH DAN TERUS KALAH Posted: 29 Jan 2013 03:40 PM PST |
Alahai.. Bangsat Ni Nak Menyibuk Jugak.. Posted: 29 Jan 2013 03:35 PM PST KUALA LUMPUR 29 Jan - Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin hari ini mempersoalkan tindakan memecat bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa tanpa diberi peluang untuk membela diri. Menurut Zulkifli, tindakan yang dilakukan oleh parti yang 'melabelkan' diri sebagai parti Islam itu tidak bertindak sebagai parti yang Islamik. |
GELI tengok cara Umno berkempen... Posted: 29 Jan 2013 03:30 PM PST paklongdin "Hodoh betoi cara Umno berkempen... geli Pak Long tengok... Memang la keluarga budak William Yau tengah bersedih. Sapa tak sedih bila anak cucu yang depa sayang tu, baru berumoq 6 tahun dah pergi mengadap Ilahi... Dah tu pi dalam keadaan yang menyedihkan pulak tuh... Bukan tak boleh nak pujuk orang bersedih neh... Bukan salah besaq sangat pun nak boh gambaq kat surat habaq, bagitau kat semua yang kita ni baik tapi, cari la gambaq yang senonoh sikit. Ni ka, boh gambaq yang kamera men penuh dok menyemak depan tuh... Geli la orang kampung tengok. Hangpa buat macam ikut skrip pulak time orang lain dok susah hati... hadoiihh... KM Melaka, Mohd Ali Rustam (duduk bertinggung tiga dari kanan) cuba menenangkan nenek William Yau, Chee Chau Moi, 68, dihadapan puluhan kamera men... Nenek si William neh tak dapat menahan kesedihan masa upacara pembakaran mayat cucunya di pusat pembakaran di Jelutong, Sungai Putat, Melaka. William dilaporkan hilang pada 16 Januari lepas di Putra Heights, Puchong dan ditemui mati di Jeti Sungai Sireh, Pelabuhan Klang. - Foto Bernama Teringat kata-kata hj Karim, ayaq turun mai dari gunung-gunung tapi kebijaksanaan turun mai dari kelaku buat kita... |
Syaitan Dikenali : Agama Dan Perkauman Taruhan UMNO@BN Kini..... Posted: 29 Jan 2013 03:28 PM PST Kantoi..!! Cyber UMNO bodoh macam kaldai. Isu sensetif macam ini pun nak diputar untuk dimomok di alam maya. Tembelang cai cai UMNO punya fitnah telah terbarai...lihat gambar atas dengan jelas dua gambar yang berbeza yang satu asli dan yang satu lagi di edit dengan meletakan lambang salib seolah olah satu gerakan memurtadkan orang islam oleh DAP. Hairan kita kenapa macai macai UMNO suka membuat fitnah? ada kah mereka lupa bahawa fitnah bergini yang menjadi punca perpecahan sesama umat? mereka sangup lakukan apa saja demi mempertahankan kuasa mereka di dunia ini? |
Posted: 29 Jan 2013 03:22 PM PST Oleh SELENA TAY Sudah jelas bahawa Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) akan diadakan pada bulan Mac ini. Ini bererti hasrat Perdana Menteri Najib Tun Razak untuk melakukan strategi serang hendap dan memberi Pakatan Rakyat (PR) satu kejutan dengan membubarkan Parlimen secara tiba-tiba telah gagal sama sekali. Kini rakyat 1Malaysia sudah maklum dan sudah bersedia menghadapi PRU13 pada bulan Mac. Semua parti komponen dalam Pakatan bersama dengan ahli serta penyokong PR sudah bersiap-sedia dan hanya menunggu pembubaran Parlimen sahaja. Adakah ketidak-cekapan pentadbiran Kerajaan BN telah menyerlah kerana perlu menunggu hingga tempoh melepasi 5 tahun selepas 8 Mac 2008 baru mampu mengadakan pilihanraya? Oleh itu, rakyat 1Malaysia harus memilih untuk menukar kepada pentadbiran yang lebih cekap, telus, bersih dan adil dibawah PR. Rakyat tidak perlu takut membuat perubahan kerana kewibaan PR telah terbukti terlaksana di Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Perak (walaupun lebih kurang 10 bulan sahaja mentadbir). Sudah tibalah masanya untuk rakyat Malaysia memberanikan diri dan mengorak langkah untuk maju ke depan. Kita tidak boleh berada di takuk yang lama untuk selama-lamanya. Sampai bila kita hendak berasa takut untuk buat perubahan?! Kini kita pun sedang berada dalam zaman internet dan media sosial. Ayuh, beranikanlah diri sebelum terlewat. |
Lebih PAS Dari PAS : Hanya 'Parti Syaitan Yang Dikenali' bela Nasha Posted: 29 Jan 2013 03:15 PM PST Kata orang jangan hisap dadah atau candu.Bukan apa kalau dah ketagih amat sukar untuk diubati.Perkara yang sama berlaku dalam politik di negara kita.Mengaku duduk dalam parti yang lawan Umno tapi jadi penagih tegar kepada Umno-BN yang Tun Madey kata Parti syaitan yang dikenali.Dulu Hasan Ali bekas Naib Presiden Pas dan PJ Pas Selangor yang dikatakan amat rindukan kerusi MB di Selangor tapi tak kesampaian.Hasan Ali yang katanya daripada golongan profesional buat kelaku dan dipecat daripada Pas.Padan muka.Kena pecat dengan keluar sendiri tak sama.Lagi pedih kalau kena pecat.Hasan Ali ingat dia banyak pengaruh boleh bawa berduyun-duyun orang Pas bersama beliau tapi sangkaan itu meleset.Pas terus dapat sambutan orang Melayu dan bukan Islam. Kini hangat diperkatakan dengan sikap ahli parlimen Bachok Nasharudin Mat Isa yang juga bekas Timbalan Presiden Pas yang juga satu ketika dulu jadi Ketua Lajnah Tarbiyyah Pas Pusat.Nasharuddin telah dipecat daripada ahli majlis syura Pas Pusat tapi masih kekal sebagai ahli Pas.Punca kena pecat sudah tentu semua orang tahu akan sikap beliau yang kini sudah tidak sealiran dan lebih mesra Umno daripada orang Umno sendiri.Pandangan beliau bukan lagi pandangan Pas tapi lebih kepada cara Umno berfikir.Kalau dulu beliau jadi ketua tarbiyyah orang Pas kini mungkin beliau sendiri sudah ditarbiyyah untuk masuk Umno. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan