Rabu, 9 Januari 2013

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Sukan: Syabas, Pahang Menang Bergaya 3-2 Ke Atas Johor Darul Takzim Di Stadium Darul Makmur Malam Tadi

Posted: 08 Jan 2013 10:04 PM PST

KUANTAN, 9 Jan - Pasukan bolasepak Johor Darul Takzim yang terdiri daripada pemain bintang terpaksa pulang tangan kosong selepas dikecewakan Pahang 3-2 dalam aksi penuh sengit berlangsung di Stadium Darul Makmur malam tadi. Kurang keserasian dipamerkan Johor DT pada 10 minit pertama perlawanan, bagaimanapun mereka kemudiannya bangkit untuk meninggalkan Pahang 2-0 di separuh masa pertama. Pun begitu, Pahang bagaikan mengamuk di babak kedua apabila berjaya menyamakan kedudukan dengan dua gol di hasilkan oleh Fauzi Roslan, sebelum R. Surendran menjaringkan gol kemenangan Pahang di minit ke 82. Dalam aksi yang dilihat seperti perlawanan akhir itu, Johor DT meraih gol pertama seawal minit ke-8 selepas Safiq Rahim menanduk masuk hasil hantaran pemain import dari Sepanyol Daniel Gonzales Guiza. Seminit sebelum itu, pemain Johor DT, Tuah Iskandar dilayangkan kad kuning selepas sengaja menjatuhkan badan. Di minit ke 22, Tuah Iskandar sekali lagi rebah di luar kota penalti Pahang, kali ini dia berjaya mendapatkan sepakan percuma. Safiq melakukan sepakan tersebut dengan baik, namun bola sedikit melewati palang gol. Empat minit kemudian, Johor DT berjaya meraih gol kedua kali ini menerusi Norshahrul Idlan Talaha selepas dia bijak menyempurnkan hantaran menarik sekali lagi daripada Guiza. Lima minit selepas babak kedua bermula, Fauzi Roslan menggamatkan Stadium Darul Makmur apabila dia menjaringkan gol pembukaan Pahang selepas merebat deras kearah gawang Johor. Ia bermula dengan gerakan dari bawah yang dilakukan Amirul Hadi, sebelum bola dilambungkan kearah Fauzi. Gol tersebut nyata menjadi tonik untuk skuad Tok Gajah dan mereka mula mengatur serangan bertali arus. 


Di minit ke-60, tanpa diduga, pemain Johor DT, Nurul Azwan Roya muncul melakukan rembatan deras di luar kotak penalti yang terkena palang. Guiza mempunyai peluang terbaik untuk meletakkan dirinya dalam senarai penjaring, namun bola lambungannya hanya sedikit melepas palang gawang di minit ke-63. Di minit ke-70, Fauzi Roslan sekali lagi menjadi wira Pahang selepas dia melakukan rembatan melencong untuk menerjah gawang lawan. Semangat juang Tok Gajah membuahkan hasil apabila mereka berjaya mencipta gol kemenangan hasil jaringan R. Surendran di minit ke-82. Semangat juang yang ditunjukkan Pahang harus dipuji apabila mereka tidak menghiraukan siapa lawan mereka, sebaliknya menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap perlawanan. Selepas tamat perlawanan mereka meraikan kemenangan seperti perlawanan akhir, lebih-lebih lagi berjaya bangkit selepas ditinggalkan Johor DT 2-0 di separuh masa pertama.

[Dalam aksi lain, turut menyaksikan kemenangan Selangor yang menewaskan Negeri Sembilan 1-0 di Stadium Shah Alam hasil jaringan S. Kunalan pada minit ke-68. Manakala Perak mengutip tiga mata penuh selepas mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas wakil kelab dari Terengganu, T Team di Stadium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut. Gol berkenaan hasil jaringan pemain T-Team sendiri iaitu Muhd Nuraliff Zainal Abidin pada minit-minit akhir perlawanan. Terdahulu, pada perlawanan sebelah petang, Terengganu dan Felda United berkongsi satu mata selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu. Penyerang import skuad 'The Settlers' dari Lubnan, Mohammed Ghaddar Mahmoud membuka tirai jaringan untuk pasukan pelawat pada minit ke-53 sebelum Ismail Faruqi menyamakan kedudukan untuk skuad Penyu, lima minit kemudian. Syabas buat pasukan Pahang!!].

Tiada ulasan: