Rabu, 9 Januari 2013

.

.


12 Januari: Buktikan Kita Manusia

Posted: 08 Jan 2013 04:37 PM PST

RENUNGAN                                                                                                                      

Sabtu ini - 12 Januari ini akan berlangsung himpunan kebangkitan rakyat (HKR). HKR adalah kesenimbungan kepada Bersih 1,2, dan 3. Ia adalah kemuncak kepada manifestasi kebangkitan rakyat untuk menuntut satu pilihan raya yang adil dan bersih di negara ini. Keperluannya begitu besar sekali tanpa pilihan raya yang adil dan bersih maka kepimpinan yang lahir menerusi proses ini selamanya tidak bersih dan membawa imej dan sifat kepimpinan sejati. 

Banner yang mengajak rakyat bangkit membela hak.
Perlu disedari sesuatu yang lahir dari sistem yang tidak bersih, ia akan menatijahkan hasil yang tidak baik. Saya beranologi, macam mana kita mengharapkan akan lahir anak ayam dari telor itik. Seribu kali telor itik itu diram oleh ibu ayam, ia tetap melahirkan anak itik kerana gene itik berada dalam telor itu.

Nah begitulah juga dengan sistem atau proses melahirkan pemimpin mestilah dari proses dan sistem yang betul dan baik barulah lahir pemimpin yang suci murni berjiwa besar dan akan melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dan negara dengan adil dan bersih.



Kenapa banyak kepincangan berlaku di dalam negara kita hari ini, sebabnya bukan lain kerana negara dipimpin oleh mereka yang tidak lahir dari sistem atau proses yang suci. Pilihan raya kita dipenuhi dengan strategi dan tektik penipuan. Pemnimpin yang ada hari ini tidak ubah seorang anak yang lahir dari hasil persundalan kedua orang tuanya. Sifat buruk, keji yang dimiliki oleh kedua orang tuanya sedikit sebanyak menurun kepada anaknya.

Himpunan itu mulanya dirancang akan berlangsung di stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Pihak penganjur telah pun membuat permohonan tetapi hingga saat ini tiada kelulusan yang diberikan. Dua hari lepas wakil penganjur berkunjung ke pejabat stadium berkenaan untuk bertanya khabar mengenai status permohonan mereka tidak ada seorang pun pegsawainya keluar menemui wakil berkenaan.

Sikap kurang mesra pegawai stadium itu, sebenarnya kurang ajar,  membayangkan bahawa tidak akan ada kebenaran dari pihak muzium untuk menjadikan stadium itu avenue himpunan berkeanan.

Di mana avenue himpunan itu dijangka akan diketahui tengah hari ini. Berdasarkan sikap dolak dalih pihak kerajaan sebelum ini saya percaya stadium Merdeka itu tidak akan dibenarkan untuk dijadikan tapak himpunan. Sekali lagi pihak stadium akan menjadikan soal permit sebagai alasan seperti mana DBKL menjadikan alasan tidak ada permit untuk mereka tidak membenarkan Dataran Merdeka menjadi tapak protes duduk dan bantah yang tidak lama dulu.

Ketidaksediaan memberi permit ini adalah sebahagian dari tanda-tanda kelemahan dan kenazakan kerajaan UBN itu sendiri. Jadi ia tidak anih dan pelik lagi sebab sikap itu menjadi tanda-tanda kehancuran yang jelas . Sedar atau tidak, negara ini tidak ada kebebasan. Penguasa politik negara ini mencekik darah sesiapa saja demi menyelamatkan kuasa. Transformasi yang dilaungkan oleh Najib Razak hanyalah laungan yang tidak sedikit pun memberi makna.

Tidak mengapa, sama ada himpunan itu ada permit atau tidak, ia tidak perlu jadi persoalan dan alasan untuk tidak hadir. Sebelum ini dalam beberapa siri himpunan yang diadakan tidak pernah pun mendapat permit. Permit hanya diperuntukkan tetapi tidak pernah dilaksanakan. Namun ternyata himpunan berjaya. Puluhan ribu keluar menggabungkan diri menyatakan protes dan menzahirkan perasaan terhadap apa yang diingini. Walaupun ditangkap dan didakwa namun rakyat tidak perenah serit. Walaupun dipukul dan dilakukan berbagai penganiayaan terancang, rakyat tidak merasa menyesal, gerum dan serik.Bahkan ketiadaan permit itu dianggap sebagai lesen besar untuk hadir.

Sekatan untuk rakyat berhimpun seperti hari kebangkitan rakyat itu sudah tidak dapat dihalang dan disekat lagi. Rakyat sudah jadi gila dan hilang kewarasan dalam menerima larangan yang tidak berasas. Hujah kerajaan menghalang himpunan sudah tidak munasabah lagi. Setiap apa yang berlawanan dengan naluri rakyat adalah satu keputusan yang dianggap gila oleh rakyat.

Atas maksud dan tujuan seperti disebut di atas tadi semua rakyat yang cintakan terlahirnya pemimpin yang bersih, adil dan bertanggungjawab perlu menyertai HKR Sabtu ini. Ia adalah penting dan menjadi klimeks kepada perubahan yang ditunggu menjelang pilihan raya umum nanti. Senario yang berlaku 12 Januari nanti akan menjadi petanda dan gambaran awal apakah keputusan pilihan ke-13 kelak. Dari situ akan mencerminkan apakah UBN atau kuasa zalim, penindas dan kolot akan tumbang atau terus tegak atas kerusi kekuasaan.

Suka disebut tuntutan untuk melahirkan proses pilihan raya yang adil dan bersih ini bukan hak pembangkang saja, tetapi ia adalah hak semua rakyat negara ini. Kalau kebetulan UBN masih menang setelah dibersihkan apa yang tidak bersih dan diperbetulkan apa yang tidak betul (adil) itu, ini bermakna  rakyat akan mendapat pemimpin yang diidam-idamkan. Bukan bererti pemimpin yang bersih dan adil nanti datangnya dari pihak Pakatan Rakyat. Bertolak dari maksud dan nawaitu tidak ada sebab untuk sesiapa juga menolak acara berkenaan.

Justeru setiap rakyat negara ini yang cintakan kedamaian, tidak kira cenderong kepada mana-mana ideologi, PAS, Umno, DAP, MIC, MCA, PKR dan lain-lain yang berazam membuang kotoran kekuasaan yang ada harus hadir bagi menyatakan sokongan dan menggabungkan semangat mempertahankan haq. Jangan mengira himpunan itu milik siapa tetapi apa yang perlu difikirkan maksud dan tujuan himpunan itu adalah untuk Malaysia.

Perjuangan menegakkan kebenaran, keadilan dan hak bukan milik sesuatu kelompok tetapi milik semua antara kita.

Usah gentar dan takut sama-samalah memaknakan hidup kita ini yang asalnya dari nasak perjuangan. Jangan jadikan diri kita sebagai tunggul kayu tempat segala macam haiwan, unggas bertengek dan membuang najis di atas yang bisa diperlakukan apa saja oleh UBN.

Kita adalah manusia, kita adalah rakyat. Ayuh...ayuh... bangkit! [wm.kl.8:18 am 09/01/13]

Polis Beri Jaminan HKR Akan Berlangsung Aman?

Posted: 08 Jan 2013 05:04 AM PST

PANDANGAN                                                                                                                        

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Pakatan Rakyat lewat petang ini mengenai Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari nanti menggembirakan semua orang. Menurut kenyataan itu pihak polis memberi jaminan akan mengawal himpunan berkenaan dan mahukan ia menjadi satu sejarah? Sejarah apa masih kabur?

Ismail: Bagi jaminan HKR aman?
Perkara ini dinyatakan oleh Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan bersama Timbalan Presiden PAS Muhammad Sabu serta Setiausaha Agung Pas, Mustapa Ali.

Menburut mereka perkara itu dinyatakan oleh Ketua Polis Negara, Ismail Omar dalam pertemuan dengan mereka petang ini yang dikatakan dalam keadaan kondusif.

Saifuddin menegaskan IGP (Ketua Polis Negara) berhasrat ini akan menjadi himpunan berkenaan detik bersejarah, untuk belajar dari kelemahan dan kekurangan program-program terdahulu.

Dalam pada itu jelasnya Polis akan memberi servis terbaik untuk memastikan semua hak yang termaktub dalam undang-undang dan Perlembangan dihormati. Sekiranya ini menjadi kenyataan satu tabik hormat dua belah tangan kepada polis boleh diberikan.

Semua rakyat berharap di sepanjang himpunan itu nanti tidak akan ada lagi cemuhan dan kata nesta kepada anggota polis seperti sebelum ini yang diciskan oleh orang ramai kerana sikap tidak profesional mereka memukul dan membelasah orang ramai sewenang-wenangnya.

Bagaimana pun janji pihak polis itu masih lagi belum dapat diyakini sepenuhnya kerana ia tidak dijelaskan dari mulut Ismail Omar sendiri di mana ia boleh jadi betul ataupun selepas ini akan dinafikan dengan alasan Saifuddin silap memahami butiran perjumpaan dengan beliau (Ismail). Kalau ini berlaku ia tidak ganjil kerana sudah ada kekeliruan seperti itu sebelum ini.

Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein juga belum bersuara berhubung sikap polis itu. Apa pun kalau Najib Razak mahu mengurangkan rasa benci rakyat kepadanya seharusnya beliau membenarkan polis melakukan apa yang difikir terbaik.

Maruah dan martabat Najib serta pandangan umum kepadanya akan menjadi lebih tinggi kalau beliau sedia memenuhi janjinya untuk membenarkan himpunan berkenaan berlangsung dalam keadaan tersusun, aman dan diberikan lokasi seperti dipohon, iaitu Stadium Merdeka.

 Petang ini beberapa pemimpin Pakatan Rakyat mengadakan perbincangan dengan pihak polis berhubung program Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) pada 12 Januari akan datang. Kalau esok atau lusa Tv no 3 tidak membuat laporan huduh berhubung HKR, apa yang dijanjikan polis itu boleh diterima. Tengoklah nanti apa fatwa Tv no 3 dan Harusani mengenai HKR itu. [wm.kl.8:56 pm 08/01/13]

Tiada ulasan: