Selasa, 22 Januari 2013

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: 'Menjelang PRU13', DAP Gesa Pucuk Pimpinan Pakatan Rakyat Siasat Facebook Palsu DUN Teruntum

Posted: 22 Jan 2013 02:27 AM PST

KUANTAN, 22 Jan - Ketua DAP Kuantan. Micheal Cheah (foto) meminta Pakatan Rakyat menyiasat kemunculan akaun facebook palsu DUN Teruntum yang menimbulkan kontroversi dikalangan rakyat sekarang ini. Akaun facebook berkenaan secara jelas memaparkan gambar dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kuantan iaitu Sim Chon Siang dan Kamarul Hatta Md Ali sedang memegang bendera parti itu di sebuah jalanraya di bandar ini. Kewujudan akaun FB itu menngejutkan ramai pihak kerana ia lebih memaparkan aktiviti pemimpin PKR terbabit yang ditonjolkan sebagai calon Pakatan Rakyat bagi DUN Teruntum pada Pilihanraya Umum ke-13. Dalam satu kenyataan media kepada sebuah akhbar berbahasa Cina, Fuziah Salleh selaku Ahli Parlimen Kuantan menafikan akaun tersebut dibuat oleh PKR dan menuduh ianya adalah akaun palsu yang diwujudkan untuk menghuru-harakan parti tersebut menjelang PRU-13 ini nanti. DUN Teruntum kini masih lagi menjadi perbalaha dan perebutan antara kedua-dua parti iaitu PKR dan DAP. Pucuk pimpinab tertinggi Pakatan Rakyat Pahang masih belum memutuskan parti mana yang akan bertanding di situ, makanya kewujudan FB terbabit sedikit mengoncangkan hubungan akrab antara kedua-dua buah parti terbabit di Kuantan. "DUN Teruntum akaun peribadi telah disahkan oleh YB Fauziah bahawa ia BUKAN akuan rasmi Parti Keadilan Rakyat. Oleh tu, kami pun telah berbukti penyamar Akaun PKR ini telah pun menyebar berita politik yang tak tepat dimana belum disahkan dalam Perbincangan Pusat Pakatan Rakyat,ia akan mengelirukan para pengundi sekiranya. Oleh sebab tu, Pakatan Rakyat Negeri Pahang ingin menggerakan tenaga internet supaya REPOT kepada akaun palsu ini dengan serta-merta, Terima kasih", kata Micheal Chah dalam posting di FB nya. "We, DAP Ktn just want to hv a fair and clean Allocation of seats in East Pahang ! so that we exposed these Dun Teruntum Scandals openly... Bukti yang diperolehi berikut telah jelas membuktikan bahawa Dun Teruntum telah menyebarkan maklumat tertinggi dalaman Pakatan Rakyat yang belum disetujui dan diumumkan melalui saluran internet secara terbuka,ini telah melanggar peraturan PR begitu serius sekali. Disamping itu, secara telus akan menjejaskan perhubungan baik antara ranting PR. Oleh sebab itu, Akuan Dun Teruntum telah disahkan dengan bukti yang cukup Kukuh bahawa ia adalah Akuan Perosak kepada PR,maka ia patut direpotkan dengan segera ! , tambah dalam kenyataan di facebooknya.


[Pakatan Rakyat Negeri Pahang perlu menjaga tingkah laku mereka menjelang PRU-13 tidak lama lagi. Tinggal lagi lebih kurang dua bulan untuk pilihanraya umum namun mereka masih belum mendapat keputusan muktamad tentang pembahagian kerusi DUN dan Parlimen di negeri ini sekarang. Kerusi DUN Teruntum sepatutnya diserahkan kepada DAP kerana PKR sudah menguasai sebahagian bersar kerusi parlimen dalam bandar Kuantan seperti Kuantan, Indera Mahkota dan Paya Besar. Malah mereka juga telah mempunya kerusi DUN dalam bandar iaitu Semambu di Parlimen Indera Mahkota. Maka itu, adalah lebih baik kerusi DUN Teruntum diserahkan semula kepada DAP selepas dipinjamkan kepada PKR dalam pilihanraya lalu. PKR dan DAP sudah punyai kerusi masing-masing dalam bandar Kuantan maka, apa salahnya kerusi DUN Teruntum diserahkan kepada DAP sebagai tanda kesepakatan. Jika tidak sudah pasti undi protes akan berlaku yang menyebabkan mereka tidan berpeluang untuk merampas kerusi tersebut dari BN (MCA). Rakyat melihat apa yang berlaku dan semua pihak harus berhati-hati membuat keputusan yang boleh menggugat kepercayaan pihak  lain].

Panas: "Gadis Buang Bayinya" Dalam Tong Sampah Di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh!

Posted: 21 Jan 2013 09:25 PM PST

TEMERLOH, 22 Jan - Seorang gadis bertindak kejam apabila nekad membungkus dan mencampakkan bayi luar nikah yang dilahirkannya ke tong sampah, di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAH), kira-kira jam 12.30 tengah malam, Sabtu lepas. Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Aziz Salleh berkata gadis berusia 24 tahun itu berasal dari Pasir Puteh, Kelantan dan dipercayai bekerja di sebuah pasar raya di Temerloh. "Dia dibawa ke HOSHAS oleh rakannya selepas mengadu sakit perut. "Ketika sedang mendapatkan rawatan gadis itu bergegas ke tandas berhampiran dan terkejut ketika sedang membuang air besar melihat bayi perempuan yang dikatakan cukup sifat terjatuh dalam mangkuk tandas," katanya semalam. Aziz berkata, dipercayai selepas melihat keadaan bayi perempuan itu sudah tidak bernyawa, gadis terbabit mengambil plastik dalam tong sampah sebelum membungkus mayat bayinya dan membuang dalam tong sampah. Katanya, gadis terbabit kemudian berlagak selamba ketika berjalan keluar dari tandas berkenaan sebelum dipanggil oleh doktor yang bertugas untuk menjalani pemeriksaan. "Doktor terbabit terkejut selepas mendapati perut gadis berkenaan kempis sebelum memanggil seorang jururawat dan meminta menjalankan pemeriksaan di dalam tandas yang dikunjungi gadis itu. "Hasil pemeriksaan, jururawat terbabit menemui beberapa titik darah berhampiran tong sampah sebelum membuka tong itu lalu melihat plastik dipenuhi darah bersama mayat bayi berkenaan," katanya. Katanya, selepas dimaklumkan penemuan mayat bayi perempuan itu, doktor terbabit menghubungi Balai Polis Temerloh dan polis menahan gadis berkenaan. Siasatan awal mendapati, bayi perempuan itu berusia enam bulan dan disahkan meninggal dunia ketika dalam kandungan namun punca kematian masih dalam siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

[Apa sudah jadi? Nampaknya gejala sosial terus menjadi-jadi mutakhir ini. Tanda-tanda kiamat kecil nampaknya semakin jelas kelihatan. Demikianlah akibatnya bila agama terus dipinggirkan dalam sistem pemerintahan di negara kita pada masa ini. Jalan terbaik, kembali kepada Islam yang sebenarnya berlandaskan Al-Quran dan Hadis. Jika ini keadaannya maka semakin hari generasi muda akan terus hancur dan rosak dibuatnya. Pernahkah kerajaan fikir semua ini?. Jangan hanya kerana politik mereka sanggup mengabaikan tanggungjawab mendidik manusia ke arah kebaikan. Oleh itu, menjadi kewajipan seluruh rakyat untuk melakukan perubahan agar kuasa diberikan kepada mereka yang sepatutnya. Islam perlu dikembalikan ke tempatya dan bukan sekadar dijadikan agensi tertentu sedangkan pengisiannya tiada. Lakukanlah perubahan demi rakyat dalam pilihanraya umum akan datang].

Tiada ulasan: