Selasa, 22 Januari 2013

Roslan SMS Corner

Roslan SMS Corner


Anak Raja pembunuh (22/1/13)

Posted: 22 Jan 2013 12:35 AM PST


Saya terdengar berita ini dalam siaran berita di radio ketika memandu dan segera membuat carian di internet. Yang menarik perhatian saya adalah berita berkenaan cucunda Ratu Elizabeth II, Putera Henry atau lebih dikenali "Prince Harry" yang dilaporkan baru sahaja tamat perkhidmatannya selama 5 bulan sebagai juruterbang helikopter penggempur "Apache" , Tentera Inggeris, di Afghanistan.
Harry adalah salah seorang waris takhta monarki British, dengan ditempatkan ditangga ketiga bakal mewarisi takhta selepas ayahnya Charles dan abangnya William.

Apabila ditanya oleh wartawan pernahkah beliau terlibat dalam membunuh pejuang Taliban di Afghanistan beliau menjawab:
"Yea, so lots of people have."  (Ya, ramai (yang telah saya bunuh))

Beliau menambah:
"Take a life to save a life. That's what we revolve around, I suppose, if there's people trying to do bad stuff to our guys, then we'll take them out of the game."

(Ambil nyawa untuk menyelamatkan nyawa saya rasa itu sesuatu yang biasa. Sekiranya ada orang yang mahu melakukan perkara yang tidak baik ke atas orang-orang kita, kami akan menamatkan permainan mereka)
Beliau begitu berbangga dengan apa yang telah beliau lakukan.

Dengan kenyataan ini maka kini tersenarailah seorang waris takhta British yang bergelumang tangannya dengan darah orang Islam di Afghanistan, yang pasti bersepai hancur mayat mereka angkara ledakkan peluru dan meriam dari pesawat Apache nya (pesawat yang sama yang membunuh As Syahid Abdul Aziz Rantisi di Palestin).
Soal samada yang terbunuh itu benar-benar pengganas atau orang awam atau yang tidak berdosa tidak pula diulas. Yang pentingnya anak Raja ini menganggap beliau yang walaupun berada di tanah asing, dalam keadaan berperang, oleh itu adat berperang, sasaran mesti dimusnahkan. Dan dalam hal ini yang dimusnahkan adalah anak watan Afghanistan.

Sekiranya ada Bendahara Tun Perak di Kota London pasti beliau ulangi ungkapan keramatnya:
Tetapi janganlah kita bertuankan anak Raja seorang ini……

 

Tiada ulasan: