. |
- Puad, Mat Maslan Perlu Tiru Saifuddin
- Penduduk Beringin Rendang Saman Petronas
- Bekas Exco Tidak Bayar Hutang Pilihan Raya RM140,000
- Rakyat Kelantan Ketawakan Najib, Hasan Kena Mohon Maaf
Puad, Mat Maslan Perlu Tiru Saifuddin Posted: 22 Jan 2013 02:57 AM PST MENITI SENJA Puad Sarkashi perlu memperbetulkan standard dirinya sebagai anggota kabinet agar ianya tidak sampai ke tahap haprak. Banyak sudah perkara yang diutarakan Puad tidak mencapai standard beliau sebagai timbalan menteri. Isu atau topik yang diucapkan oleh Puad tidak lebih dari standard presiden Perkasa(m) saja. Patut Puad bezakan dirinya dengan presiden NGO itu kerana dia mempunyai latar belakang dan disiplin diri yang jauh lebih menarik. Sekurang-kurang dua perkara yang Puad sentuh tetapi ia meragukan dan boleh dipersoalkan. Pertikaian beliau berhubung isu itu juga tidak meletakkan beliau seorang yang berkualiti. Jauh sekali setaraf dengan kedudukan dia sebagai seorang bergelar doktor falsafah (Phd). Barang kali ada kebenarannya juga sesetengah kawan yang mempertikaikan dari mana Puad mendapat Phd kerana tahap keilmuan yang ditunjuk tidak sampai ke peringkat itu. Apakah ia sama dengan standard kedoktoran yang diperolehi oleh Ahmad Zahid Hamidi? Perkara yang dicakapkan oleh Puad banyak boleh dipertikaian. Salah satunya ialah berhubung tuduhan beliau yang DAP telah mencetak kitab Injil dalam bahasa Melayu. Tuduhan itu dibuat berdasarkan apa yang beliau difahamkan. Sumber yang memberi kefahaman kepada beliau ialah Utusan Malaysia - surat khabar yang paling banyak kalah saman di dunia. Terbaru ialah mengenai pengedaran kitab Injil di sebuah sekolah di Pulau Pinang. Beliau menarik perhatian mengarah sekolah agar menyiasat dan memastikan tiada Injil diedarkan. Maklumat yang dikutip oleh Puad ialah dari sumber Utusan Malaysia. Utusan Malaysia pula mengambil sumber daripada persatuan 'kepalabuku'. Sebagai seorang timbalan menteri Puad sepatutnya menjaga standard dan kelas dirinya. Jangan diambil sumber-sumber yang 100 peratus karut dari Utusan Malaysia itu. Puad patut menilai sejauh mana akhbar berkenaan. Tidak bermakna ia adalah surat khabar Umno ia boleh dipercayai seratus peratus. Dan sebagai seorang akademik Puad tidak boleh 'merawa' semua isu termasuk isu-isu berkelas sampah untuk di ketengahkan. Apakah Puad tidak mengikuti perkembangan mahkamah yang lepas satu, satu hakim menjatuhkan hukuman Utusan Malaysia sebagai bersalah atas kerana menyebarkan berita fitnah. Apakah Puad tidak peka ini? Kita menimbulkan ini kerana bimbang Puad lama kelamaan akan jadi seperti surat khabar berkenaan. Berbohong, putar belit cerita sudah menjadi habit. Bila sudah sampai ke peringkat ini Utusan Malaysia akan jadi seperti anjing yang habit makan tahi, di mana kalau tidak dapat tahi bau pun sudah cukup. Dibimbangkan juga kerana percaya kepada akhabr itu lama-lama Puad bukan saja setakat, cakap berlapik lidah tetapi bimbang lidahnya juga akan jadi bercabang. Kita tahu Puad menjadi banyak bercakap kerana hendak tunjukkan kepada Najib dia adalah menteri muda yang ada idea dan rajin mempertahakan Umno. Kalau idea banyak tetapi semuanya hampas dan haprak tidak ada guna pun. Sebodoh-bodoh Najib dia tidak akan menelan apa yang Puad katakan. Najib bukan plastik. Najib juga tahu hubungan darah daging Puad dengan Anwar Ibrahim sebelum ini. Chemistry itu tidak akan dilupakan Najib. Makanya sekuat mana Puad bercakap untuk menarik perhatian Najib agar melantik dia jadi menteri penuh, ia tidak akan mudah terjadi. Puad seperti juga Zahid Hamidi yang berada dalam senarai Najib bertandakan 'ribbon merah'. Bila mengenang Puad saya teringat kepada kawan saya Ahmad Maslan. Puad semacam hendak berlumba dengan Mat Maslan. Hendak tunjuk dan buktikan yang dia lebih banyak bercakap dan idea walaupun ianya karut marut dan kadang-kadang dangkal. Puad dan Mat Maslan hendak jadi hero di Johor. Mereka sedang memasang angan-angan untuk melintasi Hishamuddin Hussein dan Khalid Nordin. Seperti juga Puad demikian dengan Ahmad Maslan. Najib tidak akan mudah terpengaruh dengan percakapan mereka yang kadang-kadang lebih lawak dari puak-puak raja lawak. Najib ada kayu pengukur sendiri. Kepada Puad dan Mat Maslan mereka boleh tiru apa yang ditunjukkan oleh Saifuddin Abdullah. Dia juga Umno tetapi bila bercakap soal negara dia letakkan Umno di tangga. Bagnya Umno bukan sepanjang masa dengannya. Dia tidak peluk Umno bersama isterinya atas katil tidak seperti Puad dan Mat Maslan. Inilah pemimpin dan orang cerdik. Ikhlas saya sarankan baik Puad dan Mat Maslan belajarlah jadi seperti Saifuddin Abdullah. Sebenarnya harga diri anda itu lebih mahal dari harga Umno yang anda pertahankan sehingga sampai rosak reputasi anda. [wm.kl.6:56 pm 22/01/13] | ||||
Penduduk Beringin Rendang Saman Petronas Posted: 22 Jan 2013 12:32 AM PST SUSUPAN PETANG Memanglah rakyat Kelantan bukan seperti penduduk negeri Beringin Rendang, dalam filem "Nujum Pak Belalang" mereka tidak boleh diperolok-olokkan atau membiarkan begitu saja apa-apa penyamunan ke atas hak milik mereka. Dalam berhadapan dengan pencurian hasil minyak Kelantan, rakyat Kelantan tidak mudah mendiamkan diri, mereka terus bertindak dan berikhtiar penuh insaf dan tanggungjawab untuk mendapat hak mereka.
Wujudnya kumpulan baju merah yang menampalkan lambang "R", di Kelantan hari ini kemudian melerak ke seluruh negara adalah kerana pengkhianatan itu. Walaupun perjuangan "R" lebih merupakan tekanan psikologi terhadap Umno khasnya Najib Razak namun sedikit sebanyak ia menyebabkan pihak Petronas dan Kerajaan tidak boleh tidur lena. Jika sebelum ini mereka mengunyah dan kekenyangan hasil wang petroleum namun setakat wujudnya NGO "R" yang membuat tuntutan secara terbuka menyebabkan mereka yang 'mengekah' wang petroleum tidak berapa selesa.
Injuksi ini persiapan sekiranya Kelantan masih dibawah PAS. Sebaliknya injuksi ini akan terbatal dengan sendiri sekiranya Pakatan Rakyat berjaya memerintah Malaysia. Saman itu difailkan oleh Exco Kanan Kerajaan Kelantan Husam Musa menerusi peguam Tommy Thomas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Tindakan ini dilihat manifestasi kepada tuntutan rakyat Kelantan yang dibawa oleh "R" dan juga kejauhan akal Husam Musa sebagai seorang pemimpin dan nadi kepada kerajaan pimpinan Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beberapa pemimpin NGO "R" hadir memberi sokongan atas tindakan itu yang diketuai oleh Presidennya Nazri Deraman serta beberapa anggota exconya. Nampaknya komitment "R" ini tinggi terhadap usaha membela rakyat Kelantan. Turut sama berada memberi sokongan moral kepada Husam dan R ialah Syed Azman Syed Mohamad Adun Batu Buruk dari Terengganu. Saya mengira kehadiran Syed Azman ini adalah mewakili wakil rakyat Kelantan yang tidak sempat hadir. Ikut sama hadir memberi sokongan Persatuan Anak-Anak Kelantan di Kuala Lumpur dan Selangor (Persada). Agak malang sedikit tidak kelihatan wakil dari Perakan dan ini menjadi tanda tanya apakah Perakan tidak concern kepada tuntutan ini atau mereka tidak mendapat maklumat? Sebagai sebuah NGO yang menjadi penghubung anak Kelantan dengan kerajaan negeri, sepatutnya Perakan itu menghantar wakil bagi memberi sokongan moral kepada Husam dan "R". Kalaupun pemangkunya keuzuran tetapi ia boleh dikirimkan pemeriksa kira-kira , cukup setakat untuk memberi moral support. Saya difahami tuntutan royalti minyak ini kurang mendapat sambutan dan kerjasama yang tinggi dari kalangan wakil rakyat Kelantan. Sebarang majlis berhubung tuntutan ini baru kelihatan meriah apabila ia membabitkan kehadiran Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kenapa? Apakah mereka tidak yakin kerja diusahakan anggota Exco berkenaan tidak memberi hasil? Sesuatu yang malang kalau sikap ini diamalkan di mana menanti kehadiran Nik Aziz baru masing-masing rasa tidak senang duduk. Tidak mengapa, tidak perlu ada kedukaan dan kesedihan bagi "R" dan juga Husam didalam soal ini. Yang nyatanya usaha itu sudah diiktirafkan oleh rakyat dan ia menjadikan kerajaan Persekutuan tidak senang duduk. Sudah menjadi lumrah semua kerja-kerja yang dianggap sukar, ganjil pelik akan diketawa dan dijauhi orang. Sesuatu kejayaan dan kecemerlangan itu hanya dapat disuluh oleh pemimpin bersikap futuristik. Saya pasti semasa mahkamah hendak memutuskan apakah kerajaan Kelantan berhak mendapat royalti ataupun ketika mahkamah ingin menentukan jumlah yang perlu dibayar kepada negeri Kelantan nanti setelah saman itu berjaya, rasanya laman kompleks jalan duta itu tidak akan kecukupan ruang kerana ia akan diserbu oleh para pembesar-pembesar duduk 'bercagak' negeri Beringin Rendang itu yang ditangan masing-masing tersedia guni untuk menerima habuan masing-masing. Melihat kepada usaha Husam di dalam menuntut royalti minyak ini dan juga beberapa kerja lain, boleh saya umpamakan begini, kerja berat kamu tanggung-tanggunglah sendiri, kerja ringan dan setelah berjaya nanti barulah kamu akan ditolong-tolongkan! [wm.kl.4:13pm 22/01/13] | ||||
Bekas Exco Tidak Bayar Hutang Pilihan Raya RM140,000 Posted: 21 Jan 2013 06:49 PM PST MENJOLOK MENTARI Masa minum di restoran Sudut Cahaya berhampiran bangunan PAS di Jalan Dato' Pati Kota Bharu tengah hari semalam saya berjumpa dengan kawan lama, bekas wakil rakyat PAS yang kini sudah jadi veteran namun masih aktif berkerja untuk kelangsungan PAS. Dia bolehlah saya anggap sebagai adviser parti secara tidak rasmi. Bekas wakil rakyat ini pernah menjadi pegawai khas kepada Menteri Besar Kelantan. Pengambilan beliau itu untuk satu masa sudah pasti sebagai penasihat politik kepada Nik Aziz dan juga menyeliakan pegawai-pegawai muda lantikan politik kepada MB. Dalam kesempatan itu banyaklah yang sempat kami bicarakan. Beberapa sejarah PAS yang sebelum ini tidak pernah didengari oleh generasi hari ini juga terungkit sama. Ralik juga mengenang nostalgia. Paling emosi di dalam perbualan semalam ialah bagaimana kekaguman beliau kepada Tokguruku Nik Abdul Aziz. Baginya Tokguru tidak ada satu dan dua di dunia ini. Justeru dia mahu Tokguru menjadi spiritual leader sampai ke akhir hayatnya. "Ana mahu tengok apa yang berlaku kepada Khomeini di Iran dulu, di mana seluruh lapisan rakyat menghormati dan menyanjungi diri Imam Khomeini sampai ke saat akhir. Begitulah juga cita-ciata ana terhadap Tokguru Nik Aziz," tuturnya sambil tidak dapat menyembunyikan perasaan sebaknya. Saya memahami kenapa dia beremosi sangat. Biarlah saya bercerita kisah ini dilain masa. Apa yang hendak saya dedahkan dalam posting ringkas ini, ialah mengenai seorang bekas Exco di Selangor telah mengambil wang dari bekas wakil rakyat ini tetapi tidak melunasinya sampai ke hari ini. Ianya bukan banyak sangat hanya RM140,000.00 saja. "Anta baik tak dengan dia (bekas Exco)," tanya bekas wakil rakyat berkenaan menduga saya mengenainya. "Kenapa, ana tidak berapa kenal dengan dia, kenapa"? soal saya lagi suspen. "Masa pilihan raya 2004 dia memerlukan wang untuk belanja pilihan raya. Jadi ana tidak ada pilihan lain memberikan dia wang. Tahun 2008 sekali lagi dia meminta wang jadi ana beri atas dasar persahabatan. Tidak banyak RM180,000. Dia sudah bayar RM40,000 jadi masih ada RM140,000." ceritanya sambil menunjuk beberapa SMS yang dihantar olehnya kepada bekas Exco berkenaan dan balasan dari bekas Exco itu yang berjanji untuk melunasinya. "Dia berjanji nak bayar, tetapi sampai sekarang habuk pun tadak," katanya. "Saya nak tanya anta apa hukum kalau orang tidak bayar hutang," tanya beliau. "Setahu saya salah dan berdosa apa lagi kalau dia mampu. Meminjam tetapi enggan membayar sedang ia mampu, bagi ana satu penipuan secara profesional!" kata saya. Wakil rakyat itu tercengang dan menyuluh ke dalam anak mata saya dalam-dalam. "Kalau boleh anta bagi tahu, ana ni bukan baik sangat, dan tidaklah bengkeng sangat...," katanya terhenti disitu. Saya memahami dengan ayat-ayat yang tergantung itu. Kebetulan saya mengenali dia sejak tahun 70-an. Apa yang menimbulkan masalah kepada bekas wakil rakyat berkenaan wang yang diberikan itu wang amanah, yang diserahkan kepada saya untuk menjaganya. Jadi tidak moleklah kalau amanah disalah gunakan. Saya tidak nak komen panjang, hanya berharap kepada bekas Exco yang berhutang itu, silalah jelaskan hutang tidak baik buat-buat lupa. Bayar dan datanglah kawan saya itu seperti mana anda datang sewaktu hendak berhutang dulu. Jangan kita hanya petah berbicara, manis mulut sewaktu hendak berhutang tetapi jadi terkunci mulut apabila sampai waktu membayarnya. Tidak ada guna kita bercakap fasal iman, fasal dakwah, fasal Islam, fasal ancaman Kristianisasi tetapi kita sendiri berpolot dengan hutang. Saya ingin bagi petua agar bekas exco itu tidak melupai hutang dan kawannya itu. Sebelum turun ke rumah, bacalah Bismillah...dan sebelum melangkah ingatkan mana-mana hutang yang tidak bayar. Turunlah dari rumah dengan niat, akan berusaha untuk menjelaskan hutang. Turun dari rumah dengan azam, dengan tekad dan dengan iltizam hendak bayar hutang. InsyaAllah kalau ini diamalkan, kalau ini dipraktiskan dan kalau ini dilaksanaklan, anda tetap akan mengingati apa-apa hutang yang membelenggu diri anda. Ingat juga terbelenggu dengan hutang yang tidak akan direda seolah-olah kita meletakkan batu besar di atas belakang kita, seolah-oleh kita meletakkan bukit dan gunung atas belakang kita. Seluuruuuuuuhhh hidup kita tidakakan aman. Oh rupanya ada hutang kalau di lihat kepada kehebatan cakap seolah satu sen pun tidak terhutang dengan sesiapa. [wm.kl.10:39 am 22/01/13] | ||||
Rakyat Kelantan Ketawakan Najib, Hasan Kena Mohon Maaf Posted: 21 Jan 2013 07:34 AM PST OLE OLE MALAM Baru sampai rumah dari Kelantan dalam rangka menjalani satu misi khas di sana. Selepas Najib Razak kunjung ke Kelantan saya perlu balik untuk mengambus tapak-tapak jejaknya? Hehe. Hari ini hujan turun di sekitar kawasan Najib mengadakan program semalam. Jadi tapak jejak Najib sudah habis hilang, tak sempat saya menyapunya.Jadi saya fokus seratus peratus kepada misi utama. Seperti tapak jejak Najib hilang maka begitu juga hilangnya kesan dan ingatan orang kepada tujuh perkara yang Najib janjikan. Seperti mana kata Husam Musa dalam satu kenyataanya hari ini, cara Najib berjanji dengan syarat Umno menang di Kelantan adalah satu penghinaan terhadap rakyat Kelantan. "Tidak memberi kesan apa-apa bos," begitulah pula tutur seorang peniaga kain di Kota Bharu mengulas mengenai janji Najib semasa minum di restoran Sudut Cahaya. "Tapi katanya ramai orang?" usik saya kepada seorang penghulu di tempat berlainan. "Memang ramai sebab dikerah, cikgu pula pagi-pagi lagi dah berada di kawasan RTC untuk melakukan senam arobik dengan Rosmah Mansor," kata tok penghulu yang menjaga hal ehwal orang-orang Cina. Beliau mengakui ada 350 orng pengundi Cina dibawah seliaannya. Banyak ulasan mengenai janji Najib semalam. Berbagai-bagai versi dan satu pun tidak positif. Janji Najib diperli dan diketawai oleh rakyat Kelantan. Tetapi saya memberi ingatan kepada mereka (orang PAS) supaya jangan seronoknya. Di sini saya nak sebut juga sikit sikit sebagai ole-ole malam ini iaitu mengenai berita 'busyro' keputusan mahkamah yang mendapati Utusan Melayu bersalah kerana memfitnahkan Anwar Ibrahim. Keputusan itu saya rasa dinanti-nantikan oleh semua orang. Keputusan itu menunjukkan segala apa yang surat khabar itu cakap mengenai Anwar adalah bohong dan fitnah. Pun begitu surat khabar yang sudah terkenal dengan bohong dan fitnah itu tidak akan berhenti, ia akan meneruskan agendannya kerana sangat terdesak. Ia semacam sudah melakukan 'hara kiri' dalam dunia persurat khabaran. Utusan sudah tidak tinggal apa-apa maruah lagi. Baginya ia akan melakukan seberapa banyak fitnah demi membela Umno kerana ia tahu selepas ini surat khabar itu akan tiada lagi. Di sebalik keputusan itu ada orang bernasib baik dan perlu jaga mulutnya selepas ini. Dia tidak boleh cakap ikut sedap saja. Orang dimaksudkan itu ialah Hasan Akidah. Nasib baik Anwar tidak ikut saman beliau kalau tidak dia juga pasti akan dihukum bersalah memfitnah Anwar seperti mana nasib diterima Utusan. Dan kalau Hasan benar seorang yang jujur, ada integriti apabila Utusan sudah didapati bersalah atas kenyataan yang dibuatnya, Hasan automatik kena memohon maaf kepada Anwar. Dia kena malu dan ambil tanggungjawab. Utusan menerima nasib malang dan mungkin kena bayar ratusan ribu itu ialah kerana 'pembohongan' dan 'fitnah' Hasan Akidah. Kalau Hasan tidak tampil membuat permohonan maaf Anwar boleh mempertimbangkan untuk memulakan saman ke atas Hasan pula berasaskan kenyataannya yang dipetik oleh Utusan itu. Tetapi kenapa Anwar tudak menyaman sama Hasan bersekali kerana bagi Anwar, Hasan adalah tahi kuku saja bagi Anwar. Maaflah catatan ini bertabur sedikit. Selamat malam dan istirehat. [wm.kl.11:25 pm 21/01/13] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan