Isnin, 14 Januari 2013

Muslimeen United

Muslimeen United


Peserta HKR112 sumbang lebih RM280,000

Posted: 14 Jan 2013 02:51 AM PST


KUALA LUMPUR: Lebih RM280,000 sumbangan wang dikumpulkan pada Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), Sabtu lalu.

Menurut Pengarah Jawatankuasa HKR, Mohamad Sabu, jumlah tersebut dapat dikumpulkan sejurus beliau mengumumkan dan melancarkan kutipan derma di Stadium Merdeka.

"Maknanya, dalam masa yang singkat, para peserta begitu bermurah hati mengeluarkan wang poket mereka hingga berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak itu," kata beliau, hari ini.

Kutipan derma tersebut meliputi peserta yang berada di dalam stadium dan juga di luar stadium.

Mohamad, yang juga merupakan Timbalan Presiden PAS, mengucapkan berbanyak terima kasih kepada peserta-peserta yang menghulurkan sumbangan pada program bersejarah itu.

"Mereka bukan sahaja sanggup datang dari seluruh pelusuk negara, sanggup berjemur berpanas, tidur di masjid, dan bersantai di tepi jalanan, mereka juga sanggup mengeluarkan wang mereka untuk memberikan sumbangan," kata beliau.

Sebelum itu, Mohamad menafikan dakwaan yang mengatakan peserta hari itu dibayar RM150 seorang untuk hadir ke program tersebut.

Sedangkan katanya, pihak penganjur bukan sahaja tidak membayar mereka, sebaliknya mahu meminta sumbangan daripada para peserta.

Pada HKR Sabtu lalu, Ahli MPT PKR, Datuk Johari Abdul yang mempengerusikan sesi kedua ucapan pemimpin politik memaklumkan pihak stadium mengenakan bayaran sewa sebanyak RM100,000 kepada penganjur.

Justeru, beliau yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani meminta petugas untuk membuat kutipan derma kali kedua bagi tujuan itu. -Hrkh

Pakar Matematik anggar 700,000 orang sertai HKR 112

Posted: 14 Jan 2013 02:50 AM PST

KUALA LUMPUR 13 JANUARI: Pakar matematik, Prof Dr Shahrir Md Zain menganggar lebih 700,000 orang menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka, semalam.

Memetik Penang Insight, bekas profesor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu dilapor membuat anggaran itu di laman facebook beliau.

"Kalau berjalan 20 orang melebar sepanjang satu kilometer (km), jumlahnya 100,000.

"Andaiannya ialah 10,000 kaki sama dengan satu kilometer, seseorang memerlukan dua kaki persegi untuk bergerak dengan selesa.



"Jadi, lebar jalan 40 kaki dan 5,000 orang boleh memanjang jalan. Lalu, 5,000 (orang) darab 20 (orang) ialah 100,000 (orang per kilometer).

"Pertanyaan saya, berapa kilometerkah seluruh orang yang datang HKR. Jawapannya ialah 700,000," katanya dengan mengambil kira pandangan dari atas pada lingkungan tujuh kilometer.


Nyata, ia bertentangan dengan kenyataan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad dalam Buletin Utama TV3 yang hanya menganggar 40,000 orang sahaja menyertai HKR.

Sedangkan twitter rasmi PDRM pula menyebut 80,000 orang menyertai HKR tetapi kemudian membuat pembetulan.

-kembara jr.

[BERGAMBAR] HKR112 Di Kota London & Kaherah Mesir

Posted: 13 Jan 2013 04:52 PM PST



Rakyat Malaysia berarak dari Trafalgar Square ke Parlimen

LONDON, 13 Jan : Sekumpulan rakyat Malaysia di bandar raya ini menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat sebagai tanda solidariti kepada ratusan ribu rakyat Malaysia yang berhimpun d Stadium Merdeka semalam.

Mereka membawa bendera Malaysia, melaungkan slogan menuntut pilihan raya yang bebas dan adil serta kain pemidang bertulis, 'bebaskan media Malaysia, 'bersihkan senarai undi', 'kerajaan Malaysia paling rasuah di dunia' dan 'Jom balik undi'.

Mereka berarak sejauh satu kilometer dari Trafalgar Square melalui Downing Street menuju ke tapak himpunan di depan bangunan Parlimen Westminster.

Perhimpunan yang turut disertai kanak-kanak itu berlangsung aman, dengan polis trafik London mengawal lalu lintas sepanjang perjalanan.

Dalam jemputan facebook Himpunan Kebangkitan Rakyat London KL112, penganjur menetapkan jam 12 tengah hari waktu London untuk berkumpul di Trafalgar Square dan menggalakkan peserta memakai baju kuning.

Penganjur turut menyatakan rasa gembira apabila mengetahui Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112 berlangsung aman di Stadium Merdeka di Kuala Lumpur.

Peserta turut membacakan semula ikrar Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bebas & Adil (Bersih), Datuk Ambiga Sreevenasan yang meminta rakyat Malaysia untuk pulang dan menjadi pemantau pilihan raya sempena kempen 'Citizen Election Observers' (Masyarakat Pemerhati Pilihan Raya) Selain kota London dan Kuala Lumpur, Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112 turut diadakan di Kota Kinabalu, Sabah, Jordan, Kaherah, Mesir dan bandar lain diseluruh dunia.

Lebih 500,000 rakyat Malaysia berhimpun di Stadium Merdeka semalam, yang dianggap sebagai perhimpunan paling besar dan paling aman dalam sejarah. -KD



500 rakyat Malaysia di Kaherah berhimpun


Kira-kira 500 orang rakyat Malaysia di Kaherah, Mesir berhimpun sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kuala Lumpur semalam.

Perhimpunan itu berjaya diadakan walaupun mendapat ancaman yang tidak profesional daripada pihak kedutaan.

Ancaman itu tidak menghalang semangat anak-anak muda ini untuk menyatakan hasrat mereka melihat negara mereka dipimpin oleh mereka yang amanah, keadilan dan demokrasi.

Anak-anak muda ini tampil dengan menutup muka, membawa sepanduk dan melaungkan seruan kebangkitan rakyat.

Himpunan ini sepatutnya dihadiri oleh pimpinan ikhwan Muslimin Dr. Kamal Helbawi tetapi di minit-minit akhir, beliau mempunyai komitmen yang lain.

Sementara itu, Timbalan Presiden Ikatan Lepasan Mesir Malaysia (Ilmam) Mohd Asri Md Daud ketika dihubungi, menyatakan kekesalan terhadap apa yang dilakukan oleh pihak kedutaan Mesir kepada rakyat dan pelajar Malaysia di sana.

"Bukan persoalannya himpunan atau tidak, tetapi ancaman itu adalah satu unsur tidak profesional dan menafikan hak demokrasi rakyat Malaysia dan di Mesir," tambah asri.

Ilmam juga akan menghantar memorandum dalam masa terdekat ke Kementerian Luar bagi menyatakan kekesalan terhadap duta dan kedutaannya yang tidak mencerminkan sikap terbuka kerajaan yang membenarkan HKR di Stadium Merdeka.
-HD

Nak tahu kenapa #KL112 aman?

Posted: 13 Jan 2013 04:51 PM PST

 Para jemaah menunggu masuk waktu zohor di masjid Albukhary. Penuh sesak! Ada jemaah yang 'bimbang', kalau-kalau imam dan bilal konfius, hari itu Jumaat atau Sabtu apabila seorang kaki tangan masjid kerap sangat menguji suara di pembesar suara masjid!
Awek ini pun nampaknya bergegas untuk solat zohor sebelum bersama menjayakan himpunan. Alhamdulillah!

Setelah selesai solat, para jemaah mula bergerak beramai-ramai menuju ke Stadium Merdeka sambil berjalan lenggang kangkung, akur kepada arahan bang Mat Sabu, agar tiada perarakan, cuma berjalan lenggang-lengguk! Anak aku kata boring jalan macam ni, lebih seronok berjalan dan lari-lari macam 
Bersih 3.0 dulu! 
" Heh...engkau ni!!" jerkah aku padanya.
Yang tak dapat ruang bersolat dalam masjid albukhary, terpaksa bersolat di tengah panas di laman masjid! Kaki tangan masjid tolong bentang tikar lagi! Terima kasih!
Hanya untuk buang air kecil dan ambil wudhuk, terpaksa berbaris panjang, ada yang berbaris hampir satu jam! Tu diaaa! 
Tapi hairan aku, kerana semua nampak sabar dan tenang serta cukup memahami walaupun ada juga yang kelihatan berdiri gelisah 
sambil terkepit-kepit paha!
Mula berarak ke Stadium Merdeka sambil sembang, berborak-borak, berkenal-kenalan dan ada yang makan-makan dan berkongsi jajan yang dibawa! Aman...memang aman sangat hari itu! 
Cuma yang tak aman, bingit dengan bunyi penjual trompet dengan trompet-trompetnya!!! Mak ooiii!!!
 Awek ini pun turut gagah melangkah dengan penuh keazaman, 
bergerak ke medan perubahan: A.B.U!!
Sebaik masuk dalam Stadium Merdeka ikut pintu kecil di belakang stadium...aku terpegun! Ramainya manusia, dah lah di luar berduyun, di dalam macam ulat!
Laa...ini bendera apa pulak ni? Dulu ternampak berkibar di celah-celah ribuan manusia di Gaza, Palestin, hari itu berkibar pulak dah di tiang bendera dalam Stadium Merdeka!
Punca #KL112 pada Sabtu itu aman malah sangat aman, aku agak adalah kerana orang ini tidak lagi meneropong dari sebalik tingkap di mana-mana hotel di sekitar stadium! Mungkin orang ini tak sempat nak sewa bilik hotel kot atau teropong itu dah hilang!!?

Gambar Najib dan Rosmah Terkini - Dah sehat dah..

Posted: 13 Jan 2013 04:47 PM PST





Tak mau nak komen apa-apa,,, bila lagi nak bubar parlimen...

Rais Yatim Tunjuk Bodoh Lagi...

Posted: 13 Jan 2013 04:46 PM PST






Masyaallah, mungkin yang pertama di Stadium Merdeka

Posted: 13 Jan 2013 04:42 PM PST

Masyaallah...
Permandangan ini mungkin yang pertama di Stadium Merdeka...


#HKR 112 berjaya mencipta banyak sejarah...
Allahuakbar... 3x

PASCA #KL112: Harapan PR Kuasai Putrajaya Cerah!

Posted: 13 Jan 2013 04:37 PM PST



Perhimpunan KL112 jadikan PRU13 pertempuran lebih menarik, kata penganalisis

Perhimpunan raksasa di Kuala Lumpur semalam menghidupkan semula impian Pakatan Rakyat (PR) untuk menawan Putrajaya dari Barisan Nasional (BN) yang menggunakan gabungan dasar dan pemberian untuk menggembalikan sokongan, kata penganalisis politik.

Penganalisis memberitahu The Malaysian Insider kemampuan PR untuk menghimpunkan sehingga 100,000 bagi Himpunan Kebangkitan Rakyat dan kepentingan orang ramai dalam isu-isu diperjuangkan akan menjadikan pilihan raya umum (PRU) pertempuran hebat untuk kedua-dua gabungan.

PR menganggarkan hampir 500,000 hadirin pada perhimpunan di Stadium Merdeka yang ikonik itu tetapi polis berkata paling ramai 45,000 orang.

"Tidak kira apa angka sebenar hadirin, gambar dari udara daripada peristiwa itu menunjukkan peserta yang sangat ramai, mencerminkan keupayaan pembangkang dan badan bukan kerajaan untuk menggerakkan orang ramai," kata Ibrahim Suffian dari Merdeka Centre.

"Tetapi selain daripada mempamerkan keupayaan penganjur, ia juga menunjukkan semangat dan tenaga penentangan terhadap kerajaan, memberi penekanan hakikat pertandingan pilihan raya akan datang tidak syak lagi akan menjadi yang paling sukar dihadapi parti pemerintah dalam sejarah," tambahnya.

Pengarah Center for Policy Initiatives Dr Lim Teck Ghee mengatakan perhimpunan tersebut merupakan "kemenangan nyata" bagi kedua-dua parti pembangkang dan badan bukan kerajaan, memetik kehadiran besar-besaran, tingkah laku berdisiplin peserta dan konsensus "menggerunkan" yang ditunjukkan oleh semua pihak dalam menentang pemerintahan Barisan Nasional (BN).

"Semua petunjuk ini akan menyebabkan kekecewaan dalam BN,"
katanya.

Akan tetapi penganalisis dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff memberikan pandangan berbeza.

"Apabila perhimpunan besar seperti ini tidak terganggu dan berjalan dengan begitu aman, mengapa ianya tidak menarik satu juta penyokong seperti dijanjikan oleh Pakatan Rakyat?" soalnya.

Menjelang acara tersebut, penganjur perhimpunan menganggarkan kehadiran seramai satu juta orang, walaupun kapasiti tempat duduk di Stadium Merdeka hanya memuatkan 30,000 orang.

Perhimpunan yang memperlihatkan orang berpakaian t-shirt dalam warna berbeza bagi menggambarkan isu diperjuangkan, dianjurkan oleh kedua-dua pemimpin politik dari PR dan pelbagai kumpulan masyarakat sivil sebagai wadah terakhir mengetengahkan tuntutan mereka sebelum pilihan raya umum diadakan menjelang Jun.

"Jadi, satu kesan dari peristiwa ini adalah kita tidak boleh sentiasa percaya dengan semua yang pihak-pihak ini beritahu kita. Mereka sentiasa menaikan angka.

"Kadang-kadang, mereka hanya perlu menjadi realistik. Anda tidak boleh menjanjikan sesuatu yang di luar jangkauan anda ... anda hanya akan memberikan harapan palsu," kata Agus.

Akan tetapi dari sisi positif pula, pensyarah itu mengatakan perhimpunan yang berjalan lancar itu, berkemungkinan perhimpunan awam terbesar dalam tahun-tahun kebelakangan ini, harus ditandakan sebagai satu penanda aras kepada pertumbuhan demokrasi di Malaysia.

Beliau mengatakan suasana karnival perhimpunan dan peserta dari pelbagai bangsa dan latar belakang turun bersama-sama untuk dengan satu tujuan cukup untuk menyebabkan seseorang menitiskan air mata.

"Ia menyebabkan semua orang gembira untuk mendapatkan permit. Ia menunjukkan kita rakyat Malaysia sudah boleh mengekspresikan hak kita secara aman. Ini adalah apa yang dikatakan sebagai demokrasi," katanya.

Agus menambah salah satu kesan terbesar dari perhimpunan ini adalah ia membantu pengundi membuat keputusan mereka untuk pilihan raya dengan meletakkan mereka dalam "kedudukan terbaik untuk menilai parti mana adalah yang terbaik".

Pemimpin de facto PR Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat beberapa janji pilihan raya dihadapan orang ramai yang kebanyakannya Melayu di Stadium Merdeka.

Bercakap kepada The Malaysian Insider selepas perhimpunan, ramai peserta perhimpunan kelihatan bersemangat dan bersungguh-sunguh mahukan berlakunya perubahan terhadap penguasaan di Putrajaya selepas PRU ke 13.

"Ini adalah kemuncak sebelum PRU 13," kata Md Ishak, seorang Dispatch merujuk kepada pilihan raya.

"Kami marah kepada kronisme. Mereka merompak kita. Kami sangat marah kepada pemimpin sekarang.

" "Saya merasa positif selepas acara ini. Saya selalu marah kepada BN," kata lelaki berumur 36 tahun itu sambil menambah beliau akan mengajak rakan-rakannya untuk mengundi dalam pilihan raya akan datang.

Laila Mahmud seorang kerana mengatakan, selepas mendengar isu-isu dibangkitkan semasa perhimpunan, beliau merasakan kerajaan BN harus digulingkan.

"Di bawah kerajaan hari ini, semuanya mereka kawal. Kami tidak boleh menyatakan ketidakpuashatian kami,"
katanya kepada The Malaysian Insider.

"Suara rakyat tidak didengari oleh kerajaan hari ini," tambahnya.

Laila juga menyatakan keyakinannya dengan kemampuan PR untuk menggantikan BN sebagai sebuah kerajaan persekutuan berkredibiliti.

"Mereka memperjuangkan apa yang rakyat tak boleh dapat. Contohnya harga minyak, barangan, kebebasan untuk memilih kerajaan, pilihan raya adil," katanya.

Pekerja kilang Shamsuddin Hassan, 37 tahun berkata perhimpunan menunjukkan kebangkitan rakyat.

"Ia menambahkan keyakinan kami untuk menukar kerajaan," katanya kepada The Malaysian Insider.

"Saya rasa Pakatan lebih baik. Kita dengar sebentar tadi tentang pelbagai isu, contohnya isu lembu, orang yang bersalah, isu royalti minyak, tambah Shamsuddin merujuk kepada skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang menyebabkan seorang menteri meletakan jawatan.

Nasrias Awang seorang suri rumah yang memandu dari Besut, Terangganu untuk menyertai perhimpunan mengatakan BN harus ditendang keluar sebagi kerajaan pusat.

"Saya yakin Pakatan Rakyat akan membawa sesuatu yang baik. Saya yakin perhimpunan akan membangkitkan semangat dikalangan rakyat," katanya yang berusia 45 tahun itu.

Majlis Syura: Semua boleh guna tetapi tidak boleh terjemah nama Allah

Posted: 13 Jan 2013 04:30 PM PST


KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulamak PAS memutuskan sesiapapun boleh menggunakan kalimah Allah namun Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini.

Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah.

"Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata.

"Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah," kata kenyataan rasmi Majlis Syura Ulamak yang bermesyuarat malam tadi.

Kenyataan itu ditandatangani oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dan timbalannya, Datuk Dr Haron Din.

Berikut adalah kenyataan penuh Majlis Syura Ulamak.


Kenyataan Rasmi Majlis Syura Ulamak

Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Rabiul Awwal 1434 bersamaan 13/1/2013 mengambil keputusan sebulat suara bersetuju untuk menyatakan perkara-perkara berikut:

1)    Allah adalah kalimah suci yang merujuk kepada Tuhan yang diimani oleh umat Islam, iaitu Allah Yang Esa, Tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan.


2)    Kalimah Allah adalah alami (universal) kerana Allah Tuhan sekalian alam. Siapa pun boleh menyebut kalimah Allah seperti mana orang Arab Jahiliyah yang tidak Islam menyebut Allah lah yang menjadikan alam ini.


3)    Kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya Allah. Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini. Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah.

Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah.

Kenyataan media ini adalah memperjelaskan maksud kenyataan Al Mursyidul Am, Presiden dan seluruh kepimpinan PAS.

Mesyuarat Majlis Syura Ulamak PAS ini juga telah membincangkan isu sedutan ucapan Tuan Guru Presiden yang diangkat martabatnya menjadi amanat dan memutuskan untuk mendesak kerajaan supaya membenarkan Tuan Guru Presiden memperjelaskan isu tersebut sekurang-kurangnya satu jam secara langsung menerusi TV1 dan TV3.


Tuan Guru Datuk Bentara Setia

Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat
Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia


Tuan Guru Datuk Dr Haron Din

Timbalan Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia

Tiada ulasan: