SOKONG PAKATAN RAKYAT |
Posted: 13 Jan 2013 08:52 PM PST Berlalu sudah Himpunan Kebangkitan Rakyat pada Sabtu lalu. Bila pihak Polis tak kacau, semua berjalan dengan aman. Satu bulu pun tak gugur. Wooooo. Soal berapa ramai yang datang bukan isunya. Jika TG Nik Aziz yang berumur 82 tahun sanggup datang, malulah jika ada yang lebih muda darinya tidak datang. Cakap banyak pun tak guna. Cara paling mudah dan demokratik menyatakan bantahan kepada kerajaan ialah - DATANG, DUDUK DAN DENGAR. Macam melancong datang ke KL. Kerja paling mudah dalam menuntut perubahan!!!! Yang penting selepas ini ialah tumpuan kerja di perigkat akar umbi. Jumpa orang di masjid, kedai kopi, pasar malam dan di semua tempat yang ada ramai orang. Sampaikan mesej kita. Edarkan risalah kita. Jadilah penganjur program. Jika ketua parti tidur, biarlah orang bawah bergerak sendiri. Tak ada masa nak ikut protokol. Jika nak guling BN kena ikut protokol, sampai kiamat tidak akan berjaya!!!!! Woooo. |
You are subscribed to email updates from SOKONG PAKATAN RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan