Kerabu Bersuara ® |
- Surat Pekeliling Kerajaan Malaysia Bab Bible Menggunakan Bahasa Malaysia Didedahkan? Siapa Yang Noh Omar Cakap Boleh Murtad? Mohon Puak Umno Baca!
- Pengerusi Suara Wanita 1 Malaysia Rampas Mikrofon Mahasiswa Semasa Forum?
- Terkini #KL112: Gambar Dan Catatan Kenangan Bersama Perjuangan Tuan Guru Hj Salleh Musa
- Kemasukan interlektual agama - satu lagi kejutan dari PR
- Tak Pelik Kalau Presiden 'Kaki Seks' Bantah Garis Panduan Ini
- Gambar Menarik Sambutan Rakyat Kepada najib Di Semenyih
- Kenyataan Media Majlis Syura Ulama PAS. Allahuakhbar!
Posted: 14 Jan 2013 07:30 AM PST Kristian Sabah, Sarawak boleh guna kalimah Allah KUALA LUMPUR 15 Jan. - Penganut Kristian di Sabah dan Sarawak dibenar menggunakan kalimah Allah dalam upacara sembahyang dan keagamaan kerana secara tradisinya ia telah diamalkan sejak dahulu lagi. Langkah itu juga mengambil kira kebiasaan penduduk Islam di kedua-dua negeri berkenaan terhadap amalan penganut Kristian itu. Bagaimanapun Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, penganut Kristian dan pihak gereja di Semenanjung tetap tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah di dalam sebarang upacara keagamaan termasuk penerbitan. Larangan tersebut katanya, turut melibatkan penganut Kristian Sabah dan Sarawak yang tinggal di Semenanjung. ''Penganut Kristian di Sabah dan Sarawak tidak perlu bimbang berhubung isu ini kerana ia sudah menjadi tradisi mereka. ''Malah saya pernah hadir di dalam satu upacara sembahyang di sebuah gereja kaum Iban dan saya mendengar perkataan Allah disebut di gereja berkenaan,'' katanya seperti dipetik oleh akhbar The Borneo Post hari ini. Beliau berkata demikian dalam satu wawancara eksklusif dengan lima wartawan dari Borneo Post, Utusan Borneo dan Oriental Daily di pejabatnya di sini semalam. Isu penggunaan kalimah Allah telah mencetuskan kontroversi apabila akhbar Herald-The Catholic Weekly telah membuat tuntutan menggunakan kalimah itu dalam penerbitannya baru-baru ini. Tuntutan itu dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada 31 Disember lalu tetapi pelaksanaannya ditangguhkan sehingga proses rayuan selesai. Ketika ditanya mengapa perlu ada dua peraturan mengenai penggunaan perkataan Allah di antara penganut Kristian di Semenanjung dan Sabah serta Sarawak, beliau berkata, ia bukan satu amalan yang unik. Mengulas lanjut Mohamed Nazri berkata, situasi di Semenanjung amat berbeza dengan Malaysia Timur kerana perkataan Allah hanya mula diperkenalkan dalam penerbitan dan upacara sembahyang penganut Kristian beberapa tahun lalu. ''Umat Islam di Semenanjung tidak dapat menerimanya kerana perkataan Allah tidak pernah digunakan di dalam upacara agama (Kristian) sehinggalah baru-baru ini. ''Oleh itu mereka (umat Islam) telah mempersoalkan motif di sebalik penggantian perkataan Tuhan dengan perkataan Allah,'' jelasnya. Jelas Mohamed Nazri, Perlembagaan Persekutuan juga telah menetapkan bahawa agama lain tidak boleh disebarkan di kalangan masyarakat Melayu Islam dan ia berkuat kuasa di semua negeri di Malaysia. Dalam pada itu beliau berkata, penganut Kristian perlu sedar bahawa penggunaan kalimah Allah sama ada di dalam upacara agama atau di dalam penerbitan di Semenanjung merupakan satu perkara yang amat sensitif bagi umat Islam. ''Kerajaan sebenarnya bertanggungjawab untuk menghentikan sebarang tindakan provokasi yang boleh mencetuskan huru-hara khususnya yang menyentuh isu agama dan kaum walaupun tiada undang-undang menyatakan ia salah. ''Sebagai contoh, tiada undang-undang yang menyatakan memijak kepala lembu salah tetapi apabila dilakukan oleh sekumpulan orang Melayu di hadapan kuil, tindakan terpaksa kita ambil atas alasan mereka tidak menghormati agama Hindu,'' tambahnya. Mereka yang benarkan penggunaan kalimah Allah di Bible boleh jadi murtad: Nooh Gadut JOHOR BAHRU: Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut berkata mereka yang membenarkan penyelewengan penggunaan kalimah Allah boleh jadi murtad dan perlu bertaubat dengan segera. Katanya, kalimah Allah adalah hak mutlak agama Islam serta mereka yang mengucap dua kalimah syahadah iaitu kalimah penyaksian, sumpah setia dan akujanji terhadap keEsaan Allah S.W.T. "Apabila sesuatu hukum telah tercatat di dalam Al Quran dan Hadis, selain ijmak ulamak, maka ia tiada kompromi. "Daripada segi hukum kalau seseorang itu melanggarnya, dia boleh jadi murtad dan kafir sekiranya perbuatan itu dilakukannya dengan keadaan sengaja dan waras," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Wakaf dan Perancangan Harta Pusaka Islam, di sini hari ini. Katanya, di dalam Al Quran jelas menerangkan kalimah Allah adalah kalimah eksklusif untuk orang Islam sepertimana dalam Surah Thaha ayat 14 maksudnya, "Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Aku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Aku". "Jadi jelas barang siapa yang mengatakan agama semua sama, hukumnya murtad. "Kerana itu apabila bercerita tentang akidah dan hukum, ia tidak boleh ditafsirkan mengikut politik sama ada politik pembangkang atau politik kerajaan," katanya. Nooh berkata, jika penggunaan kalimah Allah dibenarkan dalam Bible versi bahasa Melayu ia akan menimbulkan kekeliruan kerana menurutnya di dalam agama Kristian itu sendiri terdapat tiga nama tuhan. Beliau turut menegur sikap pihak tertentu yang seolah-olah sengaja menguji keharmonian negara dengan menganggu kontrak sosial yang selama ini menjadi tunggak kepada keamanan negara. "Jika permasalahan ini tidak diselesaikan dengan segera ia boleh menyebabkan huru hara dan kepada mereka yang berkenaan, jangan melampau kerana saya bimbang akan sampai ketika umat Islam tidak akan dapat menahan sabar demi mempertahankan akidah, nanti 'yang menang jadi arang yang kalah jadi abu'. "Nasihat saya kepada yang Islam itu, betulkanlah segera akidah mereka dan yang bukan Islam, berjaga-jaga, jangan sampai umat Islam hilang sabar," katanya. - BERNAMA |
Pengerusi Suara Wanita 1 Malaysia Rampas Mikrofon Mahasiswa Semasa Forum? Posted: 14 Jan 2013 04:28 AM PST SW1M: FORUM WANITA DAN POLITIK FORUM WANITA DAN POLITIK "SEIRINGKAH MAHASISWA DAN SISWI DENGAN POLITIK" Pada 08HB DISEMBER 2012 bertempat di UNIVERSITI UTARA MALAYSIA SINTOK KEDAH Program yang ke-4 dianjurkan oleh PERTUBUHAN SUARA WANITA 1 MALAYSIA (SW1M), Malah sesuatu yang amat membanggakan jumlah peserta mendaftarkan diri mencecah angka 3000 Penyertaan, Syabas Warga UUM & Peserta² Tahniah diucapkan kepada semua krew² yang terlibat dalam menjayakan forum ini terutama Presiden SW1M Puan Sharifah Zohra Jabeen, Disini teman lampirkan beberapa keping gambar semasa berlansungnya forum tersebut... Sekitar Pendaftaran: Suasana semasa forum berlansung: Barisan ahli panel Puan Sharifah Zohra Jabeen, Encik Peter Yap,Encik Gulam Muszaffar Gulam Mustakim dan Encik Mazli Mutazam. Moderatornya Saudara Ku Amirul Aziz Ku Seman Barisan Urusetia: Ambiga dituduh anarkis dalam satu forum di Universiti Utara Malaysia K Pragalath | December 9, 2012 Tuduhan tersebut dilemparkan oleh seorang pemimpin NGO, Suara Wanita 1Malaysia. PETALING JAYA: Pengerusi bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) Datuk S Ambiga dituduh sebagai seorang anarkis dalam satu forum di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah semalam. Anarki bermaksud keadaan yang tidak berasaskan undang-undang dan kucar-kacir. "Ambiga Sreenevasan yang hebat ialah pencetus anarki di Malaysia," kata Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin. Beliau berkata demikian dalam satu sesi forum bertajuk, 'Seiringkah Mahasiswa dan Siswi Dengan Politik?", anjuran Dewan Penginapan Pelajar (DPP) Proton, UUM dan Suara Wanita 1Malaysia. Ahli panel termasuk Pengetua DPP Proton Mazli Mutazam. Dalam forum tersebut, tayangan video klip Perhimpunan Bersih 3.0 turut dipertontonkan kepada lebih 3,000 mahasiswa. Ambiga, yang memimpin dua perhimpunan, Bersih 2.0 pada 2011 dan Bersih 3.0 April lalu mendesak kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya memenuhi lapan tuntutan bagi memastikan plihan raya berjalan dengan bersih dan adil. Selain Ambiga, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar turut dikecam berikutan kenyataannya berkenaan dengan kebebasan beragama baru-baru ini. "Inilah pejuang belia yang memperjuang kebebasan beragama," kata Sharifah dan beliau turut mengecam penulis buku Allah, Kebebasan dan Cinta, Irshad Manji. "Mengapa tiada protes untuk seks bebas?" soal Sharifah sambil menyifatkan tema hak asasi manusia sebagai propaganda Barat. Semua yang menyertai forum tersebut menerima sehelai baju T SW1M dan sepuluh pemenang cabutan bertuah telah menerima komputer riba nota, Samsung Galaxy. Kesemua tokoh tersebut dikecam sebagai pihak yang mahu menghuru-harakan negara atas nama hak asasi manusia. |
Terkini #KL112: Gambar Dan Catatan Kenangan Bersama Perjuangan Tuan Guru Hj Salleh Musa Posted: 13 Jan 2013 09:30 PM PST Alhamdulillah Tuan Guru Hj Salleh Musa tiba di Pondok Ar Rahmaniah jam 2.30 pagi semalam . Setelah selesai menyertai HKR 112 Tuan Guru bersama sama rombongan bertolak dari Hotel Zon KLCC ke Bukit Setonsa Selangor bagi memenuhi hajat Ajk masjid supaya Tuan Guru hadir sebentar di Masjid mereka untuk memberi tazkirah serta mendekati masyarakat setempat dengan ulama , walaupun keletihan Tuan Guru tetap mampu memenuhi hajat mereka. Tuan Guru Hj Salleh Musa berusia 85 tahun tetapi sangat semangat berjuang . Setelah selesai kuliah jumaat kami rombogan Tuan Guru bertolak ke KL jam 6 petang (11.1.2013), Alhamdulillah sampai jam 1 pagi dan terus ke Hotel Zon berhadapan KLCC. Kemudian setelah solat subuh( 12.1.2013) Tuan Guru Rehat sebentar . Jam 8 pagi setelah sarapan pagi ramai murid Tuan Guru datang ziarah Tuan Guru di Hotel . Kami begerak dari Hitel Zon ke Masjid Negara jam 12 tengahari. Apabila sampai di Masjid Negara tidak sampai 20 minit maka azan berkumandang .Kami solat Zohor berjemaah ,setelah selesai solat Zohor Tuan Guru Hj Salleh pimpin Munajat Kas HKR 112. Setelah Solat Hajat , Tuan Guru Hj Salleh dikawal lebih dari 15 orang pengawal pengiring beliau, kami begerak ke Stadium Merdeka . Sausana amat sesak dengan ratusan ribu orang ,kami meredah orang ramai , dengan bantuan Allah kami sampai di Stadium akhirnya .Tuan Guru bersama pimpinan berada dipentas utama . ....................... Komen Tuan Guru Hj Salleh mengenai HKR 112 Tuan Guru menyampaikan kuliah maghrib malam ini dan berkata : " SAYA sebenarnya bukan larat begitu juga Nik Aziz (Tn Guru Nik Aziz) , kami bukanya larat , lihat Nik Aziz (TGNA) dia bertungkat tetapi kami tetap hadir sebab tanggungjawab perjuangan , saya bukan dapat gaji bukan ada jawatan tetapi saya sedar ini tanggungjawab saya , perjuangan tanggungjawab saya maka kami sebagai Tok Guru mesti tunjuk contoh supaya orang muda naik semangat untuk berjuang demi keadilan dan demi Islam . Islam hak kita tanggungjawab kita selamatkan agama kita , bangsa kita , negara kita dari kezaliman BN /UMNO . Kita berjuang untuk Islam , kita berjuang untuk zuriat kita kebelakang supaya zuriat kita tidak rosak seperti sekarang , jika kita biar UMNO/BN anak cucu kita nak jadi apa ? , kita bertanggungjawab " Dalam masa yang sama Tuan Guru Hj Salleh Musa sangat gembira dengan kebangkitan rakyat dalam himpunan semalam .Beliau berkata " Himpunan semalam luar biasa lebih seratus ribu , ratusan ribu yang hadir menunjukkan pertanda akhir UMNO/BN akan kalah dalam pilihanraya kali ini Sambutan luar biasa , kebangkitan anak muda , semalam ramai anak muda solat jemaah di Masjid Negara , di Stadium , kita mesti dakwah mereka supaya mereka minat dengan agama , satu usah yang berjaya dan kita mesti kuatkan kerja kita untuk Islam . Rata -rata yang hadir dari pelbagai bangsa , semua yang datang kena zalim seperti Felda , Linas , Royelti dan macam-macam lagi , Insyallah doa orang yang dizalimi akan dimakbul Allah , Insyallah kita (PR) akan menang kali ini" . Tuan Guru berkata lagi " Kita ratusan ribu yang berhimpun pergi dengan duit ( wang ) sendiri , ini perjuangan kita , ini sumbangan kita kepada perjuangan , perjuangan kita bukan sia-sia sudah tentu ada ganjaran pahala disisi Allah . Saya letih berjalan dari Masjid Negara ke Stadium Negara lebih kurang 3.5 KM lebih tapi tak apa biar letih didunia senang di Akhirat , biar habis duit dan korban masa demi perjuangan Islam http://pondoktauhid.blogspot.com/2013/01/hkl-112-catatan-kenangan-bersama.html Allahuakhabar! Kenapa golongan agama menjauhkan diri dari umno? kahkahkahkah |
Kemasukan interlektual agama - satu lagi kejutan dari PR Posted: 13 Jan 2013 08:13 PM PST Gambar sekadar hiasan dari admin :) Umno tak pa, ramai blogger kaki fitnah dan lucah! Kemasukan interlektual agama - satu lagi kejutan dari PR ULASAN SEMASA: Kemasukan ulamak – satu lagi letupan. www.umno-reform2.com sebelum ini telah memaklumkan 5 kejutan yang akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat sebelum PRU 13 yang bagi mereka akan menyempurnakan misi mereka ke Putrajaya. Kami telah maklum mengenai pendedahan Deepak Jaikrisna. Kejutan seterusnya adalah kemasukan intelektual agama serta tokoh intelektual pendidik dalam Pakatan Rakyat. Mereka dijangka akan menyertai Pakatan Rakyat dalam masa terdekat bagi menguatkan persepsi bahawa Pakatan Rakyat sudah mula diterima secara keseluruhan. Dalam pada itu, beberapa tokoh agama akan bertindak agresif berkempen pada saat-saat pembubaran parlimen – sehingga PRU 13 berlaku untuk memberi loncatan kekuatan kepada Pakatan Rakyat. Kami juga dimaklumkan strategi yang di rancang khas untuk memukul gendang – mencanangkan kemasukan mereka akan dilaksanakan bagi mengukuhkan kedudukan mereka. Letupan ini dibuat berstrategi agak kesan kemasukan mereka akan menguatkan lagi beberapa negeri untuk terus diperintah dan beberapa negeri akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Isu lain seperti isu Najib dan Rosmah pada ketika itu akan memasuki pusingan gegaran ke 2. UMNO perlu segera mengubah strategi agar jangan ketinggalan pada saat-saat terakhir ini. Pembangkang sudah seakan menyiapkan plan utama dalam menuju PRU 13 dan sikap defensif UMNO akan mengikat UMNO dari bertindak dan ini memberi kesan kepada persepsi negatif yang akan terbentuk buat UMNO. |
Tak Pelik Kalau Presiden 'Kaki Seks' Bantah Garis Panduan Ini Posted: 13 Jan 2013 06:30 PM PST korang rasa pelik ke dengan kenyataan dia? |
Gambar Menarik Sambutan Rakyat Kepada najib Di Semenyih Posted: 13 Jan 2013 05:24 PM PST Lebih 15,000 anggota Parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) dan parti komponen Barisan Nasional (BN) membanjiri Dataran Tesco Bandar Rincang, Semenyih sebagai tanda menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Kehadiran pemimpin nombor satu negara itu membuatkan bandar sunyi Semenyih bertukar wajah menjadi sibuk dan sesak dengan puluhan bas dan ribuan kereta yang memenuhi tempat letak kereta dan sepanjang jalan raya. Najib yang tiba tepat 10 pagi untuk menghadiri majlis Parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) Negeri Selangor Bersama Perdana Menteri, ternyata teruja dengan sambutan meriah penyokong BN dan rakyat yang mengalu-alukan kehadiran beliau. Lebih menarik penyokong dan rakyat yang membanjiri pekarangan dataran itu sejak 8 pagi, rata-ratanya berbangga memakai baju kemeja-t tertera lambang BN dan wajah Najib. Sorakan dan laungan "Hidup PM", Hidup Najib" "1Malaysia" dan "Ore Malaysia" berterusan hampir 10 minit sehingga Najib dan pemimpin parti komponen BN menaiki pentas utama dengan iringan muzik tradisional India. Penyokong dan rakyat juga mengambil kesempatan bersalaman dengan pemimpin berjiwa rakyat itu yang tidak pernah lekang dengan senyuman. Dalam ucapannya, Najib yang jelas kelihatan ceria dan penuh semangat berkata beliau amat teruja dengan sokongan dan sambutan rakyat. "Satu Malaysia, Ore Malaysia. Saya berasa amat terhormat lagi teruja kerana diberi sambutan cukup hangat oleh IPF," katanya. http://beritasemasa.com/gambar-himpunan-perdana-menteri-najib |
Kenyataan Media Majlis Syura Ulama PAS. Allahuakhbar! Posted: 13 Jan 2013 04:26 PM PST Majlis Syura: Semua boleh guna tetapi tidak boleh terjemah nama Allah KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulamak PAS memutuskan sesiapapun boleh menggunakan kalimah Allah namun Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini. Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah. "Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. "Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah," kata kenyataan rasmi Majlis Syura Ulamak yang bermesyuarat malam tadi. Kenyataan itu ditandatangani oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dan timbalannya, Datuk Dr Haron Din. Berikut adalah kenyataan penuh Majlis Syura Ulamak. Kenyataan Rasmi Majlis Syura Ulamak Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Rabiul Awwal 1434 bersamaan 13/1/2013 mengambil keputusan sebulat suara bersetuju untuk menyatakan perkara-perkara berikut: 1) Allah adalah kalimah suci yang merujuk kepada Tuhan yang diimani oleh umat Islam, iaitu Allah Yang Esa, Tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan. 2) Kalimah Allah adalah alami (universal) kerana Allah Tuhan sekalian alam. Siapa pun boleh menyebut kalimah Allah seperti mana orang Arab Jahiliyah yang tidak Islam menyebut Allah lah yang menjadikan alam ini. 3) Kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya Allah. Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini. Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah. Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah. Kenyataan media ini adalah memperjelaskan maksud kenyataan Al Mursyidul Am, Presiden dan seluruh kepimpinan PAS. Mesyuarat Majlis Syura Ulamak PAS ini juga telah membincangkan isu sedutan ucapan Tuan Guru Presiden yang diangkat martabatnya menjadi amanat dan memutuskan untuk mendesak kerajaan supaya membenarkan Tuan Guru Presiden memperjelaskan isu tersebut sekurang-kurangnya satu jam secara langsung menerusi TV1 dan TV3. Tuan Guru Datuk Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia Tuan Guru Datuk Dr Haron Din Timbalan Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan