MiLo SuaM |
- Himpunan Shamsidar 12 Januari 2013 propaganda bodoh dan jahat Umno
- Bukti Wang Pampasan Buruh Paksa Jepun sudah kena rembat
- Hadirin diperdaya untuk hadiri ceramah Ulama Muda Umno
- Rosmah Mansor kantoi berlakon mop lantai depan kamera
Himpunan Shamsidar 12 Januari 2013 propaganda bodoh dan jahat Umno Posted: 07 Jan 2013 11:53 PM PST CERITA banyak tak guna, sila buka mata besar-besar dan lihat keratan akhbar Utusan Malaysia (sebut Utusan Syaitan) di bawah ini baik-baik. Ini satu lagi bukti daripada berpuluh bukti yang menunjukkan kejahatan serta kebodohan Utusan Malaysia di dalam menghasilkan propaganda. Propaganda ini bertujuan membuatkan rakyat berfikir kononnya Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 yang akan berlangsung pada 12 Januari 2013 di Kuala Lumpur Sabtu ini adalah Himpunan Shamsidar walhal Shamsidar tiada kena mengena langsung dalam himpunan tersebut. Jika anda ada ternampak Utusan Syaitan di kedai mamak tepi jalan hari ini, anda boleh selak muka surat 4 dan saksikan kebodohan dan betapa jahatnya akhbar syaitan ini di dalam memutar belitkan fakta tentang Himpunan Kebangkitan Rakyat. Tidak mustahil akan ada segelintir pelakon upahan yang bakal muncul di Himpunan Kebangkitan Rakyat hari sabtu ini membawa banner kononnya mereka menyertai Himpunan Shamsidar. Kemudian TV3 akan mengambil gambar mereka untuk dijadikan bahan propaganda bodoh mereka pada pukul 8:00 malam di Buletin Utama. Ini skrip fitnah biasa yang diulang-ulang. Lihat modus operandi mereka sebelum ini rujuk link ini ~ Pemuda Umno menyamar Siap sedia semua, nampak pelakon-pelakon upahan ini nanti kita tangkap dan ikat, kemudian kita cukur rambut mereka sebelah sebagai pengajaran. Jangan cederakan mereka kita buat dengan lemah lembut. Sebarkan! ReJaM© "Cukur kening mereka sekali, cukur sebelah je kah kah kah.... " |
Bukti Wang Pampasan Buruh Paksa Jepun sudah kena rembat Posted: 07 Jan 2013 10:43 PM PST AKHBAR milik Umno, Utusan Malaysia dalam portal rasminya ada menyiarkan kisah sedih lagi menyayat hati tentang nasib salah seorang daripada lebih 30,000 rakyat Malaysia yang menjadi buruh paksa Jepun namun sehingga kini tidak mendapat pampasan mahupun sebarang pembelaan ~ Kisah Pak Embong. Pak Embong sama seperti puluhan ribu bekas buruh paksa yang dikerah oleh tentera Jepun untuk membina landasan kereta api maut di antara Thailand-Burma (kini Myanmar) sejauh 415 kilometer ketika Perang Dunia Kedua. Mereka sangat-sangat mengharapkan wang pampasan daripada Kerajaan Jepun untuk membela nasib mereka yang kebanyakkannya hidup dalam keadaan dhaif dan serba kekurangan. Memang benar, kerajaan Jepun telah memberikan duit pampasan untuk buruh paksa ini melalui satu perjanjian pada tahun 1967. Namun sebenarnya duit pampasan yang diberikan oleh Jepun sudah digunakan (sebut dirembat) untuk membina Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC). Difahamkan tiada sesen pun wang pampasan yang telah dibayar oleh Kerajaan Jepun kepada Malaysia diserahkan kepada buruh-buruh paksa ini. Semuanya sudah diambil oleh kerajaan untuk menubuhkan syarikat perkapalan negara. Dianggarkan dari 1942 hingga 1946, seramai 72,000 rakyat negara ini dikerah tenaga mereka dan dilayan dengan penuh kekejaman untuk menjayakan impian besar negara matahari terbit Jepun meluaskan empayarnya. Namun hanya 30,000 orang dilaporkan berjaya kembali ke tanah air membawa bersama keperitan dan kesengsaraan yang cukup sukar untuk diungkap serta menjadi kenangan pahit sepanjang hayat. Walaupun usaha menjejaki mangsa-mangsa berkenaan menemui jalan buntu ekoran ramai daripada mereka sudah meninggal dunia, namun kisah kekejaman tentera Jepun ke atas mereka masih segar di kalangan waris-waris. ReJaM© "Berhentilah berharap kerana wang kamu sudah kena rembat... " Peringatan Penting! Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 Tarikh: 12 Januari 2013 Tempat: Kuala Lumpur (Stadium Merdeka) Bekas buruh paksa akan turut hadir bersama sejuta rakyat Malaysia! Bapak segala Himpunan, Bapak Segala Bantahan! |
Hadirin diperdaya untuk hadiri ceramah Ulama Muda Umno Posted: 07 Jan 2013 07:35 PM PST CUBA anda lihat banner promosi program ceramah yang dianjurkan oleh Umno Selangor di bawah ini baik-baik. Siapakah penceramah yang dijemput? Ustaz Fathul Bari Mat Jahya, satu Selangor tahu dia ini lah orang yang menggelarkan dirinya sebagai Ulama Muda Umno. Apa yang lucunya, Fathul Bari sendiri tak berani menggunakan nama Umno di dalam banner promosi beliau kerana bimbang tiada orang akan datang dengar ceramah. Maka terpaksalah dia gunakan nama penceramah muda bebas walhal dia lembih Umno dari Umno itu sendiri kah kah kah.... Inilah taktik yang digunakan oleh Umno Selangor untuk menganjurkan ceramah politik. Jika letak nama Umno mereka tahu takkan ada orang datang kerana rakyat Selangor sudah muak dengan ceramah politik merapu mereka. Lebih malang, meskipun sudah menggunakan taktik menyamar sebagai penceramah bebas, hadirin yang datang tetap juga menghampakan. Dua buah bas hadirin sudah dikerah ke ceramah tersebut namun masih gagal memenuhkan kerusi plastik yang disediakan rujuk link ini ~ Ceramah Fathul Bari ReJaM© "Tak payahlah nak meyamar orang dah tahu kau tu Umno... " Peringatan Penting! Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 Tarikh: 12 Januari 2013 Tempat: Bandar Kuala Lumpur (Stadium Merdeka) Sejuta rakyat sertai Bapak segala himpunan, Bapak segala bantahan! |
Rosmah Mansor kantoi berlakon mop lantai depan kamera Posted: 07 Jan 2013 05:41 AM PST GUA terjumpa gambar Rosmah Mansor sedang mop lantai sebentar tadi. Gua nak cari gambar lain, tapi terjumpa gambar Rosmah pulak. Difahamkan gambar ini mula disebarkan sejak dua hari lalu ketika lawatan Datin Rosmah ke rumah mangsa banjir. Gua tak kisah Rosmah nak berlakon mop lantai, semua orang tahu dia mop lantai untuk ambil gambar, untuk tunjukkan kononnya dia berjiwa rakyat di depan kamera. Cuma kalau nak berlakon tu janganlah nampak sangat. Elok-elok nak bina persepsi kononnya dia berjiwa rakyat, persepsi sebaliknya pula yang dia dapat. Cuba anda lihat gambar di bawah ini baik-baik. Nampak sangat Datin Rosmah ni tak pernah mop lantai. Nak mop lantai siap dengan glove, dengan safety boot bagai macam takut sangat kena air takut sangat tangan kotor. Apa yang lebih lucu, kalau iya pun nak tunjuk kamu berjiwa rakyat, tak payahlah mop tikar getah datin. Tikar getah kalau kena banjir pergilah gulung bawa ke tempat lapang dan jemur, bukan mop kah kah kah... Budak-budak Pandu Puteri kat belakang tu terpinga-pinga tengok lawak apakah yang dibuat oleh Datin Rosmah ni kah kah kah... ReJaM© "Nasib baik dia tak mop tikar mengkuang kah kah kah... " |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan