Blog-list Malaysia |
- PRU-13: TI-M Tolak Tawaran Jadi Pemerhati Bukti SPR Tak Boleh Dipercayai
- Himpunan 12 Jan: ‘Game over’ untuk Umno BN
- Polis Keluar Pas Khas Media Untuk Himpunan Kebangkitan Rakyat
- Mufti P. Pinang Belasah Majlis Fatwa
- Anwar Menghasut Rakyat..
- Pelaburan Boustead ‘tak masuk akal’ – Rafizi
- Giliran Mufti Perlis Pula Bantai TV3
- Himpunan Kebangkitan Rakyat - Pengurusan Stadium Merdeka Cabut Lari
PRU-13: TI-M Tolak Tawaran Jadi Pemerhati Bukti SPR Tak Boleh Dipercayai Posted: 07 Jan 2013 09:16 PM PST Transparency International Malaysia (TI-M) menolak pelawaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menjadi salah satu daripada lima pemerhati tempatan pada pilihan raya umum akan datang berikutan beberapa syarat-syarat yang ditetapkan. Menerusi satu kenyataan pada Isnin TI-M berkata, selain terma yang ditetapkan, penolakan itu juga kerana pihak mereka percaya bahawa satu lagi kumpulan iaitu Pemantau Pilihan Raya Bersih dan Adil (Mafrel) perlu terlibat sebagai pemerhati. "Bagaimanapun TI-M bersedia untuk terus melibatkan diri dengan SPR terutama berkaitan reformasi pelbagai undang-undang yang berkaitan dengan pilihan raya," kata pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu. Selain TI-M, NGO lain yang dijemput oleh SPR untuk menjadi pemerhati tempatan ialah Merdeka Centre, Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas), Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham), Pusat Kajian Dasar Awam, (CPPS) dan Majlis Belia Malaysia (MBM). Keputusan TI-M itu bagaimanapun menerima reaksi negatif daripada Ketua Eksekutif Ideas, Wan Saiful Wan Jan. Beliau mempersoalkan keputusan TI-M menarik diri terutamanya selepas semua NGO terlibat bersetuju mengenai terma dan syarat yang ditetapkan pada pertemuan terakhir bersama SPR. Wan Saiful menegaskan semua NGO termasuk TI-M sudah mengadakan rundingan selama beberaa bulan dengan SPR untuk memastikan peraturan yang dikenakan terhadap pemerhati selari dengan piawaian antarabangsa. "Jika TI-M mempunyai apa-apa pertikaian, kenapa tidak dibangkitkan kepada SPR apabila kita sedang duduk bersemuka?" kata Wan Saiful. Sementara itu Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata keputusan TI-M tidak akan menjejaskan rancangan untuk mempunyai pemerhati tempatan kerana semua NGO lain telah menerima tawaran SPR secara bertulis. Wan Ahmad juga berkata tidak ada keperluan untuk mengenal pasti kumpulan yang lain bagi mengisi kedudukan TI-M. - mStar |
Himpunan 12 Jan: ‘Game over’ untuk Umno BN Posted: 07 Jan 2013 08:46 PM PST KUALA LUMPUR: Dengan ketibaan tahun baru 2013 maka kita telah memasuki fasa pecutan terakhir di dalam persiapan PRU13 untuk mempertahan dan meluaskan kemenangan khususnya bagi menawan Putrajaya. Demikian kata Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan dalam satu kenyataan. Fasa terakhir ini, katanya bermula dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 yang akan diadakan pada hari Sabtu, 12 Januari dari jam 2.00 hingga 5.00 petang di Stadium Merdeka. Kenyataan penuh beliau sebagaimana di bawah. Dengan ketibaan tahun baru 2013 maka kita telah memasuki fasa pecutan terakhir di dalam persiapan PRU13 untuk mempertahan dan meluaskan kemenangan khususnya bagi menawan Putrajaya. Fasa terakhir ini bermula dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 yang akan diadakan pada hari Sabtu - 12 Januari 2013, dari jam 2.00 pm hingga 5.00 petang di Stadium Merdeka. Dari soal Lynas, Felda, Royalti, Pengerang, tuntutan Bersih, pembelian kapalselam dan banyak lagi isu rasuah dan penyelewengan; himpunan gergasi ini akan menjadi tanda jelas penolakan rakyat terhadap kejelekan dan sikap semberono pemerintah Umno BN merompak hak Rakyat. Penolakan ini kita akan muktamadkan dalam PRU13 kelak. Saya juga percaya terdapat usaha sistematik pemerintah dan media arus perdana dengan membangkitkan isu-isu lapuk seperti Amanat Haji Hadi yang telah berusia lebih 30 tahun bagi mengalih perhatian masyarakat dari acara terbesar dalam sejarah tanah air kita ini. Memandangkan kerajaan takut untuk menjemput Tuan Guru Presiden untuk bermuzakarah secara live, kami berpandangan isu ini telah gagal dieksploitasi oleh Umno dan boleh diisytihar sebagai game over. Saya ingin mengajak semua pihak untuk meninggalkan permainan media pemerintah, kembali fokus kepada PRU13 dan menggunakan semua ruang yang ada - facebook, twitter, emel, banner dan sebagainya untuk merancakkan hebahan Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 ini lantas melipat-gandakan penyertaan. Dewan Pemuda PAS Malaysia telah pun mengeluarkan arahan kepada seluruh saf pemuda untuk turun beramai-ramai menjayakan himpunan ini. Kita menjangkakan sekurang-kurangnya 50,000 pemuda PAS untuk bersama-sama warga Malaysia yang lain membanjiri dataran Stadium Merdeka kelak. Suara Sejuta Rakyat akan bergema merayakan perubahan, Insya Allah! Sehingga setakat ini kami dimaklumkan rakyat Malaysia di London, Taiwan dan Sydney telah pun bersedia untuk mengadakan himpunan yang sama bagi meraikan himpunan rakyat di Kuala Lumpur ini. Oleh itu, kita juga telah meminta pendokong PAS luar negara di lokasi-lokasi utama lain untuk mengadakan himpunan yang sama sebagai tanda sokongan. Pada masa yang sama, DPPM telah pun menjemput wakil-wakil kepimpinan pemuda di dalam Pakatan Rakyat untuk mengadakan mesyuarat koordinasi. Ianya bertujuan untuk memperhebat promosi dan menjayakan himpunan ini sebagai himpunan terbesar dan paling aman di dalam sejarah Malaysia. Unit Amal Malaysia juga telah siap siaga untuk memainkan peranan penting mengawalselia perhimpunan itu kelak. Pada masa yang sama, kita berharap pihak keselamatan khususnya PDRM dapat menghalang mana-mana anasir jahat yang cuba untuk membuat provokasi bagi mengganggu kesusilaan himpunan. Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengajak seluruh rakyat Malaysia khususnya golongan muda untuk turun beramai-ramai menjayakan himpunan ini. Ayuh kita jadikan Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 suatu pengalaman yang menakjubkan lalu mencatat lakaran penting dalam lipatan sejarah negara untuk menuntut perubahan. Mari bersama kita mencorak masa depan yang lebih gemilang untuk Malaysia. |
Polis Keluar Pas Khas Media Untuk Himpunan Kebangkitan Rakyat Posted: 07 Jan 2013 06:54 PM PST Pihak polis telah menggesa wartawan yang akan membuat liputan perhimpunan Pakatan Rakyat Sabtu ini memakai pas khas yang dikeluarkan oleh pihak polis supaya mereka mudah dikenal pasti. Langkah yang tidak pernah berlaku sebelum ini ini dilihat sebagai satu usaha untuk mengelak berulangnya kejadian petugas media dipukul oleh anggota polis seperti semasa perhimpunan BERSIH 3.0 tahun lepas. Semalam, beberapa wartawan Malaysiakini menerima panggilan telefon dari kontinjen polis Kuala Lumpur meminta senarai wartawan yang akan membuat liputan perhimpunan tersebut. Senarai itu dikehendaki dikemukakan selewat-lewatnya esok, termasuk butiran peribadi seperti nombor telefon dan MyKad. Ketika dihubungi, ACP Ramli Mohamed Yoosuf, pembantu kepada ketua urusetia (perhubungan awam) Ketua Polis Negara (IGP), berkata langkah itu bertujuan untuk memastikan keselamatan para wartawan. "Kita tidak mahu sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku seperti masa lalu," katanya, merujuk kepada BERSIH 3.0. Ditanya mengapa pasukan polis mengambil langkah tersebut sedangkan wartawan dari organisasi berita sudahpun memiliki kad akreditasi kerajaan, Ramli berkata, pas polis yang dikeluarkan itu akan memudahkan keadaan. "Kadang-kadang, mungkin kita tidak biasa dengan ini (kad akhbar) ... Tugas saya ialah untuk memberitahu pegawai kami bahawa mereka yang memakai pas kita adalah wartawan dan patut diberi kerjasama." Beliau juga menggesa wartawan untuk memakai jaket yang dengan jelas menunjukkan media organisasi masing-masing semasa perhimpunan tersebut. Ramli menolak tanggapan bahawa langkah pengenalan khas itu adalah satu percubaan halus untuk menghalang wartawan daripada menjalankan tugas mereka. Beliau berkata organisasi media perlu melihat langkah itu secara positif kerana ia bertujuan untuk melindungi mereka. |
Mufti P. Pinang Belasah Majlis Fatwa Posted: 07 Jan 2013 05:42 PM PST Majlis Fatwa Kebangsaan mesti menjemput Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mendapatkan penjelasan bagi menyelesaikan kemelut berkaitan dengan apa yang dipanggil Amanat Haji Hadi. Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad menegaskan, isu yang menjadi kontroversi itu tidak boleh diselesaikan hanya dengan berdasarkan laporan akhbar. "Ia mesti mengikut prosedur. Datuk Seri Abdul Hadi perlu dijemput untuk berbincang dan bagi mendapatkan penjelasan. Ia tidak boleh diselesaikan mengikut andaian," katanya. Mengenai fatwa yang dikeluarkan mengenai amanat itu, Hassan berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan tidak boleh bergantung kepada fatwa yang dikeluarkan oleh majlis fatwa di peringkat negeri. Kuasa mengeluarkan fatwa, katanya, adalah kuasa negeri dan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan tidak semestinya satu keputusan mutlak kerana kuasa agama kekal di bawah kuasa negeri. Beliau menjelaskan, fatwa sesebuah negeri boleh diguna pakai oleh negeri yang menggazetnya. "Jika fatwa yang dikeluarkan di peringkat Majlis Fatwa Kebangsaan hanya di peringkat kebangsaan, dan ia tidak akan dibawa ke negeri, ia tidak menjadi undang-undang keseluruhan kerana ia berperanan menyelaras sahaja," katanya. Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya pula menegaskan tiada fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan secara khusus mengenai Amanat Haji Hadi yang menjadi isu kontroversi itu. Katanya, beberapa fatwa yang dikeluarkan mengenai isu seumpama itu adalah dibuat oleh majlis fatwa peringkat negeri. Sebuah daripadanya adalah Majlis Fatwa Negeri Melaka, yang dikeluarkan pada 2002. Fatwa yang diputuskan di peringkat negeri, katanya, tidak semestinya boleh diguna pakai oleh negeri lain. "Fatwa yang ada itu ialah mengenai isu kafir-mengkafir, sama seperti fatwa (yang dibuat) oleh Kelantan. Fatwa yang ada dalam laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hanya fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Negeri Melaka," katanya kepada Sinar Harian, semalam. |
Posted: 07 Jan 2013 03:41 PM PST Anwar ajak rakyat turun HKR Sabtu ini, tuntut kebebasan dan keadilan KUALA LUMPUR 7 Jan: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat seluruh negara turun beramai-ramai ke Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Stadium Merdeka, Sabtu ini. "Dedikasi untuk semua pejuang rakyat yang menuntut kebebasan dan keadilan. Ayuh bersama turun ke KL 12 Januari ini! Suara rakyat, suara keramat!" kata Ketua Umum KEADILAN di facebooknya hari ini. Sebelum itu, Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengerahkan semua anggota KEADILAN setiap peringkat agar hadir ke KHR. Menurut Saifuddin, KEADILAN mendukung penuh himpunan tersebut yang merupakan kemuncak kepada jelajah kebangkitan rakyat yang diadakan di seluruh negara. "Ia bukan sekadar perhimpunan, tetapi manifestasi kebangkitan rakyat, yang bukan saja disokong KEADILAN dan Pakatan Rakyat, malah badan bukan kerajaan (NGO)," kata Ahli Parlimen Machang itu. Dalam perkembangan sama, Pakatan Rakyat (Pakatan) Selangor akan menggerakkan 300,000 anggota dan penyokongnya sempena perhimpunan itu. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan bersama Setiausaha Majlis Pimpinan KEADILAN Selangor, Amirudin Shari, Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani Osman dan Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok pagi tadi. Himpunan mensasar sejuta rakyat itu bermula jam 2 hingga 5 petang, sebagai menyahut saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mahu rakyat berhimpun di stadium jika ingin menyatakan tuntutan. AMK anjur road show Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mengadakan road show seluruh negara sebelum HKR bagi mendesak kerajaan memenuhi semua tuntutan rakyat. "Road show akan bermula 8 sehingga 11 Januari di Johor, kemudian Perak, Gombak dan yang terakhir sempena countdown akan diadakan di Dataran Anak Muda, Petaling Jaya Selatan," kata kata Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin. "Antara acara yang akan diadakan adalah ceramah pimpinan KEADILAN dan juga rakan-rakan Pakatan. Kita juga akan adakan acara-acara lain untuk memeriahkan suasana," katanya menambah Artis Lan Raja Lawak akan turut hadir. Menurutnya, pada hari himpunan, jentera AMK akan bergerak dari Padang Timur, Petaling Jaya melalui Lebuhraya Persekutuan sebelum menuju Stadium Merdeka. Pakatan rancang 'countdown' Sementara itu, Pakatan Rakyat merancang acara Rapat Kemuncak Mengira Detik pada malam HKR, berlangsung mulai 5 petang di Padang Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Selain Anwar, pemimpin Pakatan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Lim Guan Eng, Mohamad Sabu dijangka berucap, di samping penampilan pendakwah bebas, Ustaz Azhar Mohd Idrus. Ratusan NGO sertai, 4 warna tema utama Ratusan NGO akan bersama dalam HKR terdiri daripada Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Gerakan Anti Lynas, Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) dan Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (Royalti) Ia turut disertai Gerakan Mansuhkan ISA, 13 pertubuhan gerakan mahasiswa, Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit), Kempen Anti Saman Ekor (KASE), Pertubuhan Pertahan Tanah Warisan Kita, Sekretariat Prihatin OKU, dan Gerakan Anti PPSMI. |
Pelaburan Boustead ‘tak masuk akal’ – Rafizi Posted: 07 Jan 2013 07:06 AM PST PETALING JAYA 7 Jan: Pengambilalihan syarikat Awan Megah dan Astacanggih oleh Boustead Holdings Berhad dengan bayaran RM160 juta merupakan pelaburan 'tidak masuk akal', kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli. Katanya, tanah itu merupakan milik kerajaan Persekutuan dan tidak dimiliki Awan Megah serta tertakluk pada kebenaran pindah milik dan pembangunan oleh kerajaan Selangor. Beliau merujuk kenyataan Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor kononnya pembelian Astacanggih dan Awan Megah bernilai RM160 juta adalah pelaburan yang baik. Dalam sidang media hari ini, Rafizi menunjukkan surat bertarikh 17 Julai 2009, menyatakan rayuan kerajaan Persekutuan kepada keputusan kerajaan Selangor yang menolak permohonan kerajaan Persekutuan untuk pindah milik tanah 223 ekar di Bukit Raja kepada Awan Megah. "Maknanya tanah itu masih hak milik kerajaan Persekutuan dan tertakluk kepada kerajaan Selangor bagi kelulusan pindah milik dan pelan pembangunan. "Oleh itu, bayaran RM130 juta kepada Awan Megah samalah dengan beri wang kepadanya tanpa apa-apa hasil," katanya di ibu pejabat parti. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menurut Rafizi berkata, kerajaan negeri menetapkan bahawa tanah itu tidak boleh dibangunkan kecuali bagi tujuan asalnya seperti yang dipohon oleh kerajaan Persekutuan. Beliau turut menunjukkan dokumen rahsia perjanjian penswastaan antara kerajaan Persekutuan dan Awan Megah. "Ia jelas menyatakan Bon Tanah sebagai jaminan Awan Megah untuk siapkan Puspahanas (Pusat Pengajian Pertahanan Nasional) hanya RM72.5 juta. "Dalam keadaan Puspahanas belum siap dan nilainya RM72.5 juta, bayaran RM160 juta oleh Boustead sudah tentu tidak masuk akal," kata Rafizi. - keadilandaily.com |
Giliran Mufti Perlis Pula Bantai TV3 Posted: 07 Jan 2013 04:06 AM PST |
Himpunan Kebangkitan Rakyat - Pengurusan Stadium Merdeka Cabut Lari Posted: 07 Jan 2013 02:17 AM PST KUALA LUMPUR: Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat kecewa terhadap keengganan pihak pengurusan Stadium Merdeka bertemu dengan mereka hari ini. Kunjungan hari ini sepatutnya bagi mendapatkan maklum balas daripada pihak pengurusan Stadium Merdeka berkaitan surat permohonan menyewa Stadium Merdeka bagi mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) pada 12 Januari ini. Sekretariat HKR sudah menhantar surat tersebut pada 26 Disember lalu namun belum mendapat sebarang maklum balas daripada pihak pengurusan meskipun dua kali tindakan susulan diambil pihak sekretariat. Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia (DMPM), Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, tindakan pihak pengurusan yang langsung tidak menghantar wakil untuk bertemu mereka sangat tidak profesional. Sedangkan katanya, kehadiran mereka hari ini sudah dimaklumkan lebih awal. "Pemuda cuma nak hantar surat mendesak pihak pengurusan Stadium Merdeka mengeluarkan surat kebenaran menggunakan stadium. "Kami tunggu hampir satu jam tapi tak ada seorang pun wakil pihak pengurusan datang berjumpa kami. "Ini sikap yang tak baik dan tak profesional dari pengurusan stadium melayan tetamu," katanya kepada pemberita di hadapan bangunan Permodalan Nasional Berhad (PNB). Sementara itu, Setiausaha Angkatan Muda Malaysia (AMK), Julailey Jemadi mempersoal kesukaran pihak pengurusan membenarkan penggunaan stadium sedangkan pihak polis sudah memberi lampu hijau kepada HKR. "Pihak polis sudah bagi jaminan akan menjaga keselamatan pada hari tersebut jadi kenapa pihak pengurusan stadium masih berlengah-lengah? "Kami akan terus mendesak pihak pengurusan mengeluarkan surat kebenaran," katanya. Turut bersama ialah Sekretariat Pakatan Rakyat, Adib Ishar. Menurutnya, sekretariat Pakatan masih bertekad untuk menggunakan Stadium Merdeka. "Seperti yang ditegaskan sebelum ini, pilihan pertama kami Stadium Merdeka, pilihan kedua dan ketiga juga Stadium Merdeka," katanya. |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan