Selasa, 8 Januari 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[HKR 112] Rakyat Bangkit Kerana SPR & Kerajaan Pekakkan Telinga Terhadap Tuntutan BERS✔H

Posted: 08 Jan 2013 01:01 AM PST


Walaupun Tidak Diendahkan, Rakyat Perlu Terus Tekan SPR

Orang ramai perlu terus mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meskipun badan itu masih tidak mengendahkan tuntutan agar pilihan raya bebas dan adil dilaksanakan.

Ini kerana, pilihan raya bebas dan adil merupakan hak rakyat yang perlu diperjuangkan oleh semua lapisan masyarakat dengan memberikan tekanan berterusan kepada pihak berkuasa kata Mohamad Sabu.

Oleh itu kata Mohamad, yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), orang ramai diseru agar datang ke himpunan tersebut di Stadium Merdeka Sabtu ini.

Katanya SPR harus memulihkan keyakinan rakyat terhadap sistem pilihanraya negara ini sebelum rakyat memilih cara lain bagi menyuarakan kehendak mereka.

"Kerana itulah kita dapat lihat kerajaan di dunia ketiga akhirnya dijatuhkan melalui jalanraya seperti Iran, Filipina, Indonesia, Poland dan terbaru seperti Tunisia, Mesir, Yaman semuanya melalui jalan raya.

"Kita tak mahu berlaku begitu, kita harap di Malaysia berlaku pertukaran kerajaan melalui pilihan raya.


"Sebab itu kita mahukan pilihan raya yang bersih" kata Mohamad dalam satu wawancara bersama TV Selangor di sini hari ini.

HKR yang akan berlangsung pada Sabtu ini bakal menarik kehadiran ratus ribuan peserta dan akan berlangsung di Kuala Lumpur.

Setakat ini, Permodalan Nasional Berhad, syarikat yang mengurus Stadium Merdeka masih tidak memberi kebenaran kepada PR untuk menggunakan tapak tersebut.

Ini walaupun PR telah mengemukan permohonan untuk menyewa tapak terbabit.

Himpunan BERSIH 3.0 yang diadakan di kawasan sekitar Dataran Merdeka pada April 28 tahun lalu menarik 250,000 peserta yang turun bagi mendesak Kerajaan Persekutuan agar memperbaiki sistem pilhanraya.

Bantah ikut perundangan diabai, ayuh turun 12 Januari

Semua bentuk bantahan yang mematuhi saluran undang-undang sudah digunakan demi membaiki sistem pilihan raya tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) enggan melaksanakan lapan tuntutan Bersih.

Aktivis sosial, Hishamuddin Rais kesal kerana tiada satu pun tuntutan dilaksanakan, malah penggunaan dakwat kekal yang dilihat satu-satunya 'harapan' dikhianati SPR melalui tipu muslihat.

"Sistem dakwat kekal di luar negara, celup jari dan tanda hitam tak boleh mengundi. Di Malaysia, celup jari ke dakwat boleh mengundi. Undang-undang apa ini?


"Patutnya orang yang jarinya kosong (tak bercelup dakwat) dibenar mengundi. Orang yang dah ditanda – tak boleh mengundi. Sistem apa ini? Ini sistem menipu!

"Kenapa SPR tak ikut standard antarabangsa? Kenapa tak ikut macam negara lain? Inilah contoh klasik penipuan SPR," katanya dengan lantang.

Beliau berkata demikian depan 1,000 orang pada program Jelajah Anak Muda ke Himpunan #KL112 di padang Flat PPR Kempas, Johor malam tadi.

Justeru, beliau berkata tiada jalan lain untuk memberi amaran kepada SPR selain turun beramai-ramai ke Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka 12 Januari ini.

"Bercakap dah cukup. Laporan polis dah dibuat. Mahkamah dah pergi.

Tak ada cara lain untuk kita beri amaran kepada SPR dan kerajaan," katanya.

"Berapa ramai?"tanya Hishamuddin sebelum disambut gamat disambut jawapan 'sejuta! dengan bersemangat daripada hadirin di tapak ceramah.


"Yang kita lawan ialah sistem SPR. Sistem yang menipu. Adakah ayah-ibu, adik-kakak tak nampak lagi? Kalau dah tahu nak buat apa? Kita bantah dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat," katanya.

Turut berucap ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat; Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack dan Pengerusi Gabungan NGO Pengerang (GNP), Anis Afida Mohd Azli.
-KD


Bermula di KSS sebelum ke Stadium Merdeka

TEMERLOH: Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur Sabtu ini akan bermula di Kelab Sultan Sulaiman (KSS), Kampung Baru pada pukul 11 malam sebelumnya.

Pengarah HKR Mohamad Sabu, berkata himpunan di KSS itu bertujuan menampung peserta perhimpunan yang datang awal ke ibu negara dengan diisi program amanat pemimpin sebelum berarak ke Stadium Merdeka.

Timbalan Presiden PAS itu memaklumkan, Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang telah bersepakat menyeru semua rakyat turun berhimpun.

"Jadi datanglah berhimpun pada Sabtu ini dari jam dua petang hingga pukul lima petang. Seelok-eloknya datang awal dan jangan lupa, bawalah keluarga dan anak-anak kerana perhimpunan ini berbentuk santai," katanya ketika berucap secara lintas langsung dalam program Himpunan Anak Muda di sini malam tadi.

Perhimpunan kelmarin merupakan 'road show' peringkat negeri Pahang rapat kemuncak 'count down' HKR 112 satu juta rakyat Sabtu ini.

Muhamad sepatutnya berceramah pada majlis tersebut namun tidak dapat hadir berikutan mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat pada waktu yang sama.

Turut berucap Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin, aktivis Hishamudin Rais, Ketua PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman, Adun Sekincan Ng Suee Lim, aktivis mahasiswa Safuan Anang dan Adun Kuala Semantan Syed Hamid Syed Mohamad.

Sementara itu Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard, berkata rakyat perlu turun beramai-ramai kerana perlawanan kali ini bukan lagi untuk menjatuhkan BN atau Najib dan menaikkan Anwar Ibrahim tetapi kali ini rakyat bangkit menentang kezaliman dan penipuan sejak 55 tahun.

"Ayuh kosongkan Temerloh, hanya orang-orang yang penakut saja yang terus tinggal di Temerloh pada hari itu," katanya sambil disambut tepukan gemuruh kira-kira 4,000 yang hadir.

Hishamudin pula menasihatkan peserta yang pergi ke HKR supaya tidak menggunakan kenderaan sendiri sebaliknya menaiki pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur
-HD

[VIDEO] Rakyat Dok Tunggu 'Roti Deepak' Bukan Roti 1Malaysia!

Posted: 07 Jan 2013 10:09 PM PST

Macam-macam ada sampai roti pun nak dipolitikkan. Bini PM Rosmah mahu Roti1Malaysia di perluas Permata.

Rosmah buat-buat tak dengar, buat tak tau apa dengan serangan towkey karpet Deepak yang tuduh Rosmah dan Najib terlibat dalam akuan bersumpah kedua P.Balasubramaniam dalam kes pembunuhan wanita cantik Altantuya dari Monggolia. Macam-macam roti dah ada. Semua roti rasa serupa ja cuma nama lain-lain. Yang rakyat 'nak makan' dan ingin tahu sedap atau tak sedap ialah 'Roti Deepak' bukan roti 1Malaysia!

Hingga kini Najib-Rosmah senyap tak kata apa dengan dakwaan Deepak. -misaimerah
Deepak: Perlu sidang khas parlimen bersihkan Najib

PAS akan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong memohon baginda menitahkan Perdana Menteri memanggil satu sidang parlimen tergempar berhubung tuduhan ahli perniagaan Deepak Jaikishan.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata sidang tergempar itu perlu diadakan sebelum 25 Februari ini bagi memberi peluang kepada Datuk Seri Najib Razak membersihkan dirinya yang sehingga kini masih membisu terhadap tuduhan itu.

Beliau berkata, sidang tergempar merupakan medium terbaik untuk Najib menjawab atau membela diri berhubung dakwaan yang dikaitkan terhadap beliau.

"Soal ini bukan soal kecil kerana ia mencalarkan nama PM. Apabila nama PM tercalar, ia turut mencalar nama negara,"
kata beliau pada sidang media, di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.

Mahfuz menjelaskan, pihaknya telah menghantar surat kepada istana bagi memohon satu penetapan tarikh untuk bertemu dan menyerahkan memorandum kepada Yang di-pertuan Agong.

Surat tersebut telah difakskan kepada Setiausaha Sulit Kanan Yang Di-pertuan Agong, Elmy Mohd Yusoff, pagi tadi.

Langkah menyerahkan memorandum tersebut diambil memandangkan pendedahan usahawan karpet tersebut tidak mendapat sebarang respons dari pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dan Jabatan Peguam Negara.

Sebelum ini, beliau memberi tempoh dua minggu kepada ketiga-tiga agensi terbabit untuk membuat siasatan terhadap pendedahan Deepak.

Bagaimanapun, sehingga hari ini tiada sebarang respons daripada agensi-agensi terbabit.

Beliau turut mempertikaikan pemimpin BN yang seolah-olah bisu dan pekak apabila berhadapan dengan isu ini.

"Sebelum ini, pemimpin negara begitu riuh, mulut becok bila menyentuh satu-satu isu, tapi bila isu Deepak ini, mereka seolah-olah bisu dan pekak. Tiada siapa yang hirau," tegas beliau.
-HD



Pelajar Dirogol Dan Dipaksa Telan Air Mani

Posted: 07 Jan 2013 07:22 PM PST

Seorang pensyarah sebuah kolej swasta didakwa telah mengikat, memukul dan merogol pelajar sebelum memaksa dia menelan air mani.

China Press melaporkan bahawa pensyarah berusia dalam 40-an telah memanggil gadis yang berusia 21 tahun untuk bertemu dengannya di pejabat beliau bagi membincangkan kerja kursus beliau.

Semasa berada di bilik, pensyarah tersebut mengajak mangsa berhubungan badan namun ditolak.

Namun pensyarah tersebut mengugut untuk mengagalkan pelajar tersebut. Kerana takut digagalkan, mangsa bersetuju untuk mengikuti pensyarah pergi untuk sarapan pagi dengan menaiki kereta pensyarahnya.

Namun sebaik memasuki kereta, pensyarah tersebut telah mencekik leher pelajar tersebut dan merampas telefon bimbitnya.

Pensyarah membawa mangsa ke rumahnya di Sentul di mana pelajar itu diikat, dibogelkan dan dirogol.

Tak hanya dirogol, pelajar tersebut juga dipaksa untuk menelan air mani pensyarah tersebut. Beliau kemudian meninggalkan pelajar tersebut di stesen LRT.

Pelajar, disertai oleh kakaknya, telah membuat laporan di balai polis Sentul, Kuala Lumpur – paapaada.blogspot/maklumat.my

[MELAMPAU] Ada "Tiger Show" Di Malam Mesra Jab. Siasatan Jenayah IPD Shah Alam?

Posted: 07 Jan 2013 04:10 PM PST


Rakyat terkejut! Ada tarian separuh bogel semasa acara "Majlis Malam Mesra, Sekalung Budi, Segunung Intan" Jabatan Siasatan Jenayah IPPD Shah Alam.

Ia bukan superimpose, ia bukan cerita rekaan untuk menjatuhkan imej PDRM. Tetapi ia adalah real, dan PDRM sendiri yang menjatuhkan maruah mereka!

Berikut ialah pengakuan Tun Hisan



Hasil pengakuan daripada Ketua Polis Selangor, Tun Hisan Tun Hamzah terbuktilah acara tarian separuh bogel semasa acara "Majlis Malam Mesra, Sekalung Budi, Segunung Intan JSJ IPPD Shah Alam" itu benar-benar berlaku.

BAGAIMANA PERKARA INI BOLEH TERLEPAS PANDANG?

SIAPA YANG MENJADI PENGATURCARA PROGRAM? Polis juga ke?

(Tidak diterima akal pihak polis lansung tidak terlibat di dalam pengaturcara program. -GB)

Kalau beginilah halnya, APAKAH MEREKA MASIH BOLEH DIHARAP UNTUK MENJAGA KEMASLAHATAN NEGERI SELANGOR INI DARIPADA JENAYAH SEDANGKAN MEREKA SENDIRI MENGALAKKAN KEMUNGKARAN DALAM KELAMBU MEREKA SENDIRI!

(KPN &) Tun Hisan, ANDA WAJIB BERTANGGUNGJAWAB! mereka yang terlibat termasuklah ketua JSJ IPD Selangor, penganjur program atau sesiapa sahaja WAJIB BERTANGGUNGJAWAB! - maklumat: RAMM / PemudaBatu.com

Ulasan GB

- dan kebelakangan ini beberapa kes kejadian rogol melibatkan anggota polis secara berkumpulan, malah ada kes rogol berlaku di dalam balai polis sendiri.. apakah disiplin dan moral polis sudah hancur binasa dan "tiger show" itu manifestasi dari kehancuran akhlak anggota pdrm?

Kita tidak bermaksud untuk orang membenci polis, tetapi perbuatan polis itu sendiri mengundang kebencian rakyat terhadap mereka.

GB selalu sebutkan: Hukum Kebenaran dan Keadilan tidak boleh ditolak dan disembunyikan. Ia akan terpapar dengan jelas dan nyata akhirnya!

Ini Gambar Muhdalena, Perempuan Yang Mengamuk Di Depan JPM Tahun Lalu

Posted: 07 Jan 2013 06:24 AM PST

Muhdalena pohon untuk runding akuan bersalah

PUTRAJAYA - Wanita yang didakwa mengamuk bersama seorang lelaki bersenjatakan pedang samurai di hadapan Pejabat Perdana Menteri pada Julai tahun lepas akan memohon kepada pendakwa raya untuk runding akuan bersalah terhadap tuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Peguam M. Visvanathan memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa beliau akan menulis surat kepada Jabatan Peguam Negara seperti yang diarah oleh anak guamnya Muhdalena Ahmad.

"Kami sedang menimbang kemungkinan bagi runding akuan bersalah antara pihak pembelaan dan pendakwaan dan kami akan maklumkan kepada mahkamah keputusannya esok," kata Visvanathan.

Terdahulu, Visvanathan, yang batuk dengan teruk di dalam mahkamah, memohon agar perbicaraan yang ditetapkan selama tiga hari mulai hari ini, ditangguhkan sehingga esok memandangkan beliau berasa tidak sihat.

Timbalan Pendakwa Raya Kalmizah Salleh tidak membantah bagi kes itu ditangguhkan.

Kalmizah bagaimanapun meminta Visvanathan mengemukakan permohonan rasmi kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan jawapan segera.

Hakim Mohamed Kamil Nizam membenarkan permohonan itu tetapi meminta Visvanathan supaya memberitahu Kalmizah lebih awal jika beliau tidak dapat hadir di mahkamah esok, supaya saksi tidak perlu datang ke mahkamah.

Terdahulu, Kalmizah memberitahu mahkamah bahawa 22 daripada 39 saksi pendakwaan hadir di mahkamah hari ini.

Muhdalena, 28, dari Kota Damansara, didakwa pada 16 Julai tahun lepas di dalam wad di Hospital Putrajaya kerana menjalani rawatan selepas ditembak di paha kanan.

Dia didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengugut untuk mendatangkan cedera parah kepada seorang anggota polis bantuan Ridzuan Megat Ahmad di perkarangan Kompleks B Jabatan Perdana Menteri di sini pada 2.30 petang 9 Julai tahun lepas.

Tuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Muhdalena, siswazah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, turut didakwa membawa sebilah pedang di tempat dan masa yang sama. Tuduhan mengikut Seksyen 7 (1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Dia turut berdepan dua tuduhan mengikut Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959.

Bagi tuduhan pertama, Muhdalena didakwa mengingkari arahan Lans Koperal Ridzuan supaya meletakkan senjatanya di tempat yang diwartakan sebagai kawasan larangan dan bagi tuduhan kedua, dia didakwa mengingkari perintah oleh seorang menteri dengan berada di premis itu tanpa kad atau permit masuk yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa.

Jika didapati bersalah, dia boleh dikenakan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali, bagi setiap tuduhan.

Muhdalena kini dalam jaminan RM11,500 dengan seorang penjamin, sementara menunggu perbicaraan.

Laporan perubatan dari Hospital Bahagia, Ulu Kinta menunjukkan bahawa Muhdalena berada dalam keadaan tidak siuman semasa kejadian itu dan tidak tahu akibat daripada perbuatannnya.

Laporan yang disediakan oleh perunding forensik psikiatri Dr Rabaiah Mohd Salleh, bagaimanapun menyebut bahawa keadaan mental Muhdalena kini stabil dan dia cukup sihat untuk membela diri dan dibicarakan di mahkamah - Bernama

Majlis Fatwa MESTI Jemput Ust Hadi - Mufti P.Pinang

Posted: 07 Jan 2013 04:21 AM PST

Majlis Fatwa Kebangsaan mesti menjemput Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mendapatkan penjelasan bagi menyelesaikan kemelut berkaitan dengan apa yang dipanggil Amanat Haji Hadi.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad menegaskan, isu yang menjadi kontroversi itu tidak boleh diselesaikan hanya dengan berdasarkan laporan akhbar.

"Ia mesti mengikut prosedur. Datuk Seri Abdul Hadi perlu dijemput untuk berbincang dan bagi mendapatkan penjelasan. Ia tidak boleh diselesaikan mengikut andaian," katanya.

Mengenai fatwa yang dikeluarkan mengenai amanat itu, Hassan berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan tidak boleh bergantung kepada fatwa yang dikeluarkan oleh majlis fatwa di peringkat negeri.

Kuasa mengeluarkan fatwa, katanya, adalah kuasa negeri dan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan tidak semestinya satu keputusan mutlak kerana kuasa agama kekal di bawah kuasa negeri.

Beliau menjelaskan, fatwa sesebuah negeri boleh diguna pakai oleh negeri yang menggazetnya.

"Jika fatwa yang dikeluarkan di peringkat Majlis Fatwa Kebangsaan hanya di peringkat kebangsaan, dan ia tidak akan dibawa ke negeri, ia tidak menjadi undang-undang keseluruhan kerana ia berperanan menyelaras sahaja," katanya.

Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya pula menegaskan tiada fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan secara khusus mengenai Amanat Haji Hadi yang menjadi isu kontroversi itu.

Katanya, beberapa fatwa yang dikeluarkan mengenai isu seumpama itu adalah dibuat oleh majlis fatwa peringkat negeri.

Sebuah daripadanya adalah Majlis Fatwa Negeri Melaka, yang dikeluarkan pada 2002.

Fatwa yang diputuskan di peringkat negeri, katanya, tidak semestinya boleh diguna pakai oleh negeri lain.

"Fatwa yang ada itu ialah mengenai isu kafir-mengkafir, sama seperti fatwa (yang dibuat) oleh Kelantan. Fatwa yang ada dalam laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hanya fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Negeri Melaka," katanya kepada Sinar Harian, semalam. -SH

Tiada ulasan: