MiLo SuaM |
- Marah menteri besar, 9 bilik gerakan Umno Pasir Gudang, Johor ditutup
- Presiden Palestin tolak dan kecam kehadiran Najib ke Gaza
- Belia 1 Malaysia Kampung Beladin anjur karaoke sempena Maulidurasul
Marah menteri besar, 9 bilik gerakan Umno Pasir Gudang, Johor ditutup Posted: 23 Jan 2013 03:59 PM PST SEBAHAGIAN besar bilik gerakan Umno cawangan di sembilan kampung setinggan, dekat sini ditutup tanpa sebarang aktiviti persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), meskipun tarikh yang ditunggu itu semakin hampir. Pengerusi Tetap Umno Bahagian Pasir Gudang, Abu Bakar Alibi berkata, pihaknya tidak akan menjalankan sebarang kerja-kerja persediaan PRU13 kerana terlalu kecewa dengan tindakan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman yang masih gagal menunaikan janji pemberian hak milik tanah kepada penduduk setinggan. Menurutnya, pihaknya juga tidak akan bertanggungjawab dengan tindakan pengundi yang boleh menjejaskan calon Barisan Nasional (BN) pada PRU13, sekiranya janji yang ditaburkan sejak lebih 10 tahun lepas belum dilunaskan. "Apa sahaja tindakan pengundi dan apa sahaja yang bakal berlaku kepada calon BN pada PRU13 nanti, kami selaku Ketua Umno Cawangan tidak akan bertanggungjawab. "Sekarang sudah lima bilik gerakan ditutup, kami difahamkan empat lagi bilik gerakan di kampung setinggan akan menyusul tanpa sebarang persiapan berdepan PRU13," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam. Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Senibong, Yacob Sahadan, 68, berkata, isu pemilikan tanah itu diperjuangkan sejak 1999 bersama lebih 400 penduduk, namun masih gagal menemui jalan penyelesaian. Menurutnya, penduduk sehingga kini masih setia menuntut janji yang ditaburkan sejak 13 tahun lalu yang disifatkan sebagai janji tinggal janji. "Masalah setinggan keseluruhannya melibatkan orang Melayu, jadi kami bimbang kekecewaan ini boleh menjejaskan undi Melayu dalam PRU13 nanti. "Kami tak tolak pembangunan yang dirancang kerajaan, tapi tolong jangan sampai pinggirkan penduduk asal yang bersusah-payah meneroka tanah ini selama ini," katanya. Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Plentong Baru, Mohd Saleh Arsad, 59, pula berkata, kepimpinan utama negara, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sedang rancak menjelajah ke seluruh pelosok kawasan melancarkan janji ditepati, namun malang bagi rakyat di Pasir Gudang yang negerinya kononnya menjadi kubu kuat Umno masih menanti janji yang belum pasti. "Ini perkara yang pernah dijanjikan Menteri Besar, kalau tak janji dan tak keluar dari mulut Menteri Mesar, kita pun tak memandai-mandai nak menuntut. "Kami akan tunggu jawapan Menteri Besar, kalau masih bermain teka-teki, kita rancang akan buat rombongan berjumpa Perdana Menteri dalam masa terdekat," katanya. Dalam pada itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Seri Makmur, Nordin Kasri, 49, berkata, kekecewaan lebih 400 penduduk kawasannya jelas ketara apabila janji pemberian tanah kurnia baru-baru ini telah ditukar kepada tanah tol. Menurutnya, Abdul Ghani berjanji selepas pengurniaan tanah di Kampung Pasir Gudang Baru dan Masai akan menyusul ke Kampung Seri Makmur, namun saat akhir telah ditukar pemberian kepada tanah tol. "Kegembiraan penduduk menunggu janji lebih 10 tahun lepas telah bertukar kecewa kerana tiba-tiba kerajaan nak bagi tanah tol yang bersifat sementara dan boleh diambil kerajaan bila-bila masa sahaja. "Surat rayuan tidak setuju penduduk telah dihantar, kita minta selesaikan perkara ini segera kerana bilik gerakan PRU13 yang hambar ketika ini tidak mustahil akan turut ditutup," katanya. ReJaM© "Ini namanya Janji Dicapati... " Sumber: Sinar |
Presiden Palestin tolak dan kecam kehadiran Najib ke Gaza Posted: 23 Jan 2013 09:22 AM PST TIDAK sampai 24 jam Najib Razak berbangga sebagai Perdana Menteri Pertama Malaysia ke Palestin, beliau terpaksa menerima satu lagi title iaitu Perdana Menteri pertama Malaysia dikecam oleh Presiden Palestin kerana cuba menjadi hero. "Presiden Palestin menolak dan mengecam kunjungan Perdana Menteri Malaysia ke Gaza," kata kenyataan kerajaan Abbas yang dibacakan pegawai berita WAFA. "Kunjungannya merendahkan pemerintahan Palestin yang sah dan menyebabkan perpecahan serta tidak menguntungkan Palestin," tambah kenyataan itu lagi. Pemerintah Palestin menyatakan akan meminta penjelasan dari Malaysia lapor Al Arabiya News Menjawab kecaman itu Najib menyatakan bahawa lawatan beliau ke Palestin tidak berniat untuk mencampuri urusan dalaman negara itu seperti dilaporkan oleh Awani Kata orang terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Padahal, tidak sampai 24 jam media-media arus perdana kongkongan Barisan Nasional melaporkan Najib Razak ingin menjadi hero menawarkan pelan damai Hamas dan Fatah seperti dilaporkan Berita Harian. Adakah ini bukan cubaan mencampuri urusan dalaman negara Palestin? Najib nak tipu siapa? Menjelang Pilihanraya Umum ke 13, Najib cuba menunjukkan watak hero kepada rakyat dengan melawat Palestin. Dia nak tunjuk bahawa dia jauh lebih hebat berbanding mahadewa Umno, Tun Mahathir. Strategi politik yang agak baik, jika beliau datang sekadar untuk menyatakan solidariti kepada rakyat Palestin dan misi bantuan. Namun cubaan lebih dari itu, iaitu untuk menjadi hero nampaknya memakan diri dan berakhir dengan lawatan yang memalukan. ReJaM© "Jangan jadi hero tak tentu pasal, ukur baju di badan sendiri... " |
Belia 1 Malaysia Kampung Beladin anjur karaoke sempena Maulidurasul Posted: 23 Jan 2013 07:11 AM PST SHABAT pembaca MiLo SuaM mengirimkan poster promosi pertandingan karaoke anjuran Belia 1 Malaysia Kampung Beladin Pusa Sarawak. Di bawah ini poster yang dimaksudkan. Barangkali poster ini sudah mula atau akan tersebar secara meluas di laman sosial facebook dan twitter. Gua tak tahu apa masaalah penganjur ini sehingga malam Maulidurasul yang sepatutnya diisi dengan program kerohanian sebaliknya mengajak umat Islam leka dengan acara hiburan. Kenapa perlu anjurkan karaoke sempena Maulidurasul? Sudah tidak ada hari lain yang boleh dipilih? Kenapa program hiburan dikaitkan dengan Maulidurasul? ReJaM© "Ada unsur menghina Islam di situ... " |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan