Khamis, 24 Januari 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


NGO India Kecam Mahathir: Dia Terlupa Ayahnya Jugak India Mari...

Posted: 24 Jan 2013 12:51 AM PST


Jika Tunku Abdul Rahman tidak memberikan kerakyatan kepada bukan-Melayu semasa Merdeka, Dr Mahathir Mohamad bukanlah seorang warganegara Malaysia hari ini, dakwa sebuah NGO.

Pengerusi Pertubuhan India Progresif Malaysia - Malaysian Indian Progressive Association (Mipas) A Rajaretinam mendedahkan hal ini di dalam satu protes di Brickfields terhadap gesaan Mahathir untuk menyiasat warganegara yang diberikan semasa kemerdekaan.

Bekas Perdana Menteri itu mengeluarkan kenyataan tersebut sebagai balasannya terhadap pmbongkaran pemberian IC sewaktu RCI Sabah berlansung, yang mendedahkan pentadbiran administrationnya terlibat di dalam memberikan kewarganegaraan kepada rakyat asing di Sabah.

Rajaretinam memberikan gambaran mengenai latarbelakang keindiaan Mahathir, dimana ayahnya ialah seorang imigran India Muslim.

Rajaretinam berkata Mahathir bukan saja menghina Tunku dengan kenyataannya tetapi menghina seluruh rakyat India di negara India.

beliau menambaah kaum India di Malaysia ini memperolehi kewarganegaraan dengan mengorbankan darah, keringat dan airmata untuk tujuan pembangunan negara, bertentangan dengan apa yang berlaku di Sabah.

"Orang-orang tua kami bukan pendatang.

Kita dibawa oleh kerajaan British ke Malaya untuk membangunkan negara ini.

"Apabila anda bercakap mengenai perladangan, landasan keretapi dan pembinaan jalanraya, anda akan melihat pengorbanan orang-orang tua kamu berkorban untuk negara," kata Rajaretinam.

Laporan Polis

beliau juga mengingatkan mahathir dengan kerana undi bukan-Melayulah yang telah menyelamatkan beliau dari tercampak keluar dari kerusinya pada penghujung 80an dan 90an, apabila berlaku krisis beliau dengan, Tengku Razaleigh Hamzah dan Anwar Ibrahim.

Rajaretinam berkata beliau akan membuat laporan polis terhadap Mahathir di Balai Polis Travers pada sebelah petang dan mendesak Mahathir untuk meminta maaf terhadap kenyataannya dalam tempoh seminggu.

"Kami juga meminta Presiden Umno Najib Tun Razak untuk menjelaskan pendirian beliau terhadap hal ini," tambahnya.

Turut hadir di dalam demo selama, yang disertai oleh 20 orang, ialah ADUN Sungkai A Sivanesan dan Setiausaha Angkatan Warga Aman S Barathidasan.

Sivanesan berkata kenyataan Mahathir berupa hasutan kerana beliau mempersoalkan har kewarganegaraan bukan-Melayu dan juga mempersoalkan kelayakan (merits) kemerdekaan kita.

Rajaretinam menjelaskan Mipas dan 20 NGO yang lain sedang merancang untuk mengadakan satu lagi protes pada Feb 27.

UMCEDEL: Integriti & Salahgunakuasa BN Akan Beri Kesan Buruk Dalam PRU

Posted: 23 Jan 2013 09:55 PM PST

Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya, Universiti Malaya (UMCEDEL) dalam pembentangan kajian mengenai pengundi menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13 menekankan isu integriti dan salahguna kuasa melibatkan pemimpin Barisan Nasional (BN) antara punca utama akan menjejaskan sokongan rakyat kepada mereka.

Menurut pengarahnya, Profesor Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman hasil penemuan terkini daripada 26 Disember 2012 hingga 11 Januari 2013 mendapati masyarakat masih lagi peka dan mengambil tahu tentang skandal melibatkan pemimpin BN.

"Dalam kajian kami, isu-isu melibatkan pemimpin kerajaan seperti Deepak Jaikishan, NFC dan lain-lain yang melibatkan ketelusan pemerintah masih lagi menjadi perkara utama yang diperkatakan," kata Mohammad Redzuan semasa membentang kajian hari ini.

Beliau turut menegaskan pengundi memiliki pandangan yang berbeza terhadap BN dan PR, namun menekankan perkara pokok yang dilihat penting adalah daripada sudut pentadbiran.

"Bagi Pakatan, isunya adalah perbalahan. Manakala bagi BN pula isunya adalah integriti.

"Pengundi sebenarnya melihat daripada sudut pentadbiran," tambah beliau lagi.

Dalam tinjauan terbaru UMCEDEL yang melibatkan 1,409 orang responden mendapati sebanyak 78 peratus bersetuju bahawa isu integriti dan salahguna kuasa akan memberikan kesan kepada prestasi BN, manakala 11 peratus berkata tidak dan 11 peratus lagi tidak pasti.

Lebih menarik lagi, penemuan UMCEDEL tersebut mendapati majoriti 95 peratus masyarakat kaum Cina mengatakan isu integriti dan salahguna kuasa akan menyebabkan sokongan kepada kerajaan BN akan merosot, sekaligus memberikan petanda bahawa parti komponen MCA berdepan dengan kesukaran untuk mendapat semula kerusi mereka.

Selain itu juga, rata-rata masyarakat kaum Cina menyatakan kelemahan kerajaan mengurus ekonomi negara sehingga berlakunya peningkatan hutang, isu kilang nadir bumi Lynas dan kenaikkan harga barang juga faktor utama akan menjejaskan sokongan kepada BN.

Berbeza dengan BN, percanggahan pendapat dikalangan parti dalam PR dilihat pengundi sebagai akan menjejaskan sokongan mereka dalam pilihan raya nanti.

"Bagi Pakatan, perkara yang menjadi fokus utama akan menjejaskan sokongan adalah percanggahan pendapat, khususnya melibatkan isu seperti Hudud, kalimah 'Allah' baru-baru ini dan lain-lain," tambah Mohammad Redzuan.

Daripada kajian UMCEDEL, sebanyak 59 peratus berkata bersetuju percanggahan pendapat dalam kalangan parti PR (DAP, PAS dan PKR) akan menjejaskan sokongan, 20 peratus tidak setuju dan 21 peratus lagi tidak pasti.

Walaubagaimanapun, langkah kerajaan baru-baru ini dengan pelbagai program yang diumumkan dalam Bajet 2013 disambut positif responden yang ditemui oleh UMCEDEL dengan sebanyak 55 peratus bersetuju ia memberikan manfaat kepada rakyat, 22 peratus tidak dan 23 peratus tidak pasti.

Selain itu, kerajaan BN turut berdepan lebih banyak lagi tanggungjawab berat jika mahu memastikan kemenangan besar pada pilihan raya kali ini memandangkan kajian badan bebas tersebut mendapati majoriti pengundi memberikan maklum balas positif terhadap janji PR untuk menurunkan harga minyak, memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan menurunkan harga kereta.

Majoriti 50 peratus responden yang ditemui menyokong cadangan tersebut serta menyatakan ia mampu meningkatkan sokongan kepada PR.

Pertembungan antara BN dan PR dalam pilihan raya kali ini merupakan yang tersengit dalam sejarah negara, malahan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak sudah berulang-kali tentang hasratnya mahu mendapatkan mandat besar berbandingan tahun 2008 bagi mendapat sebuah kerajaan yang kuat dan melancarkan perjalanan pentadbiran.

Walaupun pilihan raya dijangka akan diadakan selewat-lewatnya April ini, Najib masih lagi tidak memberikan isyarat jelas untuk membubarkan Parlimen mahupun mengumumkan secara rasmi senarai calon yang akan diletaknya pada pilihan raya umum ke-13 tahun ini.

Dalam pilihan raya 2008 lalu, BN memperolehi 4.08 juta undi berbanding dengan PR 3.79 juta undi - perbezaan sebanyak 290,000 undi - dan pembangkang berharap pengundi baru pada pilihan raya akan datang dapat membantu mereka menambahkan baki kepada parti komponen PR yang terdiri daripada DAP, PAS dan PKR. TMI

Kunjungan Najib Ke Gaza Dikecam Presiden Palestin, Mahmoud Abbas

Posted: 23 Jan 2013 07:26 PM PST


Gaza: Di tengah kehebohan Datuk Seri Najib Tun Razak melawat Gaza semalam, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengkritik lawatan Perdana Menteri Malaysia itu.

"Presiden Palestin menolak dan mengecam kunjungan Perdana Menteri Malaysia ke Gaza," kata kenyataan kerajaan Abbas yang dibacakan pegawai berita WAFA.

"Kunjungannya merendahkan pemerintahan Palestin yang sah dan menyebabkan perpecahan serta tidak menguntungkan Palestin," tambah kenyataan itu lagi.

Pemerintah Palestin menyatakan akan meminta penjelasan dari Malaysia.

Najib adalah pemimpin kedua yang mengunjungi Gaza dalam beberapa bulan terakhir. Sebelum ini Emir Qatar, Sheik Hamad bin Khalifa al-Thani mengunjungi wilayah ini pada bulan Oktober dan menjanjikan bantuan untuk infrastruktur sebesar US$400 juta.

Lawatan Najib ke Gaza semalam sebagai bentuk solidariti Malaysia pada rakyat Gaza yang menderita akibat sekatan Israel.

`Kita satu umat'

Seperti dilapor Reuters, Najib masuk Gaza melalui Rafah di sempadan Mesir. Najib ditemani isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Luar Negeri, Datuk Anifah Aman dan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.

Sampai di Gaza, dia disambut oleh Perdana Menteri dari Hamas, Ismail Haniyeh. Kemudian Najib mengunjungi hospital Shifa di Gaza City dan bangunan parlimen Gaza. Dia juga terlibat dalam peletakan batu asas sebuah sekolah di Gaza yang dibiayai Malaysia.

Najib juga akan menerima gelaran doktor kehormatan dari Universiti Al-Aqsa. Sementara Rosmah, mengunjungi hospital anak Nasser dan turut serta dalam upacara pembangunan pusat trauma di rumah sakit tersebut.

Dalam pidato singkatnya, Najib mengatakan bahawa dia datang untuk menunjukkan solidariti dan sokongan bagi perjuangan rakyat Palestin.

"Kami memang datang dari jarak ribuan batu, tetapi kita satu umat (Muslim) dan kami menyokong perjuangan rakyat Palestin," kata Najib dikutip dari al-Arabiya.

Najib juga menyatakan sokongannya atas usaha penyatuan antara Hamas dan Fatah.

"Kami meyakini pemerintah Palestin akan bersatu dan kami berdoa pada Allah perundingan akan sukses dan persatuan Palestin akan terwujud di masa depan," kata Najib. -FMT

Ulasan GB

Nampaknya yang sambut Najib bukan golongan nasionalis, "UMNO" Palestin (Fatah), tetapi "PAS" Palestin (Hamas).

Kalaulah tidak kerana Hamas memberikan sambutan terhadap Najib, sepastinya muka-muka Najib dan rombongannya telah labuh sampai ke lantai.

Takkan situ pun Najib tak nampak, baiknya "PAS" dan teruk serta dasyatnya "UMNO"?

[VIDEO] Bekas Jenderal Dedah Kementerian Pertahanan Beli Senjata Secara Rasuah

Posted: 23 Jan 2013 04:04 PM PST

Bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat Malaysia, Lt Jen (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid hari ini pertama kali ke program dihadiri Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membongkar kepincangan dasar keselamatan negara di bawah Kementerian Pertahanan (Kementah).

Pada sidang media bermula jam 11 pagi ini di ibu pejabat KEADILAN, Ghafir mendedahkan pelbagai penyelewengan dan kelemahan urustadbir kementerian itu.

Sebahagiannya disebut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dalam twitternya sejurus didedah Ghafir.

Rafizi turut hadir mendengar penjelasan tersebut.

Menurut Ghafir, kebanyakan kem di Malaysia adalah kem sementara peninggalan British dan tidak dinaiktaraf.

Tentera juga katanya tidak diberi kelengkapan cukup.

Tulis Rafizi, Ghafir semasa bertugas di Namibia, dalam cuaca sejuk, Kerajaan Malaysia tidak bekalkan baju sejuk kepada petugas, tetapi mereka dipaksa menggunakan tuala untuk menahan sejuk.

"Datuk Ghafir persoalkan kenapa kerajaan Malaysia yang kaya, tetapi kelengkapan dan kem tentera sangat daif sedangkan RM75 bilion sudah dibelanjakan ikut belanjawan," kata Rafizi.

Ghafir berkata, punca utama perkara itu berlaku kerana amalan kepimpinan Mindef (Kementah) yang beli senjata mahal melalui rundingan terus, terdedah kepada rasuah menyebabkan kos pembelian mahal.

"Amalan beli senjata rundingan terus yang ada rasuah, jejaskan persiapan tentera kita dan abaikan kebajikan tentera," kata Ghafir.

Tulis Rafizi lagi, Ghafir berkata, pembelian senjata melalui rundingan terus hanya untungkan sesetengah pihak, akibatnya tidak mendapat senjata terbaik.

"Bila Malaysia beli senjata, tiada pemindahan teknologi. Negara lain macam Pakistan lebih miskin tetapi mereka beli termasuk teknologi," kata Ghafir dipetik.

Tambahnya, Pakistan beli kapal selam pertama dibuat oleh Perancis, kedua dibuat (syarikat) Perancis di Pakistan; menjelang kapal selam kelima, negara itu mampu menghasilkannya sendiri.

[KAJIAN UMCEDEL] Sokongan PR Meningkat, BN Turun, Populariti Anwar Hampiri Najib

Posted: 23 Jan 2013 06:36 AM PST


UMCEDEL: Sokongan Pakatan meningkat, BN turun

KUALA LUMPUR: Kajian yang dibuat oleh Universiti Malaya menunjukkan sokongan kepada Pakatan terus meningkat dari masa ke semasa dan kini hampir dengan Barisan Nasional.

Ini menghasilkan, persaingan antara Pakatan Rakyat dengan BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kali ini dijangka paling sengit dalam sejarah politik negara.

Hasil kajian yang dibuat Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) hari ini menunjukkan hanya perbezaan kecil antara sokongan terhadap kedua-dua kumpulan politik yang bertanding itu.

Dalam hasil kajian yang didedahkan hari ini, daripada 1409 responden, 42 peratus menjangkakan BN akan menang, 37 peratus pula yakin kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat manakala 21 peratus tidak pasti.

Dalam kajian sebelum ini, sokongan untuk Pakatan hanya bermula dengan Pakatan 18%, BN 43% (Disember 2011), Pakatan 21%, BN 49% (April 2012) dan Pakatan 30%, BN 44% (September 2012)

Yang terbaru, sokongan kepada Pakatan sudah 37% dan BN turun kepada 42% manakala 21% lagi masih atas pagar.

Pengarah UMCEDEL, Prof. Dr. Mohammad Redzuan Othman berkata, hasil itu menunjukkan pertarungan antara kedua-dua kelompok parti bertanding pada waktu ini adalah bersifat terbuka.

"Kita boleh kata penentu kemenangan bagi kedua-dua parti yang bertanding adalah golongan 21% ini," katanya ketika membentangkan hasil kajian itu di Pejabat UMCEDEL, di UM hari ini.

Memperincikan golongan 21 peratus ini beliau berkata, jika mengikut pecahan bangsa, paling tinggi adalah golongan Tionghua iaitu 53 peratus.

Dari segi pendidikan pula, paling tinggi adalah gologan lepasan ijazah iaitu 49 peratus.

Peringkat umur pula, peratusan paling tinggi adalah yang berumur antara 21 hingga 30 tahun.

"Jika dalam kategori status mengundi, peratusan paling tinggi adalah golongan yang kali pertama mengundi iaitu sebanyak 48%," katanya.

Menurut beliau lagi, parti yang mampu menguasai golongan 21 peratus ini mempunyai peluang untuk menang pada pilihan raya umum nanti.

Hasil kajian ini dibuat UMCEDEL bermula 26 Disember lalu hingga 11 Januari tahun ini. -HD


Calon PM: Najib dan Anwar jadi pilihan


Penemuan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) mendapati Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi pilihan untuk menyandang jawatan perdana menteri jika perikatan masing-masing, Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR) menang Pilihan Raya Umum ke-13.

Najib selaku perdana menteri akan mengetuai BN pada PRU13 manakala Anwar mengepalai PR selaku Ketua Umumnya.

Pengarah Umcedel, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, hasil kajian mendapati pilihan pengundi lebih cenderung memilih salah seorang daripada dua pemimpin itu.

"Najib mendapat 43 peratus manakala Anwar mendapat 42 peratus (sokongan responden).

"Manakala (Timbalan Perdana Menteri) Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya mendapat 22 peratus dan (Presiden Pas) Datuk Seri Abdul Hadi Awang 26 peratus," katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Kajian ini membabitkan 1,049 responden di Semenanjung Malaysia dan, dijalankan bermula 26 Disember 2012 hingga 11 Januari lalu.

Sementara itu, daripada kajian yang dibuat ke atas pengundi yang kali pertama mengundi, mereka lebih cenderung memilih Anwar (52 peratus) sebagai perdana menteri berbanding Najib (30 peratus).

Manakala bagi pengundi Melayu, pilihan utama lebih menumpukan Najib (46 peratus) manakala Anwar (34 peratus).

Perbezaan sokongan terhadap pemilihan orang No.1 negara itu turut dapat menyaksikan sokongan pengundi Cina memilih Anwar (61 peratus) dan Najib (35 peratus). Pengundi Cina juga tidak menunjukkan sokongan terhadap Abdul Hadi sebagai Perdana Menteri apabila beliau hanya mendapat dua peratus undi.

Najib juga dijangka terpaksa berhadapan dengan cabaran getir dalam mempertahankan kedudukannya dalam PRU13.

Kajian itu mendapati populariti Najib turut mengalami penurunan 61 peratus (31 Mac - 15 April 2012), 58 peratus (1 September - 16 September 2012) dan 51 peratus (26 Disember - 11 Januari 2013).

Berhubung soalan sama ada Najib seorang pemimpin yang rapat dan mesra rakyat, beliau mendapat 61 peratus sokongan.

Najib mendapat 50 peratus undi apabila ditanya sama ada beliau seorang pemimpin yang berwibawa dalam pentadbiran.

Sementara itu, Mohammad Redzuan berkata, keyakinan pengundi terhadap kepimpinan Anwar menunjukkan peningkatan sebanyak 44 peratus berbanding tahun lalu.

Namun, katanya, sokongan pengundi wanita terhadap Anwar adalah sebaliknya.

"Hasil kajian mendapati pengundi wanita yang tidak menyokong kepimpinan Anwar adalah sebanyak 41 peratus.

"Trend mendapati pengundi wanita ini lebih cenderung mengikuti perkembangan politik semasa melalui media arus perdana berbanding media baru," jelas beliau lagi.

Sementara itu, hasil kajian ini turut mendapati laporan media mengenai percanggahan pendapat dalam Pakatan Rakyat (PR) turut boleh menjejas sokongan pengundi terhadap parti itu.

Sebanyak 59 peratus pengundi bersetuju dan hanya 10 peratus tidak setuju, manakala 11 peratus lagi tidak pasti jika percanggahan pendapat dalam PR boleh kurangkan sokongan.

Kajian pertama dibuat pada 2010 manakala kedua dan ketiga pada 2012
-SH



Populariti: Anwar makin hampiri Najib


Hanya satu peratus sahaja yang memisahkan Perdana Menteri, Najib Tun Razak dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kajiselidik menjelang pilihan raya umum dijangka diadakan beberapa minggu lagi.

Hasil kajiselidik yang dijalankan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) menunjukkan Najib memperolehi 43 peratus berbanding 42 peratus untuk Anwar sebagai calon pilihan utama bagi jawatan perdana menteri.

Ketua Kajiselidik Umcedel itu, Prof Mohd Redzuan Othman berkata rating penerimaan terhadap Najib merosot kepada 54 peratus daripada 61 peratus pada kajiselidik Mac-April 2012 dan 58 peratus pada September tahun lepas.

Kajiselidik terbaru ini dijalankan antara 26 Disember dan 11 Januari, dengan 1,409 responden di semenanjung yang ditemuramah secara bersemuka
-mk

Tiada ulasan: