Rabu, 23 Januari 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Tahniah saya ucapkan kepada kerajaan negeri Kedah

Posted: 23 Jan 2013 07:37 PM PST

Tahniah saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri Kedah atas keberanian menyediakan garis panduan hiburan bagi sambutan program '1Malaysia Sambutan Tahun Baru Cina 2013', yang akan berlangsung di Alor Setar, Kedah, pada 15 Februari depan.

Garis tersebut melibatkan aspek pemakaian, nyanyian dan tarian. Cara pemakaian pegawai dan artis yang terlibat, hendaklah bersopan dan tidak mencolok mata. Persembahan nyanyian dan lagu hendaklah berunsurkan ketuhanan atau nasihat dan tidak melalaikan serta melampau.

Jika berlaku nyanyian dan tarian melampau, pihak kerajaan berhak memberhentikan program serta-merta. Terus-terang, sebagai seorang Islam, saya bersetuju. Jika saya masih belum memeluk Islam pun, saya akan bersetuju, kerana sepanjang pembacaan saya, tidak ada satu agama membenarkan hiburan melampau.

Namun, dengan tidak semena-mena ultra kiasu seperti cacing kepanasan. Pimpinan parti ultra kiasu komponen BN dan PR, menyifatkan tindakan Kerajaan Negeri Kedah itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, serta menafikan hak dan kebebasan orang bukan Islam.

Tidak cukup dengan itu, garis panduan ini terus dipersendakan, termasuk seorang personaliti radio dengan berani berkata "menggalakkan nyanyian lagu motivasi! Apa jenis motivasi yang mereka mahukan? Sembahyang lima waktu? Semua wanita bertudung? Apa?"

Kenyataan seperti ini amat bersifat kurang ajar dan biadab. Saya berasa bangga kerana Presiden Persatuan Seniman, tampil ke hadapan, mendesak personaliti tersebut meminta maaf secara terbuka. Tindakan Seniman berhasil.

Personaliti tersebut terpaksa akur. Kepada Persatuan Seniman, "Gua tabik lu bro! Harap-harap kita dapat mengubah persembahan industri hiburan negara agar mempunyai identiti dan jati diri Islam.

Pada saya, garis panduan tersebut bukan sesuatu yang baru. Pihak Jakim pada 2009 turut mengeluarkan garis panduan hiburan yang hampir sama. Mengambil kira pandangan ulama kontemporari Yusuf al-Qaradawi, hiburan yang dapat menghibur jiwa, menenangkan hati serta menyedapkan telinga diharuskan oleh Islam, dengan syarat ia tidak dicampuri kata-kata kotor, keji atau boleh memberangsangkan kepada perbuatan dosa.

Ini bermakna, Islam tidak menentang hiburan selagi mana kita menjaga adab dan mematuhi garis panduan. Persoalannya, kenapa kita terlalu obses dengan hiburan melampau?
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dalam persidangan kali ke-2 pada 12-13 Mei 1981, membuat keputusan, nyanyian yang seni katanya baik, tidak lucah, tidak biadab dan tidak mendorong kepada maksiat, tidak bercampur gaul antara lelaki dengan perempuan dan tidak membawa kepada fitnah adalah harus.


Jika sebaliknya, maka ia adalah haram. Saya berpendirian, kenyataan kerajaan negeri, Jakim, Majlis Fatwa adalah adil untuk semua pihak, sama ada Islam atau bukan.
Saya hairan, kita semua begitu beria-ia memperjuangkan kalimah ALLAH, termasuk bukan Islam.


Maka tunaikanlah hak ALLAH tersebut. Jika ultra kiasu ini beragama dan sayang kepada agamanya, sudah tentu mereka turut akur kepada garis panduan ini, malangnya mereka menentang habis-habisan. Apa kata kita minta ibu bapa atau adik-beradik menyanyi dan menari telanjang. Apakah kita suka melihatnya?

Kita tidak kisah orang telanjang, tetapi bila orang mahu tutup sedikit, kita begitu sensitif? Kenapa sebegitu ya? Agama apakah yang menggalakkan perlakuan melampau ini? Apakah berbogel juga dibenarkan perlembagaan? Apakah melakukan hubungan seks (bebas) dengan wanita lain dibenarkan perlembagaan? Kenapa parti ultra kiasu dan pejuang hak asasi manusia, tidak bersuara tentang amalan seks songsang seperti LGBT?

Apakah parti ini mungkin akan menghalalkan LGBT seperti mana parti ultra kiasu? Pelik sungguh, kejahatan disokong, kebaikan pula ditentang. Ultra kiasu turut memberi amaran, kerajaan yang tidak mendengar kehendak rakyat, tidak akan bertahan lama, dan berharap Kerajaan Kedah untuk lebih inklusif dalam menyentuh isu-isu sensitif. Pada saya, ini bukan suara rakyat.

Saya harap Pas tidak akan goyah dengan tekanan ini. Umno hendaklah menyokongnya. Kita hendaklah bersama dalam perkara kebaikan, walaupun ideologi berbeza. Garis panduan ini perlu diwujudkan di semua negeri, apatah lagi di peringkat Pusat. Bukan apa, supaya setiap persembahan kita ada identiti dan jati diri rakyat Malaysia yang mengaku mereka beragama, termasuk juga mereka yang mengaku ALLAH juga kepunyaan mereka.- 

Cuba hampa mai tengok, ni BUKAN di Selangor atau Kelantan tapi di PAHANG ,,, TV3 malukan Najib

Posted: 23 Jan 2013 08:07 AM PST

KEMENTAH BELI SENJATA SECARA RASUAH - BEKAS PEGAWAI TINGGI TENTERA ??

Posted: 23 Jan 2013 05:01 AM PST


PETALING JAYA 22 Jan: Bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat Malaysia, Lt Jen (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid hari ini pertama kali ke program dihadiri Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membongkar kepincangan dasar keselamatan negara di bawah Kementerian Pertahanan (Kementah).

Pada sidang media bermula jam 11 pagi ini di ibu pejabat KEADILAN, Ghafir mendedahkan pelbagai penyelewengan dan kelemahan urustadbir kementerian itu.

Sebahagiannya disebut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dalam twitternya sejurus didedah Ghafir.Rafizi turut hadir mendengar penjelasan tersebut.

Menurut Ghafir, kebanyakan kem di Malaysia adalah kem sementara peninggalan British dan tidak dinaiktaraf.

Tentera juga katanya tidak diberi kelengkapan cukup. Tulis Rafizi, Ghafir semasa bertugas di Namibia, dalam cuaca sejuk, Kerajaan Malaysia tidak bekalkan baju sejuk kepada petugas, tetapi mereka dipaksa menggunakan tuala untuk menahan sejuk.

"Datuk Ghafir persoalkan kenapa kerajaan Malaysia yang kaya, tetapi kelengkapan dan kem tentera sangat daif sedangkan RM75 bilion sudah dibelanjakan ikut belanjawan," kata Rafizi.

Ghafir berkata, punca utama perkara itu berlaku kerana amalan kepimpinan Mindef (Kementah) yang beli senjata mahal melalui rundingan terus, terdedah kepada rasuah menyebabkan kos pembelian mahal.

"Amalan beli senjata rundingan terus yang ada rasuah, jejaskan persiapan tentera kita dan abaikan kebajikan tentera," kata Ghafir.

Tulis Rafizi lagi, Ghafir berkata, pembelian senjata melalui rundingan terus hanya untungkan sesetengah pihak, akibatnya tidak mendapat senjata terbaik.

"Bila Malaysia beli senjata, tiada pemindahan teknologi. Negara lain macam Pakistan lebih miskin tetapi mereka beli termasuk teknologi," kata Ghafir dipetik.

Tambahnya, Pakistan beli kapal selam pertama dibuat oleh Perancis, kedua dibuat (syarikat) Perancis di Pakistan; menjelang kapal selam kelima, negara itu mampu menghasilkannya sendiri.

http://www.facebook.com/pas.selangor/posts/552222971455553

Kajian UM - Sokongan terhadap PR meningkat BN menurun

Posted: 23 Jan 2013 03:53 AM PST


KUALA LUMPUR 23 Jan: Kajian yang dibuat oleh Universiti Malaya (UM) menunjukkan sokongan kepada Pakatan Rakyat terus meningkat dari masa ke semasa dan kini hampir dengan Barisan Nasional.
Ini menghasilkan, persaingan antara Pakatan Rakyat dengan BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kali ini dijangka paling sengit dalam sejarah politik negara.
Hasil kajian yang dibuat Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) hari ini menunjukkan hanya perbezaan kecil antara sokongan terhadap kedua-dua kumpulan politik yang bertanding itu.
Dalam hasil kajian yang didedahkan hari ini, daripada 1409 responden, 42 peratus menjangkakan BN akan menang, 37 peratus pula yakin kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat manakala 21 peratus tidak pasti.
Dalam kajian sebelum ini, sokongan untuk Pakatan hanya bermula dengan Pakatan 18%, BN 43% (Disember 2011), Pakatan 21%, BN 49% (April 2012) dan Pakatan 30%, BN 44% (September 2012).

Keputusan kajian yang dibuat oleh UMCEDEL
Yang terbaru, sokongan kepada Pakatan sudah 37% dan BN turun kepada 42% manakala 21% lagi masih atas pagar.
Pengarah UMCEDEL, Prof Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, hasil itu menunjukkan pertarungan antara kedua-dua kelompok parti bertanding pada waktu ini adalah bersifat terbuka.
"Kita boleh kata penentu kemenangan bagi kedua-dua parti yang bertanding adalah golongan 21% ini," katanya ketika membentangkan hasil kajian itu di Pejabat UMCEDEL, di UM hari ini.
Memperincikan golongan 21 peratus ini beliau berkata, jika mengikut pecahan bangsa, paling tinggi adalah golongan Tionghua iaitu 53 peratus.
Dari segi pendidikan pula, paling tinggi adalah gologan lepasan ijazah iaitu 49 peratus.
Peringkat umur pula, peratusan paling tinggi adalah yang berumur antara 21 hingga 30 tahun.
"Jika dalam kategori status mengundi, peratusan paling tinggi adalah golongan yang kali pertama mengundi iaitu sebanyak 48%," katanya.
Menurut beliau lagi, parti yang mampu menguasai golongan 21 peratus ini mempunyai peluang untuk menang pada pilihan raya umum nanti.
Hasil kajian ini dibuat UMCEDEL bermula 26 Disember lalu hingga 11 Januari tahun ini. – Harakah Daily

Proiek IC kepada pendatang Sabah oleh Mahathir tanpa pengetahuan Kabinet - DSAI

Posted: 23 Jan 2013 01:25 AM PST


KUALA LUMPUR 23 Jan: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia beri keterangan di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pemberian kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah jika dipanggil.
Anwar menegaskan, sepanjang menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau tidak pernah terlibat secara langsung dalam projek tersebut.
Menurut beliau, bekas Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu adalah peneraju utama projek tersebut.
"Ia (kewarganegaraan untuk warga asing) disebabkan penglibatan Abdul Aziz Shamsuddin dan Megat Junid Megat Ayub, dengan sokongan Perdana Menteri pada masa itu (Mahathir)," katanya pada sidang media di Ibu pejabat KEADILAN di sini hari ini.
"Saya sedia beri keterangan jika dipanggil. Saya yakin saya tidak terlibat dalam apa-apa perkara dan tidak mempunyai kaitan langsung," katanya.
Menurut Anwar, projek IC tersebut tidak melalui Kabinet kerana ia adalah satu 'task force' di bawah Mahathir selaku Perdana Menteri pada ketika itu.
"Bahkan semasa saya memangku jawatan Perdana Menteri selama dua bulan itu, saya tidak menerima sebarang laporan apa-apa mengenai projek IC ini," kata Anwar.
Beliau turut menegur Datuk Seri Najib Razak kerana membiarkan proses pemberian kewarganegaraan diteruskan semasa pentadbiran Perdana Menteri itu.

Tiada ulasan: