Jumaat, 18 Januari 2013

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Majlis perkahwinan Ummi Hafilda malam ini ditaja oleh Najib Razak?

Posted: 17 Jan 2013 10:30 PM PST

SRIKANDI harapan Rosmah untuk menyerang Anwar Ibrahim dengan isu-isu lucah, Ummi Hafilda menjadi bahan gelak baru-baru ini apabila membuat satu sidang media khas semata-mata untuk memberitahu bahawa lokasi dan tarikh perkahwinannya dengan seorang warga asing sebagai rahsia.

Kalau memang ada niat untuk rahsiakan tarikh dan lokasi perkahwinan, yang kamu pergi buat sidang media tu kenapa? Kah kah kah...



Tambah lebih pelik, Ummi Hafilda dikatakan turut mencanangkan bahawa perkahwinan beliau akan berlangsung secara mewah dan gilang gemilang di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, PWTC malam ini 18 Januari 2013.

Pihak Putrade Property Management mengesahkan bahawa tetamu VIP yang akan hadir ialah Rosmah Mansor dan Najib Tun Razak. Contact person untuk penganjuran majlis ini ialah Yong Rahimah Johari dan boleh dihubungi di talian 0108981918.

Manakala pegawai Putrade yang bertanggungjawab ialah Nur Hidayah Safian. Tema warna yang diminta oleh Ummi Hafilda pula ialah Gold and Ivory untuk menyambut Rosmah Mansor dan Najib Tun Razak.

Menurut Nur Hidayah, Ummi membuat tempahan untuk 778 orang tetamu. Selain itu, menurut sumber dalaman, majlis ini ditaja oleh Najib Razak melalui Putrade Property Management dengan memberi diskaun yang luar biasa.

Bayaran yang dikenakan hanya RM 87.00 seorang dan kadar ini adalah terlalu rendah dan bukan kadar pasaran semasa yang dikenakan oleh Putrade. Deposit sebanyak hanya RM10,000 dibayar tetapi tidak diketahui sumbernya.


ReJaM© "Gua salah seorang yang dijemput malam ini, kah kah kah... "

Catatan sejarah #KL112 dari Sogo ke Masjid Negara bahagian 1

Posted: 17 Jan 2013 11:29 AM PST

SEPERTI yang dijanjikan, kali ini gua teruskan lagi catatan perjalanan di Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 12 Januari 2013 yang lalu. Gua percaya, catatan ini suatu hari nanti akan menjadi salah satu bahan rujukan di dalam lipatan sejarah negara.

Kalau sebelum ini gua ada catatkan perjalanan gua dari Masjid Negara ke Stadium Merdeka rujuk sini ~ #KL112 catatan kali ini adalah catatan sebelumnya pula iaitu perjalanan gua sebelum sampai ke Masjid Negara.



Perjalanan gua bermula di Pasaraya Sogo, gua dan beberapa orang rakan bergerak menuju ke Masjid Negara bersama Timbalan Presiden KEADILAN, YB Azmin Ali. Pada awalnya kami merancang untuk bersarapan bersama-sama.



Malangnya, YB Azmin Azmin memberitahu bahawa beliau menerima panggilan dari Ketua Polis Negeri meminta beliau membawa semua para peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 yang sudah melimpah ruah di Masjid Negara untuk bergerak ke Stadium Merdeka.



Kami semua meneruskan perjalanan, berjalan kaki seramai kira-kira 7 orang. YB Azmin perlu menukar baju terlebih dahulu oleh itu kami pergi ke salah sebuah kedai pakaian di Masjid India menumpang untuk menukar pakaian.

Selesai beliau menukar pakaian kami meneruskan perjalanan ke Masjid Negara melalui Dataran Merdeka. Antara yang turut serta bersama kami ialah YB Amiruddin Saari ADUN Batu Caves Selangor.



Sepanjang perjalanan seperti biasa kami menjadi tersekat-sekat berikutan orang ramai meminta untuk bergambar bersama YB Azmin Ali. Di sekitar Dataran Merdeka kami bertemu dengan sekumpulan sami dan pengikut-pengikut mereka yang turut menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112.

Mereka tidak melepaskan peluang bertegur sapa, bersalaman, dan bergambar dengan YB Azmin Ali.



Saat ini kumpulan yang mengekori kami semakin membesar. Mana tidaknya, setiap kali kami singgah kerana orang ramai meminta untuk mengambil gambar dan bersalaman bersama YB Azmin, kemudian mereka akan sama-sama mengekori kami.

Sekarang ni pukul 3:27AM, oleh kerana mata gua sudah mengantuk gua ambil keputusan untuk sambung catatan gua ini dalam artikel seterusnya nanti. Kita berhenti di sini dulu. Bersambung...

Sekolah rendah jadi bilik gerakan Umno cawangan Ulu Bendul?

Posted: 17 Jan 2013 06:21 AM PST

GAMBAR ini dikirimkan oleh salah seorang sahabat pembaca MiLo SuaM. Beliau hairan bagaimana papan tanda Umno Cawangan Ulu Bendul boleh dipasang di dalam kawasan pagar salah sebuah sekolah rendah di Ulu Bendul, Kuala Pilah Negeri Sembilan.

Kalau kita lihat selama ini Umno begitu lantang bersuara kononnya menolak politik di sekolah. Tapi di sini jelas bahawa papan tanda Umno cawangan pun diletakkan dalam kawasan sekolah, dalam pagar lagi ini apa cerita?



Inilah taktik "brain wash" yang diamalkan oleh Umno sejak sekian lama di negara ini. Sebab itu masih ramai orang-orang kampung yang tertutup mindanya masih percaya bahawa sekolah, hospital, jalanraya dan sebagainya adalah pemberian, kurniaan Umno dan Barisan Nasional.

Bukan di Negeri Sembilan sahaja perkara ini berlaku, malah banyak lagi tempat-tempat lain yang menggunakan kaedah brainwash seperti ini untuk memperbodohkan rakyat terutama orang-orang kampung yang tidak akses maklumat.

Masih ramai orang kampung yang mindanya masih tertutup tidak tahu bahawa hospital, sekolah, jalanraya dan sebagainya dibina menggunakan duit rakyat. Ini semua adalah tanggung jawab sesebuah kerajaan.

Barisan Nasional dipilih rakyat untuk mentadbir dan mengurus harta rakyat. Jika mereka ditendang pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti maka parti lain pula akan jadi kerajaan dan menguruskan harta rakyat.

ReJaM© "Tolak Umno dan BN, hentikan segala pembodohan! "

Tiada ulasan: