Jumaat, 18 Januari 2013

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Video Penjelasan Fathul Bari Tentang Kahwin Di Siam

Posted: 18 Jan 2013 12:57 AM PST



Soalan Cepumas - Wujudkah 'Projek IC' di Selangor?

Posted: 18 Jan 2013 12:30 AM PST

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut penjelasan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sama ada modus operandi untuk memberikan kewarganegaraan dan hak mengundi, seperti yang didedahkan dalam siasatan suruhanjaya diraja (RCI) mengenai pendatang di Sabah, juga berlaku di Selangor .

Beliau berkata, kerajaan negeri Selangor telah menjalankan kajiselidik mengenai pengundi baru di negeri itu pada suku keempat tahun 2011, dan terdapat kira-kira 134,000 pengundi baru yang tidak dapat dikesan.


Anwar bertanya adakah mereka ini tergolong di bawah kategori yang sama seperti yang dijelaskan dalam RCI.

"Kita perlu respons segera dari SPR, kerana ia telah berlaku pada masa lalu dan kami mempunyai bukti untuk menyokong hujah tersebut.

"Bolehkah kita mendapatkan jaminan mutlak daripada SPR bahawa ini tidak akan berlaku?" Beliau mempersoalkan semasa sidang akhbar hari ini.


Penyelaras BN Selangor 'Kena Tampar' Dengan Perempuan

Posted: 17 Jan 2013 09:04 PM PST

Faekah tempelak Mohd Zin, 'Tepuk air percik muka sendiri'

Setiausaha politik menteri besar Selangor, Faekah Husin menyifatkan tuduhan Penyelaras BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed bahawa Kerajaan negeri itu bermain politik dalam isu air "umpama menepuk air di dulang, habis terpercik ke muka sendiri".

Sebaliknya, kata Faekah, usaha kerajaan Selangor untuk mengambilalih perkhidmatan air dengan niat semata-mata mahu menjaga kebajikan pengguna yang selama ini tidak mendapat pembelaan kerana kerajaan sebelum ini yang didakwanya "hanya mementingkan tembolok dan kroni sendiri."


Faekah (kiri) mendakwa, rakyat dipaksa menggunakan perkhidmatan syarikat konsesi yang didakwanya langsung tiada kepakaran dalam industri air menyebabkan mereka mendapat perkhidmatan tidak memuaskan seperti gangguan bekalan air serta kadar tarif yang tidak munasabah.

"Malangnya, selepas empat tahun berunding usaha pengambilalihan ini masih gagal kerana kerajaan Pusat tidak menyokong usaha ini lantaran lebih mementingkan syarikat konsesi daripada kebajikan rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bukan sekadar itu, katanya, syarikat konsesi tersebut mendapat sokongan kuat pemimpin Umno yang turut melemparkan tuduhan tidak berasas mengenai isu air dan menghentam usaha Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambilalih perkhidmatan air.

"Jadi, siapa sebenarnya yang bermain politik dalam isu air ini? Jika sememangnya kerajaan Persekutuan tidak setuju perkhidmatan air diambilalih kerajaan negeri, mengapa mereka meluluskan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 yang membenarkan kerajaan negeri mengambilalih perkhidmatan air dari syarikat konsesi?" katanya.

Sehubungan itu, Faekah bertanya mengapa penstrukturan air boleh dilaksanakan di Terengganu, Perak dan Melaka, tetapi tidak Selangor.

Beliau mendakwa, ini kerana BN percaya jika kerajaan Selangor dibenar mengambilalih perkhidmatan air maka peluang mereka untuk kembali menang di Selangor akan terus terkubur.


Di samping itu, katanya, sukar untuk mempercayai Mohd Zin (kanan) boleh mengeluarkan hujah kononnya kerajaan negeri berkuasa sepenuhnya ke atas Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) kerana SYABAS adalah anak syarikat kerajaan negeri.

"Jika SYABAS anak syarikat kerajaan Selangor, kita tidak akan berdepan dengan masalah sebegini," tegas Faekah .

Sebaliknya, kata beliau, seperti yang dijelaskan menteri besar Selangor bahawa kerajaan negeri hanya mempunyai saham 30 peratus dalam SYABAS manakala pemegang saham terbesar adalah Puncak Niaga dan Kementerian Kewangan Diperbadankan pemegang saham emas.

Saham emas itu, katanya, memberi kuasa kepada Kerajaan Persekutuan untuk membuat keputusan sebagaimana termaktub di dalam WSIA.

"Jika Mohd Zin mahu menjadi jaguh dalam isu air ini, seeloknya beliau membuat kajian dan penyelidikan yang lebih mendalam agar sekurang-kurangnya mempunyai sedikit kredibiliti ketika membuat tuduhan terhadap Pakatan Rakyat," tambahnya.


Sultan Johor Nak Tengok Bola, Sebab Itulah Pasukan Komando Kena Jaga..

Posted: 17 Jan 2013 06:43 PM PST

Mereka bukan JMF tapi anggota Rejimen 21 Grup Gerak Khas [Komando] - TMJ


Gambar Askar Timbalan Setia Negeri Johor di Perlawanan Johor VS Kelantan.

Perlawanan Bola Sepak @ Perang? JOHOR BAHRU - Anggota tentera yang kelihatan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Baharu ketika perlawanan bola sepak antara Johor Darul Takzim dan Kelantan dua hari lepas merupakan anggota komando Rejimen 21 Grup Gerak Khas Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menafikan mereka yang lengkap bersenjata itu merupakan anggota tentera daripada pasukan Timbalan Setia Negeri Johor (TSN).


"Mereka (anggota Gerak Khas) berada di stadium kerana menerima arahan yang menyatakan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar akan mencemar duli menyaksikan perlawanan itu," titah baginda pada sidang media di kediaman baginda di sini hari ini.

Baginda bertitah kehadiran anggota Gerak Khas itu merupakan persediaan keselamatan sekiranya Sultan Johor, yang juga Kolonel Komandan GGK menyaksikan perlawanan terbabit.

Tunku Ismail yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor bertitah kehadiran anggota Gerak Khas itu merupakan prosedur biasa yang telah ditetapkan dan tidak perlu dijadikan isu oleh mana-mana pihak.

"Kita boleh tanya kepada para pegawai mereka (Grup Gerak Khas), mereka ditugaskan bersedia untuk kehadiran Sultan Johor," titah baginda.

Media hari ini melaporkan ketidakpuasan hati penyokong pasukan Kelantan berikutan kehadiran anggota tentera lengkap bersenjata yang disangka daripada TSN pada perlawanan antara kedua-dua pasukan dua hari lepas.

Sementara itu, Tunku Ismail juga melahirkan kekecewaan terhadap Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) yang tidak melakukan persediaan bagi mengawal keselamatan penyokong Johor yang hadir di stadium semasa perlawanan itu.

Tindakan Kafa tidak meletakkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bagi mengawal keselamatan penyokong Johor sepanjang mereka berada di stadium adalah amat dikesali, titah baginda.

Tunku Ismail bertitah pihak baginda menerima banyak aduan penyokong Johor dibaling batu dan botol oleh penyokong fanatik Kelantan.

"Selain itu para pemain dan penyokong Johor terpaksa menyelinap keluar melalui pintu lain selepas lampu limpah dipadamkan dan diiringi Polis Diraja Malaysia sejauh 20 kilometer meninggalkan stadium," titah Tunku Ismail. - Bernama


Penganalisis: BN akan menang tapi majoriti turun

Posted: 17 Jan 2013 06:13 PM PST

KUALA LUMPUR - Penganalisis politik yakin Barisan Nasional (BN) akan mengekalkan kuasa di Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tetapi dengan sokongan dilihat akan menurun.

Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, kemungkinan itu turut bergantung kepada bagaimana BN boleh menang di kawasan-kawasan yang mencatatkan kemenangan dan kekalahan tipis pada PRU lalu dan di kawasan campuran.


"Barangkali kepada pembangkang pula, mereka tidak sekadar melihat kepada pilihan raya yang ke-13. Saya percaya mereka melihat melangkaui PRU13 iaitu pilihan raya yang ke-14. Mungkinkah perubahan hanya akan dapat dilihat selepas PRU13?" kata beliau pada Wacana Pra-PRU13 : BN Vs PR, Kelebihan Milik Siapa? di sini, semalam.

Menurut Siva, 17 kerusi yang dimenangi oleh kedua-dua parti di bawah majoriti 1,000 akan menjadi kayu pengukur kepada perubahan.

Kerusi-kerusi itu termasuk seperti Padang Terap, Sik, Lumut, Bakri, Sandakan, Sarikei, Limbang, Wangsa Maju, Kota Kinabalu.

"Ini adalah antara kerusi yang akan dikatakan sebagai indikator turun naik majoriti dalam pilihan raya umum akan datang, tidak termasuk 63 kawasan campuran.

"Walaupun (Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara) Dr Shamsul Amri memberikan angka yang berlainan, bagi saya, wujud 63 kawasan campur di mana kawasan itu mungkin menjadi penentu kepada kejayaan atau keterhakisan sokongan," katanya.

Ujar beliau, bukan mudah untuk mengukur pola pengundian bagi pilihan raya kali ini.

"Sebelum 2008 mudah untuk mengatakan bahawa ada yang menyokong parti, ada yang menyokong isu, ada yang menyokong calon," jelas beliau.

Pilihan raya lalu merupakan sejarah paling pahit buat BN yang gagal mempertahankan majoriti dua pertiga.

Ia pencapaian terburuk BN setelah lebih 50 tahun menerajui tampuk pemerintahan negara.

Meskipun kebangkitan rakyat begitu memuncak pada pilihan raya umum yang lalu dengan sokongan rakyat memihak kepada pembangkang, keadaan itu bagaimanapun sukar diramal untuk kali ini.

"Dalam konteks selepas 2008, kelompok pengundi atas pagar bertambah besar. Mereka tidak percaya kepada sifat kepartian. Ada juga yang tidak percaya kepada calon. Isu telah menyumbang kepada keterhapusan sokongan pada 2008.

"Pengundi atas pagar ini akan memainkan peranan yang cukup besar dalam pilihan raya akan datang," ujar Siva.

Tambahnya, pengundi atas pagar ini unik apabila mereka bukan menilai menerusi calon atau parti sebaliknya berdasarkan interpretasi mereka sendiri.

"Apakah mereka cintakan revolusi atau transformasi, apakah mereka mahu melihat demi Rakyat atau Janji Ditepati... pelbagai faktor akan menyumbang kepada PRU13. Bukan satu-satunya faktor.

"Saya percaya kedua-dua parti, baik Barisan Nasional atau pakatan pembangkang, ada kekuatan ada kelemahan apabila kita lihat hari ini masing-masing sudah memiliki tiga 'M'. Money, Machinery, Media," tambah beliau lagi.


Rosmah Mansor : Saya Bersumpah.. Saya Tiada Cincin Itu

Posted: 17 Jan 2013 04:45 PM PST


Mahasiswa Malaysia VS Mahasiswa Indonesia

Posted: 17 Jan 2013 04:39 PM PST



PANAS - Najib kata Deepak tak boleh dipercayai

Posted: 17 Jan 2013 08:28 AM PST

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menangkis dakwaan yang ditimbulkan Deepak Jaikishan dan menyifatkan ahli perniagaan itu sebagai individu yang tidak boleh dipercayai.

Beliau juga yakin dakwaan yang ditimbulkan Deepak tidak akan menjejaskan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

"Ianya tidak benar. Yang itu (Deepak) bukan orang yang boleh dipercayai.


(Dakwaan Deepak) bukan satu isu. Ia tak akan beri kesan (pada BN)," kata Najib ketika ditanya pemberita dalam satu sidang media di Kuala Lumpur lewat malam ini.

Jawapannya itu merupakan reaksi pertama Najib sejak Deepak mula menimbulkan dakwaan serius ke atasnya sejak akhir tahun lalu.

Dalam satu wawancara dengan lidah parti PAS, Deepak mendakwa Najib memainkan peranan utama dalam tindakan penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang menarik balik pengakuan berkanun (SD) pertama pada tahun 2008.

Deepak mendakwa Najib berbuat demikian demi mengelakkan tindakan yang mungkin diambil seteru dalam Umno bagi menghalang cita-cita Najib menjadi perdana menteri.

Peniaga permaidani itu juga menjelaskan, beliau tampil dengan dakwaan itu selepas mendakwa ditipu oleh ketua Wanita Umno Selangor Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah dalam satu urusniaga tanah.

http://www.malaysiakini.com/news/219270


Mahathir Akhirnya Mengaku Beri IC Kepada Pendatang Asing

Posted: 17 Jan 2013 06:00 AM PST

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa bapa kemerdekaan Tunku Abdul Rahman melakukan perkara "lebih teruk" dalam tindakan memberi kad pengenalan kepada warga asing.

Mahathir ketika ditanya pemberita, mengakui bertanggungjawab memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing semasa pentadbirannya.

Namun beliau mendakwa tindakan berkenaan dijalankan mengikut undang-undang.


"Kita patut tengok balik dan ingat. Tunku Abdul Rahman lebih teruk daripada saya. Dia beri sejuta kewarganegaraan kepada mereka yang tidak layak. Jadi kenapa apa yang dia (Tunku Abdul Rahman) buat tak salah dan apa yang saya buat ini salah?

"Ya saya memang buat (beri kad pengenalan), tetapi mengikut undang-undang," katanya dalam sidang media selepas program Bicara Minda Tun Mahathir di Shah Alam hari ini.

Ditanya sama ada pemberian kad pengenalan itu bertujuan untuk pilihan raya kerana ia dijalankan dua minggu sebelum pilihan raya Sabah, Mahathir berkena beliau "tidak tahu".

Bekas perdana menteri – yang menjawat jawatan itu selama 22 tahun – itu berkata, perkara itu mungkin berlaku secara kebetulan tetapi menegaskan sekali lagi bahawa ianya mengikut undang-undang.

"Saya buat sebelum pilihan raya. Mungkin kebetulan. Saya tak tahu. Tapi ia mengikut undang-undang. Perkara itu berlaku sebelum pilihan raya tak bermakna melanggar undang-undang," katanya lagi.

Ditanya lagi sama ada pemberian kad pengenalan itu bertujuan untuk membolehkan Umno merampas kuasa di Sabah, Mahathir berkata penerima kad pengenalan itu bebas untuk mengundi mana-mana parti selepas menjadi warganegara.

"Itu hak mereka. Bila dah jadi warganegara, mereka nak sokong Umno, BN atau apa-apa itu mereka punya hak," katanya.

Semalam, dua bekas orang kanan Mahathir dikaitkan oleh saksi yang memberi keterangan kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung dakwaan pemberian kewarganegaraan untuk jadi pengundi di Sabah.

Bekas ketua Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Tamparuli, Yakup Damsah semalam memberi keterangan bahawa dia dan beberapa orang lain menginap di rumah Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin, yang merupakan setiausaha politik kepada Dr Mahathir pada masa itu untuk mengeluarkan kad pengenalan biru kepada pendatang asing.

Seorang lagi saksi, bekas pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah, Ramli Kamaruddin mendakwa menerima arahan dari timbalan menteri dalam negeri ketika itu, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub untuk mengeluarkan resit kad pengenalan sementara (resit JPN) dengan tarikh luput kepada warga asing, semata-mata untuk tujuan pilihan raya.

Turut hadir dalam program di Shah Alam hari ini ialah bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan dan ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

http://www.malaysiakini.com/news/219254


Utusan Bohong Lagi..

Posted: 17 Jan 2013 03:50 AM PST

Satu demonstrasi oleh kira-kira 20 orang yang mengaku mewakili DAP untuk mengutuk DAP di sini semalam akhirnya dibongkar sebagai tunjuk perasaan anjuran parti Indian Progressive Front (IPF) yang bersekongkol dengan Barisan Nasional.

(IPF adalah parti mesra-BN yang sejak lebih 20 tahun ditubuhkan yang telah merayu untuk menyertai BN tetapi sentiasa ditolak oleh pucuk pimpinan BN.)


Menurut laporan Malaysiakini, para wartawan telah terlebih dahulu dihantar SMS yang mendakwa kononnya kira-kira 150 orang termasuk ahli-ahli DAP dari Seberang Prai akan berdemonstrasi semalam bagi membantah keputusan pemilihan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP yang diadakan pada bulan lalu.

Namun, apabila para wartawan datang untuk membuat liputan semalam, mereka hanya bertemu dengan kumpulan IPF itu di mana ketua tunjuk perasaan tersebut mendakwa mereka mengadakan demonstrasi itu "bagi pihak ahli DAP".

Walaupun mengetahui fakta bahawa demonstrasi itu anjuran IPF, lidah rasmi UMNO Utusan Malaysia tetap tidak mempedulikan kebenaran dan telah menyiarkan tajuk berita muka depan akhbar itu hari ini sebagai "Ahli DAP bantah" serta tajuk kecil "Minta pemilihan semula CEC" dan "Kekalahan P. Ramasamy dibantah".

Dr Ramasamy selaku Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Ahli Parlimen DAP Batu Kawan menolak demonstrasi palsu itu yang diketahuinya sengaja diadakan oleh anasir-anasir BN untuk mengelirukan rakyat.

Sebelum ini, Pengerusi DAP Karpal Singh telah menjelaskan bahawa keputusan pemilihan CEC – hanya berlaku kesilapan penjumlahan undi yang melibatkan dua calon sahaja – adalah muktamad dan tidak boleh dicabar di mahkamah.

Katanya, Seksyen 18C Bahagian IA Akta Pertubuhan memperuntukkan bahawa:

"Keputusan sesuatu parti politik atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya atau perlembagaannya atau kaedah kaedah atau peraturan-peraturan yang di bawahnya tentang pentafsiran perlembagaan, kaedah-kaedah atau peraturan peraturannya atau tentang apa-apa perkara yang berhubung dengan hal ehwal parti itu adalah muktamad clan konklusif clan keputusan itu tidak boleh dicabar, dirayukan, dikaji semula, dibatalkan atau dipersoalkan di mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan, dan tiada mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk melayani atau memutuskan apa-apa guaman, permohonan, soal atau prosiding atas apa-apa alasan berkenaan dengan kesahan keputusan itu."

Pindaan Seksyen 18C itu dibuat pada 1988 oleh kerajaan BN pimpinan Dr Mahathir Mohamad selepas UMNO diharamkan pada tahun yang sama akibat tindakan mahkamah oleh cawangan UMNO terhadap pemilihan kepimpinan parti pada 1987. – Roketkini.com


Ibu bapa pakai baju BERSIH terima bantuan RM100

Posted: 17 Jan 2013 03:30 AM PST

Sekumpulan ibu bapa menarik perhatian umum apabila tampil ke sekolah petang semalam untuk menerima bantuan persekolahan RM100 dengan memakai baju berwarna kuning sempena perhimpunan BERSIH 3.0.

Tindakan sekumpulan 15 ibu bapa pelajar itu turut menjadi buah mulut di laman sosial hari ini apabila gambar mereka dengan pakaian berkenaan dimuatkan oleh pengguna.


Seorang daripadanya Wong Chai Soon ketika dihubungi Malaysiakini hari ini berkata, beliau bertindak demikian untuk menyatakan bahawa mereka bukan menerima bantuan itu dengan senang hati.

"Sebenarnya saya memakai baju BERSIH untuk menarik perhatian pihak berkuasa bahawa (apakah) dengan pemberian wang ini membuatkan kita perlu tunduk, bersetuju dan senang hati.

"Sebaliknya, saya menerimanya dengan hati risau dan memikirkan mengenai keadaan negara kita pada masa akan datang," kata Wong Chai Soon yang menerima bantuan tersebut di SMJK(C) Chan di Seremban semalam.

Wong, 45, berkata sekumpulan ibu bapa lain turut memakai baju kuning pada majlis tersebut.

"Saya hanya menerima SMS. Ini inisiatif daripada kawan. Saya hanya terima SMS dan majukan kepada kawan lain. Kawan di pejabat saya pun saya suruh pakai baju kuning. Saya sendiri pakai baju BERSIH," katanya.


Ditanya mengenai reaksi ibu bapa dan guru sewaktu kumpulan mereka memakai baju tersebut, Wong yang bekerja sebagai jurulatih kursus kewangan berkata para guru berkenaan menunjukkan reaksi "biasa dan tidak marah".

"Ada yang pandang-pandang, ada yang tegur-tegur. Yang mana saya kenal, mereka bersetuju. Guru bersikap biasa sahaja. Mungkin mereka penat layan orang... Mereka biasa sahaja," katanya.

Sekumpulan ibu pelajar yang menggelarkan diri mereka sebagai 'BERSIH Mama' mempromosi tindakan itu melalui satu kenyataan kepada media semalam.

Mereka menggesa para ibu bapa menggunakan kesempatan ketika menerima wang bantuan tersebut untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil.

"Pada masa ini, apa yang paling diperlukan rakyat di negara ini bukanlah bantuan kewangan RM100, RM250 atau RM500.

"Jika negara ini tiada pilihan raya bersih dan adil, tujuan sebenar pilihan raya tidak akan dicapai dan negara ini tidak akan menjadi benar-benar demokratik untuk memilih wakil yang diingini rakyat," kenyataan itu dipetik.

Bantuan persekolahan sebanyak RM100 kepada ibu bapa merupakan peruntukan yang diumumkan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika pembentangan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat tahun lalu.


Tarikh-Tarikh Dun Akan Terbubar Secara Automatik

Posted: 17 Jan 2013 02:07 AM PST




21 Mac : Johor
26 Mac : N.sembilan
7 April : Pahang
22 April : Selangor
24 April : Perak
26 April : Melaka
28 April : Perlis & Kelantan
29 April : Sabah
2 Mei : Penang & Kedah
5 Mei : Terengganu

28 April Parlimen Malaysia Automatik terbubar.


PRU13 - BN Akan Menang Tiga Negeri Sahaja

Posted: 17 Jan 2013 01:32 AM PST

KUALA LUMPUR, Bekas Bendahari Umno, Tun Daim Zainuddin (gambr) meramalkan Umno BN hanya menang di Johor, Melaka dan Pahang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dengan selainnya dimenangi Pakatan Rakyat.

Daim berkata demikian dalam wawancara eksklusif bersama akhbar harian Cina, Nanyang Siang Pau yang diterbitkan hari ini, seperti dilaporkan Malaysiakini. Daim turut dipetik sebagai berkata, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak kini umpama "jeneral tanpa askar" dalam berdepan cabaran PRU.


"Perdana Menteri dan pemimpin utama lain sudah pun melakukan lebih dari cukup. Maka situasi semasa mereka umpama 'jeneral tanpa askar'.
"Di manakah askar-askar BN? Pemimpin di peringkat cawangan dan bahagian perlu lebih proaktif melibatkan diri dengan orang ramai," kata Daim.

Daim turut meramalkan agak sukar untuk Umno BN mengekalkan Sabah dan Terengganu ekoran krisis dalaman parti itu di kedua-dua negeri itu. Mengenai Negeri Sembilan, Daim tidak menolak bahawa Pakatan Rakyat berpeluang cerah untuk menang di situ ekoran gabungan KEADILAN, PAS dan DAP hanya memerlukan sekurang-kurangnya enam kerusi untuk membentuk kerajaan.

Selain itu, kata Daim, Umno juga terpaksa mencari calon sesuai untuk menggantikan Menteri Besar Negeri Sembilan ketika ini, Datuk Seri Mohamad Hasan yang dijangka bertanding kerusi Parlimen untuk dilantik sebagai menteri persekutuan. Mengenai Perak yang dirampas Umno BN yang diketuai Najib sejak Februari 2009, Daim melihat agak sukar untuk Umno BN kekal di negeri itu.

Sementara Kelantan dan Pulau Pinang, Daim yakin Pakatan Rakyat akan terus memerintah di kedua-dua negeri itu. Menjelang PRU 8 MAc 2008, Daim pernah meramalkan Umno BN akan kalah di Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang, namun tiada siapa melihat dengan serius ramalan beliau.

Sehinggalah keputusan 8 Mac diumum yang yang menyaksikan Umno bukan sahaja kalah di negeri itu, kecuali Terengganu, malah buat pertamakali dalam sejarah BN hilang 2/3 kerusi Parlimen.(KD)


Tiada ulasan: