Isnin, 14 Januari 2013

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Catatan 12 Januari 2013 - YB Azmin Ali

Posted: 13 Jan 2013 08:46 PM PST

LAUNGAN keramat 'Merdeka' sekali lagi menggegarkan Stadium Merdeka pada 12 Januari 2013. Sementara laungan 'Merdeka' yang dilaungkan 55 tahun lalu dipimpin Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, kali ini laungan "Merdeka" yang bergema tepat jam 4.37 petang dipimpin oleh YB Dato' Seri Anwar Ibrahim dan disambut oleh lebih 300,000 ribu rakyat Malaysia pelbagai kaum di dalam dan di luar stadium.

Peristiwa bersejarah ini turut disaksikan oleh pimpinan Pakatan Rakyat seperti YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz, Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang, YB Lim Kit Siang, Tuan Guru Haji Salleh selaku Mudir Madrasah Ar - Rahmaniah, Sik, Kedah dan wakil - wakil Lembaga Suadaya Masyarakat seperti BERSIH, ANAK, ROYALTI  dan PAHLAWAN.

Kita berhimpun semalam untuk mengulangi tekad rakyat Malaysia sebagaimana yang terkandung dalam Pemasyhuran Kemerdekaan 1957. Cita-cita kita untuk membangunkan Malaysia yang berteraskan Demokrasi Berparlimen, Bebas dan Adil. Kita telah mencipta sejarah dengan menuntut kemerdekaan dari kezaliman dan kemungkaran ekonomi yang diterajui oleh UMNO. Rakyat Malaysia menuntut kebebasan, hak asasi manusia dipertahankan dan pengagihan ekonomi yang adil. Rakyat Malaysia juga menuntut Sabah - Sarawak diiktiraf adil setara dengan Semenanjung Malaysia selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963.

Saya mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia yang telah berhimpun dengan aman dan teratur di sepanjang tempoh berlangsungnya Himpunan Kebangkitan Rakyat dan berani tampil untuk meruntuhkan tembok ketakutan yang dipasak selama 5 dekad.

 Rakyat Malaysia juga menyambut baik usaha Ketua Polis Negara dan pimpinan PDRM yang mempamerkan kewibawaan institusi polis untuk menjamin hak asasi, kebebasan serta keselamatan rakyat seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kebangkitan rakyat hari ini memaknai erti perjuangan rakyat yang sebenar dan kembali menghayati fitrah manusia yang sentiasa mendambakan keadilan dan keharmonian masyarakat.

Insha Allah, obor reformasi akan memberi sinar baru demi membela nasib rakyat. Stadium Merdeka adalah lambang gelora kebangkitan rakyat dan Putrajaya adalah lambang kemenangan rakyat melaksanakan cita - cita dan hasrat murni untuk membangun sebuah negara yang bebas dan demokratik.

 Mohammad Azmin Ali

Timbalan Presiden

13 Januari 2013

 

 

Pejabat YB Mohamed Azmin Bin Ali

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
Ahli Parlimen Gombak
Ahli Dewan Negeri Bukit Antarabangsa


Sent from my BlackBerry®

Tiada ulasan: