. |
- Ketua Misi Bantuan Ke Gaza Ditahan Bersama Wang RM500,000 Di Airport?
- Kalimah Allah PAS Sepakat
- Sokongan India Merosot, Melayu Meningkat
Ketua Misi Bantuan Ke Gaza Ditahan Bersama Wang RM500,000 Di Airport? Posted: 13 Jan 2013 09:19 PM PST TERKINI Berita ini belum disahkan secara rasmi oleh pihak berkuasa negara. Seorang ketua NGO yang rapat dengan sebuah parti politik Malaysia telah ditahan di lapangan terbang Cairo dua tiga hari lepas kerana membawa keluar wang sejumlah kira-kira RM500,000 dari negara itu. Tidak dapat dipastikan wang itu dalam not negara mana, tetapi jumlahnya dikata kira-kira RM500,000. Wang itu katanya adalah lebihan daripada wang yang dibawa hasil derma orang ramai untuk misi bantuan rakyat Palestin di Gaza. Menurut sumber yang dapat dengan pejabat kedutaan Malaysia di Cairo, penahanan ketua NGO itu diketuai oleh pejabat kedutaan Malaysia di Mesir dan dipercayai membantu meyelesaikan panahanan berkenaan. Ketua NGO berkenaan kerap membawa misi bantuan kemanusiaan di beberapa buah negara dan terbaru di Filipina. Penahanan ketua NGO bersama wang RM500,000 itu menimbulkan persoalan kenapa wang itu harus dibawa balik kenapa tidak dihabiskan saja untuk membantu rakyat Palestin yang sekarang ini dizalimi oleh Israel. Maklumat penahanan ketua NGO ini katanya telah pun ada ersebar di beberapa Facebook rakyat Malaysia yang berada di Timur Tengah termasuk di Dubai. Berita penahanan ini bagaimana pun masih belum tersebar di kalangan pelajar Malaysia di Mesir, Jordan khasnya. Mungkin sumber lain dan pelajar di Mesir boleh merisik pihak kedutaan bagi mengesahkan kejadian ini. Berita lanjut sedang ditunggu. [wm.kl.1:15 pm 14/01/13] | ||
Posted: 13 Jan 2013 05:41 PM PST SUSUPAN PAGI Isu kalimah Allah yang sengaja digembar gemburkan sehingga menunjukkan jahilnya sesetengah umat Islam di negara ini termasuk orang berilmu (ulama), sudah boleh dianggap selesai dan tidak perlu menimbulkan pertikaian lagi tentangnya khasnya di dalam PAS. Malam tadi Majlis Syura Ulama telah membuat ketetapan jelas berhubung isu berkenaan yang sebelum ini menampakkan kecelaruan dan perselisihan di kalangan sesama PAS sendiri. Dengan penjelasan atau pun keputusan ini hendaknya jangan lagi ada sesiapa atau individu di dalam PAS yang merasa lebih pandai atau berhak untuk bercakap mengenainya.
Satu kenyataan akhbar mengandungi tiga perkara berhubung keputusan itu telah dikeluarkan malam tadi yang ditandatangani bersama oleh Mursyidul Am, Nik Abdul Nik Mat dan timbalannya Dr Haron Din. Intipati keputusan berkenana, adalah, kalimah Allah bersifat universal ia boleh disebut oleh sesiapa saja tetapi kalimah itu tidak boleh diterjemahkan dalam apa-apa bahasa asing dan kekal mutlak dalam bahasa Arab. Sekiranya ada usaha untuk menterjemahkan ke dalam bahasa asing ia hendaklah dicegah. Selain berhubung kalimah Allah majlis syura ulama juga membincnag isu amanat Haji Hadi dan mendesak kerajaan agar memberi masa kepada Abdul Hadi membuat penjelasan berhubung isu tersebut. Keputusan majlis syura ulama itu menjelaskan bahawa tidak ada apa-apa pertentangan pendapat dan pandangan mengenai kalimah Allah di antara Nik Abdul Aziz Nik Mat, Dr Haron Din maupun Abdul Hadi Awang. Kalimah Allah jelas sengaja dihebohkan untuk dijadikan modal politik oleh Umno. Jadi para usatz perut labuh yang mencari makan sebagai konsultan kepada Umno perlulah selepas ini mencari isu-isu lain yang lebih konkrit untuk mempengaruhi pemikiran umat Islam dan Melayu di negara ini. Dengan keputusan dan penjelasan majlis syura ulama itu, pihak bukan Islam pula janganlah selepas ini pandai-pandai menterjemahkan keputusan majlis syura itu mengikut kehendak dan mirit mereka. Mereka juga perlu mematuhi dan menghormati ketatapan yang dibuat kerana ia untuk kebaikan bersama. Ketetapan itu selain menepati perintah Allah ia juga adil bagi semua. Berikut kenyataan penuh majlis syura: Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Rabiul Awwal 1434 bersamaan 13/1/2013 mengambil keputusan sebulat suara bersetuju untuk menyatakan perkara-perkara berikut: 1) Allah adalah kalimah suci yang merujuk kepada Tuhan yang diimani oleh umat Islam, iaitu Allah Yang Esa, Tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan. 2) Kalimah Allah adalah alami (universal) kerana Allah Tuhan sekalian alam. Siapa pun boleh menyebut kalimah Allah seperti mana orang Arab Jahiliyah yang tidak Islam menyebut Allah lah yang menjadikan alam ini. 3) Kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya Allah. Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini. Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah. Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah. Kenyataan media ini adalah memperjelaskan maksud kenyataan Al Mursyidul Am, Presiden dan seluruh kepimpinan PAS. Mesyuarat Majlis Syura Ulamak PAS ini juga telah membincangkan isu sedutan ucapan Tuan Guru Presiden yang diangkat martabatnya menjadi amanat dan memutuskan untuk mendesak kerajaan supaya membenarkan Tuan Guru Presiden memperjelaskan isu tersebut sekurang-kurangnya satu jam secara langsung menerusi TV1 dan TV3. Tuan Guru Datuk Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia Tuan Guru Datuk Dr Haron Din Timbalan Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia [wm.kl.9:40 am 14/01/13] | ||
Sokongan India Merosot, Melayu Meningkat Posted: 13 Jan 2013 04:16 PM PST ANALISA SUBUH Dakwaan presiden MIC, G Palanivel bahawa sokongan masyarakat India terhadap Pakatan Rakyat merosot memang tidak boleh dinafikan. Ukuran terbaru sokongan masyarakat India ialah kepada Himpunan Kebangkiran Rakyat (HKR) Sabtu lalu. Ternyata sekali bilangan masyarakat India begitu kurang.
Dengan permerhatian ini boleh dianggarkan komposisi mereka yang hadir pada himpunan itu terdiri dari 50% Melayu, 40% peratus Cina dan 10% India serta ethnik lain. Kalau diterjemahkan ke dalam angka 50,000 Melayu, 40,000 Cina dan 10,000 India. Dikira dari usia pula kira-kira 65% terdiri dari orang mudah yang berusia di bawah 40 tahun ke bawah, manakala selebihnya berusia 40 tahun ke atas sampai 76. Dari pemerhatian itu juga jumlah dari segi jantina pula didapati 55% lelaki dan 45% peratus perempuan. Di sini apa yang hendak saya tekankan berhubung dengan dakwaan Palanivel tadi. Kekurangan masyarakat India di himpunan itu bukan bermakna mereka menolak terus Pakatan Rakyat, tidak, tetapi kerana ada faktor lain. Salah satu faktor ialah pemulihan di dalam MCA selepas Samy Vellu tidak lagi menjadi presiden parti India itu. Faktor samping ekoran berlaku pengkhiatan beberapa ahli politik India termasuk yang menjadi wakil rakyat dan menang atas tikit DAP dan PKR. Pengkhianatan ini memberi kesan dan dianggap segelintir masyarakat India mereka ini adalah hero. Jadi apabila hero sudah meninggalkan Pakatan Rakyat maka pengikutnya ikut berbuat sama. Selain itu faktor pendekatan kepimpinan Ha Najib Razak. Pendektaan Najib memesra masyakat India menyebabkan masyarakat itu teruja dengan kemesraan Najib di samping mereka merasakan akan mendapat apa yang mereka ingini. Kunjungan Najib ke Batu Cave memberi tafsiran kepada orang India yang Najib mengambil berat kepada masalah kehidupan mereka. Penampilan dan momokkan Najib sebagai seorang pemimpin yang prihatin serta status Najib sebagai anak Tun Razak Hussein yang dikenali oleh mereka sebagai baik dan berjiwa rakyat memberi mata kepada Najib. Dalamk erti kata lain jasa-jasa Tun Razak kepada masyarakat India dibalas oleh masyarakat itu dengan menyokong Najib. Bagaimana pun sokongan itu tidak sampai melebihi 70%. Sebanyak 30% atau lebih lagi adalah yang menyokong Pakatan Rakyat. Sosiopolitik masyarakat India tidak seperti Melayu dan Cina. Maksudnya tidak ada orang India yang berada di atas pagar. Mereka suka menzahirkan sokongan mereka walaupun sokongan itu pura-pura, atau seperti memasukkan air ke dalam raga. Adapun yang menyokong Najib dan UBN adalah dari kalangan yang berpendapatan rendah atau pun tidak celit politik, kelompok terhindar dari isu, kebanyakan yang tinggal di ladang-ladang getah, sawit, lombong dan juga setinggan berapi dan berair. Kelompok cerdik pandai dan profesional memilih Pakatan Rakyat kerana mereka sudah faham dengan janji politik dan bentuk dan sistem pemerintahan Umno yang tidak adil kepada semua kaum. Mereka ini juga sedar kemesraan ditunjuk Najib, sanggup memasuki kawasan setinggan atau minum di tepi kuil dan sebagainya hanya menjelang pilihan raya saja. Selepas ini mereka semua tidak akan dipedulikan sehinggalah lima tahun akan datang. Selain itu kenapa menyebabkan masyarakat India seakan menyokong UBN ialah kerana ke belakangan ini tidak ada gangguan ke atas komuniti mereka. Maksudnya tidak ada mana-mana pemimpin atau tokoh di dalam masyarakat India yang berlawan dengan presiden parti itu kini. Keharmonian di dalam MIC memberi peluang kepada masyarakat itu memberi sokongan kepada pucuk pimpinannya dan sekaligus kepada UBN. Jika dilihat kenapa lebih 50% bahkan hingga 65% masyarakat India menolak UBN dalam pilihan ke-12 ialah kerana peranan dimainkan kelompok tertentu di dalam masyarakat itu seperti Hindraf, NGO berunsur agama yang telah berjaya memecahkan minda masyarakat India dari menyokong UBN. Peranan dimainkan Hindraf misalnya adalah cukup penting. Kekurangan sokongan masyarakat India apabila Hindraf sudah berpecah kepada dua kumpulan di mana kumpulan menyokong UBN agak besar. Tetapi Najib dan UBN tidak perlu bersedap hati menerima hakikat sokongan masyarakat India ini kerana masyarakat ini dianggap masyarakat "klu klik". Sebagai kaum yang sifatnya mesra tetapi licit dan suka berpura-pura belum tentu lagi sokongan masyarakat India kepada UBN yang dianggarkan disekitar 55% hari ini kekal. Kalau tiba-tiba ada kocakan semangat ke atas masyarakat itu oleh kumpulan seperti Hindraf menyebabkan sokongan masyarakat India terhadap UBN boleh turun sampai di bawah 50% dan angka sebegini tentulah mencemaskan Najib dan UBN. Berbalik kepada statistik atau bilangan mengikut kaum yang hadir dalam himpunan Sabtu lalu ia memberi petunjuk agak menggembirakan kepada Pakatan Rakyat. Apabila dianggarkan 50% orang Melayu yang hadir himpunan itu ia memberi gambaran sokongan Melayu kepada Pakatan Rakyat berganjak setidak-tidaknya 1.5 %. Walaupun anjakan itu kecil namun Pakatan Rakyat harus merasa puas kerana relatif orang Melayu masih tetap bersama Pakatan Rakyat walaupun mereka dituba dengan berbagai fitnah dan dipanah dengan panah sakti oleh UBN siang dan malam. Mengenai kecenderongan masyarakat India memberi sokongan besar kepada UBN nanti ia tidak begitu membimbangkan sangat. Masih ada ruang masyarakat itu akan kembali semula kepada Pakatan Rakyat ataupun menganggangu 'keamanan' UBN dalam pilihan raya nanti apabila orang-orang yang mereka anggap sebagai Matado yang boleh merebahkan lembu tidak diberi peluang untuk bertanding. [wm.kl.7:40 am 14/01/13] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan