Isnin, 7 Januari 2013

Merah Hitam

Merah Hitam


Peguam Negara tak puas hati ?

Posted: 06 Jan 2013 02:37 PM PST

Pada pagi 22 Feb2012, Puan Hakim Ainul telah menjatuhkan hukuman penjara sehari dan bayar rm1k kepada mahkamah.Beberapa minit selepas hakim membaca keputusan bahawa OKT  himpunan mansuh ISA di dapati bersalah, kami 5 OKT wanita dan 11 OKT lelaki segera di bawa ke sebuah lokap terletak di ruang bawah tanah mahkamah Jalan Duta. Kami di tempatkan bersama beberapa orang tahanan wanita yang ditangkap kerana kesalahan dadah  dan pelacuran.
Sementara menunggu bayaran RM1,000 diselesaikan, kami "berehat' di lokap tersebut..Ketika di bilik mahkamah tadi, ramai yang menangis sebaik saja mendengar keputusan Puan Hakim.....aku pun tidak ketinggalan mengalirkan sedikit airmata....

Ketika  keputusan ini dibacakan, PM Najib telah mengumumkan bahawa akta ISA di mansuhkan....tapi, malang sekali , pemansuhan Perdana Menteri itu tidak memberi sebarang makna kepada nasib kami semua 16 OKT.Tak tahulah siapa yang kejam...samada penguasa ISA atau hakim mahkamah...namun yang jelas, kami yang telah didapati bersalah ini terpaksa masuk penjara dan membayar denda tersebut.......
Gambar kami bertiga ini diambil ketika kami keluar dari bilik air.Sepatutnya tangan kami bergari, tapi disebabkan ada ramai orang di sekitar bilik mahkamah,maka kami hanya diiringi seorang polis wanita sahaja. Ketika melintasi satu lorong, kami lihat ramai pemberita.Nashita yang sangat tajam penglihatannya segera melambaikan tangankearah beberapa orang pemberita...kemudian baru diikuti aku dan kak Salmah.

Kami ingat hukuman itu telah muktamat...tapi, walaupun denda duit telah dibayar, Peguam negara khabarnya masih tak puas hati dengan kami......kes itu di semak semula dan 8 Jan2013 akan diberi keputusan yang baru.......

Tiada ulasan: