Isnin, 7 Januari 2013

KRAI Utara

KRAI Utara


Lu ale anak ka? TIP MENANGANI ANAK

Posted: 07 Jan 2013 01:20 AM PST

Rindu menjemputku kembali ya allah's photo
untuk ingatan kita bersama

. 1.Jangan pukul anak dari lutut keatas2.Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.3.Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.4.Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.5.Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk).6.Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran).7.Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).8.Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.9.Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).10.Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.11.Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)12.Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.13.Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.14.Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).15.Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.16.Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.17.Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.18.Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.19.Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.20.Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.21.Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.22.Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.Anak2 perlukan sentuhan dan belaian ,bukan dengan memukul atau mengherdik.

Jutawan Hartanah Sapu Jalan, Bukan di Malaysia....Terjah!!!

Posted: 06 Jan 2013 10:15 PM PST

Seorang jutawan hartanah bekerja sebagai tukang sapu jalan raya semata-mata kerana mahu mendidik anaknya erti kerja keras.Yu Youzhen, 53, memiliki 17 blok rumah pangsa dan menjadi kaya hasil daripada ledakan harga hartanah.Namun, daripada memanjakan diri dengan kekayaan yang dimilikinya dan menjalani kehidupan berfoya-foya di salun, spa atau kompleks beli-belah, wanita itu memilih bangun awal pagi enam hari seminggu untuk menyapu, membersih dan mengangkat sampah di sepanjang jalan raya yang sibuk di Wuhan, tengah China.“Saya mahu menjadi contoh kepada anak saya. Saya tidak mahu duduk dan menghabiskan kekayaan saya,” kata Yu.Dia juga tidak mahu memberi anaknya gambaran bawa dengan menjadi kaya serta menjalani kehidupan hasil daripada kekayaan itu adalah jalan mudah untuk hidup.“Gaya hidup seperti itu hanya akan mengancam mereka dalam jangka panjang,” kata Yu.Usahanya itu berjaya. Kedua-dua anaknya kini bekerja makan gaji. Anak lelaki menjadi pemandu bas dengan pendapatan RM1,000 sebulan sementara yang perempuan memperoleh gaji sebanyak RM1,500 dengan melakukan kerja yang tidak dinyatakan, lapor sebuah akhbar China.Yu pula memperoleh pendapatan sebanyak RM550 sebulan sebagai tukang sapu.“Saya sentiasa berasakan saya perlu melakukan sesuatu,” kata jutawan itu yang menjadi tukang sapu sejak 10 tahun lalu selepas mendapati kekayaan menjadikan hidupnya bosan.Dia sebelum ini menanam sayur, mengangkat hasil tanaman itu dan menjualnya sendiri di pasar.Apabila kerajaan komunis China melancarkan pembaharuan ekonomi pada hujungan 1980-an dan membenarkan petani berniaga, Yu dan suami berjaya mengumpul wang secukupnya untuk membina tiga blok rumah pangsa lima tingkat yang kemudian disewakan.Mereka berjaya mengambil kesempatan terhadap ledakan harga hartanah dan meluaskan ‘empayar’ mereka hingga mampu memiliki 21 blok rumah pangsa.Mereka sudah menjual empat blok. Hasil jualan itu dicampur dengan pendapatan menyewa 17 blok rumah pangsa serta gaji sebagai tukang sapu sudah pasti akan membolehkan dia menjalani kehidupan selesa pada masa akan datang.Sumber: myMetro

Remaja Bunuh Diri di Depan Sepupunya Sendiri

Posted: 06 Jan 2013 08:00 PM PST

detikNews Daily MailTexas - Seorang remaja dari England, Nisha Jane Webley (19), bunuh diri di Texas, Amerika Syarikat. Tragisnya, dia bunuh diri di depan mata sepupunya sendiri.Diberitakan Daily Mail, Minggu (6/1/2013), Webley menghabisi nyawanya sendiri dengan pistol semi otomatik milik sepupunya, Michaels Daniels Jnr. Daniels memiliki senjata itu kerana bekerja sebagai petugas keselamatan. Ketika kejadian, Daniels sedang berlatih menembak target di kebun. Tak disebutkan dengan jelas bagaimana detil peristiwa hingga akhirnya Webley bunuh diri. Yang jelas, Daniels ketika itu ketakutan saat Webley menembak dirinya sendiri di depan matanya.Berdasarkan keterangan keluarga, Webley tinggal di rumah pamannya, Michael Daniels Snr di sebuah peternakan di kawasan Dallas. Webley dikhabarkan baru saja putus dari kekasihnya."Dia sangat manis, anak yang supel," ujar keluarga Webley."Hal yang boleh saya fikirkan adalah dia sangat terganggu setelah berpisah dengan pacarnya, itu menekannya hingga batas paling akhir," sambungnya.Polis  setempat masih melakukan penyesiatan. Namun, semua bukti-bukti yang ditemukan sementara mengarah ke bunuh diri.(mad/van)

Penyakit Kantung P.... Gajah, Buah Zakar Wesley Terus Membesar

Posted: 06 Jan 2013 07:57 AM PST

TRIBUNNEWS.COM, LOS ANGELES - Seorang lelaki yang tinggal di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), mengalami kelainan fisik yang langka. Lelaki ini memiliki buah zakar yang terus membesar. Walhasil, hingga kini buah zakar lelaki ini memiliki berat   45.3 kilogram.Dilansir Tribunnews.com dari asiaone.com, lelaki itu bernama Wesley Warren Jr. Wesley didiagnosa menderita penyakit kantung pel.. gajah. Hal ini menyusul kondisi buah zakar Wesley yang terus menerus dipenuhi cairan. Disebutkan, kelainan kantung pe..r gajah biasanya disebabkan oleh infeksi parasit yang disebarkan oleh nyamuk. Penyakit ini pun menghambat sistem limfatik tubuh. Hal ini menyebabkan pembengkakan ketika cairan terkumpul dalam jaringan.Walau demikian, doktor yang merawatnya, tidak menemukan adanya penyakit menular di dalam darahnya. Mereka juga belum berhasil menemukan faktor penyebabnya. Wesley menduga hal itu disebabkan saat dia tidak sengaja menendang buah zakarnya dengan kakinya sendiri ketika dia tengah tertidur di akhir 2008.Lelaki berusia 47 tahun tersebut langsung merasakan sakit luar biasa, dan ketika dia terbangun keesokan harinya, dia mendapati buah zakarnya membengkak menjadi seukuran bola sepak.Dia segera pergi ke pusat perubatan untuk mencari bantuan, di mana doktor mendiagnosanya mengalami infeksi. Ia pun harus meminum ubat antibiotik selama dua minggu. Namun bengkak di buah zakarnya tidak juga mengempis. Ia kemudian memeriksakan dirinya ke sejumlah doktor lainnya, termasuk seorang spesialis lymphedema.Akibat besar buah zakarnya, Wesley mengaku sukar buang air kecil dengan benar. Ia memakai peti susu dan bantal untuk menopang buah zakarnya.Penulis: Samuel Febrianto  |  Editor: Ade Mayasanto

Tiada ulasan: