. |
- Ahli Politik Veteran Berkahwin Muda
- Rasuah: Beza Lim Guang Eng Dengan Najib Razak
- PERHATIAN: Untuk Memberi Komen
- Zahid Hamidi Perlu Tiru Nik Aziz
Ahli Politik Veteran Berkahwin Muda Posted: 07 Jan 2013 02:09 AM PST BERITA RINGKAS Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) harus menyiasat perkahwinan seorang ahli politik veteran di negeri itu yang dikatakan menyalahi prosuder dan peraturan sewajarnya seperti mana ditetapkan oleh pihak MAIK. Tokoh politik veteran brkenaan dilaporan telah berkahwin dengan seorang perempuan berusia 38 bekas PA kepada seorang wakil rakyat dan kini sudah pun mengandung empat bulan. Apa yang menjadi masalahnya, perkahwinan itu tidak didaftarkan di Pejabat Pendaftaran Nikah Kahwin serta tidak mendapat keizinan dari isteri pertamanya. Keluarga ahli politik veteran itu juga masih belum mengetahui yang mereka memilik anggota keluarga yang baru. Mungkin soal keizinan itu tidak menjadi masalah kerana dalam Islam seseorang lelaki yang merssakan dia adil (dah masih rak akat adas) boleh berkahwin sehingga empat tanpa mendapat apa-apa kebenaran. Tokoh politik veteran itu berusia 73 tahun. Gara-gara perkahwinan itu diselindugi menyebabkan isteri keduanya di letakkan di sebuah kondominum dan tidak merasai kemerdekaan seperti isteri-isteri yang lain. Dari makluman dalaman yang hampir dengan perempuan itu memberi tahu akad nikah perkahwinan itu katanya dilakukan sendiri oleh Tuan Mufti Kelantan. Penyiasatan ini perlu bagi memastikan MAIK berlaku adil kepada semua. Jika perlu saya akan mendedahkan identiti tokoh politik veteran berkenaan. [wm.kl.6:04 pm 07/01/13] |
Rasuah: Beza Lim Guang Eng Dengan Najib Razak Posted: 07 Jan 2013 01:37 AM PST SUSUPAN PETANG Posting ini sekali lagi bakal menimbulkan kemarahan orang Umno kelas tiga di negara ini. Apa yang hendak saya lepaskan disini ialah tentang tindakan segera dan tanpa kompromi Ketua Menteri Pulang Pinang, Lim Guan Eng yang mengarahkan Pegawai Daerah Seberang Perai Utara Jusni Ismail di tukar ke Seberang Perai Tengah. Pegumuman pertukaran itu dibuat ekoran penahanan Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah, Roslan Yahya oleh SPRM 3 Januari lalu. Tindakan dilakukan Guan Eng berbeza sekali dengan apa pernah dilakukan Perdana Menteri Najib Razak ketika menghadapi suasana yang hampir sama. Minggu lepas saya bersembang dengan bekas timbalan menteri, beliau menceritakan bagaimana Najib menjelang pilihan raya 2008 lalu telah memanggil beliau bersama dua lagi orang penting di sebuah negeri di Pantai Timur. Menurut bekas timbalan menteri itu tujuan Najib berbuat begitu ialah untuk memberi tahu kenapa dia dan dua yang lain kenapa tidak dipilih parti untuk bertanding pada pilihan raya kali ke-12 itu. Najib memberi tahu seorang demi seorang sebab musababnya. Katanya sampai giliran yang seorang lagi itu,Najib memberi tahu akan sebab musababnya. Katanya mengajuk cakap Najib; you tahu kenapa you tidak diberikan peluang bertanding?" tanya Najib. "Kenapa?" tanya tokoh itu sambil menggeleng kepala. "Rasuah," jawab Najib rengkas menyebabkan tokoh itu terkejut dan menggeletar. "Tetapi Datuk Seri saya bagi tiga," kata tokoh itu menjelaskan kepada Najib wang rasuah itu dibagi tiga kepada dua orang patnernya yang lain. "Saya tidak kira you bagi berapa, tetapi you tidak boleh bertnding," kiata Najib cerita bekas menteri berkenaan. Tokoh berkenaan terus terdiam dan terkaku. Suasana diam tidak siapa berani bersuara hinggalah Najib akhirnya berkata; mengenai rasuah you, I akan akan tolong." Kunci kata dalam cerita benar ini ialah "saya akan tolong you". Ternyata selepas itu ketua bahagian Umno berkenaan yang sudah di dakwa di mahkamah terselamat dari menjalani pendakwaan kes rasuah. Apa yang anda dapat hadam dari cerita ini? Ia menjelskan akan perbezaan seperti langit dengan bumi di antara Lim Guang Eng (DAP) dengan Najib Razak (Umno). Jadi siapa di sini yang lebih berintergriti? Najib yang beragama Islam kah atau Lim Guan Eng yang tidak bergama Islam? Yang nyatanya soal bangsa dan agama tidak menjamin seseorang itu tidak rasuah dan melakukan penyelewengan. [5:27 pm 07/01/13] |
PERHATIAN: Untuk Memberi Komen Posted: 06 Jan 2013 09:21 PM PST Saya menghargai pandangan tambahan kepada mana-mana posting saya asalkan ianya berfakta dan tujuan baik. Begitu juga kritikan atau pun teguran kepada saya dan blog saya dari sesiapa saja. Namun saya menghadapi masalah untuk menyaring komen-komen yang diberi. Dua minggu lepas saya telah membuka ruang komen untuk dikomen oleh sesiapa saja. Tetapi kerana pengomen seperti tidak sedia memberi kerjasama (enggan menyertakan nama sebenar) menyebabkan saya tutup pintu komen kepada sesiapa saja dan membuka pintu bersyarat seperti perlu ada akaun geoogle atau ada IP sendiri dan sebagainya. Penutupan ini tidak menggembirakan penjenguk yang kurang faham untuk memenuhi atau memilik kunci untuk melontarkan komen masing-masing. Gara-gara pengomen yang bermasalah tidak dapat memberikan sumbangan idea mereka. Sehubungan itu saya sekali lagi akan membuka ruang komen untuk semua. Saya ingatkan hanya komen yang tidak menggunakan Anonymous dan beradat saja disiarkan. Harap maklum. Wassalam. |
Zahid Hamidi Perlu Tiru Nik Aziz Posted: 06 Jan 2013 03:55 PM PST SESUDAH SUBUH Salah "sekor" Naib Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi sepatutnya mengambil tanggungjawab berani dan telus seperti mana Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat lakukan, yang sedia membuka pintu pejabatnya selama 25 jam kepada Suruhanjaya Pencegarahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat apa-apa saja yang diragui berlaku penyelewengan dalam kerajaan Kelantan. Kalau Nik Aziz berani dan tulus membuka pintu pejabatnya maka Zahid juga perlu lebih berani dan tulus membuka gate Kementah. Kalau Nik Aziz hanya buka setakat 25 jam, Zahid perlu membuka sampai 26 jam. Kerana saya yakin penyelewengan di Kementah lebih banyak berbanding di Kota Darulnaim. Zahid tidak perlu bersikap nampak kuman di seberang laut tetapi 'buta rengga' mengenai gajah di tepi mata. Gesaan Zahid supaya Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (ROS) melakukan siasatan berhubung isu pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan lepas sebenarnya tidak perlu dan tidak termasuk dalam buku log yang perlu disegerakan. Zahid tidak perlu pun concern terhadap perkara itu dengan meninggalkan perkara-perkara atau kerja lain yang berada di bawahnya yang banyak belum selesai dan disalaputi kemesterian. Beliau perlu utamakan apa yang bergeliwat di sekitar kementeriannya. Perkara ditimbulkan Zahid itu adalah perkara remeh dan ia tiak ada kena mengena dengan kepentingan negara pun. Ia juga tidak dapat memberi benefit besar kepada UBN di dalam pilihan raya. Rakyat tidak merasa apa-apa dengan kesalahan teknik didalam parti Cina DAP itu. Undi Cina untuk Umno tidak akan mengubah kalaupun Zahid dan para pemimpin Umno lain melanyak dan memprajudiskan DAP. Bahkan cara itu menjadikan Cina lebih nekad untuk undi DAP. Banyak masalah dan perkara yang Zahid perlu bnereskan. Isu-isu di sekeliling 'pinggan mangkuk makannya' masih 'berporah'. Banyak isu atau pun tragedi yang terbunting dalam Kementerian Pertahanan (KP). Paling baru ialah apa yang didedahkan oleh taukeh karpet, Deepak Jaikishan mengenai campur tangan KP dalam pembelian dan penjualan saham Deepak dalam syarikatnya Astagacanggih Sdn. Bhd. Deepak mendedahkan bagaimana beliau diarah oleh KP supaya menjual saham miliknya dalam syarikat itu untuk menampung kewangan dalam pembelian tanah yang ada kaitan dengan pemimpin betina Umno. Penjulana itu kurang disenangi oleh Deepak dan kelihatan semacam ada paksaan. Urusniaga itu juga telah memberi keuntungan kepada kroni Umno. Selain itu dalam proses pembelian tersebut juga seolah ianya telah menggunakan wang bekas pesara tentera dari Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) untuk kepentingan pihak tertentu. Penggunaan wang LTAT itu tanpa 'kelulusan' penyimpannya tidakkah ia satu penyelewengan besar? Perkara ini dulu yang perlu diutamakan oleh Zahid. Sebagai menteri bertanggungjawab beliau harus clearkan kedudukan atau peranan LTAT yang ada hubung kait dengan tanggungjawab sebagai menteri pemantau. Sebelum Zahid mahu bersihkan laman rumah orang dia kena bersihkan halaman rumah tangganya sendiri dulu. Betapa pun Zahid ikhlas dalam perkara itu, tetapi orang nampak beliau munafik kerana keadaan kotor dalam rumahnya sendiri gagal dibersihkan. Apa lagi kalau kotoran itu sampai peringkat najis mughalazah. Sebenarnya bukan itu saja yang perlu diberikan tumpuan oleh Zahid. Berbagai isu lagi yang boleh menjejaskan integriti kementerianya dan reputasi dirinya sebagai pemimpin. Misalnya pembelian peralatan perang seperti kapal selem, (Scorpene) melibatkan komisyen ratusan juta ringgit, kereta kebal, kehilangan injin jet sebelum ini dan lain-lain menjadi persoalan. Kenapa Zahid tidak menumpukan untuk menyelesaikan perkara ini dan tidak obses sangat kepada soal-soal membersihkan perkara itu dengan mempelawa SPRM masuk ke Kementah? Tindakan Zahid meminta ROS agar menyiasat DAP itu dilihat sebagai songsang. Kerana sikap songsang dilakukan Zahid inilah menyebabkan orang ramai konfis dan kecewa dengan Zahid. Apakah dia diletak di kementerian itu untuk mengawal kementerian itu sebagai sebuah kementerian yang terehebat dan sifir dari sebarang penyelewengan kerana kementerian itu harus menjadi sebuah kementerian terbersih, atau sebaliknya. Zahid kena pastikan KP bersih dari rasuah dan penyelewengan. Kalau KP terikut-ikut sama dibumbui elemen-elemeh itu ia sesuatu merbahaya. Kalau di KP ada orang sanggup dan tergamak menerima rasuah, ibarat kata negara ini akan hancur luluh. Hari ini rasuah adalah musuh nombor satu negara yang perlu dibenteras habis-habisan. Dari sudut itu Zahid gagal melaksanakan tugasnya dengan baik. Disebabkan itu maka orang membuat kesimpulan mudah Zahid di KP bukan berfikir dan mencari idea-idea macam mana hendak memperkuatkan pertahanan negara sebaliknya semacam hendak mempertahankan kedudukan dan kekuasaan Najib Razak dalam anjung politik serta sekaligus menutup kesalahan Najib di KP itu. Satu demi satu isu yang bangkit dari kementerian itu menyusahkan Zahid dan menjadikan dia sebagai pengandang biawak hidup milik Najib yang terlepas sangkar. Kalau dikira semua isu-isu yang timbul di kementerian itu ia menetas di zaman Najib menjadi menterianya. Apakah Zahid sudah terjerat dengan Najib maka beliau tidak dapat menjengukkan kepala dan akur atas apa saja arahan atau 'mempolotkan' dia dengan najis? Zahid masa ada peluang untuk membaiki keadaan. Pintu taubat belum tertutup. Beliau tidak perlu menumpukan pemikirannya untuk memburukkan parti-parti Pakatan Rakyat, sebaliknya kena membuat kerja yang ditugaskan ke atas bahunya sebagai menteri pertahanan. Kerja-kerja memburukan parti Pakatan Rakyat dan pemimpinnya serah kepada Ahmad Maslan, Puad Zarkasi, Khairy Jamaluddin yang tidak ada kerja itu, ataupun swastakan sepenuhnya kepada beberapa ekor 'dubuk parlimen' yang lompat parti. Bayar dan upah mereka, tahulah mereka membuatnya. Para dubuk parlimen seakan kekeringan idea dan kehabis isu kini untuk membantu UBN. Sayanglah kalau Zahid tidak memahami harapan dan impian rakyat yang disandarkan kepadanya. Beliau yang berlatar belakangkan pendidikan Islam tidak seharusnya bersubahat dengan kejahatan dan kebejatan. Biarlah ada 'gundal' (simpanan) di dalam Umno orang baik dan bersyaksiah seperti Zahid. Beliau patut menjadi pengislah di dalam Umno dengan peranan utamannya menyelesaikan kes-kes seperti ditinggalkan oleh Najib dalam KP itu. Selepas ini kita mahu dengar Zahid menjemput SPRM menyiasat berhubung skandal Scorpene, projek Puspahas, pemberian tander pembelian peralatan perang dan sebagainya. Kalau Zahid tidak bersedia meniru langkah diambil Nik Aziz eloklah Zahid berhenti sebagai menteri. Lebih baik kita tidak berjawatan daripada kita disumpah dan dicemuh sepanjang masa bermula dari Januari hingga ke Disember hingga ke hari kimat. Beranikah Zahid? [wm.kl.7:26 am 07/01/13] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan