Selasa, 8 Januari 2013

KRAI Utara

KRAI Utara


Kanak2 umur lima tahun menang kes £9000 kerana gigi busuk!

Posted: 08 Jan 2013 02:42 AM PST

MORLEY – Seorang kanak-kanak berusia lima tahun, Cameron Jackson, menang dalam persengketaan dengan doktor giginya di mahkamah atas kes malpraktik. Kanak-kanak  itu mendapatkan ganti rugi wang 9.000 Poundsterling Kanak-kanak itu memiliki 13 gigi susu yang sudah membusuk, ke-13 gigi susunya   dicabut semua sekali ketika dia masih berusia tiga tahun. Apabila nanti dia membesar sebagai  remaja, dia   diprediksi hanya memiliki tujuh gigi.Ibunya, Wendy Jackson, mengambil tindakan undang-undang terhadap doktor gigi yang gagal melihat gejala pembusukan gigi puteranya. Dr Raymond Matloa, doktor gigi di Street Fountain Medis, di Morley, Leeds, menolak bertanggung jawab atas kes gigi susu itu.Sejauh ini, tidak diketahui apa yang menjadi penyebab pembusukan gigi Cameron. Namun Wendy Jackson berkeras menegaskan, puteranya tidak makan gula-gula apa pun."Saya pertama kali menyedari ada sesuatu yang salah ketika Cameron tidak boleh makan makanan padat pada selama 18 bulan yang lalu," kata Wendy."Dia tidak makan makanan padat sama sekali dan bahkan tidak akan menyentuh gula-gula. Dia hanya minum susu," ungkapnya."Doktor giginya terus berkata gigi Cameron baik-baik saja tapi, saya melihat gigi anak saya kuning, bukan putih seperti warna gigi susu biasanya," jelas wanita asal Bradford ini, seperti dikutip Daily Mail, Khamis (3/1/2013)Wendy, mengatakan baawa Doktor Matloa, menyarankan untuk memberus gigi sesering mungkin, tapi ketika dilakukan giginya benar-benar hancur dan akhirnya tampak seperti pasak kecil.“Cameron, menjerit dan gusinya berdarah. Dia bangun setiap malam dan menangis,” ungkap Wendy.Dr. Matloa, mengatakan bahawa Cameron makan gula-gula terlalu banyak. Namun, hal itu tidak benar kerana Cameron tidak pernah menyentuh makanan yang keras apalagi gula-gula.(AUL)

Datuk MB ajar dan seru rakyat Malaysia berdoa jauhi bencana taufan tropika Sonamu

Posted: 07 Jan 2013 08:04 AM PST

Harakahdaily
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat(gambar) mengajak umat Islam berdoa agar ribut Tropika Sonamu tidak berlaku bencana besar.Katanya, beliau membaca dengan cemas dan bimbang laporan akhbar yang memberikan amaran tentang ribut tropika sonamu yang dijangka melanda Semenanjung Malaysia sepanjang minggu ini. "Saya menyeru kepada semua pihak agar mengambil langkah berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. "Banyakkan berdoa agar tidak berlaku bencana yang besar, berdoalah di mana juga kita berada dan tidak semestinya ketika solat sahaja. "Sesungguhnya Allah SWT Maha Kuasa menyelamatkan sesiapa yang dikehendaki dan menguji sesiapa yang dikehendaki. Antara doa yang sesuai untuk dibaca ialah :اللهم حوالَيْنَا ولا علينا، اللهم غَيْثًا مُغِيثًا، لَا مُهْلِكًا وَلَامُدَمِّرًاyang bermaksud : Ya Allah, kesampingkan (bencana) ke sekeliling kami dan bukan ke atas kami. Ya Allah, jadikanlah angin sebagai rahmat, tidak memusnahkan dan tidak menghancurkan...(Gambaran serangan Ribut Tropika Sonamu ke arah pantai timur Malaysia)Jabatan Meterologi Malaysia (MMD) dalam laman webnya mengeluarkan amaran angin kencang timur laut lebih 60 kmsj dengan ombak lebih daripada 4.5m berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Samui, Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan.Situasi ini dijangka berlaku pada 8 Januari, mulai jam dua petang dan berterusan sehingga Jumaat.Dewan Pemuda PAS Malaysia (DMPM) pula mengarahkan semua unitnya khasnya Jabatan Amal bersiap sedia untuk menghadapi segala kemungkinan.

Tiada ulasan: