. |
Tv No 3 Akan Eksploit Titah Sultan Posted: 08 Jan 2013 01:57 AM PST ULASAN Malam ini Tv No 3 akan membesar-besarkan apa yang diistilahkan sebagai kemurkaan Sultan Selangor terhadap pandangan Lim Gua Eng agar perkataan Allah dibenarkan digunakan dalam penulisan kitab Injil di Sabah dan Sarawak. Tidak tahu sejauh mana kemarahan Sultan itu kepada pandangan Guan Eng itu. Apakah tahap boleh dipancung atau pun halau ke luar negeri? Tetapi yang nyatakan tv no 3 dan tv lain juga akan perbesarkan. Mereka akan cuba memberi gambaran sultan Selangor tidak senang hati kepada cadangan itu. Yang akan ditarik dan digambarkan nanti sultan juga tidak suka kepada DAP. Media PB ada agenda tersendiri dengan menggunakan kenyataan marah itu. Sultan tidak mungkin mencampuri urusan politik kerana baginda tahu batas-batas yang boleh dan tidak boleh dilakukannya olehnya. Sultan adalah payung bukan saja untuk Melayu tetapi untuk semua ethnik yang bermukim di negara ini. Tetapi media akan cuba memberi gambaran sebaliknya. DAP khasnya Lim Guan Eng jangan mudah melatah dengan tektik media massa PB itu. Lim Guan Eng kena mendiamkan diri dan tidak perlu memberi apa-apa jawaban. Biarlah media massa PB melalak dan melaung sendiri. Rakyat sudah tahu apa yang berlaku di sebalik isu itu. Yang diharap dan didoakan media PB ialah DAP melatah kemudian diikuti pula oleh PKR dan PAS. Hari ini Pakatan Rakyat mengambil keputusan menerima perkataan Allah digunakan dalam erti kata di luar konteks Allah menurut bahasa al Quran. Apakah sultan Selangor respon kepada kenyataan dan pendirian Pakatan Rakyat itu? Barang kali perlu juga sultan Selangor menegur ketetapan Pakatan Rakyat itu? Kalau Guan Eng ditegur kenapa tidak dengan Pakatan Rakyat? Dalam keadaan UBN terdesak mereka akan menggunakan apa saja termasuk Raja-raja Melayu. Mereka tahu urusan agama terletak di bawah bidang kuasa raja-raja Melayu. Seboleh-boleh UBN akan mengheret sama Raja-raja bersimpati kepada mereka. Bagaimana pun tidak semudah itu. Raja-raja bukan budak atau pandir. Raja-raja yang membaca sejarah akan tahu dan ingat apa yang pernah Mahathir Mohamad dan Umno lakukan kepada mereka sebelum ini? Yang bersikap melampau batas dan menghina Raja-raja bukan DAP atau Pakatan Rakyat tetapi Umno. Sejarah kelancangan Umno ini semua orang masih ingat. Dalam nota ringkas ini sekali lagi diingatkan agar pemimpin DAP jangan melatah dengan kemarahan Sultan Selangor itu. Terimalah seadanya. Jangan sentuh dan kata apa-apa terhadap kenyataan sultan yang dibaca oleh setiausahanya itu. Lainlah kalau Sultan Selangor muncul sendiri di tv 3 barulah DAP boleh memberi reaksi menjawab itu setakat mana yang tidak terlindung oleh imuniti raja. Teguran sultan masih bersifat kabur. Apabila marah itu diluahkan dalam kertas ia boleh ditafsirkan dengan berbagai tafsiran lagi. Walaupun ia sudah sahih menjadi kenyatan sultan tetapi wajar kalau ia dilafazkan sendiri oleh sultan biar semua orang mendengar dengan jelas. Biar cerat. Sultan selalunya membuat kenyataan berdasarkan apa yang dinasihatkan kepadanya oleh para penasihatnya. Sebab itu kalau penasihat memberi nasihat yang salah maka salahlah titah raja itu. [wm.kl.5:52 pm 08/01/13] |
Posted: 08 Jan 2013 12:58 AM PST LENTANG PETANG Politik provokasi yang ditunjukkan oleh ahli Parlimen Batu Pahat, Puad Zarkahsi tidak menunjukkan beliau seorang ahli politik yang profesional setaraf dengan kedudukan sebagai timbalan menteri pelajaran. Puad walaupun terdesak sangat untuk mempertahankan sokongan Melayu agar terus menyokong Umno tetapi jangan sampai membuat provokasi sebegitu huduh dan buruk. Puad dilaporkan menggesa DAP agar memberi penjelasan berhubung dakwaan parti itu (DAP) akan mencetak 100,000 naskah Injil dalam bahasa Melayu menggunakan kalimah Allah. Laporan itu telah disiarkan dalam akhbar pennjilat buntut dan dipetik oleh proital berita. Puad tidak mahu memberi tahu mengenai dakwaan itu itu sebaliknya beliau ingin bertanya kepada DAP mengenai maklumat yang beliau difahamkan. Puad tidak sepatutnya berselindung di sebalik ayat atau perkataan belapik "difahami", "dikatakan" atau "menurut sumber." Politik hari ini politik realistik bukan politik halimunan lagi. Bila DAP meminta bukti dakeaan itu Puad harus memberikan buktikan. Sekiranya Puad tidak dapat menjelaskan sumbernya, ternyata Puad membuat provokasi dengan isu berkenaan. Beliau harus faham isu yang dimainkan itu sangat sensitif dan boleh menyebabkan berlaku perbalahan kaum dan agama. Apa kata kalau kalau ada orang Islam yang 'gila' dan tidak waras tatkala mendengar dakwaan Puad berasaskan sumber yang tidak sah itu, akan bertindak ke atas mana-mana pemimpin DAP? Puad kena bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku kelak. Puad diingatkan jangan terlalu sangat memanaskan keadaan sehinggakan akan mencambahkan api perkauman dan keagamaan yang melampau. Kebebasan politik itu ada batas dan sempadannya. Sesuatu yang Puad kena insaf dan sedar kalau pun beliau sendiri terlepas kuasa dan kedudukan sebagai ahli parlimen asalkan orang Melayu dan negara selamat beliau harus rela berkorban. Puad bukan segala-galanya untuk negara dan dirinya bukan aset utama. Kita masih halal untuk memanipulasikan apa juga isu tetapi rasanya bukan isu-isu seperti apa diperkatakan oleh Puad itu. Mungkin Puad berseronok bermain dengan isu-isu seperti itu. Tetapi apa kata kalau ada pihak lain juga membuat provaktif sama beliau dapat menerimanya. Sehingga ini belum ada provaktif melampau yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat terhadap BN dan Umno. Pakatan Rakyat masih mengelak menggunakan isu-isu agama dan kaum dalam mencapai nawaitu politiknnya. Sehingga kini Pakatan Rakyat merendah diri kepada apa jua provokasi BN. Apakah kalau mereka (oposisi) sudah hilang sabar mereka juga terikut membawa isu sama, apakah Puad sedia untuk menerimanya dan bertanggungjawab atas musibah bakal berlaku? Puad kena bertangugngjawab di atas dakwaan beliau itu. Kalau beliau gagal mengemukakan bukti, hatta senaskah Injil yang dicetak menggunakan kalimah Allah dan diterbitkan oleh DAP, sudah cukup untuk rakyat akan menghukum beliau nanti. Selamanya Puad akan dilihat sebagai politician yang busuk, kotor dan najis seperti mana Musa Hitam dalam kaitan isu Memali. Saya bimbang dakwaan tidak berasas itu Puad itu ia bukan memberi laba kepada UBN khasnya Umno tetapi memberi rugi yang besar. Saya percaya cara Puad berbuat demikian bukan atas restui Najib atau Umno seluruhnya tetapi ia adalah adalah pandai-pandai Puad saja yang kini kian giat untuk menyaingi Ahmad Maslan dalam membantu parti mereka yang juga membuat pelbagai provaksi dan ego tinggi menunjukkan kononnya merekalah yang cerdik. Baik Puad dan Mat Maslan tirulah cara Ahli Parlimen Temerloh, Saifuddin Abdullah berpolitik, logik, terbuka dan tidak ada unsur-unsur dan sentimen kebencian melampau. Jenis dan rupa diri politik seperti Saifuddin Abdullah itulah yang disenangi semua pihak. Apa lagi sebagai seorang timbalan menteri pelajar Puad tidak patut sesekali berperangai kencing 'kilat' iaini kencing tidak basuh. Cara Puad menyembur politiknya itu tak ubah orang kencing kilat. [wm.kl.4:47 am 08/01/13] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan