Rabu, 9 Januari 2013

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Ustaz Azhar Idrus Ulas Isu Kalimah Allah

Posted: 09 Jan 2013 03:00 PM PST






http://sphotos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/13683_432836220122229_1481685906_n.jpg

Koleksi Printscreen Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus ( Original )

169-isu penggunaan kalimah Allah

UAI - bergantung keadaan ia digunakan sebenarnya..jika digunakan utk perkara yg salah, pemerintah umat Islam hendaklah menghalangnya..

Pengawal Rumah Pam SYABAS Siap Pakai Senjata Api Halang Rakyat Dapat Maklumat Tepat?

Posted: 09 Jan 2013 07:08 AM PST

http://sphotos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/431223_311030905675318_11871316_n.jpg

http://sphotos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/409631_10151335492088114_1091246901_n.jpg

MB: Krisis air wajarkan S'gor tamatkan segera konsesi SYABAS

Kerajaan Selangor berpendapat gangguan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mewajarkan perjanjian konsesi air dengan Syarikat  Bekalan Air Selangor (SYABAS) ditamatkan segera dan kerajaan negeri dibenar campurtangan dalam operasi air.

"Bagi mengelakkan gangguan bekalan yang lebih teruk serta menjamin kepentingan pengguna air, kerajaan Selangor berpendapat adalah wajar ketika ini perjanjian konsesi ditamatkan sekaligus dan Selangor dibenar melaksanakan 'step in' dalam operasi SYABAS.

"Kita yakin masalah ini hanya dapat diatasi jika kerajaan pusat bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk mengambil alih perkhidmatan air seperti dihasratkan Akta Perkhidmatan Industri Air atau WSIA 2006," kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam sidang media selepas mesyuarat Exco petang ini.
Masalah ketiadaan air mula melanda sekitar Selangor dan Kuala Lumpur sejak 29 Disember lalu.

SYABAS dalam kenyataannya berkata ia berpunca daripada kerosakan pam di rumah pam Wangsa Maju dan Pudu Hulu Baru.

Menurut Khalid, kegagalan rumah pam di Wangsa Maju yang didakwa SYABAS berpunca daripada alat ganti Variable Speed Drive (VSD) adalah tidak berasas.

"Ini kerana sistem VSD memerlukan penyelenggaraan berkala sedangkan SYABAS tidak mempunyai sebarang kontrak penyelenggaraan berkala dengan pembekal VSD.

"Sebelum ini SYABAS hanya memanggil pembekal untuk penyelenggaraan apabila ada masalah timbul," katanya yang melawat rumah pam Wangsa Maju pada 7 Januari lalu.

Tambahnya, pemeriksaan kerajaan negeri dengan pembekal VSD juga mendapati SYABAS gagal mengenal pasti punca sebenar kegagalan operasi rumah pam Wangsa Maju.

"Menurut pembekal VSD, insiden "pump tripped" bukan kerana kegagalan VSD kerana ia adalah sistem pintar yang menerima maklumat dari luar seperti keadaan motor, pam, getaran, suhu dan lain-lain.

"Sekiranya parameter melebihi had yang telah ditetapkan dalam sistem VSD, maka barulah pam itu akan berhenti (tripped)," katanya sambil menambah kenyataan SYABAS bahawa alat ganti itu perlu diimport dari Finland tidak benar kerana ia boleh didapati dari China melalui perkhidmatan kurier.

Beliau turut mempertikai kenyataan bercanggah bahagian korporat SYABAS yang menyatakan masalah itu boleh diatasi dalam masa tujuh hari dan kenyataan pengerusi SYABAS yang menjangkakan ia berlarutan sehingga Tahun Baru China.

"Ia menunjukkan seolah-olah ada agenda tersembunyi untuk menimbulkan suasana panik dan seterusnya membangkitkan rasa marah di kalangan pengguna air di Lembah Klang kepada kerajaan negeri yang difitnah dan ditohmah sebagai punca masalah," jelasnya.

Gambar Samseng Hidung Ditikam Pisau!

Posted: 09 Jan 2013 06:46 AM PST

http://melayukini.net/wp-content/uploads/2011/11/cucuk-pisau-hidung.jpg

Akibat terlalu ghairah mengejar kemewahan, seorang samseng jalanan, yang mempunyai tatoo bertulis, "Hand to Kill", telah ditikam dengan pisau di hidungnya oleh musuh-musuh yang membencinya. Hidungnya yang mancung dan lubang yang kecil telah membesar sebanyak 10 kali ganda.

Kalimah Allah – Mengapa Berpolimik Lagi?

Posted: 09 Jan 2013 05:45 AM PST



1. Isu mengizinkan atau mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain khasnya agama-agama samawiyyat (langit) seperti oleh kaum Kristian dan Yahudi sekali lagi menjadi polemik besar yang boleh sahaja 'meledakkan' negara ini. PAS tetap tegas menyatakan pendiriannya sekaligus membuktikan bahawa bukan sokogan politik atau undi yang diburu PAS, tetapi komitmen matlamatnya untuk meletakkan -Islam yang syamil-mutakamil dan kedudukan Allah sebagai Rabbul 'Alamiin -Tuhan Seru Semesta Alam ini dalam jajaran perjuanganya mendaulatkan Islam yang bakal menaungi dan merahmati semua.

2. Merujuk kepada masdar utama Syariah Islam yakni Al-Quran, wujud ayat-ayat secara dalil yang jelas menerangkan kedudukan perkara ini. Contoh-contoh ayat di mana perkara ini menjadi maudhu' bicara atau Khitob Allah SWT adalah dalam ayat-ayat dalam surah Az-Zumar: 3, Luqman:25 dan yang paling jelas ialah pengakuan Allah sendiri bahawa namanya ditasbihkan dalam tempat-tempat ibadat kaum Yahudi dan Nasrani di samping di masjid dalam surah Hajj ayat 40.

3. Beristidlal secara yang betul yakni pertama menggunakan Al-Quran, As-Sunnah dbsnya, akan menemukan kita bahawa bahawa hukum asalnya ialah ianya 'Yazuz' atau diizinkan, diharuskan dan tidak dilarang. Jelasnya ia bukan satu yang diharamkan atau kegunaannya bukanlah satu yang 'eksklusif ummat ummat Islam sahaja kerana Allah tidak dimilikki ummat Islam sahaja bahkan Allah adalah RABB-Tuhan seluruh seru semesta Alam. Penegasan ini yang kita ulangi bacaan setiap hari 17 kali sehari semalam dalam Al-Fatihah ditegaskan olih Sheikh Prof Dr Yusuf Qardhawi.

4. Adapun setelah diharuskan digunakan maka adalah mustahak dan penting untuk keharusan itu tidak disalahgunakan samada konteks yang tidak sesuai seperti merujuk kepada berhala, dewa-dewa dsbnya atau tujuan mendi'ayah ummat Islam dalam program Kristianisasi seperti yang ditakuti atau dikhuatiri ummat Islam di negara ini.

5. Maka barulah betul kita merujuk kemudiannya kepada kepada Qawaid Fiqqiyah setelah merujuk kepada al-Quran (cara betul mencari dalil atau beristidlal dalam Islam) dan tidak sebaliknya yakni tiba-tiba haram kerana Qaedah 'as-Sadda az-Zari'ah' atau menutup pintu-pintu kemudaratan, sebelum kita meneliti wujudnya Nas atau Nusus secara jelas tentang perkara atau maudhu tersebut dalam Al-Quran sendiri atau Hadith.

6. Penguasa politik dan pembuat dasar wajar menurunkan enakmen atau peraturan supaya keharmonian antara agama dan budaya dipelihara dan kalimah Allah tidak disalahguna atau eksploitasi untuk tujuan-tujuan salah seperti yang didakwa sesetengah pihak. Saya difahamkan sudah ada pihak paderi dan pimpinan gereja dan agama lain yag mahu bekerjasama untuk mempastikan ini dapat dijaga dan dilindungi dengan baik.

7. Inilah uslub atau pendekatan paling cantik, wajar dan sesuai dalam mebghidupkan 'Politik Li Ta'arafu' dalam landskap demokratik baru politik nasional negara ini. Inilah dia sesungguhnya pendekatan 'pertegahan' atau 'Uslub Wasotiyyah' PAS, yang kini disenangi oleh pelbagai pihak – Melayu-Islam dan penganut agama lain sekaligus mengisi tuntutan 'ruang tengah' politik negara. Saya masih ingat bahawa inilah pesanan dan amanat Sheikh Prof Dr Yusuf Qardhawi ketika mengadakan muzakarah tertutup dengan pimpinan tertinggi PAS sebelum pilihanraya umum ke-12 dulu.

Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat

_____________________________________________________________________________________

(Atas permintaan, saya tampilkan sekali lagi penulisan asal bagi menyokong pandangan Presiden PAS yang mewakili pandangan pimpinan tertinggi parti. Makalah ini yang pertama kali terbit pada 22 Januari 2010 dengan jodol Pendirian Kalimah 'Allah' Ulama PAS– satu wajah dua sisi? (polemik kalimah Allah-gelombang pertama) kini dalam BI dalam buku saya 'Striving for Change'. Allah SWT sahaja yang lebih mengetahui mengapa polemik ini dibangkitkan sekali lagi, meskipun orang politik wajar 'membaca' mengapa ia berlaku diambnag PRU ke-13 ini!). Sudi membaca silakan….

Saya telah diminta untuk menjelaskan dan memberi rasional kenapa tampak seperti ada dua sudut pandang dan pendirian yang berlawanan di kalangan tokoh-tokoh ulama utama PAS dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan-Islam. Ia bukanlah sesuatu yang mudah dan saya pula berasa amat tidak selesa dengan permintaan ini.

Mursyidul Am PAS, Tok Guru Dato' Nik Abd Aziz (TGNA) dan Tuan Guru Presidennya, DS Hj Abd Hadi Awang (DSHA) mewakili pandangan yang menyatakan bahawa penggunaan kalimah Allah oleh pengikut agama-agama lain itu 'yajuz' atau 'harus', khususnya agama-agama warisan Nabi Ibrahim (Kristian dan Yahudi), sementara Timbalan Mursyidul Am Majlis Syura Ulama PAS, Dato' Dr Haron Din (DDHA) (dan juga beberapa buah NGO Islam dan sebilangan ahli akademik) mengambil pendirian berlawanan, iaitu tidak membenarkan penggunaan kalimah itu oleh orang lain.

Saya memang mahu menulis artikel ini lebih awal, tetapi telah mengambil sikap bersabar sedikit untuk membaca tulisan-tulisan yang lain terlebih dahulu, terutamanya yang ditulis oleh para ulama. Justeru ketika tidak mendapati analisis ini, saya menulis juga artikel ini selepas diminta berbuat demikian.

Supaya tidak terlalu panjang dan bagi manfaat orang awam, juga penganut agama-agama lain, saya akan cuba memudahkan wacana teologi yang agak rumit ini. Namun begitu, saya tidak pula dapat mengelak daripada menggunakan beberapa terminologi atau perkataan Arab. Barangkali ia adalah pendedahan yang juga ada kebaikannya untuk sesetengah pembaca.

Secara mudah, kedua-dua pendirian yang berlawanan ini terhasil kerana kedua-duanya melihat subjek ini daripada pendekatan metodotogi yang berbeza, yang bersandarkan dua perspektif yang juga berbeza. Oleh itu, tidaklah memeranjatkan sekirannya ia menghasilkan rumusan yang berlawanan juga.

Lebih menarik, walaupun pendirian dan rumusannya tampak berlawanan, namun kedua-duanya masih berada dalam lingkungan pandangan pemikiran Islam, dan secara umumnya 'betul' dalam perspektifnya masing-masing. Jika ia kedengaran mengelirukan atau pelik, mari kita gunakan analogi "satu wajah, dua sisi"(2 sides of the same coin). Saya akan berusaha bersikap adil dan objektif dalam hal ini.

Kedua-dua sisi 'wajah' ini pastilah nampak berbza, tetapi ia masih mewakili wajah yang sama seumpama satu syiling. Kita tidak perlu bertegang leher bagi menentukan sisi mana yang betul atau lebih penting. Ia bukanlah usaha untuk menentukan pendirian yang betul atau salah, sebaliknya yang 'lebih tepat' ialah untuk menentukan pandangan atau perspektif mana yang lebih wajar diambil setelah mengambil kira konteks ruang dan realiti semasa yang tertentu. (yang lebih 'rajih'-'kuat' mengikut maslahah-keperluan-konteks).

Secara mudah, sebagai ad-Deen atau Cara Hidup, Islam berdiri di atas dua tonggak, iaitu:

1. Aqidah – perkara-perkara berkaitan teologi mengenai Kepercayaan dan Keimanan kepada Allah (dan rukun-rukun Iman yang lain seperti Kenabian, Wahyu dan sebagainya)

2. Ibadah – perkara-perkara berkaitan kepatuhan/pengabdian manusia terhadap Allah SWT.

Kedua-dua tonggak ini merupakan agenda utama Risalah-Dakwah semua Nabi dan Rasul, termasuk Nabi Muhammad SAW. Dakwah merupakan raison de'etre atau intipati tugas semua Nabi (Wazifatul Rasul). Dakwah juga adalah sebab dijadikan seluruh semesta alam ini bagi Allah diperkenalkan kepada makhluq dengan perantaraan para anbiyaa' dan mursaliin melalui Syariat dan Manhaj (Metodologi) tertentu. (likulli ja'alna minkum syir'atan wa minhaja – al-ayat).

Jika ini telah difahami, maka kita akan beralih kepada usaha memahami kedua-dua sudut pandang di atas.

DDHD berhujah dari perspektif aqidah, sementara TGNA dan DSHA pula mengambil perspektif Dakwah (dan bidang Siyasah Syar'iah – 'Politik dari Syariah' – yang lebih luas), tanpa menafikan kepentingan perspektif Aqidah, sisi pandang DDHD.

Dari perspektif disiplin Aqidah Islam, Allah merupakan nama khas Al-Ilah atau Tuhan (lafzul-Jalalah) yang merangkumi ketiga-tiga aspek Keesaan Ketuhanan, iaitu sebagai Pencipta dan Pemelihara (Tauhid Rububiyah), Pembuat Undang-undang (Tauhid Uluhiyah), serta Tauhid Asma' wa Sifat yang mewakili 99 NamaNya yang terkandung dalam al-Quran (seperti al-Rahman, al-Rahim, al-Malik, al-Quddus dan lain-lain) serta 20 SifatNya (al-Wujud, al-Baqa', al-Wahdaniyah dll).

Surah al-Ikhlas (ayat 1-4) menegaskan Ketunggalan Keesaaan Allah ini.

FirmanNya:

Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;"Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya."

Berdasarkan huraian di atas, bolehlah disimpulkan bahawa Keesaan Allah merupakan tonggak terpenting Islam, dan bahawa tidak ada sesiapa atau apa-apa pun yang setaraf, bersekutu atau serupa denganNya. Sejak manusia sedari zaman Nabi Adam AS lagi, telah melakukan pelbagai dosa dengan menyekutukan Allah dengan pelbagai bentuk tuhan, dewa atau anak dan sebagainya, maka Allah telah mengutuskan para Nabi bagi menyucikan dan memurnikan kepercayaan kepada KeEsaan Tuhan.

Disiplin Usuludin merupakan cabang pemikiran Islam yang berperanan memelihara dan mempertahankan ketulenan dan kesucian keimanan terhadap Keesaan Allah dan rukun-rukun keimanan (Al-'Aqaid) yang lain. Di kalangan orang Islam, pengetahuan yang mendalam tentang Usuludin adalah penting dan utama kerana ia berperanan memelihara penganut Islam daripada amalan dan kepercayaan yang salah dan sesat. (Awwaludin MakrifatulLah – Pertama dalam agama adalah Mengenali Allah).

Sehingga ke tahap ini, jelas bahawa hujah bagi menyokong penekanan terhadap pengetahuan Umat Islam dalam aspek Usuludin atas perbahasan isu ini, terutamanya pelbagai aspek Aqidahnya, termasuk Nama-nama dan Sifat-sifat Allah adalah meyakinkan dan kukuh.

Menurut metodologi ini, sayugia dijelaskan bahawa Nama Allah adalah termasuk dan dianggap sebagai sebahagian daripada ciri atau milik khusus agama Islam atau "Ekslusif bagi Ummat Islam sahaja".

Hal ini adalah kerana hanya orang Islam sahaja yang menerima dan mengimani Allah sebagai Al-Ilah atau Tuhan seperti yang dihuraikan di atas (Lafzul Jalalah). Justeru itu maka hanya orang Islam sahaja yang berhak dan layak untuk menggunakan Nama Allah itu kerana penggunaan nama Allah oleh yang golongan agama lain, tidak menjamin maksud yang sama. Apatah lagi ia juga merupakan Lafzul-Jalalah, ia itu nama khas dan istimewa Allah, selain daripada 99 NamaNya yang disebut sebelum ini.

Permasalahan dikesani ketika melampaui peringkat perbahasan dan wacana ini, dimana logika pendekatan ini, penggunaanya bukan sahaja tidak dibolehkan kepada orang lain, tetapi ia kini telah turut dikanun atau diundang-undangkan sebagai satu kesalahan oleh beberapa undang-undang negeri-negeri yang sedia ada.

Oleh sebab perkataan itu ditanggappi suci atau kudus dalam Islam, maka ia tentulah tidak boleh digunakan oleh orang lain. Perkataan-perkataan lain yang termasuk ke dalam kategori ini adalah Kaabah, Mufti, Ulama dan sebagainya. Kini ia telah 'diharamkan' dan dijadikan 'eksklusif' bagi umat Islam di sesetengah negeri di Malaysia. Hal ini kini diperdebatkan dengan begitu sengit sekali. Bantahan terhadap pendirian sebegini tampaknya telah menjadi lebih pelik mentelahan zaman pencerahan maklumat dan ledakan pengetahuan sekarang ini.

Bersekali dengan kebimbangan terhadap salah guna dan ancaman kegiatan mubaligh Kristian di kalangan umat Islam, maka langkah mengharamkan penggunaan kalimah Allah itu ditanggapi golongan ummat Islam ini sesuatu yang tampak kena dan wajar. Penelitian terhadap fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan pada Mei 2008 menyerlahkan jalur fikiran dan garis hujah ini. Kes pengharaman edisi bahasa Melayu akhbar mingguan The Catholic Herald oleh Kementerian Dalam Negeri baru-baru kini menjadi kontroversi besar berpotensi menggegarkan negara ini.

Meneliti pendirian yang diambil oleh AJK PAS, yang juga merupakan pendirian TGNA dan DSHA, dalam isu penggunaan Nama Allah membawa kita sekaligus menelusuri konteks Dakwah Nabi Muhammad yang lebih besar – yang mengambil masa selama 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah.

Al-Quran telah dengan begitu jelas sekali merakamkan bahawa masyarakat yang wujud semasa kemunculan Nabi terakhir, Muhammad SAW, telah turut sama menggunakan perkataan Allah. Allah SWT berfirman dalam al-Quran
Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" . (Luqman:25)

Dari segi teologi, walaupun para penyembah berhala di Mekah menerima Allah sebagai Rabb (Tuhan), namun mereka juga mengadakan berhala-berhala dan sebagainya di sisi Allah dan menganggapnya sebagai tuhan juga. Ketauhidan Allah yang sempurna tidak mereka imani. Bukan mereka tidak mengimani Allah tetapi meyekutukan Allah dengan berhala-hala atau tuhan-tuhan lain.

Bahkan Allah menerangkan apakah sebabnya amalan syirik itu mereka teruskan dalam Firman Allah SWT dalam surah az-Zumar, ayat 3: "Tidaklah kami menyembah mereka kecuali untuk kami dapat bertaqarrub (mendekatkan diri) dengan Allah".

Pun begitu, kedudukan golongan Ahli Kitab. Lebih jelas lagi, bagi agama-agama warisan Nabi Ibrahim yang lain pula, perkara penggunaan perkataan Allah ini dilihat jelas dalam surah al-Haj, ayat 40.

"Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamaNya".

Daripada pelbagai ayat ini, para Mufasiir berhujah bahawa nama Allah bukanlah hak eksklusif orang Islam. Imam Al-Qurtubi (1214-1273), pakar tafsir al-Quran, merumuskan bahawa dalam ayat 40 di atas, Allah bukan sahaja disebut dan dibesarkan di masjid-masjid, tetapi juga ditempat-tempat keagamaan agama-agama warisan Nabi Ibrahim yang lain, terutamanya agama Yahudi dan Kristian

Selain itu, kita juga merujuk kepada pandangan dua tokoh ulama kontemporari di dunia Islam, iaitu Sheikh Dr Yusuf al-Qaradawi dan Sheikh Dr Wahbah al-Zuhaili, yang melawat negara kita baru-baru ini, berhubung isu ini.

Kedua-dua mereka bukan sahaja mengaggap penggunaan nama Allah oleh penganut agama samawi (langit) dibenarkan dari sudut Hukum Asal (Al-Aslu), malah juga adalah digalakkan, sebagai kaedah bagi menyatukan Persaudaraan Kemanusiaan berdasarkan Tuhan yang sama dan Esa (Tunggal). Kesatuan Ummat Islam pula dipaksikan di atas Kesatuan Tauhid. Pandangan tokoh-tokoh Ulama ini, seperti juga pandangan TGNA dan DSHA meyimpulkan sesungguhnya agama secara umum wajar menyatukan, dan tidak sebaliknya memecah-belahkan manusia.

Nah, maka jelas bahawa dari sudut nas (Fiqh An-Nusus), kebenaran penggunaan nama Allah ini adalah termaktub dalam al-Quran. Apabila wujud Nas tambahan secara Qat'iy-Putus (Qat'iyyatul Dilalah), dalam metodologi mengambil dalil hukum 'Al-Istidlal' seharusnya tidak boleh diatasi atau mengatasi sumber yang disandarkan kepada sumber-sumber hukum yang lain seperti ijma' atau qiyas tambah lagi kalau ianya hanyalah sekadar qawaid fiqhiyyah seperti 'as-Sadda Zari'ah atau kaedah fiqh bagi 'menutp pintu-pinti kemudharatan'.

Lebih penting, harus juga disedari bahawa keseluruhan al-Quran itu sendiri adalah jelmaan dan penghayatan Dakwah dan Risalah Nabi Muhammad SAW dalam tugas besar baginda menterjemahkan maksud sebenar "Islam sebagai Rahmat kepada Sekelian Alam" – Rahmatan Lil-'Alamin.

Ternyata pendirian DDHD dan lain-lain akan hanya menatijahkan "Keterasingan" (Disengagment) dan iklim eksklusif, sementara pandangan sebaliknya menekankan peri perlunya Islam dan umat Islam mengambil sikap 'Inklusif' dan 'Keterterliban-Keterangkuman' (Engagement) dalam agenda besar Dakwah dan Penampilan Advokasi Politik Islam. Keterlibatan, bukannya Pengasingan, seharusnya menjadi pertimbangan asas para pembuat dasar di peringkat legislatif dan para pemikir di institusi-institusi Islam lain di negeri dan peringkat Pusat.

Walaupun pendekatan Usuludin menekankan kepentingan ketulenan iman di kalangan umat Islam, namun malangnya, secara tidak sengaja, ia turut terserlah dan mengambil bentuk 'mentaliti-terkepung' (siege mentality) apabila berhubungan dengan golongan agama dan budaya lain. Sangat malang kalau ini terus-terusan menular di kalangan penguasa politik dan pembuat dasar.

Mahu tidak mahu ia akan menjadikan Islam dan nama Allah dan lain-lain perkataan 'suci-quddus' sebagai hak eksklusif orang Islam yang mesti di'lindungi' dan dipertahankan daripada 'peggunaan' penganut agama-agama yang lain. Kita tidak mungkin boleh berhubung dengan orang lain jika kita bersikap eksklusif. Sebaliknya, kita akan menyudutkan, malah meminggirkan orang lain dengan sikap tersebut.

Selain ia bakal menyuburkan rasa benci, ia juga akan menjadi 'baja' kepada sikap saling tidak mempercayai di antara agama-agama, iaitu sesuatu yang berlawanan sama sekali dengan tujuan Dakwah dan Risalah. Secara umum, ini tidak boleh dipertahankan, malah kelihatan serba songsang dengan mindset 'Dakwah Islam' dan "Islam yang Universal".

Pendirian TGNA dan DSHA yang mewakili pandangan arus perdana PAS telah membuat penegasan bahawa 'berdasarkan prinsip-prinsip al-Quran dan Islam, penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama-agama warisan Nabi Ibrahim seperti Kristian dan Yahudi adalah dibolehkan-diharuskan".

Dalam pada itu, kedua-dua tokoh ini juga telah menegaskan bahawa penggunaan kalimah Allah juga tidak boleh disalah guna atau diselewengkan kerana ia akan memberi kesan ke atas keharmonian hubungan agama dan kaum di negara ini. Pada saat yang sama seorang ilmuan Islam dan mantan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri, turut menekankan keperluan diadakan garis panduan yang jelas bagi penggunaannya. Kata beliau, kalimah Allah hanya boleh digunakan bagi merujuk kepada Tuhan Yang Tunggal, bukannya dikaitkan dengan berhala, dewa-dewa dan sebagainya.

DSHA turut menolak percubaan untuk mempolitikkan isu ini kerana ia boleh mengancam keamanan di kalangan pelbagai golongan agama. PAS mengutuk keras perbuatan mengugut sebagai cara untuk menakut-nakutkan rakyat supaya akur dan tunduk kepada peraturan yang mereka sendiri sangsi dan tidak fahami. Kedua-dua TGNA dan DSHA turut mencadangkan jalan keluar yang berasaskan dialog dan perbincangan atas dasar sikap saling menghormati dan persefahaman di antara agama dan budaya dalam proses pembinaan-semula bangsa kita.

Saya berani menyatakan bahawa PAS kini telah muncul sebagai sebuah parti Islam yang memahami tentang perlunya wujud tuntutan 'Politik Plural-Majmuk' dan dalam bahasa al-Qurannya 'Politik Li Ta'arafu' dalam landskap demokratik baru politik nasional negara ini. Inilah dia sesungguhnya pendekatan 'pertegahan' atau 'Uslub Wasotiyyah' PAS yang kini disenangi oleh pelbagai pihak – Melayu-Islam dan penganut agama lain sekaligus mengisi tuntutan 'ruang tengah' politik negara. Saya masih ingat bahawa inilah pesanan dan amanat Sheikh Prof Dr Yusuf Qardhawi ketika mengadakan muzakarah tertutup dengan pimpinan tertinggi PAS sebelum pilihanraya umum ke-12 dulu.

Sekali lagi ditegaskan bahawa pendirian ini tidak diambil semata-mata untuk memenangi hati atau lebih banyak undi di kalangan orang bukan Islam. Sebaliknya PAS mendedahkan dirinya dengan risiko bantahan oleh para penyokong tegarnya. Tetapi pimpinan tertinggi 'PAS tegas dengan Prinsip' tetapi sentiasa bersedia 'berijtihad' untuk melaksanakan tuntutan realiti dalam konteks sosio-politik di negara majmuk ini. Tuduhan yang mengatakan bahawa PAS 'menjual' dan 'menggadai' agama kerana politik dan kuasa adalah sangat jahat dan tidak berasas sama sekali!

Sebagai sebuah parti Islam, PAS perlu melakukan apa yang "Benar" di mata al-Quran terlebih dahulu, dan setelah itu berusaha keras untuk menyesuaikannya dengan waqi' demografi kita (Fiqh Waqi') yang sesungguhnya majmuk dan sangat rencam ini.

Benar, kami perlu memenangi hati-budi orang Islam-Melayu. Benar kami juga perlu mengambil jalan sederhana untuk mendapat sokongan 'ruang tengah'. Namun lebih benar lagi ialah perjuangan kami untuk mencari keredhaan Allah terlebih dahulu dengan medukungi Kebenaran dan Keadilan dalam setiap waktu dan keadaan, meskipun bertentangan dengan kepentingan politik kepartaian kami sendiri. Kami akan tetap mendukungi perjuangan untuk mewujudkan "Keadilan Untuk Semua" seperti yag dituntut Allah SWT.

Jika dengan berbuat demikian kami kemudiannya memperoleh kepercayaan, mandat dan sokongan pengundi, maka kami ucapkan Segala Pujian hanyalah untuk Allah, Tuhan Sekelian Alam.

Alhamdulillah! Allahu Akbar!

Faqir ilalLah,

Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Eksekutif, Pusat Penyelidikan PAS Pusat.

Betul Ke Isteri Mat Yo Panggil Annuar Musa 'Anjing'?

Posted: 08 Jan 2013 08:58 PM PST

Guru Tadika Berdepan Tindakan DIsiplian Akibat Upload Gambar Bogel

Posted: 08 Jan 2013 06:40 PM PST

Guru tadika berdepan tindakan disiplin
Wartawan Sinar Harian
9 Januari 2013

BANDARAYA MELAKA - Seorang guru tadika kini berdepan tindakan disiplin setelah dia didakwa menggunakan kemudahan komputer di tadika berkenaan untuk memuat naik video bogelnya.

Wanita berusia 48 tahun itu dikatakan melakukannya ketika bersembang dengan seorang kenalan laman sosial bulan lalu.

Perbuatannya itu terdedah apabila wanita berkenaan membuat laporan polis, kelmarin selepas kenalannya itu mengugut akan menyebarkan video berkenaan sekiranya dia gagal memberi sejumlah wang kepada lelaki berkenaan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelajaran, Belia dan Sukan, Datuk Gan Tian Loo berkata, walaupun bersimpati dengan wanita berkenaan, tindakan disiplin tetap boleh dikenakan terhadapnya kerana menyalah guna kemudahan disediakan.

Al-Kisah Deepak, Roopiah, Altantuya, Bala, Zaid Hamidi, LTAT dan Wang Berjuta!

Posted: 08 Jan 2013 06:16 PM PST


Maka tersebutlah al-kisah pendedahan satu lagi kes pengkhiantan serta penipuan dan rompakan tanah Negara oleh pimpinan UMNO/BN. Tanah seluas 200 ekar yang bernilai lebih 300 juta yang difaraidkan di antara pimpinan dan kroni. Terkaitlah juga kisah pemberian barang kemas yang bernilai RM 13 Juta kepada kelompok manusia yang tidak mengenali makna puas dan mempunyai nafsu yang begitu rakus dalam budaya politik yang kotor dan ganas. Serta timbul kembali segala najis dan kekotoran yang selama ini ditanam dan disembunyikan dari pandangan umum berhubung pembunuhan Altantuya, kenyataan bersumpah PI Balasubramaniam dan sebagainya.

Menurut Deepak pula dialah yang memujuk PI Balasubramaniam menarik balik kenyataan bersumpah pertamanya. Menurutnya lagi dia sanggup melakukan kerja kotor itu sebagai 'khidmat' untuk pimpinan Negara dan sekarang beliau ingin mendedahkan semua kerana marah ditipu oleh Roopiah. Dan melalui pendedahan ini akan timbul kembali segala najis yang telah selama ini cuba ditenggelamkan.

Tuduhan yang serius seperti ini mencemar imej pimpinan Negara tetapi mereka mendiamkan diri tidak memberi sebarang respon, kecuali membeli saham syarikat Deepak dengan mengguna duit Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)! Zaid oh Zaid, sanggup diperkudakan Angkatan Tentera untuk menutup najis ini?

Sekali lagi terbukti, jika rakyat inginkan kebenaran dan tahu kisah sebenar, perlu dilakukan satu perubahan pemerintahan sehingga semua institusi keadilan akan dibebaskan dari cengkaman golongan yang berkuasa. Perkara sebenar yang berlaku tidak akan diketahui secara yakin dan muktamad, sehingga kerajaan BN ditukar dengan PR!

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Tiada ulasan: