Rabu, 9 Januari 2013

Biaqpila

Biaqpila


KEPUTUSAN LIGA SUPER 09/01/13

Posted: 09 Jan 2013 02:00 PM PST

Ulama PAS bersama rakyat di HKR Sabtu ini

Posted: 09 Jan 2013 08:47 AM PST

KUALA LUMPUR: Dewan Ulama PAS Pusat akan turut serta dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari, Sabtu ini.

Setiausaha Dewan Ulama Dr Khairuddin At Takiri berkata ahli Ulama akan membanjiri Stadium Merdeka dengan diketuai oleh Naib Ketua Dewan Ulama Dr Mahfodz Mohamed.

Beliau juga menyeru semua rakyat yang prihatin dengan masalah negara agar turun dalam himpunan itu untuk menyatakan pandangan dan menuntut pemerintahan yang telus berasaskan Al Quran dan Sunnah.

"Keadilan adalah hak seluruh rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan agama, " katanya kepada Harakahdaily.

Beliau juga telah memaklumkan kepada ahli Ulama di peringkat cawangan, Dun dan kawasan untuk turun bersama pada hari bersejarah nanti.

Hari ini, pihak pengurusan Stadium Merdeka memberi kebenaran menggunakan stadium itu untuk Himpunan Kebangkitan Rakyat.

Sekretariat himpunan menjangkakan sejuta peserta akan memenuhi Stadium Merdeka itu nanti.

DATANG BERAMAI-RAMAI!!! HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT SABTU 12.1.13 STADIUM MERDEKA KL 2:00PTG

Himpunan 12 Jan: ‘Game over’ untuk Umno BN

Posted: 09 Jan 2013 04:00 AM PST


KUALA LUMPUR: Dengan ketibaan tahun baru 2013 maka kita telah memasuki fasa pecutan terakhir di dalam persiapan PRU13 untuk mempertahan dan meluaskan kemenangan khususnya bagi menawan Putrajaya.
Demikian kata Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan dalam satu kenyataan.
Fasa terakhir ini, katanya bermula dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 yang akan diadakan pada hari Sabtu, 12 Januari dari jam 2.00 hingga 5.00 petang di Stadium Merdeka.
Kenyataan penuh beliau sebagaimana di bawah.

Dengan ketibaan tahun baru 2013 maka kita telah memasuki fasa pecutan terakhir di dalam persiapan PRU13 untuk mempertahan dan meluaskan kemenangan khususnya bagi menawan Putrajaya.

Fasa terakhir ini bermula dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 yang akan diadakan pada hari Sabtu - 12 Januari 2013, dari jam 2.00 pm hingga 5.00 petang di Stadium Merdeka.

Dari soal Lynas, Felda, Royalti, Pengerang, tuntutan Bersih, pembelian kapalselam dan banyak lagi isu rasuah dan penyelewengan; himpunan gergasi ini akan menjadi tanda jelas penolakan rakyat terhadap kejelekan dan sikap semberono pemerintah Umno BN merompak hak Rakyat. Penolakan ini kita akan muktamadkan dalam PRU13 kelak.

Saya juga percaya terdapat usaha sistematik pemerintah dan media arus perdana dengan membangkitkan isu-isu lapuk seperti Amanat Haji Hadi yang telah berusia lebih 30 tahun bagi mengalih perhatian masyarakat dari acara terbesar dalam sejarah tanah air kita ini.

Memandangkan kerajaan takut untuk menjemput Tuan Guru Presiden untuk bermuzakarah secara live, kami berpandangan isu ini telah gagal dieksploitasi oleh Umno dan boleh diisytihar sebagai game over.

Saya ingin mengajak semua pihak untuk meninggalkan permainan media pemerintah, kembali fokus kepada PRU13 dan menggunakan semua ruang yang ada - facebook, twitter, emel, banner dan sebagainya untuk merancakkan hebahan Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 ini lantas melipat-gandakan penyertaan.

Dewan Pemuda PAS Malaysia telah pun mengeluarkan arahan kepada seluruh saf pemuda untuk turun beramai-ramai menjayakan himpunan ini.

Kita menjangkakan sekurang-kurangnya 50,000 pemuda PAS untuk bersama-sama warga Malaysia yang lain membanjiri dataran Stadium Merdeka kelak.

Suara Sejuta Rakyat akan bergema merayakan perubahan, Insya Allah!

Sehingga setakat ini kami dimaklumkan rakyat Malaysia di London, Taiwan dan Sydney telah pun bersedia untuk mengadakan himpunan yang sama bagi meraikan himpunan rakyat di Kuala Lumpur ini.

Oleh itu, kita juga telah meminta pendokong PAS luar negara di lokasi-lokasi utama lain untuk mengadakan himpunan yang sama sebagai tanda sokongan.

Pada masa yang sama, DPPM telah pun menjemput wakil-wakil kepimpinan pemuda di dalam Pakatan Rakyat untuk mengadakan mesyuarat koordinasi.

Ianya bertujuan untuk memperhebat promosi dan menjayakan himpunan ini sebagai himpunan terbesar dan paling aman di dalam sejarah Malaysia.

Unit Amal Malaysia juga telah siap siaga untuk memainkan peranan penting mengawalselia perhimpunan itu kelak.

Pada masa yang sama, kita berharap pihak keselamatan khususnya PDRM dapat menghalang mana-mana anasir jahat yang cuba untuk membuat provokasi bagi mengganggu kesusilaan himpunan.

Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengajak seluruh rakyat Malaysia khususnya golongan muda untuk turun beramai-ramai menjayakan himpunan ini.

Ayuh kita jadikan Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 suatu pengalaman yang menakjubkan lalu mencatat lakaran penting dalam lipatan sejarah negara untuk menuntut perubahan.

Mari bersama kita mencorak masa depan yang lebih gemilang untuk Malaysia.


Dicatat Oleh jeebond

atsixty-zakriali

DATANG BERAMAI-RAMAI!!! HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT SABTU 12.1.13 STADIUM MERDEKA KL 2:00PTG

UMNO DOK KALUT PASAI PA?

Posted: 08 Jan 2013 11:00 PM PST


Kesilapan jumlah undi DAP tidak libatkan wang rakyat

Oleh Aspan Alias

Saya mengambil sedikit masa untuk memberikan komen tentang isu yang dipanaskan oleh pihak UMNO dan pemimpinnya, iaitu isu kesilapan DAP membuat perkiraan tentang penjumlahan undi dalam konvensyen DAP 15 Disember lepas. Saya mengambil masa untuk memberikan komen sebab saya terlalu asyik membaca komen dari pimpinan UMNO yang menggunakan isu itu untuk melarikan pandangan ramai dari isu-isu besar yang mereka (UMNO) hadapi sekarang.



Dengan mengalihkan pandangan terhadap apa yang berlaku di dalam parti itu UMNO berpendapat ia akan mengurangkan sedikit tekanan terhadap mereka kerana isu mereka sendiri terlalu besar dan tidak terjawab oleh mereka (UMNO). DAP telah mengambil ‘accountability’ dan mengakui kesilapan yang berlaku dan memperbetulkan keadaan secara terbuka dan transparent tanpa rasa takut.

Bagi saya tidak ada apa yang perlu disebut tentang kesilapan penjumlahan itu kerana ia telah diperbetulkan dan kita berhenti menyebut di situ. Tetapi yang terpenting sekarang ialah bagi UMNO menyelesaikan masalah mereka sendiri. Masalah mereka masalah dengan orang ramai. UMNO telah melakukan kesalahan kepada rakyat dengan terlalu banyak isu yang berbangkit. Ia melibatkan masa depan rakyat yang ramai. Ia melibatkan rompakan besar-besaran segala harta rakyat melalui kementerian-kementerian serta jabatan-jabatan yang bersangkutan dengan rakyat.

Apa yang berlaku di dalam DAP bukannya melibatkan wang ringgit rakyat. Ia bukannya melibatkan jumlah wang rakyat yang beratus billion yang diselewengkan oleh DAP seperti yang dilakukan oleh mereka dalam BN, dan UMNO khususnya. UMNO mesti berikan jawapan bagaimana wang sejumlah RM250 juta yang diberikan untuk NFC. Selesaikan dan beritahu rakyat bagaimana kerajaan boleh ambil kembali wang sebesar itu yang telah disalahgunakan oleh syarikat yang berkepentingan kepada keluarga Shahrizat Jalil.

UMNO wajar memberitahu bagaimana sejumlah wang yang begitu besar telah diambil sebagai komisyen dalam pembelian Scorpene dari Perancis itu. Selesaikan bagaimana isu RM40 juta yang berkaitan dengan Musa Aman dari Sabah. Bagaimana dengan isu yang membabitkan Deepak dan Raja Ropiah yang melibatkan ratusan juta ringgit dan bagaimana Kementerian Pertahanan terlibat dengan skandal yang se begitu besar.

Beritahu rakyat kenapa semua pemimpin UMNO terutamanya dalam Kabinet selalu terlibat dengan penyelewengan harta rakyat. Setiap isu yang timbul mesti melibat penggunaan wang rakyat yang ratusan juta ringgit jumlahnya. Kenapa di dalam UMNO mereka bergaduh sesama sendiri dan semuanya pergaduhan itu melibatkan rompakan terhadap harta rakyat?

Kenapa mereka tidak bergaduh kerana mencari jalan untuk membina rakyat sebaliknya mereka bergaduh kerana wang ringgit dan harta rakyat?

UMNO tidak payah menyibuk dengan kesilapan penjumlahan undi dalam konvensyen DAP itu. Kesilapan itu tidak melibatkan wang rakyat walaupun satu sen. Kalau mereka dalam DAP berselisih faham di antara satu dengan lain pun ia tidak melibatkan rompakan wang rakyat.

Kepada pemimpin UMNO terutamanya mereka yang besar-besar pangkatnya itu, jangan sibuk dengan apa yang berlaku di dalam UMNO itu sendiri. Kita bukan tidak nampak apa yang sedang berlaku dalam UMNO itu.

Mereka (UMNO) itu akan mula berpecah dengan lebih besar sejurus nama calon diumumkan nanti. Selesaikan masalah anda sendiri kerana masalah anda dalam UMNO itu melibatkan harta benda rakyat. Jika boleh carilah jalan untuk mengembalikan wang rakyat kepada Perbendaharaan Negara.

Cari jalan bagaimana hendak memulangkannya kembali kepada rakyat. Apa yang berlaku di dalam DAP, usah di sibukkan. Masalah anda di dalam UMNO itu terlalu serius dan jika anda semua masih memberikan masa untuk menyibuk tentang DAP, ia menunjukkan yang UMNO tidak serius untuk memperbaiki diri sendiri.

Jika itu sikap mereka tunggu sahaja lah pilihanraya nanti. Saya ingin juga melihat bagaimana setengah pimpinan UMNO begitu berkeyakinan yang UMNO serta BN akan mendapat 2/3 sokongan dalam PRU ini.

Saya pun hendak juga tahu bagaimana mereka mengira. Dr Mahathir dulu telah membuat dasar pelajaran yang berbeza dan salah satu dari yang diperkenalkan ialah 3M…..membaca, menulis dan mengira.

Itulah sebabnya saya pun sudah tahu sedikit-sebanyak mengira, dan membaca dan boleh menulis sedikit sebanyak. Hasilnya dalam perkiraan saya UMNO akan kalah lebih banyak kerusi dan MCA akan kalah hampir kesemua kerusi yang mereka sandang sekarang.

Selain dari itu jika dulu Sabah hanya mempunyai satu kerusi pembangkang, kali ini angka itu akan bertambah lagi dalam pilihanraya kali ini. Begitu juga di Sarawak. Dari dua kerusi pembangkang sekarang kekalahan beberapa kerusi dalam pilihanraya kali ini akan membuatkan kedua-dua negeri Melaysia Timur itu tidak lagi menjadi ‘fixed Deposit’ bagi BN. Kepada siapa yang masih keliru tentang 3M anjuran Mahathir dahulu, elok ulang kaji kembali terutama sekali dalam cara mengira dengan betul.

Tetapi itu tidak perlu dibahaskan. Hanya sebagai penutupnya anda di dalam UMNO itu gunakan sepenuh masa untuk memperbaiki diri anda sendiri. Jika boleh mulakan perubahan anda semua dengan bersama-sama berhimpun bersama Pakatan Rakyat pada 12hb yang akan datang ini. - http://aspanaliasnet.blogspot.com


DD


DATANG BERAMAI-RAMAI!!! HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT SABTU 12.1.13 STADIUM MERDEKA KL 2:00PTG

Zahid Hamidi Perlu Tiru Nik Aziz

Posted: 08 Jan 2013 08:00 PM PST

Oleh Mohd Sayuti Omar
Salah "sekor" Naib Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi sepatutnya mengambil tanggungjawab berani dan telus seperti mana Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat lakukan, yang sedia membuka pintu pejabatnya selama 25 jam kepada Suruhanjaya Pencegarahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat apa-apa saja yang diragui berlaku penyelewengan dalam kerajaan Kelantan.


Kalau Nik Aziz berani dan tulus membuka pintu pejabatnya maka Zahid juga perlu lebih berani dan tulus membuka gate Kementah. Kalau Nik Aziz hanya buka setakat 25 jam, Zahid perlu membuka sampai 26 jam. Kerana saya yakin penyelewengan di Kementah lebih banyak berbanding di Kota Darulnaim.

Zahid tidak perlu bersikap nampak kuman di seberang laut tetapi 'buta rengga' mengenai gajah di tepi mata. Gesaan Zahid supaya Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (ROS) melakukan siasatan berhubung isu pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan lepas sebenarnya tidak perlu dan tidak termasuk dalam buku log yang perlu disegerakan.

Zahid tidak perlu pun concern terhadap perkara itu dengan meninggalkan perkara-perkara atau kerja lain yang berada di bawahnya yang banyak belum selesai dan disalaputi kemesterian.  Beliau perlu utamakan apa yang bergeliwat di sekitar kementeriannya.


Perkara ditimbulkan Zahid itu adalah perkara remeh dan ia tiak ada kena mengena dengan kepentingan negara pun. Ia juga tidak dapat memberi benefit besar kepada UBN di dalam pilihan raya. Rakyat tidak merasa apa-apa dengan kesalahan teknik didalam parti Cina DAP itu. Undi Cina untuk Umno tidak akan mengubah kalaupun Zahid dan para pemimpin Umno lain melanyak dan memprajudiskan DAP. Bahkan cara itu menjadikan Cina lebih nekad untuk undi DAP.

Banyak masalah dan perkara yang Zahid perlu bnereskan. Isu-isu di sekeliling 'pinggan mangkuk makannya' masih 'berporah'. Banyak isu atau pun tragedi yang terbunting dalam Kementerian Pertahanan (KP). Paling baru ialah apa yang didedahkan oleh taukeh karpet, Deepak Jaikishan mengenai campur tangan KP dalam pembelian dan penjualan saham Deepak dalam syarikatnya Astagacanggih Sdn. Bhd.

Deepak mendedahkan bagaimana beliau diarah oleh KP supaya menjual saham miliknya dalam syarikat itu untuk menampung kewangan dalam pembelian tanah yang ada kaitan dengan pemimpin betina Umno.

Penjulana itu kurang disenangi oleh Deepak dan kelihatan semacam ada paksaan. Urusniaga itu juga telah memberi keuntungan kepada kroni Umno. Selain itu dalam proses pembelian tersebut juga seolah ianya telah menggunakan wang bekas pesara tentera dari Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) untuk kepentingan pihak tertentu. Penggunaan wang LTAT itu tanpa 'kelulusan' penyimpannya tidakkah ia satu penyelewengan besar?

Perkara ini dulu yang perlu diutamakan oleh Zahid. Sebagai menteri bertanggungjawab beliau harus clearkan kedudukan atau peranan LTAT yang ada hubung kait dengan tanggungjawab sebagai menteri pemantau. Sebelum Zahid mahu bersihkan laman rumah orang dia kena bersihkan halaman rumah tangganya sendiri dulu. Betapa pun Zahid ikhlas dalam perkara itu, tetapi orang nampak beliau munafik kerana keadaan kotor dalam rumahnya sendiri gagal dibersihkan. Apa lagi kalau kotoran itu sampai peringkat najis mughalazah.

Sebenarnya bukan itu saja yang perlu diberikan tumpuan oleh Zahid. Berbagai isu lagi yang boleh menjejaskan integriti kementerianya dan reputasi dirinya sebagai pemimpin. Misalnya pembelian peralatan perang seperti kapal selem, (Scorpene) melibatkan komisyen ratusan juta ringgit, kereta kebal, kehilangan injin jet sebelum ini dan lain-lain menjadi persoalan. Kenapa Zahid tidak menumpukan untuk menyelesaikan perkara ini dan tidak obses sangat kepada soal-soal membersihkan perkara itu dengan mempelawa SPRM masuk ke Kementah?

Tindakan Zahid meminta ROS agar menyiasat DAP itu dilihat sebagai songsang. Kerana sikap songsang dilakukan Zahid inilah menyebabkan orang ramai konfis dan kecewa dengan Zahid. Apakah dia diletak di kementerian itu untuk mengawal kementerian itu sebagai sebuah kementerian yang terehebat dan sifir dari sebarang penyelewengan kerana kementerian itu harus menjadi sebuah kementerian terbersih, atau sebaliknya.

Zahid kena pastikan KP bersih dari rasuah dan penyelewengan. Kalau KP terikut-ikut sama dibumbui elemen-elemeh itu ia sesuatu merbahaya. Kalau di KP ada orang sanggup dan tergamak menerima rasuah, ibarat kata negara ini akan hancur luluh. Hari ini rasuah adalah musuh nombor satu negara yang perlu dibenteras habis-habisan.

Dari sudut itu Zahid gagal melaksanakan tugasnya dengan baik. Disebabkan itu maka orang membuat kesimpulan mudah Zahid di KP bukan berfikir dan mencari idea-idea macam mana hendak memperkuatkan pertahanan negara sebaliknya semacam hendak mempertahankan kedudukan dan kekuasaan Najib Razak dalam anjung politik serta sekaligus menutup kesalahan Najib di KP itu.

Satu demi satu isu yang bangkit dari kementerian itu menyusahkan Zahid dan menjadikan dia sebagai pengandang biawak hidup milik Najib yang terlepas sangkar. Kalau dikira semua isu-isu yang timbul di kementerian itu ia menetas di zaman Najib menjadi menterianya. Apakah Zahid sudah terjerat dengan Najib maka beliau tidak dapat menjengukkan kepala dan akur atas apa saja arahan atau 'mempolotkan' dia dengan najis?

Zahid masa ada peluang untuk membaiki keadaan. Pintu taubat belum tertutup. Beliau tidak perlu menumpukan pemikirannya untuk memburukkan parti-parti Pakatan Rakyat, sebaliknya kena membuat kerja yang ditugaskan ke atas bahunya sebagai menteri pertahanan. Kerja-kerja memburukan parti Pakatan Rakyat dan pemimpinnya serah kepada Ahmad Maslan, Puad Zarkasi, Khairy Jamaluddin yang tidak ada kerja itu, ataupun swastakan sepenuhnya kepada beberapa ekor 'dubuk parlimen' yang lompat parti.

Bayar dan upah mereka, tahulah mereka membuatnya. Para dubuk parlimen seakan kekeringan idea dan kehabis isu kini untuk membantu UBN. Sayanglah kalau Zahid tidak memahami harapan dan impian rakyat yang disandarkan kepadanya. Beliau yang berlatar belakangkan pendidikan Islam tidak seharusnya bersubahat dengan kejahatan dan kebejatan. Biarlah ada 'gundal' (simpanan) di dalam Umno orang baik dan bersyaksiah seperti Zahid.

Beliau patut menjadi pengislah di dalam Umno dengan peranan utamannya menyelesaikan kes-kes seperti ditinggalkan oleh Najib dalam KP itu.

Selepas ini kita mahu dengar Zahid menjemput SPRM menyiasat berhubung skandal Scorpene, projek Puspahas, pemberian tander pembelian peralatan perang dan sebagainya. Kalau Zahid tidak bersedia meniru langkah diambil Nik Aziz eloklah Zahid berhenti sebagai menteri. Lebih baik kita tidak berjawatan daripada kita disumpah dan dicemuh sepanjang masa bermula dari Januari hingga ke Disember hingga ke hari kimat. Beranikah Zahid?

http://msomelayu.blogspot.com

DD



DATANG BERAMAI-RAMAI!!! HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT SABTU 12.1.13 STADIUM MERDEKA KL 2:00PTG

Patutlah HKR ditukar jadi Himpunan Shamsidar oleh pencacai UMNO.. terpengaruh dengan kenyataan dia ni rupanya..

Posted: 08 Jan 2013 05:00 PM PST



Tertanya-tanya juga aku bila membaca apa yang disiarkan oleh Sinar Harian pada image di atas.. mengapa agaknya Muhyiddin meletakkan tarafnya sama dengan pencacai-pencacai UMNO sedangkan beliau seorang pemimpin UMNO.



Apa yang meletakkan Muhyiddin setaraf dengan pencacai-pencacai UMNO yang terkenal dengan kebodohan mereka ialah beliau telah menggunakan perkataan Himpunan Shamsidar bagi menggantikan Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari ini.



Antara Blogger pencacai UMNO yang menggunakan perkataan tersebut ialah Blog yang print screennya di bawah ini, yang mempertikaikan artikel dari MiLo SuaM yang boleh di baca di ( SINI )
























Dan juga blog pencacai UMNO di bawah ini.. juga mempertikaikan MiLo SuaM.





Kenapa agaknya mereka menggantikan Himpunan Kebangkitan Rakyat dengan nama Himpunan Shamsidar sedangkan dalam lapan tuntutan Himpunan tersebut nama Shamsidar langsung tidak tersenarai.



Antara lapan tuntutan tersebut ialah..



1-Menuntut Pilihanraya adil dan bersih.

2-Bebaskan tahanan ISA

3-Martabatkan Bahasa Ibunda

4-Menuntut pendidikan percuma

5-Selamatkan Kampung Warisan dan tradisi

6-Selamatkan alam sekitar

7-Pulangkan royalti minyak

8-Selamatkan Felda





Jawatankuasanya pula dianggotai oleh wakil-wakil dari Pakatan Rakyat dan pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) yang akan bersama-sama menghimpunkan rakyat dari seluruh negara untuk membanjiri ibukota.



Rupa-rupanya  Himpunan Kebangkitan Rakyat dengan nama Himpunan Shamsidar berpunca dari dakwaan Nallakurapan ini..





Kononnya menurut Nallakurapan seperti yang disiarkan oleh Utusan diatas ialah  'Himpunan Shamsidar' itu dijadual berlangsung beberapa hari sebelum perbicaraan kes saman fitnah mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan dakwaan aktiviti biseksual bagi mengelirukan proses undang-undang yang berlangsung di mahkamah.



Ceh!! Statement sebegitu bodoh oleh si Nallakurapan itu pun boleh mempengaruhi pemikiran Pencacai-pencacai UMNO?



Apakah dengan mengadakan perhimpunan ini proses penghakiman yang berlangsung di Mahkamah akan terganggu atau menjadi keliru seperti apa yang didakwa si Nallakurapan itu?



Sedangkan ianya diadakan beberapa hari sebelum kes dibicarakan..



Jika benar ianya diadakan bagi menghalang isteri Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali, Shamsidar Taharin dari menjadi saksi di mahkamah, Himpunan Kebangkitan Rakyat itu sewajarnya diadakan ketika hari perbicaraan..



Dan lokasi perhimpunan pula ialah di Mahkamah yang mana perbicaraan itu berlangsung bukannya di perkarangan Stadium Merdeka..



Hmmm... betullah kata Tun Mahathir.. hanya orang-orang bodoh kini bersama UMNO... termasuklah  Muhyiddin itu sendiri... kalau tak percaya Mahathir yang kata macam tu sila lihat di ( SINI )


darisungaiderhaka


DATANG BERAMAI-RAMAI!!! HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT SABTU 12.1.13 STADIUM MERDEKA KL 2:00PTG

Tiada ulasan: