Rabu, 9 Januari 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Raja Ropiaah Raja Abdullah, Ketua Wanita Umno Selangor & Syarikat Berus Gigi Gagal Bina Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) RM100 Juta!

Posted: 09 Jan 2013 07:13 AM PST

Staff Berita Semasa 
 
Puspahanas1 Raja Ropiaah Raja Abdullah, Ketua Wanita Umno Selangor & Syarikat Berus Gigi Gagal Bina Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) RM100 Juta!

Projek PUSPAHANAS : Kami sangat setuju jika syarikat bumiputera diberikan peluang untuk menerima limpahan kekayaan di negara kita termasuk pemberian projek yang samarata dan adil.

Walaubagaimanapun, berbermain di benak fikiran kami timbulnya persoalan, adakah daripada kebanyakan syarikat bumiputera yang berkemampuan dan boleh memikul amanah untuk menyiapkan projek Pusat Pengajian Pertahanan Nasional ("Puspahanas") milik Kementerian Pertahanan, hanya bumiputera yang bernama Raja Ropiaah Raja Abdullah (Ketua Wanita Umno Selangor) sahaja yang layak? Layakkah beliau?

Syarikat milik Ketua Wanita UMNO Selangor, Raja Sopiah Raja Abdullah ini bernama Awan Megah Sdn Bhd ("Awan Megah") telah memperolehi projek yang lumayan bernilai RM100 juta bagi pembinaan Pusat Pengajian Pertahanan Nasional ("Puspahanas") milik Kementerian Pertahanan melalui satu perjanjian bertarikh 8 Jun 2005 seperti yang anda akan lihat di ruangan galeri gambar di bawah ini nanti…

PUSPAHANAS Presint 1 Putrajaya Raja Ropiaah Raja Abdullah, Ketua Wanita Umno Selangor & Syarikat Berus Gigi Gagal Bina Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) RM100 Juta!

Benarkah Awan Megah Sdn. Bhd milik Ketua Wanita Umno Selangor ini? (Boleh semak dokumen SSM seperti yang kami sertakan pada galeri gambar di bawah )

Projek penswastaan tersebut melibatkan kerja-kerja merekabentuk dan membina (design and build) sebuah kolej latihan tentera. Siapa yang meluluskan projek ini untuk diberikan kepada syarikat milik Ketua Wanita UMNO Selangor ini? Yang meluluskan projek ini adalah Menteri Pertahanan pada masa itu? Siapa Menteri Pertahanan pada waktu itu?
Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri Malaysia sekarang.
Projek PUSPAHANAS Raja Ropiaah Raja Abdullah, Ketua Wanita Umno Selangor & Syarikat Berus Gigi Gagal Bina Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) RM100 Juta!

Yang menariknya, jikalau anda semak semula SSM syarikat ini, Awan Megah merupakan sebuah syarikat yang tidak pernah mempunyai apa-apa aktiviti sejak ia ditubuhkan. Maklumat kewangan yang terakhir yang difailkan dengan SSM adalah bagi tahun kewangan 31 Disember 1993 yang menunjukkan syarikat itu tidak menjalankan apa-apa aktiviti. 

Dan bertambah menariknya, syarikat Awan Megah tidak ada sebarang aktiviti yang dijalankan mereka seperti mana rekod terkini SSM bertarikh 23 Mei 2012. Hebat + ajaib……

Ini bermakna, di antara tahun 1994 hinggalah sekarang, Awan Megah tidak mempunyai apa-apa transaksi dan kekal sebagai syarikat yang tidak aktif.
Tetapi masih mampu memperolehi projek penswastaan pembinaan Pusat Pengajian Pertahanan Nasional ("Puspahanas") bernilai RM100 juta. Hebat…..

Apabila syarikat yang tidak ada kemampuan dan pengalaman seperti Awan Megah diberikan projek besar, akhirnya mereka cuba untuk mendapatkan "rakan kongsi" untuk membiayai dan menyiapkan sepenuhnya projek itu. Nah…inilah yang dipanggil "Ali Baba". Mudah benar buat duit sekarang.

Projek Kementerian Pertahanan Raja Ropiaah Raja Abdullah, Ketua Wanita Umno Selangor & Syarikat Berus Gigi Gagal Bina Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) RM100 Juta!

Rakan kongsi" yang dipilih adalah sebuah syarikat bernama GuppyUnip Sdn Bhd. Syarikat ini hanya berjaya mendapatkan kemudahan kredit dari United Overseas Bank (UOB) yang diluluskan pada 21 Julai 2010, iaitu lima tahun selepas projek ini dianugerahkan kepada Awan Megah. Ini bermakna projek ini tergendala selama lima tahun gara-gara Awan Megah tidak mempunyai modal dan masih mencari-cari rakan kongsi.

Papan Tanda projek  Raja Ropiaah Raja Abdullah, Ketua Wanita Umno Selangor & Syarikat Berus Gigi Gagal Bina Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) RM100 Juta!

Semakan dari surat kemudahan kredit GuppyUnip Sdn Bhd ini pula menunjukkan bahawa:
1. Keseluruhan modal sebanyak RM59.25 juta (iaitu pinjaman TL1 hingga TL4) adalah pembayaran bagi pihak Awan Megah
2. Pembayaran premium kepada Kerajaan Selangor bagi pindahmilik geran dan pertukaran status bagi tanah 223.33 ekar juga akan dibiayai oleh GuppyUnip Sdn Bhd
3. Kos bagi kerja-kerja penyediaan tapak untuk membangunkan tanah 223.33 ekar itu turut dibiayai oleh GuppyUnip Sdn Bhd
GuppyUnit Sdn Bhd bukanlah syarikat yang berpengalaman dalam bidang pembinaan. Semakan dengan SSM menunjukkan bahawa syarikat ini hanyalah ditubuhkan pada 9 Disember 2009 (dokumen SSM disertakan bersama).

Ketua Wanita Umno Raja Ropiaah Raja Abdullah, Ketua Wanita Umno Selangor & Syarikat Berus Gigi Gagal Bina Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) RM100 Juta!

Lebih teruk lagi, syarikat ini ditubuhkan dan dikuasai oleh Cheong Chow Koh (melalui pegangan keluarganya dan syarikat utamanya Unip Berhad). Perniagaan utama Cheong Chow Koh melalui Unip Berhad adalah sebagai pengilang berus gigi (sila rujuk laman web www.unipberhad.com yang disertakan bersama). Syarikat berus gigi? Pernah dengar stadium runtuh? Pernah dengar bangunan parlimen bocor beberapa kali, pernah dengar projek ini… pernah dengar……dan lain-lain lagi.

Pernah dengar projek LRT Ampang yang bernilai RM1,012,910,000 dianugerahkan kepada syarikat yang hanya menjalankan perniagaan berasaskan meter paip air sahaja dan mempunyai sebuah kilang di Rawang, Selangor? (KLIK SINI UNTUK BUTIRANNYA)

Jadi tidak hairan.

UNiP Berhad Raja Ropiaah Raja Abdullah, Ketua Wanita Umno Selangor & Syarikat Berus Gigi Gagal Bina Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) RM100 Juta!
Sumber : www.unipberhad.com
 
Apabila sudah diberikan ruang dan peluang, beginilah hasilnya…
  1. Kalau anda pergi ke tapak pembinaan Puspahanas di Presint 1, Putrajaya sekarang ini iaitu sudah menginjak ke awal tahun 2013 hanya ada 2 daripada 12 bangunan utama sedang dibina oleh sub kontraktor yang dilantik dan kerja-kerja pembinaan hanya bermula dalam bulan Ogos 2011.
  2. Gambar-gambar di sekitar tapak pembinaan projek PUSPAHANAS seperti yang anda lihat gambar demi gambar pada laporan berita kali ini
Bagaimana Awan Megah Sdn Bhd. boleh siapkan projek walaupun perjanjian dimeterai dalam tahun 2005 lagi? Syarikat Awan Megah Sdn Bhd. sendiri pun tidak layak menerimanya. Tetapi bagaimana boleh dapat projek bernilai RM100 juta ini? Kamu pulangkan persoalan untuk dijawab oleh anda sendiri…..

Kalau diikutkan jadual seperti yang didaftarkan dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) projek ini mesti disiapkan antara :
  • Tarikh mula projek : 25 September 2008
  • Tarikh projek siap : 24 Januari 2011

Koleksi Gambar & Dokumen Penting Skandal Projek Pusat Pengajian Pertahanan Nasional ("Puspahanas")!

Sila "right click" dan tekan new tab untuk melibat setiap paparan gambar yang ada di bawah ini…
Dan setelah sekian lama berlalu, beratus juta RM bertukar tangan… inilah hasil yang diperolehi. Tidak adalah syarikat bumiputera lain yang lebih layak?

DUN Cempaka Buka Bilik Gerakan, Sedia Pam Air

Posted: 09 Jan 2013 07:06 AM PST


iskandar

SHAH ALAM : Ekoran kejadian bekalan air terputus di sekitar Ampang dan Cheras sejak 10 hari lalu, Pusat Khidmat DUN Cempaka mengambil inisiatif membuka sebuah bilik gerakan di kawasan itu.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan, Iskandar Samad berkata, bilik gerakan bertempat di Perpustakaan Komuniti Pandan Jaya itu berfungsi membantu penduduk setempat yang kini berhadapan gangguan bekalan air untuk membuat laporan.

Menurutnya, petugas di bilik gerakan itu juga akan berhubungan dengan pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) bagi memastikan kawasan yang terlibat mendapat bekalan air secukupnya sama ada melalui lori tangki mahupun lori statik.

"Dalam satu pertemuan yang diadakan bersama wakil Syabas pada 4 Januari lepas, saya menegaskan bahawa syarikat konsesi itu mesti membekalkan air yang secukupnya ke kawasan-kawasan yang terlibat. Mereka mesti memastikan tangki-tangki statik sentiasa diisi untuk kegunaan penduduk.

"Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) juga mempunyai lori-lori tangki air tetapi jumlahnya amat terhad.
Pusat Khidmat saya juga akan mendapatkan 10 pam air untuk membantu penduduk di pangsapuri. Mereka yang inginkan khidmat pam itu bolehlah menghubungi bilik gerakan," katanya dalam satu kenyataan media.
Tambah Iskandar, petugas dari Unit Amal Pandan juga dikerah membantu warga emas dan mereka yang tidak berkemampuan mengangkut air.

Orang ramai yang ingin mendapatkan bantuan bolehlah menghubungi talian 010-2637662(Zahriezan), 0197598622(Suhaimi) dan 0132469027(Hafiz).

Kira-kira 500,000 penduduk di Gombak, Ampang dan Cheras berhadapan gangguan bekalan air selama lebih 10 hari apabila rumah pam Wangsa Maju gagal berfungsi akibat tidak diselenggara Syabas.

SAMM Serah Bunga Kepada Polis Sebagai Simbolik Keamanan Sempena HKR112

Posted: 09 Jan 2013 07:02 AM PST


SAMM Serah Bunga Kepada Polis 01

KUALA LUMPUR: Soladiriti Anak Muda Malaysia(SAMM) menyerahkan sejambak bunga kepada polis sebagai simbolik keamanan sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat 112(HKR122) Sabtu ini.

Penyerahan jambangan bunga ini dibuat oleh Koordinator SAMM Wilayah Persekutuan, Azmir Mustafa sambil ditemani Koordinator SAMM Selangor, Azhar Achil dan diterima oleh Timbalan Ketua Balai IPD Dang Wangi, M Nazir.

Jambangan bunga pelbagai warna ini membawa maksud mewakili beberapa NGO lain yang akan turut serta Sabtu ini.

Meskipun menerima SMS berbaur ugutan daripada pihak yang menamakan diri mereka Perkasa, Pekida, Pemuda Umno dan 80 NGO lain.

SAMM mengingatkan pihak berkenaan agar tidak melakukan sebarang bentuk provokasi pada HKR 112 kali ini.

Azmir dalam sidang media ringkas menyatakan, HKR 112 ingin diadakan secara aman tanpa melibatkan sebarang kekasaran mahupun kejadian yang tidak diingini sebagai satu bentuk proses pendemokrasian secara matang.

"Sayugia saya memberikan amaran kepada pihak-pihak ini untuk tidak sama sekali merancang untuk menyerang kumpulan-kumpulan rakyat yang hadir ke HKL 112.

"Sekiranya anda menjual, kami sedia membelinya. SAMM Wilayah tegas menyatakan kepada pihak-pihak ini jangan cuba ingin menghalang proses demokrasi dan kebebasan bersura daripada terus tertegak di bumi bertuah ini.

"Ini menunjukkan sikap sebenar rejim usang Umno-BN yang tidak pernah menghormati Keluhuran Perlembagaan dan juga prinsip-prinsip Rukun Negara," katanya di luar IPD Dang Wangi.

Tambah Azmir lagi, SMS berkenaan diterima sekitar jam 4.00 hingga 6.00 pagi sejak tiga hari lalu
Namun demikian, SAMM tidak membuat sebarang laporan polis berhubung SMS berkenaan sebaliknya hanya ingin memberikan fokus kepada HKR 112.

SAMM Serah Bunga Kepada Polis 02

Gagal siap Puspahanas, Kementah patut gugur Awan Megah – Rafizi

Posted: 09 Jan 2013 06:55 AM PST

Oleh Sidiqin Omar

PETALING JAYA : Kementerian Pertahanan (Kementah) patut gugurkan Awan Megah Sdn Bhd kerana gagal menyiapkan Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) pada Januari 2011 mengikut jadual.

"Mengikut jadual yang didaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), tarikh mula ialah pada 25 September 2008 dan siap pada 24 Januari 2011.

"Tinjauan ke tapak pembinaan Puspahanas di Precint 1, Putrajaya menunjukkan hanya dua dari 12 bangunan utama sedang dibina," kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.

"Menurut maklumat sub-kontraktor pembinaan, kerja-kerja hanya bermula pada Ogos 2011," tambahnya memaklumkan, ia tidak sampai sepuluh peratus dari keseluruhan projek.



Jelas Rafizi, syarat bon tanah bernilai RM72.5 juta oleh Kementah sebagai jaminan projek siap mengikut tempoh perlu dicairkan sebagai ganti rugi, namun tidak dilakukan.

"Tempoh bon tanah luput pada 3 Februari 2011. Persoalannya, adakah Awan Megah menyediakan bon tanah baru. Mengapa Kementah tak gunakan haknya mendapatkan RM72.5 juta dari Awan Megah kerana kegagalan projek?

"Mengapa Kementah tidak menggugurkan Awan Megah sedangkan terbukti syarikat ini tidak mempunyai kemampuan dan kepakaran untuk menyiapkan projek," soal Rafizi.

Katanya, ini adalah bukti keputusan bayaran RM130 juta kepada Asta Canggih dan Awan Megah bukan berasaskan pertimbangan komersil, tetapi bermotif politik untuk menutup mulut pemiliknya, Deepak Jaikishan dan Raja Ropiaah Raja Abdullah.

Sehubungan itu, satu laporan dibuat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak oleh Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa petang ini di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shah Alam.

KEADILAN gempur kem askar mahu perjelas isu pencen askar diseleweng

Posted: 09 Jan 2013 06:53 AM PST

Oleh Sidiqin Omar

PETALING JAYA : Bermula malam esok, KEADILAN akan menjelajah ke kem tentera seluruh negara untuk menjelaskan isu penyalahgunaan RM160 juta wang caruman Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) melalui Boustead Holdings Berhad.

"Kita akan menjelajah dan mengadakan ceramah sehampir mungkin dengan kawasan kem tentera. Kita juga akan sediakan material bacaan untuk diedarkan," kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

"Kita akan bermula di Setiawangsa dengan tumpuan khusus di kem askar. Kemudian kita akan bergerak ke Lumut pada 14 Januari, Bandar Tun Razak (17 Januari) dan Port Dickson (20 Januari).



"Seminggu selepas itu, kita juga akan ke Kuantan (Pangkalan Udara Kuantan) dan Butterworth (Pangkalan Udara Butterworth)," katanya kepada pemberita di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Jelas Rafizi, isu ini menimbulkan kegelisahan di kalangan ramai bekas anggota tentera, manakala banyak pihak memberi komen.

"Sebab itu penting untuk semua orang mendapat penjelasan. Jelajah ini meliputi sebahagian besar kawasan kem tentera," katanya.

"Kita mempunyai kumpulan bekas tentera yang aktif diketuai oleh Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi, bekas jeneral angkatan udara (TUDM) yang mempunyai jaringan besar," katanya.

Pada 31 Disember lalu, kira-kira 20 bekas tentera bersama Rafizi mengadakan himpunan di hadapan Wisma Boustead di Jalan Raja Chulan menuntut kebenaran akses terhadap dokumen urusniaga dengan Awan Megah dan Asta Canggih.

Namun, pentadbiran Boustead menghalang dengan alasan LTAT tidak mempunyai kepentingan dalam syarikat tersebut, melainkan bekas anggota tentera membeli saham Boustead.

Wanita Pakatan berbaju ungu bawa 6 tuntutan ke Stadium Merdeka

Posted: 09 Jan 2013 06:50 AM PST

Oleh Sidiqin Omar

PETALING JAYA: Wanita Pakatan Rakyat menyasarkan ribuan anggota mereka dari seluruh negara membanjiri Stadium Merdeka Sabtu ini dengan membawa enam tuntutan supaya dilaksana kerajaan memerintah.

Naib Ketua Wanita KEADILAN, Haniza Talha berkata, tuntutan tersebut adalah sebuah kerajaan yang bersih dari rasuah, gaji berpatutan kepada golongan wanita dan kualiti hidup lebih baik.



"Wanita Pakatan juga menentang keganasan terhadap wanita, pemansuhan Akta Perhimpunan Aman 2012 dan pilihan raya bersih dan adil," katanya pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Menurut Haniza, kumpulan mereka akan berkumpul di Pasar Seni, Kuala Lumpur jam 2 petang dengan warna tema ungu sebelum berarak ke Stadium Merdeka.

"Wanita KEADILAN Selangor sahaja, kita sasarkan 5,000 ahli. Tidak termasuk negeri lain. Kita jangkakan ribuan akan turun.

"Kita seru kepada wanita-wanita lain, yang tidak berparti, dan bukan ahli NGO untuk turut bersama. Sasaran kita ialah sejuta rakyat," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menegaskan, HKR 112 adalah peluang terbaik golongan wanita membantah dasar ekonomi dan sosial negara yang tidak berpihak kepada mereka.
"Saya menyeru golongan wanita muda, profesional dan kaum ibu untuk bersama bersolidariti dalam HKR 112," katanya.

Turut hadir, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud dan Pengarah Eksekutif Persatuan Kesedaran Komuniti Malaysia (Empower), Maria Chin.

Penduduk Pengerang fail semakan kehakiman cabar projek Rapid

Posted: 09 Jan 2013 06:48 AM PST

Oleh Aisha Geoffrey

KUALA LUMPUR: Empat keluarga mangsa rampasan tanah Pengerang, Johor memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini untuk membatalkan projek Pembangunan Bersepadu Penapisan & Petrokimia (Rapid).

Mereka adalah Khairiah Md Yunus, Sufinah Abu, Loh Back Seng dan Lim Goo Kia.

Semakan itu difailkan melalui Tetuan Hanipa Maidin kira-kira jam 2 petang tadi.



Turut hadir menyokong, Pengerusi Badan Bertindak Pengambilan Tanah Pengerang (Mantap), Salahuddin Ayub serta lebih kurang 30 wakil penduduk.

"Ia bagi membatalkan keseluruhan projek Rapid. Setelah meneliti semua dokumen, kami dapati ada perlanggaran. Antaranya dalam beberapa Seksyen Akta Pengambilan Tanah 1960," kata Hanipa selepas memfailkan semakan itu.

"Kami juga akan mencabar pengambilan tanah tersebut kerana bertentangan dengan Artikel 13 Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan hak rakyat untuk harta mereka dilindungi. Sekalipun mereka mahu juga ambil (tanah), mesti mengikut undang-undang," jelasnya.

Hanipa berkata, selaku pihak berkuasa negeri, hanya Sultan layak mengambil tanah berkenaan.

Bagaimanapun, menurutnya, setelah meneliti dokumen, projek tersebut tidak mendapat sokongan Sultan Johor.

Salahuddin pula menegaskan, semakan kehakiman itu bukan bermaksud mereka menentang pembangunan.

"Sekali lagi kami tegaskan, kami tidak menentang pembangunan. Ia melibatkan hampir 10 kampung yang akan terhapus dari peta Pengerang, melibatkan tanah kerajaan lebih 20,000 hektar yang membolehkan pembinaan projek tersebut. Kenapa perlu ambil tanah rakyat?" tegas Naib Presiden PAS itu.

"Kita menentang pengambilan tanah atas tiga prinsip. Pertama jangan hapuskan kampung-kampung itu. Kedua, jangan usik tanah perkuburan orang Islam dan bukan Islam serta yang ketiga, mesti mematuhi syarat-syarat alam sekitar yang ditetapkan," tegasnya.

Akibat pembangunan projek Rapid, 22,500 ekar tanah di Pengerang akan dirampas mengakibatkan 25,000 orang dipindahkan dari sejumlah 927 keluarga.

Selain itu, 11 tanah perkuburan akan turut dipindahkan.

Urusan beli Astacanggih, Awan Megah: Penjelasan LTAT tak masuk akal

Posted: 09 Jan 2013 06:41 AM PST

Oleh RAFIZI RAMLI

Kenyataan Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Tan Sri Dato' Sri Mohd Anwar Mohd Nor bahawa urusan pembelian Astacanggih dan Awan Megah oleh Boustead Holdings Berhad ("Boustead") merupakan satu pelaburan yang baik adalah tidak masuk akal.

Sekiranya LTAT benar-benar berminat untuk mengambilalih syarikat ini, ada dua perkara penting yang perlu dipertimbangkan dalam menentukan nilaian syarikat-syarikat ini, iaitu:

1.      Tanah yang dimiliki oleh Awan Megah yang menentukan bayaran kepada Awan Megah. Nilaian yang dibuat oleh Boustead adalah RM130 juta kononnya untuk membeli tanah 223 ekar yang didakwa milik Awan Megah

2.      Nilai projek penswastaan dan keuntungan yang bakal diperolehi dari projek penswastaan Puspahanas. Nilaian yang dibuat oleh Boustead adalah RM30 juta untuk membeli saham Astacanggih dan RM130 juta kepada Awan Megah

Saya telah meneliti dokumen-dokumen yang diserahkan kepada saya untuk menentukan nilaian yang adil bagi urusan ini, jika LTAT dan Boustead benar-benar berminat mengambilalih syarikat ini berdasarkan pertimbangan komersil.

NILAIAN TANAH 223 EKAR

Saya merujuk kepada surat bertarikh 17 Julai 2009 dari Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan) kepada Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor yang dilampirkan bersama.

Kandungan surat tersebut menyatakan rayuan Kerajaan Persekutuan di bawah pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak kepada keputusan Kerajaan Selangor yang menolak permohonan Kerajaan Persekutuan untuk memindahmilik tanah seluas 223 ekar kepada Awan Megah.

Ini bermakna, tanah seluas 223 ekar yang kononnya dibeli oleh Boustead itu masih lagi hakmilik Kerajaan Persekutuan dan tertakluk kepada kebenaran Kerajaan Selangor bagi kelulusan pindahmilik dan kelulusan pelan pembangunan.

Status terkini tanah 223 ekar itu adalah jelas: ia bukan hakmilik Awan Megah dan Kerajaan Selangor telah menetapkan bahawa ia tidak boleh dibangunkan kecuali bagi tujuan pembinaan markas, seperti mana tujuan asal tanah itu dipohon oleh Kerajaan Persekutuan dahulu.

Oleh yang demikian, pembayaran RM130 juta oleh anak syarikat Boustead kepada Awan Megah yang dimiliki Raja Ropiah Raja Abdullah, Ketua Wanita Umno Selangor samalah dengan memberi wang RM130 juta kepadanya tanpa ada apa-apa hasil kepada Boustead.

Jika urusniaga ini tetap berlaku, Boustead akan menyalahgunakan RM130 juta dana pencen anggota tentera untuk membayar 223 ekar tanah kepada Awan Megah yang tidak mempunyai hakmilik tanah itu.

PROJEK PENSWASTAAN PUSPAHANAS

Boustead terpaksa menyiapkan Puspahanas yang kini tergendala mengikut perjanjian dengan Astacanggih dan Awan Megah. Salah satu pertimbangan nilaian berjumlah RM160 juta (iaitu RM30 juta kepada Astacanggih dan RM130 juta kepada Awan Megah) adalah kos projek yang telah dilaksanakan oleh Awan Megah.

Tanggungan Awan Megah kepada Kerajaan Persekutuan untuk menyiapkan projek ini boleh dirujuk kepada Perjanjian Penswastaan muka surat 13, Perkara 3.3 mengenai Bon Tanah ("Land Bond") yang perlu dibayar oleh Awan Megah.

Bon Tanah ini adalah satu bentuk jaminan kewangan yang bersamaan dengan jumlah keseluruhan projek penswastaan, iaitu pembinaan Puspahanas yang perlu dilaksanakan oleh Awan Megah. Sekiranya Awan Megah gagal menyiapkan projek, Kerajaan Persekutuan berhak menuntukan Bon Tanah ini untuk digunakan bagi menyiapkan projek tersebut.

Perjanjian Penswastaan secara jelas menyatakan bahawa Bon Tanah sebagai jaminan Awan Megah untuk menyiapkan Puspahanas hanyalah RM72.5 juta sahaja. Ini bermakna, kos keseluruhan Puspahanas hanyalah RM72.5 juta sahaja.

Dalam keadaan Puspahanas masih belum disiapkan dan nilainya RM72.5 juta sahaja, pembayaran RM160 juta oleh Boustead sudah tentu satu harga yang tidak masuk akal.

Oleh yang demikian, jelas bahawa urusniaga membabitkan RM160 juta ini hanyalah bayaran rasuah oleh Dato' Seri Najib Tun Razak untuk menutup mulut Deepak dan memadamkan skandal ini.

Pembayaran sedemikian rupa bagi membeli tanah yang hakmiliknya tidak wujud dan projek yang jumlahnya jauh lebih rendah adalah satu pengkhianatan kepada anggota tentera dan penyelewengan yang melibatkan kepimpinan tertinggi negara.

Amanat Haji Hadi

Posted: 09 Jan 2013 06:37 AM PST



Oleh Khalid Samad

UMNO nampak sangat kehabisan modal kerana terpaksa dikitar semula cerita lama dengan harapan kalau ada yang boleh menyengat. Maka ditimbulkan kembali soal 'Amanat Hj. Hadi' yang kononnya merupakan fatwa mengkafirkan ahli UMNO! Saya telah baca berulang kali, tetapi tidak pula jumpa ayat yang mengkafirkan ahli UMNO sempertimana yang telah digembar-gemburkan! Jangan-jangan ada yang terasa kot?!

Selepas itu apabila TGHH minta diberi peluang buat penjelasan, hanya satu jam secara siaran langsung, setelah beratus-ratus jam diserang dan diputar-belit kenyataan beliau, Rais Yatim memberanikan diri dengan menyatakan boleh.

Terkejut jugalah saya, maklumlah anggota kabinet 'PM takut debat', tiba-tiba jadi berani. Tengok-tengok keberaniannya hanyalah bersifat sementara, bagaikan 'mirage di tengah-tengah padang pasir' kerana beberapa hari kemudian dikatakan pula tidak boleh!

Aduhai, nampak sangat UMNO/BN tidak tahu menahu bagaimana untuk mengangani isu yang ditimbulkan sendiri! Kalau TGHH sudah dituduh dengan begitu hebat sekali, berilah beliau peluang bela diri, kalau jujur! Apa kata pujangga, 'berani kerana benar'? Ini jelas takut kerana pembohong!

Sudah jelas bahawa peluang itu tidak akan diberi oleh kerajaan BN dan kalau sekiranya rakyat mahu mendengar penjelasan TGHH dan membenarkan beliau membela diri, hanya satu cara sahaja yang ada, iaitu tukar kerajaan BN dengan kerajaan PR. Sekira itu berlaku maka debat ilmiah berhubung semua isu akan diusahakan.

Seperti isu Amanat Hj Hadi, Kalimah Allah, Altantuya, Deepak, Teo Beng Hock dan segala-galanya boleh diadakan. Pada ketika itu akan dibebaskan minda rakyat daripada dibelenggu, sepertimana selama ini, oleh propaganda UMNO/BN. Pada masa itu juga pimpinan UMNO/BN boleh bersemuka dengan pimpinan PR dalam debat secara siaran langsung dan segala yang ingin ditanya dan dinyatakan boleh dikemukakan untuk tujuan kebaikan bersama.

Pada ketika itu akan terserlah siapa yang bercakap benar dan siapa penipu. Ada berani? WaLlahu 'Alam

Kesilapan jumlah undi DAP tidak libatkan wang rakyat

Posted: 09 Jan 2013 06:35 AM PST

Oleh Aspan Alias

Saya mengambil sedikit masa untuk memberikan komen tentang isu yang dipanaskan oleh pihak UMNO dan pemimpinnya, iaitu isu kesilapan DAP membuat perkiraan tentang penjumlahan undi dalam konvensyen DAP 15 Disember lepas.

Saya mengambil masa untuk memberikan komen sebab saya terlalu asyik membaca komen dari pimpinan UMNO yang menggunakan isu itu untuk melarikan pandangan ramai dari isu-isu besar yang mereka (UMNO) hadapi sekarang.

Dengan mengalihkan pandangan terhadap apa yang berlaku di dalam parti itu UMNO berpendapat ia akan mengurangkan sedikit tekanan terhadap mereka kerana isu mereka sendiri terlalu besar dan tidak terjawab oleh mereka (UMNO). DAP telah mengambil 'accountability' dan mengakui kesilapan yang berlaku dan memperbetulkan keadaan secara terbuka dan transparent tanpa rasa takut.

Bagi saya tidak ada apa yang perlu disebut tentang kesilapan penjumlahan itu kerana ia telah diperbetulkan dan kita berhenti menyebut di situ. Tetapi yang terpenting sekarang ialah bagi UMNO menyelesaikan masalah mereka sendiri. Masalah mereka masalah dengan orang ramai. UMNO telah melakukan kesalahan kepada rakyat dengan terlalu banyak isu yang berbangkit. Ia melibatkan masa depan rakyat yang ramai. Ia melibatkan rompakan besar-besaran segala harta rakyat melalui kementerian-kementerian serta jabatan-jabatan yang bersangkutan dengan rakyat.

Apa yang berlaku di dalam DAP bukannya melibatkan wang ringgit rakyat. Ia bukannya melibatkan jumlah wang rakyat yang beratus billion yang diselewengkan oleh DAP seperti yang dilakukan oleh mereka dalam BN, dan UMNO khususnya. UMNO mesti berikan jawapan bagaimana wang sejumlah RM250 juta yang diberikan untuk NFC. Selesaikan dan beritahu rakyat bagaimana kerajaan boleh ambil kembali wang sebesar itu yang telah disalahgunakan oleh syarikat yang berkepentingan kepada keluarga Shahrizat Jalil.

UMNO wajar memberitahu bagaimana sejumlah wang yang begitu besar telah diambil sebagai komisyen dalam pembelian Scorpene dari Perancis itu. Selesaikan bagaimana isu RM40 juta yang berkaitan dengan Musa Aman dari Sabah. Bagaimana dengan isu yang membabitkan Deepak dan Raja Ropiah yang melibatkan ratusan juta ringgit dan bagaimana Kementerian Pertahanan terlibat dengan skandal yang se begitu besar.

Beritahu rakyat kenapa semua pemimpin UMNO terutamanya dalam Kabinet selalu terlibat dengan penyelewengan harta rakyat. Setiap isu yang timbul mesti melibat penggunaan wang rakyat yang ratusan juta ringgit jumlahnya. Kenapa di dalam UMNO mereka bergaduh sesama sendiri dan semuanya pergaduhan itu melibatkan rompakan terhadap harta rakyat?

Kenapa mereka tidak bergaduh kerana mencari jalan untuk membina rakyat sebaliknya mereka bergaduh kerana wang ringgit dan harta rakyat?

UMNO tidak payah menyibuk dengan kesilapan penjumlahan undi dalam konvensyen DAP itu. Kesilapan itu tidak melibatkan wang rakyat walaupun satu sen. Kalau mereka dalam DAP berselisih faham di antara satu dengan lain pun ia tidak melibatkan rompakan wang rakyat.

Kepada pemimpin UMNO terutamanya mereka yang besar-besar pangkatnya itu, jangan sibuk dengan apa yang berlaku di dalam UMNO itu sendiri. Kita bukan tidak nampak apa yang sedang berlaku dalam UMNO itu.

Mereka (UMNO) itu akan mula berpecah dengan lebih besar sejurus nama calon diumumkan nanti. Selesaikan masalah anda sendiri kerana masalah anda dalam UMNO itu melibatkan harta benda rakyat. Jika boleh carilah jalan untuk mengembalikan wang rakyat kepada Perbendaharaan Negara.

Cari jalan bagaimana hendak memulangkannya kembali kepada rakyat. Apa yang berlaku di dalam DAP, usah di sibukkan. Masalah anda di dalam UMNO itu terlalu serius dan jika anda semua masih memberikan masa untuk menyibuk tentang DAP, ia menunjukkan yang UMNO tidak serius untuk memperbaiki diri sendiri.

Jika itu sikap mereka tunggu sahaja lah pilihanraya nanti. Saya ingin juga melihat bagaimana setengah pimpinan UMNO begitu berkeyakinan yang UMNO serta BN akan mendapat 2/3 sokongan dalam PRU ini.

Saya pun hendak juga tahu bagaimana mereka mengira. Dr Mahathir dulu telah membuat dasar pelajaran yang berbeza dan salah satu dari yang diperkenalkan ialah 3M…..membaca, menulis dan mengira.

Itulah sebabnya saya pun sudah tahu sedikit-sebanyak mengira, dan membaca dan boleh menulis sedikit sebanyak. Hasilnya dalam perkiraan saya UMNO akan kalah lebih banyak kerusi dan MCA akan kalah hampir kesemua kerusi yang mereka sandang sekarang.

Selain dari itu jika dulu Sabah hanya mempunyai satu kerusi pembangkang, kali ini angka itu akan bertambah lagi dalam pilihanraya kali ini. Begitu juga di Sarawak. Dari dua kerusi pembangkang sekarang kekalahan beberapa kerusi dalam pilihanraya kali ini akan membuatkan kedua-dua negeri Melaysia Timur itu tidak lagi menjadi 'fixed Deposit' bagi BN. Kepada siapa yang masih keliru tentang 3M anjuran Mahathir dahulu, elok ulang kaji kembali terutama sekali dalam cara mengira dengan betul.

Tetapi itu tidak perlu dibahaskan. Hanya sebagai penutupnya anda di dalam UMNO itu gunakan sepenuh masa untuk memperbaiki diri anda sendiri. Jika boleh mulakan perubahan anda semua dengan bersama-sama berhimpun bersama Pakatan Rakyat pada 12hb yang akan datang ini. - http://aspanaliasnet.blogspot.com

Polis Sudah Pasang Niat Untuk Belasah Peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat?

Posted: 09 Jan 2013 06:24 AM PST

Editor BULETIN

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhDoc3bD_td0yKU6o8yIILP1hy3fi5mcuy8Vf6EKxXiE-9ggL_DxNVbHpgTulPfnmGj-qAboGbGLGvvgqJZ6pF1UOqfITtEz38opCdzCjYd9g4Z9N7JeyKKec2AyyOSeyPJ1OfOX8_vt9U/s1600/polis_belasah_Bersih-3.0-600x400.jpgMerujuk kepada gesaan pihak polis supaya para wartawan yang akan membuat liputan semasa Himpunan Kebangkitan Rakyat pada Sabtu ini supaya memakai pas khas yang akan dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia agar mereka mudah dikenal pasti
supaya insiden wartawan dipukul anggota polis tidak berulang lagi sebagaimana yang pernah berlaku semasa himpunan Bersih 3.

Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI),  Terengganu menghargai niat baik pihak polis terhadap petugas media dalam masa yang sama KAMI memerhatikan perkembangan ini dengan penuh kecurigaan.

[Gambar - Peserta Himpunan Bersih 3 yang di terajang oleh polis, sehingga kini tiada polis yang didakwa......]

Mengeluarkan pas khas supaya wartawan boleh dikenali dan tidak menjadi mangsa 'tersalah pukul' oleh anggota polis, apakah ini bermakna pihak polis telah memasang niat yang salah untuk mengulangi semula insiden pesta membelasah orang awam yang tak bersenjata, tak melawan dan tak berdaya semasa himpunan itu kelak?

Barangkali jika ada wartawan yang 'tersalah dibelasah' tentu sekali ianya akan menghadirkan publisiti buruk kepada pihak polis dengan kuasa media yang mereka miliki, tetapi persetankan dengan rakyat awam! Jangan risau, belasahlah mereka secukupnya! Sebab dan alasan nanti boleh direka untuk diwar-warkan ke seluruh dunia akan kewajaran tindakan paling 'bersopan santun' pihak polis terhadap rakyat sendiri.

Sebagaimana kenyataan Ketua Polis Negara sebelum ini, bahawa tindakan yang telah diambil adalah yang paling minima dan paling kurang menyakitkan. Sebab itulah KAMI mengesyorkan agar ketua polis tersebut apabila bersara kelak, silalah hadir dalam himpunan anjuran Pakatan Rakyat. Duduklah di barisan depan, kemudian mintalah anggota polis supaya melontarkan gas pemedih mata dan semburlah dengan air kimia. Lebih enak lagi, mintalah 4, 5 orang anggota polis supaya menghadiahkan penyepak percuma kepada bekas Ketua Polis Negara ini nanti. Nah! Rasailah betapa lazatnya bila diperlakukan begitu.

Suka KAMI tegaskan di sini, wartawan, pengamal media serta rakyat biasa, semua mereka mempunyai hak yang dilindungi perlembagaan untuk menghadiri sebarang himpunan aman termasuklah Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dijadualkan sabtu ini. Peranan pihak polis adalah untuk memberi kerjasama sepenuhnya supaya ianya berlangsung dengan aman dan penuh ketertiban.

Amat mendukacitakan apabila pengalaman himpunan-himpunan sebelum ini, peranan pihak polis dalam mencetuskan provokasi menjadi sebab utama huru-hara dan kekacauan sehingga akhirnya mendatangkan natijah buruk kepada semua pihak. KAMI memohon supaya kewarasan bertindak pihak polis dalam himpunan kali ini boleh ditulis sebagai suatu detik terhormat dalam sejarah Negara yang menuju ke arah Negara maju tahun 2020.
|
Status negara maju mesti seiring dengan perubahan minda dan tindakan.  Tentu sekali tidak bermakna apabila kononnya negara kita telah maju tetapi cara kita berfikir dan bertindak masih primitif! Kalau bukan primitif, apa lagi istilah yang lebih terhormat untuk mengambarkan kejamnya apabila seorang rakyat awam yang tak berdaya dibelasah hingga patah renyuk oleh anggota keselamatan yang sepatutnya berperanan melindungi rakyat?

Dr Azman Ibrahim
Pengerusi
Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI)
Terengganu

Hakisan dan Risiko Tanah Runtuh Berulang di Taman Seri Desa Bukit Cendering

Posted: 09 Jan 2013 06:21 AM PST

 Editor BULETIN

http://buletinonline.net/images/stories/berita16/P1120356.JPGKUALA TERENGGANU - Sebanyak 22 keluarga di Taman Seri Desa, Bukit Cendering, hidup dalam kebimbangan berikutan cerun berhampiran kediaman mereka didakwa semakin mendap sejak tengkujuh melanda.

Mereka mandakwa berlaku pergerakan, tanah pada cerun setinggi 18 meter itu berdasarkan kedudukan pokok yang ditanam di belakang rumah penduduk yang didapati beralih kira-kira empat meter.

Seorang daripada mereka, Chua Hing Ching, 72, mendakwa ada rekahan di cerun itu yang dikesan sejak setahun lalu dan semakin serius sejak musim tengkujuh melanda beberapa minggu lepas.

"Setiap hari saya dan isteri akan melihat rekahan dan mendapan itu bagi memastikan sejauh mana keadaannya kerana kami bimbang akan berlaku kejadian tanah runtuh...tambahan pula sekarang ini musim hujan.

"Saya berharap kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan dapat memantau dan mengambil tindakan atas permasalahan ini dengan segera kerana kebanyakan penduduk yang tinggal di sini adalah warga emas," katanya ketika ditemui pemberita dipetik agensi Bernama.

Buletinonline dimaklumkan, kejadian yang pernah berlaku pada tahun 2009 tersebut berulang kembali.

http://buletinonline.net/images/stories/berita16/Chueng%20Ching.JPGSebelum ini Chua hing Ching (Chueng Ching - Gambar kiri) pernah mengadu kepada Buletinonline dan berita mengenainya telah diterbitkan pada 18 Disember 2009 seperti dibawah;

Penduduk Taman Seri Desa, Bukit Chendering 'Trauma' Akibat Hakisan

KUALA TERENGGANU - Hakisan tanah di Taman Seri Desa dekat Bukit Chendering disini membuatkan 70 penduduknya 'trauma' kerana tidak dapat tidur lena di waktu malam.

Mereka yang mendiami 22 buah rumah teres dua tingkat disitu, semakin bimbang kerana hakisan tanah yang berlaku semakin teruk sejak beberapa minggu lalu.

Hujan lebat musim monsun, serta perparitan yang tidak sempurna dikatakan menjadi punca tanah runtuh dan menghakis lereng bukit tersebut.

Mereka turut mendakwa nyawa mereka terancam kerana kejadian diluar dugaan dan yang tidak diingini boleh berlaku bila-bila masa sahaja.

Menurut mereka, penduduk yang paling terjejas adalah yang tinggal di lot 1636 hingga 1658 dan lot 1670 hingga 1673.

Mereka amat khuatir ia akan menjadi semakin 'buruk' sekiranya pihak berkuasa tidak bertindak dengan segera.

Seorang penghuninya, Encik Chan Eey Keea, 58, mendakwa kejadian hakisan telah berlaku di lereng bukit Chendering sejak tahun lalu.

Katanya, keadaan tersebut menjadi semakin teruk dua bulan kebelakangan ini apabila musim tengkujuh tiba.

"Gelombang musim tengkujuh (hujan) tiga kali melanda negeri (Terengganu) ini dan berlaku hakisan yang teruk. Kami (penduduk) semua tidak lena tidur malam, risau, bimbang dan takut berlaku kejadian yang tidak diingini," ujarnya.

Menurutnya, surat aduan dan rayuan tentang masalah ini telah dibuat kepada pihak Bandaraya Kuala Terengganu pada 1 Disember 2009 lalu.

Beliau berkata, salinan aduan turut dihantar kepada Menteri, Menteri Besar Terengganu dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Buruk.

Seorang lagi penduduk, Encik Chueng Ching, 69, (gambar kiri) memohon pihak kerajaan negeri mengambil langkah segera menyelesaikan masalah berkenaan.

Katanya,  nyawa 70 penghuni di situ dan beberapa kakitangan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang tinggal di bawah lereng turut terancam.

"Kami (penduduk) mahu kerajaan Terengganu ambil langkah segera kerana kami bimbang, risau dan takut sepanjang waktu. Penghuni ada 70 orang yang melibatkan 22 buah rumah teres dua tingkat dan beberapa buah rumah kakitangan LKIM di lereng bukit ini," jelasnya.

Menurutnya, langkah pencegahan lebih baik dari merawat setelah berlaku kejadian yang tidak diingini nanti.

Manakala Encik Chan Lim Tiong, 63, (gambar kanan) mendakwa sistem perparitan yang tidak sempurna serta pembangunan di lerengnya antara punca hakisan berlaku di Bukit Chendering.

"Kami (penduduk) sudah tinggal di sini (Taman Seri Desa) lebih 20 tahun dan kejadian hakisan berlaku sejak setahun dua ini. Kita lihat sistem perparitan (longkang) yang tidak sempurna, rosak dan berlaku resapan air di bawah tanah," ujarnya.

Tambah beliau, pembangunan yang semakin rancak di lereng bukit tersebut serta sekitarnya turut menyumbang kepada hakisan.

Berikutan aduan tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi mengambil langkah segera meninjau ke lokasi terbabit. [Lihat Video]

"Saya sebagai wakil rakyat (Adun Batu Buruk) di sini. Hari ini, melawat, meninjau dan akan mengambil langkah lanjut dari apa yang telah dibuat oleh penduduk di sini.

"Saya akan berhubung dengan Dato' Bandaraya dan Menteri Besar sendiri. Kita (Adun) ada Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu pada 21 Disember 2009 ini.

"Saya akan bangkitkan dalam Sidang Dun itu untuk kepentingan penduduk di sini walau pun penduduk di sini majoriti adalah berbangsa Cina tetapi kita (PAS) tidak mengira kaum dan parti politik.

"Walau pun ada orang MCA atau MIC, kita (PAS) tidak ambil kira. Apa yang penting kita (PAS) hendak bantu penduduk di sini," jelasnya ketika ditemui selepas melawat lokasi tersebut.

Justeru itu, seorang penduduk terbabit, Encik Ng Geok Ting, 77, merakamkan ucapan terima kasih kepada Adun Batu Buruk, Dr Syed Azman yang turun 'padang' melihat lokasi kejadian di taman tersebut.

"Kami (penduduk) ucap terima kasihlah kepada Yang Berhormat (Dr. Syed Azman) dan harap dia (Adun) boleh ketengahkan masalah ini kepada pihak 'atas' (kerajaan)," ujarnya.

Penduduk turut memaklumkan, telah berlaku retakan di beberapa buah terutama di bahagian dapur masing-masing kesan hakisan yang berlaku. [Baca Berita Asal Disini]

Pengayuh Tunggal 'R' Terengganu Lepasi Jarak 200km

Posted: 09 Jan 2013 06:19 AM PST

Editor BULETIN

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita12/C4R%20Kuantan.jpgKUALA TERENGGANU - Hasrat beliau untuk cuma menyertai konvoi berbasikal 'Cycle For Royalti - C4R' dari Kuala Terengganu ke Dungun sejauh 80 kilometer akhirnya kini sudah melepasi jarak lebih 200 kilometer, sehingga bandar Kuantan.

Syeh Solah Syed Hassan, ketika menghubungi Buletinonline semalam mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan sokongan dan semangat kepada beliau sehingga berjaya meneruskan 'gatihan' hingga ke Kuantan.

Beliau berkata, InsyaAllah akan meneruskan kayuhannya sehingga ke KLCC dan berhemah di sana sebelum bersama-sama menyerahkan memorandum kepada Petrnas pada Jumaat 11 Disember.

"AlhamduliLlah, asalnya hanya nak 'join' C4R sampai Dungun 80km sahaja, tapi hari ini sudah sampai 200km....sampai Kuantan, terima kasih kepada semua pihak yang memberikan dorongan dan galakan,

"saya ucap terima kasih juga kepada Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu yang memberikan sumbangan untuk belanja makan, minum dan penyegaran sepanjang perjalanan,"ujarnya.

[Gambar - Syed Solah Syed Hassan, (berdiri paling kiri) memakai baju hitam putih 'R' Terengganu bergambar bersama peserta C4R sebaik tiba di Kuantan semalam]


Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh anak-anak muda memberikan sokongan moral dan dapat bersama-sama 'R' Kelantan dan juga 'R' Terengganu menyampaikan memorandum kepada Petronas nanti.

Katanya, anak-anak muda hari ini, khususnya orang-orang Terengganu harus sedar dan tidak lagi tertipu dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) serta bangkit 'mencegah' kemungkaran.

"kawan-kawan.....orang muda Terengganu mesti celik dan mesti sedar, jangan ditipu lagi oleh Umno-BN khususnya kes royalti minyak yang masih lagi belum diserahkan,

"mereka (pemimpin Umno) tidak boleh lagi diharapkan (mentadbir Terengganu) kerana menghabiskan wang sesuka hati tanpa manfaat kepada rakyat,"jelasnya.

Gossip Najib sakit: SKMM marah

Posted: 09 Jan 2013 06:16 AM PST

KL TODAY

 

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memperingatkan orang ramai mengenai bahayanya penyebaran berita palsu menerusi internet dan khidmat pesanan ringkas (SMS).Ini berikutan berita palsu mengenai kesihatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.

"Kami mengambil serius perkara ini. Siasatan sedang dijalankan dan seperti biasa kami bekerjasama dengan polis dan jika didapati melanggar undang-undang, mereka yang terbabit akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang yang sedia ada," kata Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi.

Mengikut seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, seseorang yang menggunakan internet atau telefon untuk menyebar berita palsu boleh dikenakan tindakan undang-undang. Jika didapati bersalah mereka boleh didenda RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

"Orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan berita berkenaan melalui SMS atau media sosial kerana berita palsu seperti yang ditulis dalam blog terbabit boleh mengganggu gugat keselamatan negara, kesejahteraan masyarakat dan membawa pengaruh buruk terhadap kedudukan ekonomi masa kini," katanya.

Bukan Islam tolak titah Sultan

Posted: 09 Jan 2013 06:12 AM PST

KL TODAY

 

Kumpulan yang memayungi gereja Protestan Malaysia mengatakan hari ini Kristian di seluruh negara memanggil tuhan mereka dengan gelaran "Allah" dalam amalan mereka sejak berabad-abad lalu dan akan meneruskan hak perlembagaan mereka untuk berbuat demikian, walau apa pun titah Sultan Selangor terhadap bukan Islam.

Ketua-ketua gereja Majlis Gereja Malaysia (CCM) berkata mereka mengikuti wacana semasa penggunaan perkataan "Allah" oleh orang bukan Islam.

Para pemimpin gereja yang bermesyuarat di Ipoh, mengulangi bahawa mereka telah menggunakan "Allah" dalam Alkitab bahasa Melayu "sejak berabad-abad" dan komuniti orang asli di sini telah menjadikan perkataan yang berasal daripada bahasa Arab itu sebagai sebahagian daripada bahasa harian mereka.

"Jika begitu kesnya, kami akan meneruskan amalan ini — hak yang dijamin kepada kami dalam Perlembagaan Persekutuan (Perkara 11) dan menyeru semua pihak untuk menghormati hak asasi ini," kata mereka dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.

Kenyataan pemimpin gereja CCM hampir serupa dengan badan yang memayungi semua kuil Sikh di negara ini semalam.

Majlis Gurdwara Malaysia (MGC) menambah sebarang langkah untuk menghalang orang bukan Islam menggunakan perkataan "Allah" dalam teks agama sama dengan sekatan ke atas penganut agama Sikh daripada mengamalkan agama mereka.

"Majlis Gurdwara Malaysia (MGC) sedih apabila mendapat tahu perintah telah dikeluarkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor bahawa orang bukan Islam di negeri itu diharamkan daripada menggunakan perkataan Allah kerana ia adalah perkataan suci dan eksklusif kepada umat Islam.

"MGC selanjutnya kecewa bahawa tiada pengecualian dibuat dalam dekri tersebut," kata presiden MGC Jagir Singh dalam satu kenyataan.

Sultan Sharafuddin telah memanggil satu mesyuarat khas dengan beberapa orang Ahli Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Mufti Selangor serta pegawai tertìnggi MAIS dan JAIS untuk mengharamkan bukan Islam daripada menggunakan perkataan Arab tersebut.

Kenyataan dari pihak berkuasa Islam tertinggi negeri tersebut keluar walaupun keputusan Mahkamah Tinggi pada Disember 2009 mengatakan perkataan "Allah" tidak terhad kepada orang Islam dan Gereja Katolik mempunyai hak untuk menerbitkan perkataan dalam seksyen bahasa Melayu akhbar mingguan itu, Herald.

Walaupun dekri terbaru Sultan Selangor mengharamkan orang bukan Islam di negeri tersebut daripada menggunakan perkataan "Allah", Pakatan Rakyat (PR) mengesahkan semelam pendirian dalam kontroversi tersebut, menegaskan Islam tidak melarang orang lain daripada menggunakan perkataan tersebut.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberitahu satu sidang akhbar bersama pemimpin PR di Petaling Jaya semalam bahawa Kristian dan masyarakat bukan Islam lain tidak harus menyalahgunakan perkataan Allah untuk menyebarkan kekeliruan di kalangan umat Islam tetapi ini tidak bermakna mereka tidak dibenarkan untuk menggunakan perkataan Arab tersebut.

"Islam tidak menghalalkan orang-orang agama lain daripada menggunakan kalimah 'Allah' dalam amalan mereka, walaupun [dalam penggunaan perkataan oleh orang-orang bukan Islam] tidak merujuk kepada makna asal perkataan kerana menurut al-Quran," katanya.

Polemik penggunaan kalimah Allah timbul kembali apabila Lim dalam perutusan Krismasnya pada 24 Disember lalu menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Injil bahasa Melayu memandangkan ia telah dibenarkan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu dan digunapakai di Timur Tengah hampir seribu tahun lalu.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, masyarakat Kristian dan Islam terlibat dalam perang mulut mengenai perkataan "Allah", dengan kumpulan kedua berhujah penggunaannya perlu eksklusif kepada mereka atas alasan bahawa Islam adalah monoteistik dan perkataan "Allah" bermaksud tuhan kepada orang Islam.

Penghantaran Alkitab, kitab Injil dalam bahasa Melayu kepada Bumiputera Kristian yang menggunakan Bahasa Melayu telah disekat atau dirampas di pelabuhan, sebelum kerajaan akhirnya tunduk kepada tekanan dan membebaskannya pada tahun 2011.

Sikh, bagaimanapun, tidak dihalang daripada menggunakan "Allah" dalam ibadah mereka sehingga titah terbaru Sultan Selangor.

HKR 12 Januari: Stadium Merdeka lulus

Posted: 09 Jan 2013 06:06 AM PST

KL TODAY

 

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) hari ini memaklumkan pihak Stadium Merdeka telah membenarkan penggunaan stadium itu untuk himpunan pada 12 Januari ini. 

Pengerusi HKR, Mohamad Sabu berkata, surat tersebut diterimanya jam 2.30 petang tadi dan wakil jawatankuasa HKR akan bertemu dnegan pihak pengurusan stadium untuk perbincangan lanjut jam 10 pagi esok.

"Pihak penganjur mengucapkan terima kasih kepada pihak Stadium Merdeka kerana membenarkan HKR diadakan di stadium.


"Kami akan hantar jawatankuasa untuk berunding dengan pihak pengurusan tentang penyelarasan dan peraturan 'do and don't  yang dikenakan oleh pihak stadium jam 10 pagi esok.

"Kami juga akan memaklumkan segera kepada Ketua Polis Negara untuk mendapatkan kerjasama seperti yang dijanjikan dan akan berjumpa dengan OCPD Dang Wangi," kata beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAs, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Beliau juga yakin HKR ini merupakan HKR terakhir sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 dan berlangsung dalam keadaan aman dan tenteram.

"Kita juga berhasrat menjadikan perhimpunan ini satu perhimpunan bersejarah dan aman, tenteram sebelum pilihan raya di mana Pakatan Rakyat akan mengambil alih negara melalui proses demokrasi.


"Himpunan satu juta rakyat ini menjadi signal kepada SPR, media, kerajaan dan lain-lain bahawa rakyat mahu pilihan raya yang aman dan tenteram," katanya.

Sementara itu, pra himpunan akan diadakan pada malam sebelumnya di Taman Medan, Petaling Jaya dan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru.

"Pemuda Pakatan Rakyat akan diadakan di Taman Medan dan NGO akan berkumpul di Kelab Sultan Sulaiman," katanya.

Lagu negeri khas untuk bukan Islam, jika haramkan ‘Allah’, kata Asri

Posted: 08 Jan 2013 08:55 PM PST


 

KUALA LUMPUR— Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengatakan lagu kebanyakkan negeri-negeri yang menggunakan kalimah "Allah" terpaksa ditukar dengan keputusan mengharamkan penggunaan kalimah Arab tersebut bagi orang-orang bukan Islam.

Bekas Mufti Perlis (gambar) itu dilihat sebagai memberi respon kepada perintah Di Raja yang dikeluarkan oleh Sultan Selangor mengharamkan penganut agama selain Islam untuk menggunakan kalimah Allah sebagai rujukan kepada tuhan mereka.

"Bnyk lagu negeri2 ada klimah Allah trmasuk S'ngor. Jk mrk haram sama sekali pnggil Tuhan ALLAH, mk versi khas dperlukn," tulis beliau di akaun Twitternya, @realDrMAZA.

"Ertinya pengharaman total tidak mungkin. Kalau sekadar untuk Bible Bahasa Melayu, itu soal pentadbiran sahaja."

"Kerajaan boleh larang (penggunaan kalimah Allah) atas pentadbiran, bukan kerana Islam mengharamkan bukan Muslim sebab tiada arahan khusus dalam Islam tentang hal ini. Bible di negara Arab semua sebut Allah," kata beliau kepada The Malaysian Insider apabila dihubungi.

Malaysia yang didominasi Islam mempunyai 13 buah negeri dan tiga wilayah persekutuan. Kebanyakan lagu negeri mengandungi perkataan "Allah" di dalam liriknya.

Lagu kebangsaan, "Negaraku", tidak mengandungi perkataan Arab "Allah" tetapi menggunakan perkataan Melayu, "Tuhan".

Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) telah menarik pengikut yang ramai oleh kerana pandangan vokal beliau mengenai hal agama.

November lepas, beliau diheret ke dalam kontroversi kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mengenai Islam dengan beberapa tokoh agama mencadangkan kenyataan naib presiden PKR itu dalam sebuah forum awam bermakna beliau menyokong orang Islam melakukan "Murtad".

Mohd Asri mempertahankan tokoh pembangkang muda yang bersinar bintangnya itu secara terbuka, mengatakan tiada paksaan dalam amalan Islam.

Isu-isu kaum dan agama tidak dapat dipisahkan di Malaysia, di mana orang Melayu — yang membentuk 60 peratus daripada 28 juta penduduk — ditakrifkan perlembagaan sebagai orang Islam.

Undang-undang tertinggi negara menyatakan Islam adalah agama persekutuan tetapi membenarkan juga agama-agama lain untuk diamalkan secara bebas.

Pemimpin gereja Kristian dan badan mewakili kuil Sikh di seluruh negara telah menyatakan kebimbangan mengenai kesan perintah Di Raja Sultan Selangor mengharamkan pengikut agama selain agama Islam daripada menggunakan perkataan "Allah" merujuk kepada tuhan mereka.

Sultan negeri juga mengarahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Selangor (JAIS) untuk mengambil tindakan tegas terhadap semua kumpulan, termasuk bukan Islam, yang terus mempersoalkan fatwa negeri dan undang-undang 1988 negeri menyekat penggunaan perkataan Arab itu.

Walau bagaimanapun, pada bulan Disember 2009, Mahkamah Tinggi memutuskan perkataan "Allah" tidak terhad kepada orang Islam dan Gereja Katolik mempunyai hak untuk menerbitkan perkataan tersebut dalam edisi Melayu akhbar mingguan, Herald.

Tubuh s'jaya bebas siasat pampasan ‘landasan maut’

Posted: 08 Jan 2013 08:49 PM PST

Harakahdaily,
 
PETALING JAYA: Pakatan Rakyat mendesak kerajaan menubuhkan satu suruhanjaya bebas bagi menyiasat kes wang RM207 bilion pampasan buruh 'landasan maut' Siam-Burma yang dibayar kerajaan Jepun kepada Malaysia.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata siasatan perlu dibuat untuk mengenal pasti di mana dan ke mana wang itu telah dibelanjakan memandangkan buruh dan keluarga yang terlibat masih belum menerima sebarang bayaran dari kerajaan Malaysia.

"Saya dah sebut bahawa ia tidak diagihkan melalui Perbendaharaan.

"Saya seru Perdana Menteri, Najib Abdul Razak supaya melakukan siasatan bebas ke atas isu ini kerana RM207 bilion ialah satu jumlah yang besar. Beliau tidak boleh terus berdiam diri," katanya yang juga bekas menteri kewangan.

Dalam sidang Dewan Rakyat sebelum ini, Nizar mendakwa, kerajaan Jepun telah membayar RM207 bilion kepada kerajaan Malaysia sebagai pampasan kepada buruh paksa pembinaan keretapi itu.

Namun sehingga kini, tidak ada sebarang wang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada mangsa atau waris mereka.

Dianggarkan seramai 72,000 rakyat Malaya pada ketika itu dikerah dan hanya 30,000 orang daripada mereka yang kembali ke Malaysia sementara selebihnya gagal dijejaki.

Mengikut rekod persatuan  Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Kereta Api Siam Burma 1942-1946, jumlah 30,000 buruh yang pulang semula ke tanah air itu melibatkan 60 peratus bangsa Melayu, 20 peratus India, 15 peratus Cina dan 5 peratus bangsa lain.

Nizar yang juga AJK PAS Pusat berkata, dengan jumlah RM207 bilion itu setiap keluarga dianggarkan layak menerima sehingga RM2.5 juta wang pampasan.

Sejak didaftarkan secara rasmi pada 11 Januari 2011, persatuan terbabit telah memohon beberapa kali untuk mendapatkan wang pampasan dari kerajaan Malaysia tetapi hingga kini masih gagal.

Pakatan pecah tembok Johor tawan Putrajaya – Jui Meng

Posted: 08 Jan 2013 08:48 PM PST

KEADILAN DAILY

JOHOR BAHRU: Pakatan Rakyat (Pakatan) bakal gempur tembok Johor untuk ke Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13), kata Pengerusi KEADILAN Negeri, Datuk Chua Jui Meng.

Menurutnya, satu mesyuarat khas Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri (MPN) diadakan hujung minggu lalu untuk meneliti jentera pilihan raya bagi memenangi PRU 13.

Beliau percaya, KEADILAN boleh bantu kemenangan Pakatan menawan negeri kubu kuat Umno itu dan membentuk kerajaan Pusat.

Jui Meng (duduk tengah) bersama (duduk dari kiri) Mohd Khuzzan, Tan Yen Ming, Steven Choong, Dr Ahmad Faidhi, Hassan Karim, Syed Hamid Ali, Saadon, Willham Siau dan pemimpin KEADILAN Johor ucap Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakyat.

"Berdasarkan maklumat sedia ada, Pakatan Rakyat akan memenangi cukup kerusi Parlimen sekaligus tawan Putrajaya," kata Naib Presiden KEADILAN itu kepada Keadilan Daily.

Sementara itu, Timbalan Setiausaha Agung merangkap Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya Negeri, Steven Choong berharap rakyat buat pilihan tepat untuk menentukan jaminan masa depan.

"Bagi rakyat Malaysia, ini kalilah pilihan raya yang tidak boleh diabaikan. Setiap undi akan menentukan masa depan kita dan generasi akan datang," katanya.

Dalam pada itu, beliau menyeru para pengundi keluar awal pada hari mengundi untuk mengelakkan kecurangan pilihan raya.

"Jika kadar pengundi keluar mengundi boleh sampai 90 peratus, manakala pengundi yang bekerja di luar bandar turut balik mengundi, ia akan mengurangkan kesan kecurangan pilihan raya," katanya.

Hadir sama, Ahli Majlis Pimpinan Pusat merangkap Ketua Penerangan Negeri, Syed Hamid Ali; Timbalan Pengerusi Negeri, Dr Ahmad Faidhi Saidi; tiga Naib Pengerusi Negeri; Hassan Abdul Karim, Liew Voon Chew dan Selva Kumaran.

Turut serta, Bendahari Negeri, Tan Poh Lai; Pengarah Strategi Negeri, Saadon Abdullah; Pengarah Biro Guaman Negeri, Jimmy Puah; Pengerusi Biro Kerajaan Tempatan Negeri, Tan Yen Ming; Setiausaha Pengelola Negeri, Zabidie Abas; Timbalan Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya Negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar; Setiausaha Jawatankuasa Pilihan Raya Negeri, Willham Siau dan Setiausaha Kerja Negeri, Yuneswaran Ramaraj.

Dalam perkembangan berkaitan, Pusat Media KEADILAN Johor di Bandar Baru UDA, sebagai tempat rasmi untuk semua sidang media dilancarkan.

Rakyat Sabah diseru sertai Himpunan Bangkit 12 Jan

Posted: 08 Jan 2013 08:46 PM PST

Harakahdaily,
 
KUALA LUMPUR: Penganjuran Himpunan Sabah Bangkit adalah satu manifestasi daripada himpunan besar-besaran yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada 12 Januari ini.

"Pada tarikh yang sama juga, kita ingin mengambil semangat dan aura kebangkitan rakyat Malaysia ini, kita sahut dengan kita anjurkan himpunan untuk rakyat Sabah agar rakyat pun dapat bersama merasai kebangkitan rakyat ini. Ditegaskan, kita adalah NGO," kata Harieyadi Karmin selaku Koordinator Gegar merangkap Pengerusi Penganjur Himpunan Sabah Bangkit dalam satu kenyataan.
.
Kenyataan penuh beliau sebagaimana di bawah.

Penganjuran Himpunan Sabah Bangkit adalah satu manifestasi daripada himpunan besar-besaran yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada 12 Januari ini.

Pada tarikh yang sama juga, kita ingin mengambil semangat dan aura kebangkitan rakyat Malaysia ini, kita sahut dengan kita anjurkan himpunan untuk rakyat Sabah agar rakyat pun dapat bersama merasai kebangkitan rakyat ini. Ditegaskan, kita adalah NGO.

Gabungan NGO Menuntut Hak Rakyat Sabah (Gegar) mengambil inisiatif menjadi penganjur kepada himpunan ini selepas kita mengadakan siri perbincangan dengan kawan-kawan NGO yang lain.

Kita memandang di peringkat negeri Sabah juga kena ada satu gerakan dan bentuk cara menyatakan hak rakyat.

Tujuan sebenar himpunan ini diadakan adalah kita ingin menyatakan dan menuntut hak-hak yang kita mahu sebagai rakyat, rakyat negeri sabah dan rakyat Malaysia. Terpulang pada individu, mahupun kumpulan-kumpulan, datang dan tuntutlah hak anda. Hari tersebut kita jadikan sebagai hari tuntutan rakyat.

Di samping itu, kita juga ingin tunjukkan kepada pemerintah, rakyat bukan lagi bahan tunggul dan patung padi yang hanya duduk diam kalau hak mereka tidak diberikan kepada mereka. Rakyat kini sudah pandai.

Kita mahukan bentuk perubahan berlaku. Bukan lagi janji kosong yang ditabur. Kita juga bagi amaran dan peringatan kepada pemerintah, rakyat ada kuasa. Jangan sampai rakyat muak dan menolak kerana sistem pemerintahan hari ini yang kita pandang sebagai kian rosak dan menindas rakyat.

Begitu juga dengan bakal pemerintah Malaysia selepas PRU13, kerajaan sekarang mahupun pembangkang, kita ingin katakan jangan permain dengan rakyat dengan politik membodohkan.

Kalau mahu perintah, bentuk sistem pemerintahan yang baik. Kalau kerajaan selepas PRU13 juga bermasalah, rakyat juga tidak akan teragak-agak menolak kerajaan tersebut.

Gegar akan hadir dengan sebelas tuntutan untuk rakyat dan anak muda Sabah. Tuntutan ini yang akan kita perjuangkan agar hak ini dapat dikembali dan diberikan kepada rakyat. 1. Peluang pekerjaan 2. Rumah mampu milik 3. Kos sara hidup rendah 4. Liputan jalur lebar 5. Minimum kadar jenayah 6. Kemudahan pendidikan dan percuma 7. Pilihanraya bersih dan adil 8.Negeri hijau dan bersih 9.Royalti minyak dan balak 10. Hak tanah adat 11.Pembangunan insfrastruktur.

Untuk pengetahuan, ini adalah kali pertama himpunan akan diketuai oleh anak muda Sabah. Hampir kesemua jawatankuasa bertindak himpunan terdiri daripada anak muda dan mahasiswa.

Jadi, kita sangat mengharapkan agar himpunan ini dapat mengumpulkan semua rakyat, terutamanya anak muda dan mahasiswa, kita bagi signal kepada pemerintah, anak muda kini tidak lagi hanya tahu berseronok dan duduk diam dan lihat. Anak muda kini sedar dan mahukan perubahan.

Dengan penuh harapan dan semangat, saya menyeru seluruh rakyat Sabah tidak kira walaupun terdiri daripada latarbelakang yang berbeza dari aspek agama, bangsa, budaya mahupun  fahaman politik, marilah kita bersama-sama menunjukkan solidariti kita, kita tuntut hak kita dan kita tunjukkan kita memang benar-benar mahukan perubahan.

Pampasan Jepun: Nizar buat PC khas hari ini

Posted: 08 Jan 2013 08:39 PM PST

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: AJK PAS Pusat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin akan mengadakan satu sidang media (PC) khas hari ini ekoran skandal wang pampasan pembinaan landasan keretapi maut Jepun.

Beliau dijangka akan mendedahkan beberapa dokumen penting berkaitan dengan isu ini ekoran kecelaruan selepas kenyataan pegawai Kedutaan Jepun semalam.

Sidang media ini akan diadakan jam 2 petang nanti di Pejabat Agung PAS.

Semalam Pegawai Kedutaan Jepun menafikan  dakwaan kononnya beliau mengesahkan penyerahan wang RM207 bilion kepada kerajaan Malaysia.

Apa yang berlaku adalah salah petik dari beberapa media terhadap laporan Harakahdaily.

Harakahdaily melapor kedutaan Jepun mengesahkan penyerahan sejumlah wang kepada kerajaan Malaysia namun tidak dinyatakan jumlahnya kerana pegawai itu akan menyemak dahulu dengan Tokyo mengenainya.

Namun beberapa media memetik berita Harakahdaily itu dengan menokot tambah wang berjumlah RM207 juta itu.

Akhbar The Star milik MCA juga melaporkan perkara itu dengan memberikan imej buruk kepada Nizar.

The Star melaporkan, Kedutaan Jepun menafikan pembayaran RM207 bilion itu.

Setiausaha Kedua Kedutaan Jepun, Takaharu Suegami menyatakan perkara ini bagi menjawab laporan media yang mendakwa Nizar sebagai berkata begitu.

Takaharu berkata, dakwaan itu diluar pengetahuan dan campurtangan kerajaan negeri Jepun.

Sebelum ini Harakahdaily melaporkan, Nizar mendakwa kerajaan negeri Jepun telah membayar wang sebanyak RM207 bilion kepada kerajaan Malaysia untuk diagihkan kepada mangsa pembinaan keretapi maut itu.

Namun sehingga kini mangsa atau waris mereka belum menerima sebarang wang pampasan itu.

Dakwaan itu dibuat Nizar dalam sidang Parlimen sessi lepas.

 Sementara itu, Utusan pada 11 Mei 2007 pernah melaporkan, kes tuntutan buruh paksa 'Landasan Kereta Api Maut Jepun' dianggap selesai oleh kerajaan Malaysia sejak zaman pentadbiran Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman, kata Setiausaha Parlimen Kementerian Luar, Ahmad Shabery Cheek.

Menurut beliau, ini berikutan satu perjanjian berkaitan bekas buruh paksa Jepun yang telah ditandatangani oleh kerajaan Malaysia dan kerajaan Jepun pada 21 September 1967.

Mengikut perjanjian tersebut, katanya, kerajaan Jepun bersetuju membayar wang 'darah' kepada Malaysia dan wang tersebut telah digunakan untuk menubuhkan Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC).

Ini yang menyebabkan mangsa ini tidak berpuashati kerana wang pampasan itu sepatutnya diperolehi oleh mereka.

Tsunami kebangkitan rakyat selepas tsunami politik

Posted: 08 Jan 2013 08:36 PM PST

Hazayani Zakaria,




KUALA LUMPUR: Keyakinan Umno BN bahawa 'tsunami politik' sudah berakhir disifatkan sebagai bercanggah dengan realiti yang berlaku di negara ini.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr. Hatta Ramli (gambar) berkata, walaupun 'tsunami politik' dikatakan sudah berakhirm namun kerajaan Umno BN terpaksa menghadapi 'tsunami kebangkitan rakyat'.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan bahawa 'tsunami politik' pada tahun 2008 sudah berakhir apabila kerajaan di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib razak melakukan banyak perubahan.

"sekurang-kurangnya (Datuk) Ahmad Maslan mengakui wujud 'tsunami politik' dan kata ia sudah berakhir.

"Ini bermakna, bukan kita sahaja yang kata ada tsunami politik tahun 2008 tetapi Umno sendiri mengaku.

"Sebenarnya tsunami semakin kuat dengan kebangkitan rakyat berdasarkan kesedaran dan kefahaman rakyat sendiri," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula berkata, kini BN bangkit semula sebagai sebuah parti yang kuat dan paling kukuh selepas melalui 'tsunami politik'.

Namun kata Dr Hatta, Umno BN dilihat semakin menuju kehancuran dengan pelbagai krisis dalaman.

"Yang semakin merudum ialah Umno dengan politik tuduh menuduh sesama sendiri, sekarang timbul pula usaha jatuhkan Najib dengan kata Najib sakit. Ini bukan semakin pulih tapi semakin teruk.

"Politik fitnah tak habis-habis dan cuba membangkitkan semula isu lapuk yang sudah lama tidak didengar," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.

Tambah beliau, 'tsunami kebangkitan rakyat' semakin menyerlah apabila semangat rakyat berkobar-kobar untuk turun ke Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) pada 12 Januari ini bagi menuntut kerajaan yang bersih.

"Azam rakyat untuk turun beramai-ramai ke HKR semakin meluap-luap.

"Walaupun tiada publisiti daripada media kerajaan, tetapi maklumat yang tersebar melalui laman sosial dan media alternatif menyebabkan rakyat tahu mengenai HKR ini," katanya.

Usaha sekat wartawan lapor jika polis ‘mengganas’ di HKR – NUJ

Posted: 08 Jan 2013 08:34 PM PST

Oleh Aisha Geoffrey

KUALA LUMPUR - Polis mesti telus menjaga keselamatan wartawan pada Himpunan Kebangkitan Rakyat Sabtu ini, bukan menyekat kebebasan mereka membuat liputan, kata Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ).

Ia ekoran wartawan yang akan membuat liputan HKR diarah memakai pas khas yang disediakan polis supaya mudah dikenalpasti.



Langkah itu menurut polis sebagai usaha untuk mengelak berulang kejadian petugas media dipukul anggota polis seperti yang berlaku semasa perhimpunan Bersih 3.0.

"Kita harap dengan pas itu, polis akan mengenal pasti para petugas media dan ini bermakna tiada lagi alasan untuk mereka kata tersilap pukul seperti yang terjadi dalam Bersih 3.0," kata Presidennya, Chin Sung Chew.

Justeru, beliau berharap agar tujuan 'mudah dikenalpasti' bukan alasan untuk menyekat kebebasan wartawan membuat liputan.

"Tindakan itu tidak patut. Kita harap polis telus dalam mengeluarkan arahan tersebut, khusus untuk menjaga keselamatan wartawan," katanya.

Dalam himpunan Bersih 3.0 28 April tahun lalu, selain orang ramai, turut menjadi mangsa keganasan polis adalah di kalangan wartawan.

Polis juga memaksa jurugambar memadam gambar yang dirakam malah ada juga bertindak merampasnya.
NUJ turut menerima 12 laporan daripada petugas media mengatakan mereka diserang polis semasa perhimpunan tersebut.

5,000 pengundi Umno dipindah ke Lembah Pantai – Nurul Izzah

Posted: 08 Jan 2013 08:30 PM PST

Oleh Norutul Ilham

KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 5,000 ahli Umno yang merupakan pengundi Wilayah Persekutuan dipindah ke Parlimen Lembah Pantai dipercayai untuk bantu kemenangan BN pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13).

Mendedahkan demikian, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, taktik kotor itu dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), bersekongkol dengan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin yang berminat untuk bertanding.

"Pertembungan kali ini paling sengit kerana semua ahli Umno Wilayah Persekutuan dipindah ke Lembah Pantai. Sengaja dilancar bagi memenangkan calon Umno BN itu.



"Kita kenal pasti lebih kurang 5,000 daripada butiran misalnya mereka ini ada yang mengundi di Seputeh. Keseluruhannya merangkumi pemindahan pengundi. Ahli-ahli Umno yang mengundi di luar akan mengundi di Lembah Pantai termasuk undi pos tambahan 2,000," jelasnya kepada Keadilan Daily.

Nurul Izzah berkata, Ketua Polis Negara dan Perdana Menteri turut diperalat Nong Chik untuk menarik sokongan penduduk setempat terhadapnya.

"Sebelum ini, Ketua Polis sendiri turun ke Lembah Pantai untuk edar bubuk lambuk. Najib (Razak) pula dua kali turun menyerahkan BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia).

"80 peratus perumahan rakyat di Lembah Pantai dicat. Di Sentosa, 100 peratus di bawah kelolaan DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur). Ini memberikan impak besar termasuk Pantai Dalam. Sebaliknya, Pemuda Umno yang dapat projek tersebut apabila ia diswastakan," sambungnya.

"Nong Chik sama macam Shahrizat kerana segala projek, mereka akan jadi juara. Projek Shahrizat (NFC) dan keluarga RM250 juta. Belum lagi Nong Chik ada projeknya sendiri," kata Naib Presiden KEADILAN itu.

Pada PRU lalu, Nurul Izzah membuat kejutan apabila menewaskan Datuk Seri Shahrizat Jalil bagi menawan kerusi Parlimen Lembah Pantai.

Kini, ada ura-ura kerusi itu bakal ditandingi Nong Chik sekalipun terpalit dengan isu rampasan tanah Kampung Baru dan skandal anaknya yang mendapat tender kontrak berbilion ringgit.

Ayuh kumpul bersama AMK di PJ Sabtu ini gegarkan Stadium Merdeka

Posted: 08 Jan 2013 08:20 PM PST

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR- Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, diketuai Shamsul Iskandar Mohd Akin akan berarak dari Padang Timur, Petaling Jaya (PJ), depan Ampcorp Mall ke Stadium Merdeka Sabtu ini sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat (KHR).

Mereka akan bergabung dengan kumpulan lain sepanjang laluan perarakan yang akan melalui Universiti Malaya dan Dataran Merdeka.

Justeru, AMK Selangor yang akan menjadi tuan rumah untuk tapak lokasi berkumpulnya anggota AMK dari seluruh pelusuk negara, mengalu-alukan kedatangan mereka untuk sama-sama gegarkan #KL112.



Setiausaha AMK Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad berkata, peserta diminta berkumpul di situ bermula 8 pagi sebelum berarak ke Stadium Merdeka pada jam 9 pagi.
Katanya, peserta himpunan akan diiringi sekumpulan konvoi berkenderaan bersedia memberi bantuan jika ada sebarang kecederaan.

"Kepada individu yang mempunyai kenderaan pikap, seperti Hilux dan sebagainya, dan berminat untuk menyertai konvoi dari Padang Timur, PJ bolehlah mendaftarkan nombor kenderaan anda pada Ginie Lim (016-7183453) dan Haji Ramlan (016-6648032) bagi memudahkan urusan pada hari tersebut," katanya dalam kenyataan.

Saifuddin berkata, AMK Selangor memberikan sokongan penuh kepada AMK Malaysia dan akan mengerahkan seluruh kekuatan sayap parti di negeri itu untuk turun bersatu dalam perarakan nanti.

"AMK Selangor yakin dengan kebangkitan rakyat bakal mengubah landskap politik Malaysia di masa hadapan. Kebangkitan ini juga isyarat jelas supaya regim Umno BN tidak sewenang-wenang mahu memanipulasi dan menindas rakyat terbanyak.

"Anggota AMK seluruh negara siap sedia berhadapan apa juga rintangan demi mengangkat maruah rakyat dan meletakkan kembali keadilan sebagai teras kenegaraan," katanya.

"Ayuhlah bersama-sama AMK gegarkan #KL112. Jadikan Padang Timur, Petaling Jaya sebagai tapak bermulanya perarakan kejayaan untuk kita menawan Putrajaya. Kemenangan adalah pasti, untuk anak-anak muda yang berani dan mengimpikan perubahan di bumi bertuah ini," tambah Saifuddin.

Tiada ulasan: