Isnin, 14 Januari 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Surat Kerajaan Malaysia tentang Bible dalam Bahasa Malaysia???

Posted: 13 Jan 2013 11:23 PM PST


Sumber di sini. 


P/s: Jangan kata PR yang luluskan.



Isu Kalimah Allah: Majlis Syura Keluar Kenyataan Semua Orang Boleh Guna, Tetapi Tidak Boleh Terjemah Nama Allah

Posted: 13 Jan 2013 10:00 PM PST


Majlis Syura: Semua Boleh Guna Tetapi Tidak Boleh Terjemah Nama Allah

  [HD] KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulamak PAS memutuskan sesiapapun boleh menggunakan kalimah Allah namun Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini.

Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah.

"Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata.

"Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah," kata kenyataan rasmi Majlis Syura Ulamak yang bermesyuarat malam tadi.

Kenyataan itu ditandatangani oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dan timbalannya, Datuk Dr Haron Din.

Yang berikut adalah kenyataan penuh Majlis Syura Ulamak.


Kenyataan Rasmi Majlis Syura Ulamak 

Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Rabiul Awwal 1434 bersamaan 13/1/2013 mengambil keputusan sebulat suara bersetuju untuk menyatakan perkara-perkara berikut:

1) Allah adalah kalimah suci yang merujuk kepada Tuhan yang diimani oleh umat Islam, iaitu Allah Yang Esa, Tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan.

2) Kalimah Allah adalah alami (universal) kerana Allah Tuhan sekalian alam. Siapa pun boleh menyebut kalimah Allah seperti mana orang Arab Jahiliyah yang tidak Islam menyebut Allah lah yang menjadikan alam ini.

3) Kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya Allah. Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini. Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah.

Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah.

Kenyataan media ini adalah memperjelaskan maksud kenyataan Al Mursyidul Am, Presiden dan seluruh kepimpinan PAS.

Mesyuarat Majlis Syura Ulamak PAS ini juga telah membincangkan isu sedutan ucapan Tuan Guru Presiden yang diangkat martabatnya menjadi amanat dan memutuskan untuk mendesak kerajaan supaya membenarkan Tuan Guru Presiden memperjelaskan isu tersebut sekurang-kurangnya satu jam secara langsung menerusi TV1 dan TV3.

Tuan Guru Datuk Bentara Setia
Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat
Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia

Tuan Guru Datuk Dr Haron Din
Timbalan Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia

P/s: Kenyataan yang dibuat oleh Presiden Pas itu boleh dibaca di sini.


Laporan Berkaitan:

Kalimah ALLAH: Pemimpin Pas Tidak Bercanggah Pendapat

ABDUL HADI AWANG
ABDUL HADI AWANG

[Bernama] MARANG - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini berkata, tiada percanggahan antara pemimpin Pas berhubung isu penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible seperti yang dilaporkan.

Beliau berkata, kalimah ALLAH tidak boleh diterjemah kepada tuhan kerana pengertian tuhan itu terlalu umum.

"Untuk orang Islam kita terjemah Allah dalam bahasa Melayu, ALLAH juga, orang Pakistan (yang) guna bahasa Urdu, ALLAH juga, (dan) orang putih (Inggeris yang) masuk Islam, (adakah) dia terjemah God atau Lord?... tak, ALLAH juga. Perkataan ALLAH diterjemah (kepada) bahasa lain tak boleh, bagaimana (pula) perkataan God (hendak) diterjemah kepada ALLAH.

"Perkataan Tuhan tak boleh terjemah kepada ALLAH. Sebab itu ALLAH juga (digunakan) dalam bahasa Urdu, Parsi, Inggeris. Bagi orang Islam, God kita terjemah tuhan. Tuhan itu suatu yang umum... tapi ALLAH dia khusus, tapi orang kafir guna juga Allah pada zaman nabi dulu," katanya semasa melancarkan buku 'Amanat Haji Hadi-Antara Fitnah dan Fakta' yang dicetak semula, di Masjid Rusila di sini hari ini.
 
Ditanya sama ada pakatan pembangkang akan mempertahan penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible seandainya memerintah negara, Abdul Hadi berkata, "nanti kita memerintah dulu, tak memerintah lagi tak boleh sebut."
 
Sementara itu Abdul Hadi berkata, beliau tidak akan berganjak daripada terus mempertahan amanatnya pada 1981 dan berazam untuk memberikan penjelasan kepada umat Islam dengan menerbitkan semula buku itu yang pernah dicetak pada tahun 2002.
 
Kandungannya tidak diubah kecuali sedikit pembetulan ejaan sebagaimana yang pernah dikehendaki Jabatan Perdana Menteri sekitar awal tahun 80-an, katanya kepada pemberita mengenai buku setebal 74 muka surat itu yang dijual dengan harga RM10 senaskhah.


[Gambar] Laporan China Press tentang Himpunan Kebangkitan Rakyat yang Tidak Mungkin Disiarkan dalam Utusan & Geng

Posted: 13 Jan 2013 06:35 PM PST








Sumber gambar di sini.

Tiada ulasan: