Kelab Greenboc |
- Umno-BN Tidak Pernah Belajar Daripada Kesilapan Seleweng Wang Rakyat
- [AMARAN KECEMASAN DIAKTIFKAN] Ribut Sunamo Bakal Landa Negara!
- Novandri, Blogger Umno Minta Maaf Kepada Khalid Samad
- [VIDEO] Apa Yang Nak Ditarik Balik? Hadi Tak Pernah Tuduh UMNO Kafir!
- Yatt Hamzah: Jangan Takut Berhijrah, Rezeki Di Tangan Allah
- Kerana Kerap Memfitnah, Utusan & TV3 Akhirnya KANTOI!
- Permohonan Papagomo Pinda Pembelaan Ditolak
Umno-BN Tidak Pernah Belajar Daripada Kesilapan Seleweng Wang Rakyat Posted: 07 Jan 2013 01:01 AM PST Pemimpin Umno- BN tidak pernah belajar daripada skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) apabila dengan terus menerus terpalit dengan pelbagai skandal penyelewengan wang rakyat Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, kes terbaru yang membabitkan Ketua Wanita Umno Selangor, Senator Raja Ropiah berhubung pendedahan saudagar karpet Deepak Jaikishan adalah bukti pimpinan Umno-BN perlu ditolak dalam pilihan raya nanti. Sebelum ini didedahkan bahawa Raja Ropiah membeli tanah itu dengan harga RM7 sekaki tetapi mendapat keuntungan atas angin apabila menjualnya kepada syarikat lain dengan harga RM16 kaki persegi. Tanah itu digazetkan untuk pembinaan kem tentera terletak di Mukim Bukit Raja didakwa dijual secara komersil dan tidak dibangunkan dengan objektif asalnya. "Dalam banyak-banyak syarikat yang bagus di Malaysia tetapi projek itu diberikan kepada syarikat Raja Ropiah yang luasnya lebih 200 ekar. "Tanah ini yang terletak di kawasan utama di negeri Selangor diberikan begitu sahaja, projek daripada 1997 sehingga 2013 ini tidak siap lagi. "Rakyat warga Selangor susah untuk mendapatkan geran dan tanah dengan pelbagai kesusahan tetapi pimpinan Umno dengan mudah memilikinya," kata Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai. Beliau berkata demikian semasa program 'Jelajah Anak Muda Menuju KL112 1 Juta Turun Himpunan Kebangkitan Rakyat' yang diadakan di Dewan Datuk Fauzi Pasir Panjang di sini. Sementara itu Penyelaras Kebangsaan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata, Pakatan Rakyat (PR) mempunyai potensi dan peluang untuk mentadbir Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini. Katanya ia berdasarkan keupayaan gagasan itu memperolehi 82 kerusi pada PRU-12 lepas dan sokongan yang semakin melonjak mutakhir ini khususnya di Sabah dan Sarawak. "75 peratus masyarakat orang Cina sudah menyatakan menyokong Pakatan Rakyat," ujarnya. Tegas Badrul, rakyat perlu berani turun ke Kuala Lumpur pada 12 Januari ini sebagai perhimpunan terakhir sebelum PRU-13 ini bagi menyatakan bantahan terhadap sikap berat Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dalam melaksanakan tugasnya. "Kerana itu kita hendak mengelakkan kehancuran negara, kita tiada alasan lain untuk turun beramai-ramai ke Kuala Lumpur pada 12 Jan ini," tegas Badrul. Kira-kira 1,000 hadiran datang dalam program itu yang dianjurkan oleh SAMM dengan kerjasama Pakatan Rakyat. -selangorku |
[AMARAN KECEMASAN DIAKTIFKAN] Ribut Sunamo Bakal Landa Negara! Posted: 07 Jan 2013 12:20 AM PST Kuala Terengganu - Ribut Tropika 'Sonamu' dilaporkan laman sesawang 'Global Disaster Alert and Coordination System' (GDACS) akan melanda pantai Timur Semenanjung malaysia pada 6.00 GMT pada Selasa 8 Januari. Data yang dibekalkan bersama oleh Pusat Amaran Ribut Angkatan Laut dan Udara Amerika Syarikat yang mencadangkan Sonamu akan mendarat di kedudukan 6.3 N,103.3 E. Namun begitu kenyataan pada hari Sabtu 5 Januari Majlis Keselamatan Negara, yang diterbitkan akhbar The Sun meramalkan keadaan laut bergelora dan banjir di kawasan-kawasan rendah bermula semalam (Ahad) sehingga Rabu. Setiausahanya Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata kawasan-kawasan yang sering dilanda banjir harus berwaspada amaran hujan lebat dan perlu membuat persediaan awal bagi kemungkinan banjir dan orang ramai harus menurut perintah daripada pihak berkuasa untuk mengosongkan rumah mereka. Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) telah meramalkan keadaan laut bergelora dan banjir di kawasan-kawasan rendah akan berterusan sehingga Rabu. Laman webnya telah mengeluarkan amaran angin kencang timur laut lebih 60 kmsj dengan ombak lebih daripada 4.5m berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Samui, Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan. Susulan itu, Buletinonline dimaklumkan satu berita yang agak tergempar apabila pihak Hospital Sultanah NurZahirah di sini telah memindahkan ubat-ubatan ke tingkat atas bagi menghadapi risiko ribut tersebut. Menurut sumber dalaman itu, hospital turut mengarahkan pesakit-pesakit yang 'ringan' dan yang tidak melibatkan 'wayar' pulang ke umah masing-masing. Sehubungan itu, seorang pengamal perubatan telah mengesahkan mendapat pesanan ringkas dari pihak Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian yang turut meminta semua pihak berjaga-jaga. "harap semua bersedia. 'Meeting' telah (dibuat) diperingkat MKN (Majlis Keselamatan Negara). 'Emergency response' di east cost(inner ring) activated already today (Amaran Kecemasan telah diaktifkan hari ini untuk Pantai Timur). "Banyakkan doa semoga semua ok. Cuti 'emergency staff' dibekukan,"sebagaimana yang dipetik dari pesanan ringkas itu. Menurut Timbalan Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani, beliau juga diberitahu oleh anaknya yang bersekolah di Batu Rakit, satu persiapan berjaga-jaga teah diambil pihak pihak sekolah. "Anak saya di Batu rakit telefon, Cikgu arah kemas barang untuk pindah ke tingkat tiga (asrama), dijangka 9akan berlaku) banjir besar,"respon beliau pada Ahad malam 6 Januari. -BuletinOnline
Sonamu: Muslimat PAS saran solat hajat |
Novandri, Blogger Umno Minta Maaf Kepada Khalid Samad Posted: 06 Jan 2013 10:05 PM PST Blogger pro Umno, Dr Norvandri Hasan Basri (gambar) atau dikenali juga Dr MiM hari ini memohon maaf secara terbuka kepada anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ekoran dakwaan beliau kepada AJK PAS Pusat itu. Permohonan maaf ekoran dakwaan Khalid adalah Bishop itu akan diletakkan dalam blog beliau novandri.blogspot.com dan Harakahdaily.net hari ini. Dr Novandri juga bersetuju membayar sejumlah wang ganti rugi yang tidak disebutkan. Penyelesaian luar mahkamah ini dinyatakan di depan hakim mahkamah Pulau Pinang hari ini. Dr Novandri melalui blognya, novandri.blogspot.com pada 15 Januari 2010 lalu menulis satu tulisan dalam blognya bertajuk 'Penjarakan Khalid Bishop Samad'. Ekoran itu, Khalid melalui peguamnya, Mohamad Hanipa Maidin menuntut supaya Novandri menarik balik tulisan dan gambar yang menunjukkan Khalid memakai tanjak Kristian dan salib dari blognya. Setelah sekian lama berlalu, hari ini Novandri bersetuju untuk menyelesaikan kes ini di luar mahkamah dengan memohon maaf secara terbuka kepada Khalid. Hari ini keputusan persetujuan penyelesaian di luar mahkamah dimaklumkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Turut hadir adalah Khalid Samad bersama peguamnya, Mohamad Hanipa Maidin dan peguam yang mewakili Dr Novandri. Berikut adalah permohonan maaf dari Novadri yang mesti disiarkan dalam Harakahdaily dan juga blog beliau, novandri.blogspot.com -HD/ Ulasan GB Baru semalam GB ulas untuk kes papagomo di SINI, petikan: papagomo dan sekalian blogger pencacai pasti BINASA. Itu hukum kebenaran dan keadilan. Allah tidak akan mengizinkan kebatilan mengatasi kebenaran. Blogger Novandri belum mahu binasa, lantas memohon maaf. Tahniah di atas keberaniannya walaupun sebelum ini pernah menafikan beliau yang menulis artikel berkenaan. Pencacai-pencacai UMNO yang lain yang giat memfitnah, bagaimana? |
[VIDEO] Apa Yang Nak Ditarik Balik? Hadi Tak Pernah Tuduh UMNO Kafir! Posted: 06 Jan 2013 07:18 PM PST Kota Bharu - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak pernah menuduh Umno kafir, namun amanatnya yang disampaikan 32 tahun lalu disalahertikan oleh pihak sehingga menimbulkan kontroversi. Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, Datuk Mohd Nasaruddin Daud berkata, musuh politik sengaja menimbulkan isu yang sudah lapuk ini, sedangkan ia tidak pernah memberi kesan kepada masyarakat dan pimpinan Umno sebelum ini, tetapi sengaja ditimbulkan kembali menjelang pilihan raya. "Beliau (Hadi) tidak pernah mengatakan mereka (Umno) murtad, namun tanggapan mereka ketika dahulu, 'politik suku agama suku' (politik asing agama asing) yang pernah dilontarkan oleh pimpinan pihak berkenaan sebelum ini menjerat diri mereka sendiri. "Akibatnya, mereka pula yang terasa dengan apa yang mereka hujahkan dan mula menuduh Pas pula yang menimbulkan isu panas itu," katanya ketika berucap pada forum 'Isu Gadai Tanah : Menjawab Tuduhan Umno Kelantan di Kelantan Trade Centre (KTC), di sini, malam kelmarin. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi, Dr Mohamed Fadzli Hassan, serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Pendidikan dan Dakwah, Mohd Amar Nik Abdullah. Dalam perkembangan isu terbabit, Nasaruddin berkata, perlu diingat sebelum ini pada tahun 2001, Hadi pernah menyatakan kesanggupan berdepan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan dan apabila tiba masanya pengerusi majlis terbabit membatalkan muzakarah itu. "Sekarang isu ini diungkit kembali oleh Umno, dan Presiden kita (Hadi) bersedia menjelaskan amanat yang diucapkannya di stesen RTM dan TV3 namun niatnya tidak disokong kerana ada pihak yang menentang dan menyatakan penjelasan itu boleh dibuat di dalam media lain dan bukannya arus perdana. "Sepatutnya kedua-dua stesen televisyen inilah yang memberi peluang kepada Hadi, disebabkan TV3 dan RTM yang sering memainkan isu ini dan menyerang hadi secara terang-terangan," katanya. Beliau berkata, apa yang lebih menghairankan juga Hadi sendiri tidak pernah menerima sebarang surat dari Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengatakan kenyataannya itu bercanggah dengan ajaran Islam. "Hanya ditempelak oleh dua mufti iaitu Mufti Perak, Tan Sri Harrusani Zakaria dan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang menggesa Hadi menarik balik amanatnya berkenaan. "Mereka kata amanat ini sesat, Hadi kena bertaubat, sepatunya mereka beri peluang dulu, biar beliau terangkan dan selepas itu nilai kembali apa yang dinyatakan sebelum membuat tuduhan," katanya. Ulasan GB "Cili" yang ada dalam AMANAT HADI itu pedas sangatnya untuk orang UMNO, tuh yang menggelupur walaupun sudah berpuluh tahun! |
Yatt Hamzah: Jangan Takut Berhijrah, Rezeki Di Tangan Allah Posted: 06 Jan 2013 04:05 PM PST Tahun 2012 menyaksikan penghijrahan sebilangan besar selebriti tanah air. Baik pelakon, penyanyi, pengarah atau pengacara. Ramai yang sudah melalui proses hijrah dan yang lebih ketara apabila artis wanita yang dahulunya tidak bertudung kini sudah menutup aurat. Dalam pertemuan bersama Sinar Harian Online, pelakon Haryati Hamzah atau yang dikenali dengan panggilan Yatt Hamzah, yang sudah berhijrah sejak lapan bulan lalu, menceritakan pengalaman beliau. SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana Yatt melihat situasi penghijrahan artis dan selebriti masa kini? YATT HAMZAH: Soal penghijrahan itu, kalau kita lihat yang paling ketara ialah perempuan. Kembali ke pangkal jalan itu maknanya dia menutup aurat. Kalau dulu mungkin tidak bertudung, sekarang pakai tudung, yang pakai seksi, mungkin sekarang kurang seksi. Kalau lelaki tidak berapa nampak. Kalau nampak pun mungkin jika dia pakai kopiah sepanjang masa. Apa yang penting, penghijrahan itu datang daripada hati, hijrah itu biar dari dalam. Ruang hati yang paling dalam, di mana ALLAH beri hidayah kepada kita untuk bangkit daripada kealpaan. Bagi orang seni, kita masih meneruskan perjuangan dalam bidang seni tetapi selepas berhijrah itu, pengisiannya berbeza. Lebih kepada islamik, cara hidup berubah tidak macam dulu lagi. Saya rasa yang paling penting jangan melampaui batas. Maksudnya kalau dah berubah itu tidak perlulah menghebohkan kepada semua. Kalau orang tanya tidak mengapa. Kalau kita yang beria-ia, tetapi kalau awal-awal lagi berubah bukan kerana ALLAH kerana sebab-sebab lain, itu dah salah. Semua bergantung pada niat. Tetapi orang macam itu, kita doakan supaya akhirnya nanti niatnya betul kerana ALLAH. Bagi saya, ini merupakan satu bukti ataupun petunjuk yang Islam sedang menang di dunia dan Insya-ALLAH di akhirat. Insan-insan seni inilah bukti ataupun orang kata ejen untuk menyebarkan Islam. Bagi saya apa yang bagus, insan-insan seni, artis atau selebriti yang berhijrah ini sebab kami semua mempunyai pengikut yang sangat ramai. Itu adalah peluang bagus yang artis patut rebut. Bila kita sudah ada peminat yang ramai, kita perlu rebut untuk kita berdakwah walaupun kita tidak sedar sebenarnya kita sedang berdakwah. Walaupun hanya senyum, senyum itu satu dakwah. Kita tidak tahu sebab itu kita kena sama-sama menuntut ilmu. Jadi, bila ilmu itu ada di dada, kita tahu apa yang kita buat dan lebih menghargai masyarakat dan agama, Insya-ALLAH. SINAR HARIAN ONLINE: Selepas berhijrah tidak boleh berfesyen. Apa komen Yatt? YATT HAMZAH: Islam itu mudah dan indah. Walaupun kita menutup aurat, tetapi itu tidak bermakna kita kena 'very outdated, very boring' cara kita berfesyen, berdandan dan sebagainya. Buktinya, banyak majlis yang telah membuktikan bahawa Islam itu indah dan mudah. Majlis yang menekankan pemakaian muslimah tetapi mungkin majlis itu masih belum memenuhi syariat agama yang sebenar kerana menutup aurat itu bukan sekadar tutup saja. Mungkin ada yang pakai ketat atau terbuka sana sini.Orang yang lebih arif boleh ulas soal itu lebih lanjut. Cuma, setidak-tidaknya kita nampak betapa Islam ini sangat praktikal. Tidak kisah walaupun anda sudah berubah, anda masih lagi boleh meneruskan kerjaya dan cara hidup anda yang lalu. Cuma pengisian yang lebih islamik selepas ini.Secara tidak langsung, peminat pun tidak takut-takut untuk berubah. Walaupun sudah berubah, masih lagi boleh cantik, boleh bergaya tetapi masih lagi mengikut syariat agama. SINAR HARIAN ONLINE: Hijrah itu trend atau kesedaran? YATT HAMZAH: Ada orang kata itu trend, ada orang kata itu fenomena. Apa pun label yang diberikan, bagi saya, ini tanda kebesaran ALLAH. Segala yang terjadi adalah daripada-Nya. Kita berasal daripada-Nya dan kembali juga kepada-Nya. Semua ini perancangan daripada-Nya. Jadi, kita kena percaya dan beriman pada perancangan ALLAH kerana ALLAH maha merancang. Kita bersyukur kerana Islam menang dan kita semuanya lahir sebagai manusia yang beragama Islam. Jadi, mungkin dahulu penghayatan kita terhadap Islam tidak kuat. Jadi, sekarang selepas berhijrah mungkin lebih kuat. Ini satu bukti bahawa Islam itu sangat kuat dan indah. Apabila ada artis yang berhijrah, seperti Shila Amzah yang masih muda, tidak takut apa pun untuk meneruskan karier. Orang masih menggilai dia dan dalam masa yang sama dia berdakwah. Ini yang paling baik dalam Islam. Masya-ALLAH, saya sangat bersyukur kerana saya juga diberi hidayah sama seperti sahabat-sahabat yang lain. Saya dan sahabat-sahabat lain mendoakan lebih ramai lagi bukan saja artis tetapi seluruh umat Islam yang lebih mendekatkan diri dengan ALLAH. SINAR HARIAN ONLINE: Hijrah katanya tutup periuk nasi seseorang artis. Apa pendapat Yatt? YATT HAMZAH: Tidak. Sebenarnya kalau kita jaga (agama) ALLAH, ALLAH menjaga kita. Itu janji ALLAH. Kita jaga Dia, dengan niat kerana ALLAH, Lillahi Taala, Fisabilillah. ALLAH akan jaga kita. Kalau kita punya rezeki di bidang seni, mungkin agak terbatas selepas kita berhijrah tetapi jangan risau. ALLAH itu maha memberi rezeki, maha melimpah pemberiannya. Dia akan buka pintu rezeki kita di tempat lain. Jangan risau, jangan takut nak berubah. Kebaikan itu kita jangan bertapi-tapi.Buat dengan yakin. SINAR HARIAN ONLINE: Boleh Yatt kongsi perubahan pada diri Yatt selepas berhijrah? YATT HAMZAH: Saya akui selepas saya berhijrah, awal-awal penghijrahan dulu, Masya-ALLAH, Subhanallah, tawaran datang macam cendawan tumbuh selepas hujan, Tetapi itulah kuasa ALLAH. Dia menguji hamba-Nya yang baru berhijrah dalam banyak-banyak tawaran itu boleh kata satu atau dua saja yang menepati syariat ataupun yang tidak bertentangan dengan saya sekarang. Selebihnya, memang saya kena tolak kerana banyak yang sama macam tawaran seperti dulu sebelum saya berhijrah. Jadi, ia memang menguji. Itu tanda kasih sayang ALLAH. Setelah saya tolak dengan baik, ALLAH datangkan rezeki-rezeki yang lain. Saya tidak pernah terfikir saya akan diundang ke majlis-majlis agama sebagai penceramah, motivator untuk bercakap di depan ribuan orang, terutama sekali kepada pelajar di IPTA atau IPTS. Sekarang, ia sudah menjadi periuk nasi saya yang baru, di mana boleh dikatakan saban minggu saya tidak menang tangan untuk diundang ke majlis-majlis di universiti dan masjid untuk berkongsi pengalaman saya. Saya bukan ustazah, saya baru nak mula. Cuma saya diundang sebagai selebriti yang mempunyai ramai pengikut untuk berkongsi pengalaman. Sebelum dan selepas apa yang perlu kita buang untuk rasa tidak takut untuk berhijrah. SINAR HARIAN ONLINE: Yatt ada terima kritikan selepas penghijrahan itu? YATT HAMZAH: Bagi saya, apa saja yang kami buat, terutama sekali artis, mesti ada orang yang kritik. Tidak kisah kami buat perkara yang baik atau buruk. Sejak dulu lagi, ini lumrah artis yang memang diterjah dengan perkara-perkara seperti ini. Jadi, kami memang dah bersedia untuk menghadapinya walaupun sebelum kita berhijrah sekalipun. Kalau selepas berhijrah sekalipun, sepatutnya lebih kuat benteng rohani kita. Jadi, tidak ada masalah. Mulut orang itu kami tidak kisah. Sekarang ini kami anggap ia sesuatu yang positif dan anggap ia satu rezeki pahala yang ALLAH bagi sebab pahala percuma orang mengata kita. Kalau dulu mungkin saya dan rakan-rakan agak melenting, sekarang bila dah berhijrah, kami lebih tenang menghadapi dugaan ALLAH. Banyakkan istighfar dan berdoa. Kalau dulu kita marah orang itu, sekarang kita doakan orang itu. Insya-Allah, dia mendapat hidayah daripada ALLAH untuk menghentikan tohmahan apa-apa saja yang dilemparkan serta sama-sama mencari cinta ALLAH. Sibuk mencari aib orang, lebih baik kita mencari aib kita sendiri kerana dengan muhasabah diri dan menjaga aib sendiri itu, lebih mendekatkan kita dengan ALLAH. SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana Yatt sebagai seorang berdakwah? YATT HAMZAH: Sebagai artis macam yang Yatt cakap tadi, kita ramai pengikut yang sentiasa memerhati, sentiasa mempersoalkan, mengkritik, mempertikaikan apa yang kami buat. Soal fesyen satu hal. Apa yang kami pakai daripada hujung rambut hingga hujung kaki diperhati. Sekarang dah pakai tudung, ia menjadi ikutan. Sekarang fesyen bertudung, satu fenomena di Malaysia. Semua orang dah tidak takut nak bertudung dan wanita yang bertudung tidak dianggap lemah atau kurang berprestasi sebaliknya kuat. Kita tengok banyak majalah-majalah yang mengangkat wanita bertudung sebagai ikon di Malaysia dan diletakkan di muka hadapan.Itu satu keberanian yang membuktikan bahawa muslimat dan wanita yang bertudung tidak lemah. Kalau kita tengok nama-nama yang besar seperti Dr Muhaya, Dr Harlina Siraj, Ustazah Siti Nor Bahyah, Wardina semakin menjadi ikutan. Masyarakat kita tidak membeza-bezakan yang bertudung ataupun tidak. Sama saja malah lebih dekat dengan ALLAH malah mendapat tempat di mata masyarakat. SINAR HARIAN ONLINE: Adakah sebelum berhijrah Yatt risau tidak dapat tawaran kerja lagi? YATT HAMZAH: Sebelum, ya. Saya akui. Dulu. Lama. Sebelum saya berhijrah saya banyak risau tentang periuk nasi. Masa itu, saya mungkin kosong. Dada saya mungkin belum cukup dengan ilmu. Tetapi apabila hati ini kuat nak berhijrah, saya banyak pergi usrah. Usrah Fitrah merupakan keluarga kedua selepas keluarga saya. Ia merupakan pergerakan artis-artis yang sedang berhijrah, telah berhijrah. Bukan saja artis-artis, kita juga ada penggiat seni yang lain. Macam penulis skrip, pengarah, pereka fesyen, krew, jurusolek malah penolong pengarah pun ada. Jadi, memang tidak ada masalah. Kami sama-sama berkumpul setiap minggu untuk belajar agama. Untuk mengisi dada dengan ilmu supaya kami tidak lemah. SINAR HARIAN ONLINE: Berlakon itu merupakan periuk nasi Yatt sebelum ini. Jadi, bagaimana sekarang? Berniaga macam artis lain? YATT HAMZAH: Berniaga itu dalam perancangan. Tetapi disebabkan saya sangat sibuk dengan jadual motivasi dan juga ceramah, agak sukar untuk saya mencuri-curi masa dengan keluarga, anak-anak pun masih kecil lagi, tetapi insya-ALLAH. Doa-doakan sebab memang ramai yang menawarkan untuk jalinkan kerjasama bagi mulakan perniagaan seperti tudung jubah dan sebagainya, Insya-ALLAH nanti. Lagi satu, saya memang teringin nak mulakan 'production house' sendiri. Sejujur-jujurnya saya teringin sangat nak lihat industri perfileman di Malaysia lebih hebat daripada industri Indonesia. Kita pun tahu sejauh mana kehebatan mereka. Mereka sudah ada filem sehebat Ketika Cinta Bertasbih di mana pendukung cerita itu semua daripada penulis skrip, pengarah, pelakon semua sangat islamik, penghayatan mereka sangat kuat. Malah pengarah sendiri ulama. Kenapa kita tidak boleh? Itu yang sedang kami usahakan dan perjuangkan. Kami kumpulkan sebanyak mungkin karyawan dalam bidang seni yang cintakan seni dan pada masa yang sama cintakan ALLAH. Sama-sama kami di bawah satu bumbung, berjuang untuk terbitkan lebih banyak karya-karya seni. Kami tidak akan berhenti menjadi orang seni. Kami akan teruskan lebih kuat lagi dengan adanya kuasa ALLAH, kami ingin usahakan perancangan ini, tetapi ia mungkin jauh lagi. Buat masa sekarang, kami akan usahakan program-program seperti Jejak Rasul. Insya-ALLAH dalam bulan Februari nanti kami dalam Usrah Fitrah akan ke Mekah dan Madinah untuk membuat program seumpama itu sambil mengerjakan ibadah umrah. Usrah Fitrah di bawah naungan Media Skrin, kami akan terbitkan lebih banyak naskhah-naskhah yang lebih islamik pada masa akan datang. Kami utamakan artis yang betul-betul dah berhijrah untuk mendukung watak-watak yang bertudung, yang islamik supaya karya-karya itu lebih dekat di hati penonton kerana ia betul-betul islamik. SINAR HARIAN ONLINE: Perkembangan terkini Yatt? YATT HAMZAH: Saya sudah lama tidak berlakon. Tetapi saya tidak kisah sangat sebab saya sangat sibuk dengan aktiviti dakwah saya. Saya banyak buat program di masjid, undangan ceramah dan banyak buat program-program TV sebagai tetamu undangan. Serta memenuhi undangan ke majlis-majlis islamik. Saya memang tidak menang tangan. Alhamdulillah. |
Kerana Kerap Memfitnah, Utusan & TV3 Akhirnya KANTOI! Posted: 06 Jan 2013 07:31 AM PST Utusan mabuk fitnah? Itula jadinya bila kerja dia asyik menfitnah orang jek. Takan editor tak boleh perasan kesalahan yang jelas seperti di bawah ini? Citer pasal negara Khazakhstan tak silap. Rujuk google, dia cakap Astana ialah ibu negara bagi negara Khazakhstan. Justin ialah negara? Beragama islam dan bermazhab hanafi? Harap editor utusan berfikir masak2. Sudah sampai masanya untuk mereka hentikan segala fitnah, penyelewengan maklumat dan penipuan mereka terhadap sesetengah pihak. Hari neh masih ada nyawa, masih sempat membetulkan kesilapan. Esok lusa dah takde nyawa, nak minta maaf pada mereka2 yang utusan dah fitnah pun taktau macam mana melainkan depan Allah swt je korang semua kena jawab. Ingat sket, hidup neh bukan kat dunia je. -blogserius Manakala TV3 pula kantoi. Buletin Utama menyiarkan satu laporan mengenai masalah air di Selangor, tetapi yang dipaparkan ialah lori Syarikat Air Johor (SAJ). Lihat video di bawah ini: Demikianlah apabila hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Sekalipun Utusan dan TV3 didokong oleh kerajaan UMNO BN, namun segala fitnah mereka akan tetap menerima balasan... Kesilapan yang amat mnemalukan negara. Dan akhirnya mereka akan terus menerima padah yang lebih hebat lagi selepas ini. Tunggu dan lihat wahai sang pemfitnah! |
Permohonan Papagomo Pinda Pembelaan Ditolak Posted: 06 Jan 2013 05:01 AM PST Permohonan blogger mesra Umno, Wan Mohd Azri Wan Deris (Papagomo) mahu meminda pernyataan pembelaan kes saman Datuk Husam Musa ditolak Mahkamah Tinggi di sini hari ini. Hakim Datuk Yazid Mustafa ketika menolak permohonan itu bersetuju dengan hujah peguam plaintif, Hisham Fauzi bahawa ianya dibuat terlalu lewat. Katanya, mahkamah bersetuju hujahan peguam plaintif di mana semua kertas kausa sudah difailkan dan defendan juga telah melihat pernyataan saksi plaintif. Hakim memberitahu sekiranya pindaan dibenarkan ia akan memprejudiskan plaintif. "Kos untuk permohonan ini diarahkan menjadi kes dalam kes ini secara keseluruhan," katanya. Bagaimanapun peguam defendan, Jasbeer Singh dan Parvinder Kaur memberitahu kemungkinan memfailkan rayuan. Sebelum itu hakim menerima permohonan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi untuk mengenepikan sepina ke atasnya dalam kes berkenaan. Hakim memberitahu individu yang lebih sesuai untuk disepina bagi memberi keterangan dalam kes itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian atau panglima tentera laut. Mahkamah kemudian mengarahkan plaintif membayar kos sebanyak RM2,000 kepada defendan terbabit. Peguam Kanan Persekutuan, Azizan Mat Arshad mewakili Menteri Pertahanan. Sebelum ini Husam memfailkan saman ke atas blogger Papagomo ekoran perbuatan fitnah yang disiarkan di ruangan blog defendan, http://www.papagomo.com. Blogger terbabit pada 6 Disember 2011 menulis berita bertajuk "Gambar ekslusif bakal MB Kelantan pimpin tangan China doll" yang disifatkan plaintif sebagai tidak benar dan tidak berasas. Husam juga mengemukakan saman sama terhadap seorang lagi blogger, Mohamad Salim Iskandar yang lebih dikenali dengan blog http://www.parpukari.blogspot.com. Blogger terbabit pada 19 Februari 2012 menerbit artikel bertajuk "Parpukari productions mempersembahkan kisah cinta terlarang 2 benua!" Dalam pernyataan tuntutan Husam berkata, artikel tersebut menggunakan gambar-gambar secara tidak tepat dan tidak benar yang dikaitkan dengannya. Naib Presiden PAS itu menuntut gantirugi sebanyak RM5 juta terhadap perbuatan fitnah yang disiarkan dalam ruangan blog defendan. Defendan terbabit juga diwakili peguam Jasbeer Singh dan Parvinder Kaur. Bagaimanapun dalam satu lagi kes lain, Husam menarik balik kes saman terhadap Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan, Hussain Awang memandangkan saksi-saksi yang akan ditampilkan berada di luar negara. Peguam Hisham berkata, ada saksi yang masih berada di luar negara menyebabkan kes tersebut tidak dapat dibicarakan dalam tempoh terdekat. Namun katanya, plaintif bebas untuk memfailkan tindakan saman semula terhadap defendan. Defendan diwakili peguam Nor Azli Ahamed. Mahkamah juga mengarahkan kos dibayar kepada defendan sebanyak RM2,000. Ulasan GB GB sudah ulas sebelum ini, papagomo dan sekalian blogger pencacai pasti BINASA. Itu hukum kebenaran dan keadilan. Allah tidak akan mengizinkan kebatilan mengatasi kebenaran. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan