MIMPI SENJA |
- PANAS ! Demi projek, Ketua Puteri UMNO ni sanggup serah tubuh ...
- [Video] Ceramah DSAI di Marudi Sarawak 6/1/13
- Mampoih dah BN Selangor ... hahaha depa TERKEJUT BERUK guling-guling ,,,hampa mai tengok !!!
- UMNO/BN lah yang lingkupkan negara - Datuk Johari
PANAS ! Demi projek, Ketua Puteri UMNO ni sanggup serah tubuh ... Posted: 06 Jan 2013 05:20 PM PST Oleh : PAPPARAZZI SABAHKINI.NET MENGGEMPARKAN! Sebaik sahaja mendengar khabar Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) kepada seorang Timbalan Menteri dari Sabah telah menggunakan kedudukannya untuk mengatur kelulusan projek melalui imbuhan seks, Papparazzi telah bergegas ke Keningau. Malangnya, salah seorang 'mangsa' yang menjadi habuan seks SUSK berkenaan ialah Ketua Puteri Umno salah satu bahagian di kawasan pedalaman Sabah. Agak memalukan kerana Paparazzi yang membuat pengintipan sejak tiga minggu lalu terkejut melihat Ketua Puteri UMNO berselingkuh di Hotel Juta dengan SUSK berkenaan. Paparazzi kesal kerana Ketua Puteri UMNO berkenaan sudah bersuami tetapi sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan projek bagi membiayai politik dan nafsunya. Mudah-mudahan suami Ketua Puteri UMNO berkenaan lekas sedar dan menyiasat sendiri kejalangan isterinya sebelum terlambat. Paparazzi yang menginap di Hotel Juta selama tiga minggu agak terkejut kerana mendapati bukan sahaja Ketua Puteri UMNO berkenaan yang keluar masuk bilik di Tingkat 9, Hotel Juta; malah SUSK berkenaan turut melepaskan nafsu syahwatnya dengan Kontraktor Wanita dan Geisha yang dipasang kontraktor yang melobi projek 'Direct Award'. Demi nama baik suami Ketua Puteri UMNO berkenaan, Paparazzi tidak bercadang untuk mendedahkan nama SUSK berkenaan buat sementara waktu; apatah lagi Papparzzi sedang mengintip kemungkinan besar Timbalan Menteri berkenaan juga turut mendapatkan habuan yang sama; malah mungkin menagih korban perawan! JANGAN HAMPA DOK BUAT HERAN PULAK, KAN DAH KATA UMNO DAN SEX TAK DAPAT DIPISAHKAN ... so apa ada hal, biasa la bagi UMporno KAN . . . ? |
[Video] Ceramah DSAI di Marudi Sarawak 6/1/13 Posted: 06 Jan 2013 07:31 AM PST |
Mampoih dah BN Selangor ... hahaha depa TERKEJUT BERUK guling-guling ,,,hampa mai tengok !!! Posted: 06 Jan 2013 12:44 AM PST Selepas penganjuran Karnival Sayangi Selangor oleh UMNO/BN Selangor yang dikepalai oleh Zin Badak, maka satu survey diadakan untuk mendapat maklum balas dan reaksi dari rakyat siapa yang mereka akan memberikan sokongan pada PRU 13 nanti, dengan mengajukan soalan berbunyi:...' DIANTARA PR DAN BN, YANG MANA SATU ANDA YAKIN BANYAK MEMBANTU RAKYAT' Punyalah terkejut beruk UMNO Selangor bila dapati jauh berganda lebih ramai rakyat memberikan sokongan padu kepada Pakatan rakyat untuk menerajui negara ini. Akibat dari respon yang tidak mereka duga ini maka terus posting tersebut yang dipaparkan di muka Facebooknya SAYANGI SELANGOR dipadamkan. Tetapi ada pihak yang sempat buat print screen kerana telah menduga insiden memadamkan terus kaji selidik itu akan pasti berlaku apabila keputusan tidak memihak kepada UMNO. PRU 13 adalah PRU anak-anak muda....Anak-anak muda yang bakal menentukan siapa yang harus diberi mandat dan amanah untuk mentadbir urus negara. Kelompok ini hanya percaya kepada media ketiga.. INTERNET, bukannya media arus perdana sama ada cetak maupun elektronik milik dan kawalam UMNO. Sudah pasti hasil kaji selidik ini akan menambah pening kepala UMNO dalam menghadapi PRU 13. INI KALILAH TUKAR... JOM UBAH... SELAMATKAN MALAYSIA. - omakkau |
UMNO/BN lah yang lingkupkan negara - Datuk Johari Posted: 05 Jan 2013 11:31 PM PST (Oleh: Aliff Fikri) KUALA LUMPUR 6 Jan: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sepatutnya sedar bahawa Umno BN sebenarnya yang membawa kehancuran kepada negara, kata Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul. Beliau mengulas kenyataan Mahathir di blognya baru-baru ini, kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memusnahkan negara sekiranya diberi peluang menjadi perdana menteri. Johari berkata, kenyataan itu membayangkan ketakutan Mahathir terhadap salah laku beliau selama 22 tahun akan dibongkar jika Pakatan Rakyat memegang tampuk pentadbiran negara. "Ya, memang benar, Anwar akan membawa kemusnahan, tetapi bukan kepada negara. Anwar membawa kemusnahan kepada Umno BN, golongan yang mencuri duit rakyat, merompak harta bangsa sendiri, memusnahkan nepotisme dan kronisme yang menjahanamkan negara," katanya ketika dihubungi. Menyifatkan kenyataan itu tidak berasas, Johari berkata, Mahathir sendiri suatu ketika pernah memberi kepercayaan kepada Anwar ketika masih di dalam kerajaan. "Beliau sendiri tahu rekod cemerlang Anwar ketika memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan. Sepanjang 8 tahun berkhidmat di kementerian kewangan, Anwar berjaya memacu pertumbuhan ekonomi negara sehingga berkembang pesat. "Apa jadi kepada ekonomi negara sekarang? Siapa sebenarnya yang menjahanamkannya? Mahathir patut sedar Umno BN sebenarnya yang melingkupkan negara," tegasnya. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=42490 |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan