Isnin, 7 Januari 2013

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Mat Sabu: SMS itu bohong

Posted: 06 Jan 2013 09:46 PM PST

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menjelaskan hari ini bahawa Khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mendakwanya menyokong kalimah Allah digunakan dalam kitab Bible bahasa Malaysia dan dakwah Kristian kepada orang Melayu adalah satu pembohongan.

"Saya tidak kata begitu. Saya tidak pernah kata apa-apa. Depa (SMS) bohong. Saya berpendirian mengikut pandangan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat pada 2010.


"Tidak berubah. Tidak ada pandangan baru dan itu semua tidak betul," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Mohamad berkata memandangkan beliau tidak mempunyai kepakaran dalam bidang agama, maka beliau hanya mengikut pandangan orang yang lebih berilmu berhubung perkara tersebut tokoh utama PAS itu

"Saya tidak akan mengeluarkan pandangan baru," tegasnya lagi.

Mohamad diminta mengulas SMS yang diterima oleh kakitangan Malaysiakini yang mengaitkan laporan berita portal itu dengan dakwaan kenyataan Mohamad Sabu berhubung isu kalimah Allah.

SMS tersebut berbunyi: "Malaysiakini - Mat Sabu setuju perkataan Allah digunakan dalam Bible dan dakwah Kristian kepada Melayu".

SMS itu dihantar bersama dengan pautan laporan Malaysiakini mengenai pandangan seorang bishop yang mengulas pandangan Mohamad itu.

Pada Januari 2010, PAS membuat ketetapan antaranya tidak boleh melarang penganut agama samawi menggunakan perkataan Allah dan memberikan peringatan semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan itu bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapat sokongan rakyat.

Kemudian Abdul Hadi dilapor menegaskan kalimah Allah tidak boleh disalahguna untuk mengelirukan umat Islam.

Sementara Nik Aziz pula dilapor menjelaskan bahawa tidak menjadi masalah bagi orang Kristian menggunakan kalimah Allah dalam perbualan tetapi tidak boleh digunakan secara rasmi dalam akhbar, majalah atau buku.

Bagaimanapun, tegasnya orang Kristian tidak boleh samakan Allah dengan tuhan, kerana Allah dalam Islam berbeza dengan konsep triniti Kristian sebab dalam Islam, Allah itu esa.

Mengulas lanjut, pemimpin PAS yang lebih mesra dipanggil Abang Mat itu berkata SMS yang disebarkan itu tidak ada mengena dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan berlangsung Sabtu ini di Stadium Merdeka.

Sebalikya, beliau berpandangan ia mempunyai hubungkait dengan pilihan raya umum ke-13 yang bakal menjelang, bagi memainkan emosi orang Melayu.

"Pilihan raya semakin hampir, jadi dimainkan emosi orang Melayu. Apabila isu pembangunan dan urustadbir (sudah) tidak boleh (dimainkan), dimainkan (pula) sentimen perkauman, Amanat Haji Hadi ditimbukan semula.

"Semua ini nak kaut undi Melayu. Habis pilihan raya, habislah isu ini... Ini untuk menarik undi Melayu. Umno dan BN bergantung kepada undi Melayu," katanya.

http://www.malaysiakini.com/news/218272


TERKINI - Blogger Kaki Fitnah MIM Terkencing Di Mahkamah

Posted: 06 Jan 2013 07:13 PM PST

Blogger mesra-Umno dan Barisan Nasional (BN) hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang ekoran artikel memfitnah ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Blogger tersebut dikenali dengan nama Dr Novandri yang memiliki blog Minda Intelek Melayu (MIM) memohon maaf di hadapan hakim sebentar tadi.

Permohonan maaf ekoran dakwaan Khalid adalah Bishop (paderi Kristian) itu akan diletakkan dalam blog beliau novandri.blogspot.com dan Harakahdaily.net hari ini.


Dr Novandri melalui blognya, novandri.blogspot.com pada 15 Januari 2010 lalu menulis satu artikel dalam blognya bertajuk 'Penjarakan Khalid Bishop Samad'.

Ekoran itu, Khalid melalui peguamnya menuntut supaya Novandri menarik balik tulisan dan gambar yang menunjukkan Khalid memakai tanjak Kristian dan salib dari blognya.

Perbicaraan bermula jam 9 pagi tadi dengan kedua-dua plaintif dan defendan hadir di mahkamah yang agak sesak dengan kehadiran puluhan penyokong Pakatan Rakyat.

Khalid dwakili peguam PAS, Hanipa Maidin manakala Novandri membuat pengakuan tersebut tanpa diwakili mana-mana peguam Umno sehingga ditegur mahkamah beberapa kali sebelum ini.

Beberapa blog pro-Pakatan Rakyat sebelum itu mendakwa Dr Novandri merayu kepada Khalid supaya menyelesaikan saman tersebut di mahkamah namun Khalid menegaskan ia menjadi pengajaran berguna kepada sesiapa yang cuba memfitnahnya.

"Dia nak minta maaf atau tidak berhubung fitnah ke atas diri saya itu biar dalam mahkamah supaya jadi pengajaran bagi blogger Umno yang lain," ujar Khalid menerusi panggilan telefon sebelum masuk ke mahkamah.

Manakala beberapa bloggers Umno turut mendesak agar Dr Novandri diwakili peguam Umno bagaimanapun sehingga pengakuannya tadi tiada seorang pun kelihatan hinggalah muncul di saat-saat akhir.

Blognya juga memaparkan permohonan maaf sebagai syarat penyelesaian di luar mahkamah.

KEHKEHKEH...AMIK KO..!


Najib tahu kemana perginya Wang Pampasan Buruh Paksa Keretapi Maut itu ...

Posted: 06 Jan 2013 07:08 PM PST

Dalam keadaan PRU 13 yang semakin hampir ini, Umno/BN nampaknya semakin cemas bila berhadapan dengan berbagai isu.

Umno/BN sehingga kini masih terpinga-pinga untuk mencari jawapan persoalan yang dibawa oleh DS Nizar mengenai kemana perginya RM207 Billion, wang pampasan buruh paksa keretapi Jepun yang telah pun diserahkan oleh kerajaan Jepun kepada kerajaan Malaysia.

Dalam keadaan yang terpinga-pinga itulah, Umno/BN mencari helah lalu menggunakan semula isu lapok dengan membuat fitnah kononnya terdapat penyelewengan dalam Tabung Memali.


Maka Utusan Meloya pun memainkan peranannya seperti berikut:



Buatlah report, siasatlah.Ini bukan perkara baru.Umno/BN sudah terdesak sangat dan ketandusan isu. Dakwaan berlaku penyelewengan Tabung Memali pernah dibuat sewaktu Ustaz Fadzil Noor masih hidup lagi.

Laporan polis dibuat. Siasatan telah dibuat oleh unit yang dikatakan paling professional dari Bukit Aman. Pihak yang dituduh berjaya mengemukakan catatan akaun yang sempurna tanpa terbukti berlakunya penyelewengan.

Pihak polis dari kerajaan BN sudah tentu tidak akan membiarkan begitu sahaja penyelewengan berlaku dan sudah tentu tindakan atau pendakwaan akan dilakukan.

Tetapi sehingga kini, tidak ada apa-apa tindakan PDRM ke atas penyelewengan yang kokonnya telah berlaku berkaitan Tabung Memali tersebut.

Tabung mangsa Memali adalah pembelaan sementara untuk mangsa. Ia bukan skim insuran untuk pembelaan sepanjang hayat.

Allahyarham Ustaz Fadzil Noor telah lama mengumumkan ketidakperluan mewujudkan tabung tersebut. Kini, para balu mangsa Memali pun sudah mempunyai anak-anak yang boleh berdikari, di samping ada yang mempunyai suami baru.

Anak-anak yatim mangsa Memali kesemuanya sudah akil baligh, ada yang sudah berkahwin dan beranak cucu.

Kita berharap, PDRM jangan buang masa dengan isu lapok Tabung Memali yang sudah lama pupus itu.Sila siasat kemana perginya wang Pampasan RM207 Billion yang telah diserahkan oleh kerajaan Jepun untuk para buruh paksa keretapi Jepun itu.Saya akan dedahkan siapa sebenarnya CN Al-Afghani ini nanti.

http://alhusseyn51.blogspot.com/2013/01/najib-tahu-kemana-perginya-wang.html

PANAS - Blogger Pencacai MIM Terpaksa Rayu Khalid Samad Selesai Kes Luar Mahkamah..

Posted: 06 Jan 2013 03:34 PM PST

GEORGE TOWN - Nasib blogger mesra UMNO, Minda Intelek Melayu (MIM) atau nama sebenarnya Dr Novandri yang didakwa memfitnah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dalam blognya akan ditentukan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada pagi ini.

Khalid yang juga anggota Lajnah Politik Pas Pusat semasa dihubungi awal pagi tadi mengaku bahawa blogger berkenaan merayu untuk menyelesaikan tulisan berunsur fitnah ke atas peribadinya itu di luar kamar mahkamah.


"Dia nak minta maaf atau tidak berhubung fitnah ke atas diri saya itu biar dalam mahkamah supaya jadi pengajaran bagi blogger Umno yang lain," ujar beliau menerusi telefon.

Khalid diwakili oleh peguam Hanipa Maidin, manakala, Dr Novandri sejak awal bicara kes fitnah itu pada tahun lepas gagal mengemukakan peguam bela sehingga dikritik oleh Hakim sendiri.

Bicara akhir kes Dr Novandri didakwa memfitnah Khalid bermula jam 9 pagi ini.

Berita lanjut, menyusul kemudian.

http://www.facebook.com/zainulfaqar.yaacob13/posts/489008537808784


Ketua Kampung Cap Ayam..

Posted: 06 Jan 2013 08:37 AM PST

Aksi bodoh @ baghal seorang Ketua Kampung (Tok Empat UMNO) yang menghalau petugas Pakatan Rakyat yang hadir untuk memberikan bantuan banjir kepada mangsa di Rancangan Rumah Murah (RRM) Semambu Kuantan baru-baru ini.

Tindakan beliau amatlah memalukan, kerana memberi bantuan banjir sebenarnya tidak terikat kepada mana-mana parti politik. Malah, pemimpin UMNO BN yang turun padang meninjau mangsa banjir selama ini pun dilihat tidak membezakan fahaman politik kepartian. Semua mangsa diberi bantuaan seadanya mengikut keperluan masing-masing.


Persoalannya, wajarkah ada pihak yang menghalau pihak lain memberikan bantuan hanya kerana berbeza fahaman politik? Bukankah bantuan itu bagi meringankan bebanan mangsa terbabit. Makanya, kenapa terbawa-bawa politik ketika musibah melanda?

Apa yang berlaku ini jelas sekali memalukan dan tidak wajar. Tambahan pula dikala kerajaan sendiri mengatakan semua rakyat akan didahulukan sekarang ini. Menerima adalah hak kita, sama ada mahu menggunakan bantuan tersebut itu perkara lain.

Justeru semoga kejadian seperti ini tidak beraku lagi pada masa akan datang. RRM Semambu terletak di DUN Semambu yang diwakili oleh MCA, manakala parlimennya pula ialah Indera Mahkota yang diwakili oleh PKR. Tidak salah pembangkang hulur bantuan kerana Semambu berada di dalam parlimen mereka.


Krisis Air Selangor - Penipuan TV3 Dibongkar

Posted: 06 Jan 2013 05:51 AM PST

Berikut adalah prinscreen dari video berita tersebut

SAJ = Syarikat Bekalan Air Selangor


Rakaman visual krisis air di Johor di'recycle' untuk menunjukkan Selangor menghadapi krisis air tahap gaban! Kah kah kaaaaaaaaaaaaahh!! Sebutnya lori SYABAS tapi tulisan SAJ..

TV3suku dasar pengampu UMNO-BN.. Cuba kira bape bijik lori dari johor nk anto air ke selangor? Brape meter padu yg dihantar ke Selangor? Tu la orang kata bodo, puak pencacai murahan UMNO marah... rase bijak sangat.. Dah namanya xd air, hantar lori banyak banyak pun nak watpe? Kecuali sedut air dari Negeri lain bawak sini.. Tu la bangang namanya.. Yang rosak pump, perlukan jurutera untuk membaiki tapi SYABAS hantar lori, siap provoke guna lori SAJ..

Tempat nama Desa Lembah Permai tapi TV3 sebut Desa Lembah Pantai.. Makcik duk Johor tapi keluar TV kata dia duk KL.. Kah kah kaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahh.. Rendahnya rumah flet tu ye, 1 tingkat je??

video penipuan TV3 di http://www.facebook.com/


Papa Gomo Makin Tersepit, Mahkamah Tolak Permohonan.

Posted: 06 Jan 2013 03:52 AM PST

Permohonan blogger mesra Umno, Wan Mohd Azri Wan Deris (Papagomo) mahu meminda pernyataan pembelaan kes saman Datuk Husam Musa ditolak Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Hakim Datuk Yazid Mustafa ketika menolak permohonan itu bersetuju dengan hujah peguam plaintif, Hisham Fauzi bahawa ianya dibuat terlalu lewat.


Katanya, mahkamah bersetuju hujahan peguam plaintif di mana semua kertas kausa sudah difailkan dan defendan juga telah melihat pernyataan saksi plaintif.

Hakim memberitahu sekiranya pindaan dibenarkan ia akan memprejudiskan plaintif.

"Kos untuk permohonan ini diarahkan menjadi kes dalam kes ini secara keseluruhan," katanya. Bagaimanapun peguam defendan, Jasbeer Singh dan Parvinder Kaur memberitahu kemungkinan memfailkan rayuan.

Sebelum itu hakim menerima permohonan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi untuk mengenepikan sepina ke atasnya dalam kes berkenaan.

Hakim memberitahu individu yang lebih sesuai untuk disepina bagi memberi keterangan dalam kes itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian atau panglima tentera laut.

Mahkamah kemudian mengarahkan plaintif membayar kos sebanyak RM2,000 kepada defendan terbabit. Peguam Kanan Persekutuan, Azizan Mat Arshad mewakili Menteri Pertahanan.

Sebelum ini Husam memfailkan saman ke atas blogger Papagomo ekoran perbuatan fitnah yang disiarkan di ruangan blog defendan, http://www.papagomo.com.

Blogger terbabit pada 6 Disember 2011 menulis berita bertajuk "Gambar ekslusif bakal MB Kelantan pimpin tangan China doll" yang disifatkan plaintif sebagai tidak benar dan tidak berasas.

Husam juga mengemukakan saman sama terhadap seorang lagi blogger, Mohamad Salim Iskandar yang lebih dikenali dengan blog http://www.parpukari.blogspot.com.

Blogger terbabit pada 19 Februari 2012 menerbit artikel bertajuk "Parpukari productions mempersembahkan kisah cinta terlarang 2 benua!" Dalam pernyataan tuntutan Husam berkata, artikel tersebut menggunakan gambar-gambar secara tidak tepat dan tidak benar yang dikaitkan dengannya.

Naib Presiden PAS itu menuntut gantirugi sebanyak RM5 juta terhadap perbuatan fitnah yang disiarkan dalam ruangan blog defendan.

Defendan terbabit juga diwakili peguam Jasbeer Singh dan Parvinder Kaur.

Bagaimanapun dalam satu lagi kes lain, Husam menarik balik kes saman terhadap Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan, Hussain Awang memandangkan saksi-saksi yang akan ditampilkan berada di luar negara.

Peguam Hisham berkata, ada saksi yang masih berada di luar negara menyebabkan kes tersebut tidak dapat dibicarakan dalam tempoh terdekat.

Namun katanya, plaintif bebas untuk memfailkan tindakan saman semula terhadap defendan.

Defendan diwakili peguam Nor Azli Ahamed. Mahkamah juga mengarahkan kos dibayar kepada defendan sebanyak RM2,000.


Mahathir dakwa Nik Aziz sanggup dibantu syaitan

Posted: 06 Jan 2013 02:44 AM PST

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendakwa mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat "sanggup menerima pertolongan syaitan untuk kerajaan Islamnya".

Mahathir mendakwa demikian dalam tulisannya yang disiarkan akhbar Mingguan Malaysia hari ini sewaktu menjelaskan pepatah berbahasa Inggeris yang digunakannya dalam satu kenyataan sebelum ini.


Mahathir sebelum ini mencetus kontroversi melalui apabila kenyataannya itu difahami oleh timbalan mursyidul am PAS Datuk Dr Haron Din sebagai bermaksud beliau sanggup bersama syaitan.

Mahathir menjelaskan, pepatah bahasa Inggeris yang berbunyi "better the devil you know than the angel you don't" itu sepatutnya bermaksud "lebih baik orang yang dikenali daripada orang yang tidak dikenali".

"Mungkin kerana Haron Din tidak mahir dengan loghat pepatah Inggeris maka ia fikir ini bermakna saya sanggup bersama syaitan.

"Tetapi pada 24 Januari 1999, Nik Aziz berkata dengan jelas dalam bahasa Melayu yang saya yakin Haron Din tentu faham ia berbunyi seperti berikut:

'Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA atau MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong Pas saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun saya terima.'

"Amat jelas Nik Aziz sanggup terima pertolongan syaitan pun untuk kerajaan Islamnya.

"Apakah jenis kerajaan Islam hasil pertolongan syaitan, sama-samalah kita fikir," kata Mahathir dalam rencana yang disiarkan akhbar milik Umno itu.

Menurut Mahathir, umat Islam di negara ini bernasib baik kerana semuanya bersatu apabila berpegang kepada mazhab Sunni dengan berimamkan Imam Shafie.

Namun katanya, perpaduan itu tamat apabila PAS ditubuhkan sebagai sebuah parti.

"Dalam keghairahan PAS untuk mendapat undi orang Melayu di Malaysia, mereka sengaja menyalah tafsir agama Islam dan membuat dakwaan bahawa mereka sahaja yang Islam sehingga orang Melayu berpecah dan bermusuh sesama mereka," katanya.

Tambahnya, PAS sepatutnya menyedari hakikat bahawa "perlembagaan penjajah" yang disebutkan Hadi dalam amanatnya itu juga adalah perlembagaan sama yang memberikan PAS kebebasan bersuara, berparti, dan berpolitik.

Dalam tulisan yang sama, Mahathir memuji mereka yang meninggalkan PAS "untuk berjuang untuk agama Islam".

"Mereka yang keluar dari PAS ini berpeluang untuk benar-benar berjuang untuk agama Islam, berjuang untuk mengembangkan agama Islam yang sebenar, terutamanya untuk persaudaraan dalam Islam, tentang berpegang kepada tali Allah dan jangan bercerai-berai," tulisnya.


Tiada ulasan: