Kelab Greenboc |
- Poll Terbaru BN Selangor: UMNO Terkejut Beruk Rakyat Terus Pilih Pakatan
- PR Hulur Bantuan Banjir Kepada Rakyat Pun UMNO Takut...
- [BERGAMBAR] Tembok Kolej UPM Runtuh, 7 Kenderaan Rosak
- [BERGAMBAR] Ketua-ketua Cawangan Umno Demo Bantah Ketua Bahagian
- Lelaki Ajak Bapa, Saudara ‘Ratah’ Anaknya Sendiri Di Ipoh…Astagfirullah!
- RM12.3 Juta Wang Ehsan Kelantan Lesap, Siapa Kebas?
- Kenalkah Anda Insan Ini?
- [VIDEO] Rancangan Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus Di Astro Oasis Tarik 700 Ribu Penonton..
Poll Terbaru BN Selangor: UMNO Terkejut Beruk Rakyat Terus Pilih Pakatan Posted: 06 Jan 2013 12:46 AM PST Selepas penganjuran Karnival Sayangi Selangor oleh UMNO/BN Selangor yang dikepalai oleh Zin Badak, maka satu survey diadakan untuk mendapat maklum balas dan reaksi dari rakyat siapa yang mereka akan memberikan sokongan pada PRU 13 nanti, dengan mengajukan soalan berbunyi:...' DIANTARA PR DAN BN, YANG MANA SATU ANDA YAKIN BANYAK MEMBANTU RAKYAT' Punyalah terkejut beruk UMNO Selangor bila dapati jauh berganda lebih ramai rakyat memberikan sokongan padu kepada Pakatan rakyat untuk menerajui negara ini. Akibat dari respon yang tidak mereka duga ini maka terus posting tersebut yang dipaparkan di muka Facebooknya SAYANGI SELANGOR dipadamkan. Tetapi ada pihak yang sempat buat print screen kerana telah menduga insiden memadamkan terus kaji selidik itu akan pasti berlaku apabila keputusan tidak memihak kepada UMNO. PRU 13 adalah PRU anak-anak muda....Anak-anak muda yang bakal menentukan siapa yang harus diberi mandat dan amanah untuk mentadbir urus negara. Kelompok ini hanya percaya kepada media ketiga.. INTERNET, bukannya media arus perdana sama ada cetak maupun elektronik milik dan kawalam UMNO. Sudah pasti hasil kaji selidik ini akan menambah pening kepala UMNO dalam menghadapi PRU 13. INI KALILAH TUKAR... JOM UBAH... SELAMATKAN MALAYSIA. -omakkau |
PR Hulur Bantuan Banjir Kepada Rakyat Pun UMNO Takut... Posted: 05 Jan 2013 11:48 PM PST Foto ini ialah aksi seorang Ketua Kampung (Tok Empat UMNO) yang menghalau petugas Pakatan Rakyat yang hadir untuk memberikan bantua banjir kepada mangsa di Rancangan Rumah Murah (RRM) Semambu Kuantan baru-baru ini. Tindakan beliau amatlah memalukan, kerana memberi bantuan banjir sebenarnya tidak terikat kepada mana-mana parti politik. Malah, pemimpin UMNO BN yang turun padang meninjau mangsa banjir selama ini pun dilihat tidak membezakan fahaman politik kepartiaan. Semua mangsa diberi bantuaan seadanya mengikut keperluan masing-masing. Persoalannya, wajarkah ada pihak yang menghalau pihak lain memberikan bantuan hanya kerana berbeza fahaman politik?. Bukankah bantuan itu bagi meringankan bebanan mangsa terbabit. Makanya, kenapa terbawa-bawa politik ketika musibah melanda? Apa yang berlaku ini jelas sekali memalukan dan tidak wajar. Tambahan pula dikala kerajaan sendiri mengatakan semua rakyat akan didahulukan sekarang ini. Menerima adalah hak kita, sama ada mahu menggunakan bantuan tersebut itu perkara lain. Justeru semoga kejadian seperti ini tidak beraku lagi pada masa akan datang. RRM Semambu terletak di DUN Semambu yang diwakili oleh MCA, manakala parlimennya pula ialah Indera Mahkota yang diwakili oleh PKR. Tidak salah pembangkang hulur bantuan kerana Semambu berada di dalam parlimen mereka. |
[BERGAMBAR] Tembok Kolej UPM Runtuh, 7 Kenderaan Rosak Posted: 05 Jan 2013 08:30 PM PST Hujan lebat petang kelmarin menyebabkan tembok di Kolej Serumpun, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang runtuh. Kejadian yang berlaku pada pukul 6 petang itu turut merosakkan tujuh buah motosikal di tempat letak motosikal akibat dihempap tembok setinggi 1.5 meter itu. Pakar kejuruteraan geologi UPM, Dr Husaini Omar berkata tembok tersebut dipercayai runtuh kerana tidak dapat menahan kapasiti air yang banyak akibat hujan berlarutan. Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata pihaknya yang menerima panggilan turut menghantar enam anggota dan sebuah jentera dari balai Serdang untuk memantau keadaan. - Bernama |
[BERGAMBAR] Ketua-ketua Cawangan Umno Demo Bantah Ketua Bahagian Posted: 05 Jan 2013 07:03 PM PST SSeramai 50 orang ahli Umno yang terdiri dari 23 cawangan berhimpun di hadapan balai ketibaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra jam 8.00 pagi tadi sebagai membantah ketua Umno Pengkalan Chepa, Datuk Dali Hussin. Perhimpunan itu untuk menyerahkan memorandum kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Mustapha Mohamed. Bagaimanapun, memorandum itu hanya diserahkan kepada setiausaha politik Mustapha berikutan beliau dikatakan telah pulang ke Kelantan semalam. Penyerahan itu dibuat di bilik vip, dalam keadaan setiausaha politik Datuk Mustapha yang baru dilantik itu enggan keluar. Bantahan itu kata mereka dibuat bukan hanya tindakan Dali yang tidak menjaga kebajikan penyokong dan pimpinan semua peringkat cawangan, sebaliknya tidak amanah. Mengikut memorandum yang dikenali sebagai Memorandum Rakyat, Dali mengamalkan pemerintahan kroni, pengalaman yang lemah, rasuah dan lain-lain lagi. Bekas Setiausaha Umno Bahagian Pengkalan Chepa, Zulkifli Mat Hassan, ketika memberitahu media berkata bantahan itu dibuat berikutan tiada kepercayaan dikalangan ahli lagi terhadap Dali. "Dalam Umno masih segar demokrasi, tetapi jika tidak amalkan demokrasi ianya tiada guna. "Surat telah dihantar kepada presiden dan timbalan presiden parti, tetapi tiada sebarang tindakan,"ujarnya yang juga Ketua Umno Cawangan Lapang Terbang. Selepas berdemo di lapangan terbang, pemimpin-pemimpin cawangan ini berarak dalam Parlimen Pengkalan Chepa termasuk di hadapan rumah Dali untuk menyatakan bantahan pada pemimpin Umno bahagian itu. Sepanduk seperti Kami Ketua-Ketua Umno Cawangan, mendesak Dali meletakkan jawatan', SPRM tolong siasat, 'Rakyat Dihimpit' dan lain-lain lagi seperti Asal Bukan Dali turut diarak. -HD PENGKALAN CHEPA: Umno Kelantan sudah mula gaduh. |
Lelaki Ajak Bapa, Saudara ‘Ratah’ Anaknya Sendiri Di Ipoh…Astagfirullah! Posted: 05 Jan 2013 04:02 PM PST Manusia kini semakin kejam dan tidak berperikemanusiaan! Mana mungkin ayah yang selama ini menjadi tempat bergantung telah sanggup mempergadaikan maruah anak sendiri. Di Ipoh, satu peristiwa menyayat hati telah berlaku kepada dua adik-beradik perempuan yang masing-masing berusia enam dan lapan tahun. Mereka dikhabarkan telah diperlakukan seperti hamba seks sejak beberapa tahun lalu. Lebih menyedihkan apabila bukan bapa saja yang terjebak dalam kejadian yang dilaknat Allah SWT ini, malah datuk, makcik dan pakcik turut berkelakuan sama! Menurut The Star, ibu dan bapa kanak-kanak itu telah bercerai. Jadi setiap kali ibunya mahu ke tempat kerja, dia akan meninggalkan anak-anaknya dengan saudara yang menetap di Taiping. Oleh yang demikian, bapa kepada dua kanak-kanak ini telah 'menculik' mereka ke rumahnya dengan mengikat mata mereka, memberi dadah dan ubat malah mengikat tangan tanpa belas kasihan. Lalu, mereka (termasuk datuk, pakcik dan makcik) melakukan serangan seksual dan menyiksa kanak-kanak yang masih 'mentah' itu! Perkara ini hanya dikenalpasti, apabila kanak-kanak berkenaan mengadu yang mereka berasa sakit pada alat kemaluan kepada ibunya. Selepas ibunya membawa anak perempuannya ke hospital, doktor memberitahu anaknya yang berusia lapan tahun mengalami koyakkan pada selaput dara manakala anak bongsunya telah mengalami luka pada bahagian sama. Lebih mengejutkan, apabila ibunya mendakwa yang bekas suami dan keluarga lelaki itu telah mengadakan pesta seks! Sehubungan itu, dia telah membuat laporan polis pada 27 Disember lalu. Ketua Polis Perak Timbalan Comm Datuk Mohd Shukri Dahlan mengesahkan bahawa laporan polis telah dibuat dan siasatan sedang dijalankan. Terkini, menerusi Berita Harian, polis telah menahan lima suspek bagi membantu siasatan dakwaan kes rogol dan cabul dua adik-beradik perempuan berkenaan. Suspek berusia antara 17 dan 70 tahun. DCP Mohd Shukri berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 376 (b) Kanun Keseksaan kerana rogol. Semoga pesalah mendapat hukuman setimpal! Oleh: KASIH ISA/mynewshub Sisters sexually abused by dad, uncle and even grandpa |
RM12.3 Juta Wang Ehsan Kelantan Lesap, Siapa Kebas? Posted: 05 Jan 2013 07:20 AM PST Siasat kehilangan Wang Ehsan KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan didesak agar menuntut pihak Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), menyiasat dan membentangkan Laporan Kewangan Jawatankuasa Wang Ehsan Kelantan, kepada rakyat negeri ini. Ini berikutan adanya laporan, sejumlah RM12.3 juta telah lesap dari akaunnya. Justeru itu, satu memorandum telah dihantar oleh Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (Royalti), kepada pihak JPP, tengah hari tadi, di bangunan JPP Kota Bharu. "Ini memorandum kali ke dua dari pihak kami kepada JPP bagi membentangkan laporan kewangan wang ehsan yang lesap sebanyak RM12.3 juta," kata Presiden Royalti, Nazri Deraman dalam sidang medianya, selepas menyampaikan memerandum kepada wakil JPP, di sini. "Pihak kami juga dapat tahu, sebanyak RM2 juta dari wang royalti minyak yang dijadikan sebagai wang ehsan di negeri ini telah disalurkan kepada Umno bahagian negeri Kelantan. "Walaupun menurut maklumat dari Kerajaan Persekutuan bahawa wang ehsan ini digunakan sebagai peruntukan membina kemudahan infra, namum begitu ianya digunakan oleh pihak JPP dan Umno bahagian sesuka hati mereka bagi kepentingan mereka," ujarnya. Bermula tahun 2010, jumlah sebenar wang ehsan yang disalurkan kepada JPP sentiasa berubah-rubah. Perbezaan ini dapat dilihat melalui kenyataan dari Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Husin, iaitu peruntukan sebanyak RM49.1 juta. Manakala menurut kenyatan yang dibuat Datuk Mustapha Mohamed dan juga Perdana Menteri peruntukannya sebanyak RM61.4 juta. "Telah terbukti jumlah sebenar wang ehsan berubah dan terdapat penyelewengan yang ketara yang berlaku kerana perbezaaan yang ketara iaitu sebanyak RM12.3 juta," tegasnya. Katanya lagi, pihak Royalti akan mengambil tindakan ke peringkat yang lebih tinggi sekiranya JPP mengambil sikap mendiamkan diri sehingga ke peringkat antarbangsa. Sementara itu, pihak Royalti juga meminta agar JPP ditutup kerana kerajaan negeri yang ada sekarang ini ialah kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui demokrasi sejak tahun 1990. Adalah satu percabulan kepada semangat persekutuan iaitu menghormati kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan apabila JPP ditubuhkan. Dalam himpunan bagi menyampaikan memorandum berkenaan, beberapa pihak yang mewakili kumpulan masing-masing telah menyampaikan ucapan, antaranya wakil mahasiswa, wakil kaum wanita Kelantan dan wakil anak muda Kelantan. Memorandum berkenaan telah disampaikan oleh Nazri Deraman sebagai Presiden Royalti kepada Penolong Pengarah (Khas) JPP, Mohd Hanif Aiman Mohd Anuar Musardar. |
Posted: 05 Jan 2013 05:00 AM PST Inilah orangnya yang menjadi wira ummah. Detik itu ucapannya menyinga membelah kebejadan sekularisme yang membelenggu masyarakat. Kata - katanya dipetik menjadi amanat yang membugarkan semangat juang anak muda diwaktu itu termasuk diriku. Puluhan tahun kata - katanya ibarat semalam baru dilafazkan membuatkan syaithan yang dikenali tidak mampu lena sepanjang zaman. -fb Ust Nasruddin Hassan Ulasan GB Asiaweek pernah menyenaraikan Presiden PAS di tangga ke-7 paling berpengaruh di Asia, jauh meninggalkan Dr Mahathir di tangga Ke 39 dan meletakkan gambar Abdul Hadi pada kulit depannya dengan paparan tajuk "Will he one day lead Malaysia?" |
[VIDEO] Rancangan Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus Di Astro Oasis Tarik 700 Ribu Penonton.. Posted: 05 Jan 2013 03:23 AM PST |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan