Ahad, 6 Januari 2013

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Kondom Fesyen Show Di Melaka

Posted: 06 Jan 2013 12:00 AM PST






Mana mufti Hamsani? Mana Hasan Jati? Mana Fathul Bari yang kalut pasai isu amanat Haji Hadi??Jakim??awat tak komen pasai pertunjukan ni???ka pasai Melaka negeri Maju maka Mufti tak berani nak kata apa??

Biar Hilang Tanah Jangan Hilang BN..

Posted: 05 Jan 2013 10:39 PM PST

Memang bangang puak2 Umno ni.. Sebab tu le gamaknya tanah Melayu kat Tanjung Pagar dan Pulau Batu Puteh sanggup digadai.. Bahalol..!





Ust Azhar Idrus Tak Faham Jihad

Posted: 05 Jan 2013 08:59 PM PST



Ikon 'We Love PM'.. Hehehe...

Posted: 05 Jan 2013 07:08 PM PST

PELAJAR TERBAIK SPM 2004, NUR AMALINA CHE BAKRI telah dilantik sebagai duta 'We Love PM'






Ustaz Hadi cabar Majlis Fatwa hantar surat rasmi

Posted: 05 Jan 2013 03:29 PM PST

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mencabar Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan surat rasmi berkenaan keputusan mengenai 'Amanat Haji Hadi'.

Mengulas kenyataan Datuk Seri Dr Rais Yatim bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan turut memutuskan amanat itu bercanggah dengan kepentingan masyarakat Islam dan kemuliaan agama serta prinsip dakwah Islamiah, beliau menafikan menerima sebarang surat daripada mufti tersebut.


"Saya tidak menerima surat dari Majlis Fatwa Kebangsaan. Saya cabar Majlis Fatwa hantar surat kepada saya. Dia (Majlis Fatwa) tak panggil saya.

"Surat rasmi pun tidak ada…atas angin sahaja. Bukan boleh atas angin begitu…bukan 'meniaga' ni dan kalau berniaga pun tidak boleh atas angin. Ini soal agama," tegasnya.

Beliau berkata 'amanat' itu merupakan satu petikan daripada ucapan beliau yang dibuat di Banggol Peradong 31 tahun yang lalu.

Ustaz Abdul Hadi menjelaskan beliau tidak pernah menamakan ucapan tersebut sebagai amanat tetapi dibuat oleh pihak lain.

"Amanat itu satu petikan, saya tidak menamakan 'amanat' tetapi orang lain yang menamakan 'amanat' dan yang beri nama 'amanat' itu termasuk Umnolah.

"Bukan saya menamakan 'amanat', ia petikan ucapan saya selepas itu dibentang di Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu. Ketua Biro Agama Umno bentang dan saya bangun (jawab)…betul, itu ucapan saya. Masa itu kenapa tidak hujah, selepas 30 tahun baru hendak hujah," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan solat jenazah allahyarham Tengku Zaliha binti Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Maqam Diraja Masjid Abidin, di sini petang tadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan isu penjelasan amanat tersebut bukan sekadar pilihan raya tetapi kerana hari akhirat.

Menurutnya, jika Perdana Menteri atau mufti enggan bersemuka di atas dunia, maka tunggulah pada hari akhirat ketika mengadap Allah SWT.

"Saya akan mati, mufti-mufti juga akan mati, Perdana Menteri mati, saya mati…kita mengadap Tuhan. Tuhan yang akan menentukan betul atau pun salah. Jika tidak atas dunia ini..akhiratlah. Kita bertemu dengan Tuhan jika atas dunia tak mahu bertemu," tegasnya.

Justeru, Ustaz Abdul Hadi tetap bertegas mahukan ruang penjelasan selama satu jam bersiaran di RTM milik kerajaan kerana PAS tidak memiliki media yang menyeluruh.

"Saya tetap mahukan (siaran langsung) supaya masyarakat berlaku adil. Adil ini kena dengar semua pihak dan dengan cara itulah, sebab kita tiada media.

"Biar rakyat tahu…dia (rakyat) dengar semua barulah (faham). Ini dengar sebelah pihak, macam mana.

" Kena dengar dulu apa yang saya hendak kata, supaya masyarakat dengar betul atau tidak apa yang saya hendak kata," ujarnya.

- Harakahdaily


RM12.3 Juta Wang Ehsan Kelantan Lesap

Posted: 05 Jan 2013 07:41 AM PST

KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan didesak agar menuntut pihak Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), menyiasat dan membentangkan Laporan Kewangan Jawatankuasa Wang Ehsan Kelantan, kepada rakyat negeri ini.

Ini berikutan adanya laporan, sejumlah RM12.3 juta telah lesap dari akaunnya.

Justeru itu, satu memorandum telah dihantar oleh Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (Royalti), kepada pihak JPP, tengah hari tadi, di bangunan JPP Kota Bharu.


"Ini memorandum kali ke dua dari pihak kami kepada JPP bagi membentangkan laporan kewangan wang ehsan yang lesap sebanyak RM12.3 juta," kata Presiden Royalti, Nazri Deraman dalam sidang medianya, selepas menyampaikan memerandum kepada wakil JPP, di sini.

"Pihak kami juga dapat tahu, sebanyak RM2 juta dari wang royalti minyak yang dijadikan sebagai wang ehsan di negeri ini telah disalurkan kepada Umno bahagian negeri Kelantan.

"Walaupun menurut maklumat dari Kerajaan Persekutuan bahawa wang ehsan ini digunakan sebagai peruntukan membina kemudahan infra, namum begitu ianya digunakan oleh pihak JPP dan Umno bahagian sesuka hati mereka bagi kepentingan mereka," ujarnya.

Bermula tahun 2010, jumlah sebenar wang ehsan yang disalurkan kepada JPP sentiasa berubah-rubah.

Perbezaan ini dapat dilihat melalui kenyataan dari Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Husin, iaitu peruntukan sebanyak RM49.1 juta.

Manakala menurut kenyatan yang dibuat Datuk Mustapha Mohamed dan juga Perdana Menteri peruntukannya sebanyak RM61.4 juta.

"Telah terbukti jumlah sebenar wang ehsan berubah dan terdapat penyelewengan yang ketara yang berlaku kerana perbezaaan yang ketara iaitu sebanyak RM12.3 juta," tegasnya.

Katanya lagi, pihak Royalti akan mengambil tindakan ke peringkat yang lebih tinggi sekiranya JPP mengambil sikap mendiamkan diri sehingga ke peringkat antarbangsa.

Sementara itu, pihak Royalti juga meminta agar JPP ditutup kerana kerajaan negeri yang ada sekarang ini ialah kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui demokrasi sejak tahun 1990.

Adalah satu percabulan kepada semangat persekutuan iaitu menghormati kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan apabila JPP ditubuhkan.

Dalam himpunan bagi menyampaikan memorandum berkenaan, beberapa pihak yang mewakili kumpulan masing-masing telah menyampaikan ucapan, antaranya wakil mahasiswa, wakil kaum wanita Kelantan dan wakil anak muda Kelantan.

Memorandum berkenaan telah disampaikan oleh Nazri Deraman sebagai Presiden Royalti kepada Penolong Pengarah (Khas) JPP, Mohd Hanif Aiman Mohd Anuar Musardar.


Amanat Hadi: Pas tolak idea muzakarah tertutup

Posted: 05 Jan 2013 05:11 AM PST

HAH ALAM - Pas menolak cadangan agar diadakan muzakarah secara tertutup, seperti yang diutarakan oleh seorang penonton satu program siaran langsung RTM malam tadi, sambil menyifatkannya sebagai tidak adil kepada Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, media arus perdana setiap hari memaparkan kritikan dan kutukan terhadap Hadi secara terbuka dan boleh ditonton oleh semua rakyat Malaysia.

Menurutnya, cadangan yang diberikan untuk mengadakan sesi muzakarah secara tertutup itu tidak adil kepada Hadi.


Beliau juga berkata, Pas tidak bersetuju bukan kerana takut atau untuk lari daripada isu tersebut, tetapi cadangan itu dilihat tidak adil.

"Bukan kita tidak setuju buat secara tertutup, tetapi masalahnya media arus perdana menghentam dan mengkritik Hadi secara terbuka.

"Tetapi bila dekat Hadi, nak buat secara tertutup, ini tak adil.

"Sekarang ini pun semakin melampau kritikan dibuat terhadap Hadi, kita tak setuju bukan sebab kita nak lari dari isu, (atau) sebab kita takut, tapi cadangan itu tak adil," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Dalam laporan media yang dikeluarkan Bernama lewat semalam, sesi muzakarah tertutup dicadangkan sebagai salah satu cara untuk menyelesaikan isu Amanat Haji Hadi yang dikeluarkan lebih 30 tahun dulu dan didakwa menjadi punca perpecahan dikalangan umat Islam di negara ini.

Cadangan berkenaan diutarakan oleh seorang penonton di studio ketika siaran langsung program bual bicara RTM, Bicara Rakyat menerusi TV1 pada pukul 9 malam tadi.

"Saya mencadangkan supaya Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin Pas dipanggil bersama beberapa tokoh yang tidak berkepentingan politik seperti mufti dan ahli akedamik.

"Kesan Amanat Haji Hadi masih berlaku sehingga kini. Kafir-mengkafir masih wujud. Melalui muzakarah, kita bukan berpolitik tetapi membincangkan masalah ummah," kata penonton tersebut sebelum program berkenaan berakhir.

Mengulas lanjut Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang berkata, muzakarah yang dilakukan secara tertutup tidak akan sampai kepada rakyat yang menanti penjelasan daripada Hadi.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Pas turut menolak cadangan agar diadakan muzakarah secara tertutup itu.

Mustafa berkata, Pas tetap berpendirian untuk menyelesaikan isu Amanat Haji Hadi itu secara langsung.

Tambahnya, melalui rakaman atau tertutup penjelasan yang akan dilakukan tidak akan sampai kepada masyarakat.

"... seperti yang kita katakan sebelum ini, kita mahukan secara langsung. "Kita tolak cadangan itu, kalau secara tertutup penjelasan itu tidak akan sampai kepada masyarakat," katanya.

- Sinar Harian


Tiada pembangunan dibenar di tanah Boustead

Posted: 05 Jan 2013 03:39 AM PST

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tiada pembangunan akan diluluskan atas tanah yang dijual oleh ahli perniagaan Deepak Jaikishan juga kepada Boustead Holdings di kawasan perindustrian Bukit Raja.

"Kerajaan Selangor tidak akan meluluskan sebarang permohonan pembangunan di atas tanah yang telah diserah kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan di kawasan Perindustrian Bukit Raja, Klang," katanya.

"Kita tidak akan membenarkan sebarang pembangunan di atas tanah itu kecuali bagi pembinaan kem latihan tentera seperti yang ditetapkan, itu pun selepas mendapat kebenaran Mesyuarat kerajaan Negeri Selangor (MMKN) dan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES)," kata menteri besar.

"Jika ada apa-apa pembangunan dan urusniaga dilakukan ke atas tanah tersebut, maka ianya dilakukan tanpa pengetahuan kerajaan negeri dan Kerajaan Negeri tidak mengiktirafnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat MTES yang dipengerusikan Abdul Khalid selepas mendengar taklimat Pengarah Tanah dan Galian Negeri dan tiga pegawai daerah, semalam.

Dalam mesyuarat MTES itu, menteri besar telah dimaklumkan bahawa semua tanah yang diserah kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dikhususkan untuk pembinaan kem latihan tentera dan tanah tersebut masih lagi di bawah nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dan tidak dipindahmilik kepada mana-mana syarikat atau individu.

Menteri Besar berkata keputusan ini sejajar dengan prinsip kerajaan negeri yang telus, bertanggungjawab dan menolak sama sekali amalan rasuah serta salah guna kuasa untuk kepentingan peribadi dan politik yang akhirnya rakyat menangung beban.


Tiada ulasan: