Sabtu, 5 Januari 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Mahathirlah yang lingkupkan negara - Datuk Johari

Posted: 05 Jan 2013 11:28 PM PST


(Oleh: Aliff Fikri)

KUALA LUMPUR 6 Jan: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sepatutnya sedar bahawa Umno BN sebenarnya yang membawa kehancuran kepada negara, kata Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.
Beliau mengulas kenyataan Mahathir di blognya baru-baru ini, kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memusnahkan negara sekiranya diberi peluang menjadi perdana menteri.
Johari berkata, kenyataan itu membayangkan ketakutan Mahathir terhadap salah laku beliau selama 22 tahun akan dibongkar jika Pakatan Rakyat memegang tampuk pentadbiran negara.
"Ya, memang benar, Anwar akan membawa kemusnahan, tetapi bukan kepada negara.  Anwar membawa kemusnahan kepada Umno BN, golongan yang mencuri duit rakyat,  merompak harta bangsa sendiri, memusnahkan nepotisme dan kronisme yang menjahanamkan negara," katanya ketika dihubungi.
Menyifatkan kenyataan itu tidak berasas, Johari berkata, Mahathir sendiri suatu ketika pernah memberi kepercayaan kepada Anwar ketika masih di dalam kerajaan.
"Beliau sendiri tahu rekod cemerlang Anwar ketika memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan. Sepanjang 8 tahun berkhidmat di kementerian kewangan, Anwar berjaya memacu pertumbuhan ekonomi negara sehingga berkembang pesat.
"Apa jadi kepada ekonomi negara sekarang? Siapa sebenarnya yang menjahanamkannya? Mahathir patut sedar Umno BN sebenarnya yang melingkupkan negara," tegasnya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=42490

Ketua Wanita UMNO M'sia - Ketua Wanita Umno Selangor sama saja, kaki kebas duit rakyat ... haramjadah sungguh la depa ni

Posted: 05 Jan 2013 09:09 PM PST

Harakahdaily,06 Jan 2013



(Wanita Umno Selangor yang dipimpin Raja Popiah (ehh bukan)  Raja Ropiaah)

SHAH ALAM: Wanita Umno Selangor diminta bertanggungjawab dengan kekayaan segera yang diberikan kepada ketuanya, Raja Ropiaah Raja Abdullah.

Kali ini tekanan itu datang Wanita PKR Selangor ekoran projek besar yang diberikan kepadanya iaitu membina Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas).

Ketua Wanita PKR Selangor, Haniza Talha dalam kenyataannya mempersoalkan, mengapa tabung pencen bekas anggota tentera ini digunakan sewenang-wenangnya, "pemimpin Umno yang korup kaya-raya, rakyat yang mempertahankan negara melopong."


Raja Ropiaah, katanya, perlu jelaskan apakah yang melayakkan Awan Megah diberikan projek Puspahanas serta segala transaksi pemberian dan penjualan tanah kepada pihak LTAT.

Wanita Keadilan Selangor, katanya, mengutuk sikap korup Ketua Wanita Umno Selangor yang pada masa yang sama kempen Sayangi Selangor konon ingin menyelamatkan rakyat.

Situasi yang melanda Ketua Wanita Umno Malaysia kini berulang ke atas Ketua Wanita Umno Selangor.

"Sudah terang lagi jelas, rakyat perlu tolak Umno-Barisan Nasional kerana pemimpin-pemimpin Umno lelaki dan wanita menggunakan kuasa untuk  kepentingan peribadi dan merompak harta rakyat tanpa rasa bersalah," kata Haniza (gambar) dalam kenyataannya.

Raja Popiah (ehh bukan) Raja Ropiaah dilantik oleh Najib sebagai senator setelah penggal Datuk Seri Shahrizat Jalil ditamatkan ekoran skandal NFC.

Negara sekali lagi digemparkan dengan beberapa pendedahan isu dan skandal yang melibatkan pemimpin-pemimpin Umno baru-baru ini.

Antara yang paling "menarik' perhatian  ialah isu jual-beli tanah yang melibatkan seorang ahli perniagaan Deepak Jakishan yang merupakan pemegang saham terbesar dalam syarikat Astanacanggih Sdn Bhd yang hangat dilaporkan oleh akhbar-akhbar tempatan, termasuklah  "The Star".

Dengan berita yang termuat sebagai "Bakti to buy stake in Astacanggih" dan pada waktu yang sama memuatkan berita "Deepak withdraws lawsuit over land", maka ia sangat jelas bahawa ada unsur-unsur yang boleh dicurigakan dan menjadi tanda tanya; iaitu bagaimana sebuah anak syarikat milik penuh Boustead Holdings (M) Sdn, Bakti Wira Development Sdn Bhd membeli 80% saham Astacanggih pada harga RM30 juta sedangkan ia tidak mempunyai sebarang aset.

Dengan tiba-tiba pula Bakti Wira telah terbabit sekali dalam persetujuan pembelian tanah seluas  200 ekar di Bukit Raja Klang daripada syarikat Awan Megah Sdn Bhd, iaitu syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh  Senator Raja Ropiaah Raja Abdullah,  Ketua Wanita Umno Selangor yang menelan belanja secara keseluruhannya RM130j uta!

Awan Megah adalah syarikat yang dianugerahkan kerja membina Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas).

Baru saja reda isu keluarga Ketua Wanita Umno Malaysia Datuk Seri Shahrizat Jalil dengan projek NFC, kini seorang lagi pemimpin Wanita Umno terpalit dengan skandal projek kerajaan.

Syarikat Raja Ropiaah Raja Abdullah Ketua Wanita Umno Selangor telah mendapat projek bernilai RM27 juta dan mendapat tanah seluas 223 ekar, walaupun syarikatnya tiada aktiviti perniagaan dan pengalaman.

Akibat daripada itu, projek Puspahanas telah terbengkalai selama lima tahun sehingga di'alibaba'kan kepada syarikat lain.

Persoalannya, kata Haniza yang juga Timbalan Speaker DUN Selangor, bagaimana Ketua Wanita Umno Selangor begitu mudah mendapat projek penting tanpa syarat layak melaksanakan projek tersebut.

Kedua, bagaimana tanah seluas 223 ekar dianugerahkan sewenang-wenangnya, sedangkan rakyat marhaen terpaksa menunggu puluhan tahun untuk mendapat tanah yang sekangkang kera.

Ketiga, Raja Ropiaah terus mengaut keuntungan dengan menjual sebahagian tanah tersebut, yang belum dipindahmilik kepada anak syarikat Boustead Holdings (M) yang merupakan sayap pelaburan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). 

Remaja 13 tahun mengaku salah cabul seorang wanita

Posted: 05 Jan 2013 08:51 PM PST


alt

AYER KEROH 6 Jan.  - Seorang remaja berusia 13 tahun mengaku bersalah mencabul kehormatan seorang wanita di dalam tandas sebuah stesen minyak, Isnin lalu.

Tertuduh membuat pengakuan itu di hadapan Majistret, Ida Rahayu Syarif pada prosiding yang dijalankan di dalam kamar majistret di sini kelmarin.

Berdasarkan pertuduhan, remaja berkenaan didapati dengan niat mencabul kehormatan seorang wanita berusia 28 tahun itu dengan memeluk, mencium pipi kanan dan meraba buah dada.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di dalam tandas wanita Stesen Minyak Shell, Jalan Munsyi Abdullah, dekat sini, kira-kira jam 2.45 petang pada 31 Disember 2012.

Remaja berkenaan yang hadir ke mahkamah dengan ditemani penjaganya dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripadanya jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa, Inspektor Muhamad Juhari Haron ketika ditemui selepas prosiding berkata, pihaknya telah meminta mahkamah memberikan wang jaminan RM2,000 terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam.

"Namun mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM800 dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 28 Februari 2012 bagi mendengar laporan akhlak oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan jatuh hukum," katanya.

BERITA AWAL

Tiada ulasan: