Kelab Greenboc |
- Akhirnya Remaja Berusia 13 Tahun Itu Mengaku Cabul Wanita Di Pam Minyak
- UMNO BN Lesapkan RM207 Billion Wang Pampasan Buruh Paksa
- [VIDEO] Himpunan Sejuta Rakyat: Pengurusan Dataran Merdeka Usah Kemuka Alasan Lagi
- Pengetua Sekolah Agama Ditangkap Khalwat, Ramai Musykil Kenapa Kes Ini Cuba Dirahsiakan!
- Selebriti Haire & Aishah Gesa Rakyat Bangkit Tumbangkan UMNO BN
- Najib Beri Projek Pusat Pertahanan (Puspahanas) Kepada Awan Megah & Syarikat Berus Gigi
Akhirnya Remaja Berusia 13 Tahun Itu Mengaku Cabul Wanita Di Pam Minyak Posted: 05 Jan 2013 01:03 AM PST Seorang remaja berusia 13 tahun mengaku bersalah mencabul kehormatan seorang wanita di dalam tandas sebuah stesen minyak, Isnin lalu. Tertuduh membuat pengakuan itu di hadapan Majistret, Ida Rahayu Syarif pada prosiding yang dijalankan di dalam kamar majistret di sini, semalam. Berdasarkan pertuduhan, remaja berkenaan didapati dengan niat mencabul kehormatan seorang wanita berusia 28 tahun itu dengan memeluk, mencium pipi kanan dan meraba buah dada. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di dalam tandas wanita Stesen Minyak Shell, Jalan Munsyi Abdullah, dekat sini, kira-kira jam 2.45 petang pada 31 Disember 2012. Remaja berkenaan yang hadir ke mahkamah dengan ditemani penjaganya dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripadanya jika sabit kesalahan. Pegawai Pendakwa, Inspektor Muhamad Juhari Haron ketika ditemui selepas prosiding berkata, pihaknya telah meminta mahkamah memberikan wang jaminan RM2,000 terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam. "Namun mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM800 dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 28 Februari 2012 bagi mendengar laporan akhlak oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan jatuh hukum," katanya. -BH Ulasan GB Sebelum ini, di SINI GB sudah ulas, petikan Moral of the story, terutama kepada kaum wanita, jangan pandang budak berusia belasan tahun kecik anak, dizaman ini, bukan saja orang dewasa, budak belasan tahun pun sudah membawa "iblis" di dalam tubuh badannya. |
UMNO BN Lesapkan RM207 Billion Wang Pampasan Buruh Paksa Posted: 04 Jan 2013 10:00 PM PST Kedutaan Jepun di Malaysia mengesahkan kerajaan negara itu sudah menyerahkan sejumlah wang pampasan kepada kerajaan Malaysia untuk diserahkan kepada buruh paksa pembinaan landasan keretapi Thailand Myanmar. Setiausaha Kedua Kedutaan Jepun ke Malaysia, Takaharu Suegami, mengesahkan bahawa Tokyo sudah menyerahkan wang tersebut dari awal 1990an hingga tahun 2004. "Berdasarkan maklumat yang dikaji, kami dapati wang tersebut diserahkan sekitar tahun 1990an. "Kami akan merujuk kepada Tokyo selepas ini (untuk maklumat lanjut)," kata beliau, dilaporkan oleh Harakahdaily hari ini. Menurut Suegami, pihaknya tidak mengetahui bagaimana kerajaan Malaysia mengagihkan wang pampasan itu. Bagaimanapun, beliau berjanji akan merujuk balik dengan Tokyo berdasarkan dokumen yang diberikan hari ini. Sekretariat Jejak, yang diketuai oleh Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin mengunjungi Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur hari ini bagi mendapatkan maklumat lebih mendalam tentang pampasan itu. Sekretariat itu ditubuhkan untuk mencari waris kepada mangsa yang dipaksa menjadi buruh dalam pembinaan laluan kereta api dari Siam ke Burma semasa Jepun menjajah Tanah Melayu ketika Perang Dunia Kedua. Turut bersama dalam kunjungan itu, Naib Ketua Pemuda PAS Dr Raja Iskandar Al-Hiss, Ketua Operasi Jejak Safarizal Saleh, Penolong Pengerusi Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Binaan Landasan Kereta Api Siam Burma 1942-1946 dan beberapa orang lagi wakil dari Jejak. Dalam kunjungan hari ini, Sekretariat Jejak juga meminta Tokyo memberi maklumat bila dan berapa jumlah pampasan kepada buruh binaan itu di hantar ke negara ini dan siapa yang mengesahkan penerimaan itu. Dalam pertemuan sejam itu, Nizar turut meminta Tokyo menyerahkan senarai nama rakyat Malaysia yang menjadi buruh binaan landasan kereta api Siam-Burma 1942 hingga 1946 itu. "Kita jumpa dengan pihak kedutaan Jepun petang ini, untuk mengesahkan maklumat yang kita perolehi itu benar atau sebaliknya. "Sekiranya pihak Jepun masih menyimpan senarai buruh atau mangsa-mangsa dari Malaysia ini sila majukan kepada kami," katanya ketika ditemui. Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang turut mendedahkan beberapa surat pengesahan dan dokumen rasmi kepada wakil Kedutaan Jepun berkenaan. Dalam sidang Dewan Rakyat sebelum ini, Nizar mendakwa, Tokyo membayar RM207 bilion kepada kerajaan Malaysia sebagai pampasan kepada buruh paksa pembinaan keretapi itu. Namun sehingga kini, tidak ada sebarang wang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada mangsa atau waris mereka. Menurut Nizar, pihaknya sehingga kini tidak tahu di mana pampasan itu berada sama ada masih disimpan di dalam Perbendaharaan Negara atau Amanah Raya kerana tidak ada sebarang penjelasan dibuat kerajaan sehingga kini. "Kita tidak tahu. Kalau wang itu masih ada dalam simpanan kerajaan kenapa tidak diberi balik kepada mangsa. "Mangsa ada 30,000 yang boleh balik semula ke Malaysia walaupun ada yang meninggal dunia tetapi mereka masih ada waris melalui Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Kereta Api Siam Burma 1942-1946," katanya lagi. Mengikut rekod persatuan bekas buruh paksa ini, jumlah 30,000 buruh ini melibatkan 60 peratus bangsa Melayu, 20 peratus India, 15 peratus Cina dan 5 peratus bangsa lain. Nizar yang juga AJK PAS Pusat berkata, dengan jumlah RM207 bilion itu setiap keluarga dianggarkan layak menerima sehingga RM3 juta wang pampasan. |
[VIDEO] Himpunan Sejuta Rakyat: Pengurusan Dataran Merdeka Usah Kemuka Alasan Lagi Posted: 04 Jan 2013 06:50 PM PST HKR: Pengurusan stadium diminta percepat kelulusan KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) hari ini meminta pihak pengurusan Stadium Merdeka mempercepatkan proses kelulusan menggunakan stadium itu bagi himpunan 12 Januari ini. Pengerusinya Mohamad Sabu, berkata desakan itu dibuat memandangkan pihaknya mendapat maklumbalas positif dari pihak polis untuk berbincang berhubung penganjuran Himpunan 1 Juta Rakyat itu. Beliau berkata demikian pada sidang media di Pejabat Agung PAS di sini hari ini. Mohamad berkata, himpunan di Stadium Merdeka ini menyahut saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang pernah menawarkan kepada Bersih 3.0 agar himpunan dibuat di situ. "Kita menghormati seruan Perdana Menteri untuk membuat Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka," katanya. Menurut Mohamad, pihaknya telah menghantar surat permohonan kepada pengurusan Stadium Merdeka pada 26 Disember lalu malah dua kali membuat tindakan susulan, malangnya masih belum ada jawapan sehingga kini. Sebaik ditanya apakah alternatif tempat lain sekiranya pihak pengurusan Stadium Merdeka tidak membenarkan, Mohamad menegaskan pilihan kedua, ketiga dan seterusnya tetap di Stadium Merdeka. Mohamad turut memberitahu polis Dang Wangi menerima surat pemakluman dan bersedia membuat pertemuan dengan mereka untuk membincangkan soal keselamatan dan perjalanan himpunan. "Kita hantar surat pada 2 Januari untuk maklumkan kita hendak adakah himpunan, jadi mereka sudah respons dan bersedia membuat perjumpaan,"katanya. Tambahnya, jam dua petang tadi pihak jawatankuasa telah menghantar surat kepada Ketua Polis Negara meminta mengadakan pertemuan bagi membincangkan soal keselamatan dalam perhimpunan. Sekali lagi Mohamad menegaskan Himpunan Kebangkitan Rakyat Sabtu depan adalah himpunan paling aman dan berkonsep santai juga boleh membawa keluarga. Mohamad yakin dan percaya himpunan ini bakal memberi keuntungan berganda kepada para peniaga di ibu kota. "Peniaga di Kuala Lumpur akan lihat rekod peniagaan mereka akan mencatat keuntungan besar-besaran, hotel pun akan penuh," katanya. Beliau turut memaklumkan Pihak jawatankuasa Himpunan Kebangkitan Rakyat telah menyediakan 10,000 anggota keselamatan termasuk Unit Amal, Briged AMK dan Pemuda Sosialis DAP (DAPsy). Seramai 150 pegawai perubatan dan pembantu, serta pasukan peguam turut bersedia dalam himpunan itu nanti. Turut bersama dalam sidang media ini, Naib Presiden PKR Tian Chua, Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mat Akin, Aktivis Hishamuddin Rais dan barisan mahasiswa serta beberapa wakil Ngo. Ulasan GB Rakyat masih menunggu apa riaksi pengurusan Dataran Merdeka kali ini. Apa lagi alasan yang hendak digunakan untuk menolak permohonan. Apakah kemungkinan pihak polis akan ke mahkamah lagi untuk mendapatkan waran bagi menghalang perhimpunan kali ini. GB ingin mengingatkan semua pihak yang cuba menghalang kebangkitan rakyat dengan memetik kata-kata TG Nik Aziz, Mursyidul Am PAS yang pernah menyatakan bahawa kebangkitan rakyat adalah umpama air yang mengalir dari gunung... dan barangsiapa yang cuba menyekat dan menghalangnya pasti hanyut dan musnah dibawa arus yang deras itu... |
Pengetua Sekolah Agama Ditangkap Khalwat, Ramai Musykil Kenapa Kes Ini Cuba Dirahsiakan! Posted: 04 Jan 2013 04:13 PM PST Kuantan, 4 Dis - Ramai pihak yang menghubungi kami dan terkejut dengan berita seorang pengetua sebuah Sekolah Menengah Agama Pahang ditangkap khalwat dalam sebuah hotel di bandar ini. Paling panas ialah pasangan pengetua berkenaan adalah seorang wanita berbangsa Cina yang dipercayai merupakan seorang GRO. Gambar sekadar hiasan Berdasarkan kepada maklumat dari sumber yang boleh dipercayai, individu terbabit hanya di tukar ke jabatan lain dan tiada tindakan displin mahu pun mahkamah yang dikenakan ke atasnya. Inilah yang mengecewakan ramai pihak sebenarnya. Seorang pegawai kerajaan bergelar "Pengetua Sekolah Agama" ditangkap khalwat dilepaskan daripada hukuman, sedangkan jika ia terkena kepada pegawai bawahan sudah pasti tindakan displin yang tegas termasuk pecat akan dibuat oleh majikannya. Dipercayai, tangkapan berlaku beberapa hari menjelang Hari Raya Aidil Adha yang lalu, namun isu ini sengaja disembunyikan oeh pihak yang berkenaan untuk menutup malu. Seorang pegawai dari Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mendakwa, kes yang melibatkan lelaki itu bukanah yang pertama kalinya. Sebelum ini beliau juga pernah ditangkap oleh Pegawai Penguatkuasa JAIP ketika sedang asyik bermain "judi siber". Malah, beliau juga telah banyak terlibat dengan kes "pecah amanah" di sekolah lain sebelum diangkat sebagai Pengetua di sekolah agama berkenaan. Senario yang berlaku ini sungguh memalukan jabatan agama di Pahang. Malah, lebih teruk lagi apabila semua pihak termasuk JAIP sendiri tidak mendedahkan berita ini kepada media untuk dijadikan pengajaran kepada pihak lain. Jika ini keadaannya, sudah pasti selepas ini ramai pegawai tinggi kerajaan berani melakukan kesalahan yang sama kerana imej mereka akan dipeliharan oleh jabatan agama bagi mengelakkan malu besar. Soalnya, kenapa Pengetua terbabit boleh terlepas dan hanya mendapat hukuman ringan?. Ditukar jabatan bukanah satu hukuman yag berat jika dibandingkan dengan tindakan displin seperti turun pangkat, tahan gaji atau pun dipecat. Kenapa pegawai berkenaan dilindungi? Inilah yang memusykilkan kita semua sekarang ini. Siasatan yang rapi bagi mengenalpasti individu berkenaan sedang dilakukan melalui sumber dari jabatan berkaitan seperti Jabatan pelajaran Negeri Pahang (JPNP), Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang(MUIP). Nantikan pendedahan panas tentang siapakah individu terbabit. Siasatan lanjut sedang dijalankan. NOTA: Pengajaran terbaik di sebalik apa yang berlaku ini ialah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) wajar melantik pengetua sekolah agama di kalangan ustaz atau guru yang ada latar belakang dan sirah Islam. Tindakan melantik guru biasa (sekular) menjadi pentadbir di sekolah agama seluruh Pahang pada masa ini jelas sekali sesuatu yang tidak wajar. Selama ini, sejak zaman berzaman semamangnya guru-guru agama dan ustaz yang diangkat sebagai Pengetua semua sekolah agama. Namun, peraturan itu bertukar apabila adanya campurtangan politik yang kononnya tidak mahu agama Islam itu dijumudkan dengan pemikiran politik. Malah, mereka tidak mahu golongan ustaz terbabit merosakkan minda para pelajar ke arah mencintai Islam yang akhirnya menyebabkan mereka menolak kerajaan sedia ada dengan menyokong parti yang memperjuangkan Islam. Akhirnya, mungkin atas arahan pihak atasan maka guru-guru biasa dilantik sebagai pengetua sekolah agama. Inilah yang menyebabkan gejala sosial dikalangan pelajar sekolah agama semakin menjadi-jadi sekarang. Apatah lagi bila ada pengetua seperti dalam kes ini yang gemar masuk pusat hiburan (dangdut), berkaraoke, bermain judi dan termasuk jugalah berbuat maksiat. Justeru JAIP digesa kembalikan hak sebagai Pengetua sekolah agama kepada guru-guru agama dan ustaz agar Islam terus gemilang. Malah, hanya itu caranya pelajar sekolah agama dapat dibentuk sahsiah mereka. Kembalikan agama kepada yang hak! sumber : PahangDailyOnline |
Selebriti Haire & Aishah Gesa Rakyat Bangkit Tumbangkan UMNO BN Posted: 04 Jan 2013 06:22 AM PST Saya Leftenan Adnan moden menentang BN" Pelakun terkenal Haire Othman bertekad berjuang sehingga ketitisan darah terakhir sebagai 'Leftenan Adnan Moden' untuk membetulkan senario politik sekarang agar bebas dari belenggu pemikiran jumud pemerintah Barisan Nasional (BN). Semasa membintangi filem 'Leftenan Adnan' iaitu seorang Tentera Melayu yang bekerja dengan British menentang Jepun sekitar tahun 1940 jelas beliau, jiwa serta semangatnya begitu tinggi bangga terhadap perjuangan yang ditunjukan oleh Leftenan Adnan yang sanggup bermati- matian menentang kemaraan Jepun. "Semasa memegang watak Leftenan Adnan jiwa dan semangat saya begitu tinggi walau pun waktu itu saya sendiri kurang arif siapa sebenarnya Leftenan Adnan yang kuat membantu British menentang Jepun. "Selepas membaca dan menyelidik akhirnya tahu dan sekarang berminat menjadi 'Leftenan Adnan' baru dan moden untuk menentang Umno dan BN, " jelasnya ketika berucap di majlis minum petang di Dewan Haji Taib, Tasek Gelugor semalam. Semangat Leftenan Adnan tetap berkobar di dalam sanubari sehingga kini, cuma bezanya dulu dalam lakunan menentang Jepun tetapi sekarang bersama PAS menentang Umno dan BN. Bagi beliau, menentang kepimpinan Umno satu kewajipan kerana menyalahgunakan kuasa yang diberikan, menyelewengkan wang rakyat dan bersikap zalim dengan rakyat seperti bertindak merampas hak sedia ada. Memandangkan rakyat telah sedar jelas Haire lagi, kepimpinan BN terpaksa mengalih strateji menghulurkan tangan persabatan dengan memberikan segala macam bantuan yang tidak pernah dibayangi rakyat. "Sekarang ini rakyat telah diberikan terlalu banyak wang sebagai umpan politik. Dulu tidak pun. Inilah yang dikatakan rasuah politik menjelang pilihanraya umum ke 13," tegasnya. Turut berucap dalam program anjuran Unit Amal Tasek Gelugor dan Kebajikan Rangkaian Bekas Tentera (Kerabat) itu ialah Ahli Jawatankuasa PAS Tasek Gelugor, Haji Abdul Rahman Kasim, Naib Pengerusi Kerabat Kedah, Zamri Ibrahim, Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Abdul Rahman Maidin dan Ketua PAS Cawangan Permatamg Berangan, Haji Rosli Hasbullah.
|
Najib Beri Projek Pusat Pertahanan (Puspahanas) Kepada Awan Megah & Syarikat Berus Gigi Posted: 04 Jan 2013 03:21 AM PST Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menganugerahkan projek penswastaan pembinaan Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) milik Kementerian Pertahanan kepada Awan Megah Sdn Bhd dan sebuah syarikat pengeluar berus gigi ketika menjawat Menteri Pertahanan. Dalam sidang media hari ini, Pengarah Srategi KEADILAN, Rafizi Ramli menunjukkan bukti penganugerahan tersebut melalui satu surat perjanjian yang ditandatangani pada 8 Jun 2005. "Projek itu libatkan mereka bentuk dan membina sebuah kolej latihan tentera. Sebagai balasan, Kementerian Pertahanan berjanji akan pindahkan tiga bidang tanah iaitu PT220 seluas 96.825 ekar, Lot 1158 (45.42 ekar) dan PT216 (81.085 ekar). "Ramai lupa, ia adalah tanah yang mahal (prime land) di Shah Alam…di kelilingi kawasan perumahan mahal yang baru naik dan kawasan perindustrian. Tanah seluas 223.3 ekar ini yang asalnya untuk bina kem tentera, kini jadi tanah yang cukup mahal dan diberi kepada Awan Megah," katanya. Awan Megah dimiliki Raja Roopiah Raja Abdullah, Ketua Wanita Umno Selangor. Menurut Rafizi, maklumat kewangan terakhir Awan Megah yang difailkan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) adalah bagi tahun kewangan 31 Disember 1993 dan menunjukkan syarikat itu tidak menjalankan sebarang aktiviti. "Oleh kerana Awan Megah adalah syarikat Ali Baba, ia terpaksa lantik GuppyUnip Sdn Bhd sebagai rakan kongsi untuk biaya dan siapkan projek. "GuppyUnip dikuasai Cheong Chow Koh, melalui pegangan keluarganya dan syarikat utamanya, Unip Berhad. Perniagaan utama Cheong Chow Koh melalui Unip Berhad adalah pengilang berus gigi," dedah Rafizi di ibu pejabat parti. Tambah beliau, semakan melalui SSM menunjukkan GuppyUnip ditubuh pada 9 Disember 2009 dan tiada pengalaman dalam bidang pembinaan. -KD Disebalik perjanjian tanah Raja Ropiaah, Puspahanas masih belum berada ditapak |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan