Sabtu, 5 Januari 2013

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Utusan Malaysia jadi bahan lawak dunia lapor Bieber sebagai negara

Posted: 04 Jan 2013 10:22 PM PST

KISAH lucu akhbar milik Umno, Utusan Malaysia melaporkan penyanyi remaja Amerika Syarikat, Justin Bieber sebagai negara ke sembilan terbesar di dunia turut dilaporkan oleh portal MSN News.



Gua tak tahu, barangkali mamat yang tulis laporan di Utusan Malaysia ini sudah kena dajal dengan kawan dia ketika dia buang air di tandas. Mungkin juga artikel di Utusan Malaysia itu ditulis ketika penulisnya sedang mengantuk sambil layan lagu Justin Bieber.

Apa pun puncanya, hal ini telah membuatkan Utusan Malaysia, akhbar paling banyak disaman dan kalah saman di mahkamah kerana kerap memfitnah ini berjaya menjadi lawak dunia apabila kisah itu dimuatkan dalam portal MSN News.


ReJaM© "Barangkali ini balasan kecil Allah terhadap akhbar kaki fitnah..."

Peringatan Penting!

Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112
Tarikh: 12 Januari 2013
Masa: 14:00 petang
Tempat: Bandar Kuala Lumpur (Stadium Merdeka)

Bantuan dua buah bas pun masih gagal penuhkan kerusi di ceramah Fathul Bari

Posted: 04 Jan 2013 08:32 PM PST


DIFAHAMKAN malam tadi, Umno Selangor telah menganjurkan satu majlis ceramah politik yang disampaikan oleh Fathul Bari Mat Jahya, yang mereka gelar sebagai Ulama Muda Umno.

Majlis ceramah politik tersebut turut dilengkapi dengan persembahan kumpulan Nasyid Rabbani untuk menarik penyertaan orang ramai.


Difahamkan, dua buah bas digunakan untuk membawa hadirin dari Pekan Sungai Buluh untuk memenuhkan majlis tersebut. Di bawah ini gambar bas yang dimaksudkan.


Bagaimanapun, hasil tinjauan mendapati meskipun dua buah bas yang memuatkan hampir seratus orang telah dibawa ke majlis ceramah tersebut, nampaknya kehadiran masih juga tidak memuaskan.

Masih banyak kerusi-kerusi kosong yang turut sama mendengar ceramah Fathul Bari.


Di bawah ini gambar dari sebelah kanan pentas ketika Fathul Bari sedang berucap.


Ceramah Umno di Selangor memang diketahui umum tidak mendapat sambutan berdasarkan jumlah kehadiran orang ramai dalam ceramah-ceramah mereka sebelum ini.

Mereka cuba pula membawa imej Islamik bagi menarik hadirin ke ceramah politik mereka lantaran itu this so called Ulama Muda Umno dan kumpulan Rabbani digunakan.

Namun, anda lihat sendiri, sambutan orang ramai masih juga tidak berubah. Ini tandanya rakyat Selangor tidak berminat untuk menghadiri ceramah Umno. Jadi rasanya tak perlulah Umno sibuk buat ceramah lagi, orang tak minat nak dengar.

ReJaM "Pakailah serban tebal mana pun, rakyat tahu Umno parti rasuah..."

Pengguna negeri Selangor, Wilayah Persekutuan disaran fail tuntutan terhadap SYABAS

Posted: 04 Jan 2013 05:51 PM PST

4 JAN ― Kerajaan Negeri mengesa pengguna-pengguna di Kuala Lumpur, Gombak dan Ampang yang terlibat ekoran kerosakan pam air di Rumah Pam Wangsamaju dan Pudu Hulu Baru segera menfailkan tuntutan ekoran kepayahan rutin  harian mereka disebabkan gangguan air beberapa hari yang lalu.
Diberitakan bahawa lebih 100,000 akaun pengguna berhadapan dengan gangguan bekalan air sejak 6 hari yang lalu yang dijangka berterusan seminggu lagi.

Ini berikut kegagalan dan kecuaian SYABAS menyelenggara 5 unit pam di rumah pam tersebut.

Rakyat harus diberikan penjelasan bahawa pembekalan dan agihan air adalah merupakan tanggungjawab SYABAS dan bukannya kerajaan Negeri seperti termaktub dalam perjanjian konsesi air.

Kerajaan Negeri bersedia menjadi saksi kepada Pengguna bagi menfailkan tuntutan terhadap SYABAS dengan membekalkan beberapa dokumen laporan siasatan terhadap kecuaian SYABAS menyelenggarakan unit pam pam serta peralatan berkaitan.

Semakan menunjukkan bahawa tidak berlaku sebarang situasi kekurangan air di kawasan yang terbabit kerana Rumah Pam Wangsa Maju menerima dan mengagih air terawat dari Loji Rawatan Air Wangsa Maju (kapasiti 41 Juta Liter Sehari (JLS), Loji SSP1 (950 JLD) dan Loji SSP3 (800 JLS). Jumlah keseluruhan ialah 1,791 Juta Liter Sehari pada hari-hari biasa adalah jauh lebih mencukupi untuk kegunaan kawasan terbabit.

Kerajaan Negeri berharap dengan menfailkan tuntutan tersebut,  SYABAS akan sedar dan bertanggungjawab terhadap penjagaan peralatan di fasiliti-fasilitinya demi menjamin bekalan air yang sempurna dan berterusan kepada pengguna di masa-masa akan datang.

SYABAS tidak sepatutnya menjadikan rakyat sebagai "tebusan" dalam agenda "mereka cipta" krisis air di Selangor ekoran keengganan Kerajaan Negeri memberikan kelulusan projek pembinaan Loji Langat 2.

Kerajaan Negeri ingin tegaskan bahawa kegagalan pam beroperasi di rumah-rumah Pam  dibawah kendalian seratus peratus SYABAS tidak ada kena mengena dengan pembinaan Loji Langat 2 seperti yang digembar gemburkan oleh pemimpin-pemimpin Umno/BN.

--
"DEMI RAKYAT, KAMI BERJUANG"

Sekian,
SEKRETARIAT PENERANGAN PR SELANGOR.
#TeamAbbyAbadi

Tiada ulasan: