Sabtu, 5 Januari 2013

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Ulama Bangang Dan Ulama Cari Makan..

Posted: 04 Jan 2013 11:35 PM PST



Utusan Dakwa Justin Bieber Adalah Sebuah Negara

Posted: 04 Jan 2013 09:29 PM PST

KAHKAHKAH..


Ini laporan dari MSN News..



A tabloid pullout called Mega from the local Malay newspaper Utusan even quoted Justin Bieber as the ninth biggest country in the world.

Reader Firdaus Hassan captured a snapshot of a column that ran in a tabloid pullout named Mega from local Malay newspaper Utusan, which carried a short write-up entitled 'Interesting facts about Justin Bieber'.

The write-up was published today.

The snapshot went viral on Facebook today as the column showcased eight 'facts' about Bieber, as a country.

The first 'fact' read as Bieber was 'freed from the ruling of Communist Party of the Soviet Union on 16 December 1991', whilst the second 'fact' listed Bieber as 'the ninth biggest country in the world with a population of 16.6 million (as of the year 2011)'.

Another 'fact' read as there were 130 ethnic groups in Bieber country, including Kazakh, Russia, German and Ukraine.

Many users find the error as amusing, calling it an 'epic typo' and that the editor must have been a 'Belieber'.



Misteri Kemana Hilangnya RM207 Bilion Pampasan Buruh Paksa Jepun

Posted: 04 Jan 2013 08:55 PM PST

KUALA LUMPUR, 4 Jan — Kedutaan Jepun di Malaysia mengesahkan kerajaan negara itu sudah menyerahkan sejumlah wang pampasan kepada kerajaan Malaysia untuk diserahkan kepada buruh paksa pembinaan landasan keretapi Thailand Myanmar.

Setiausaha Kedua Kedutaan Jepun ke Malaysia, Takaharu Suegami, mengesahkan bahawa Tokyo sudah menyerahkan wang tersebut dari awal 1990an hingga tahun 2004.

"Berdasarkan maklumat yang dikaji, kami dapati wang tersebut diserahkan sekitar tahun 1990an.


"Kami akan merujuk kepada Tokyo selepas ini (untuk maklumat lanjut)," kata beliau, dilaporkan oleh Harakahdaily hari ini.

Menurut Suegami, pihaknya tidak mengetahui bagaimana kerajaan Malaysia mengagihkan wang pampasan itu.

Bagaimanapun, beliau berjanji akan merujuk balik dengan Tokyo berdasarkan dokumen yang diberikan hari ini.

Sekretariat Jejak, yang diketuai oleh Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin (gambar) mengunjungi Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur hari ini bagi mendapatkan maklumat lebih mendalam tentang pampasan itu.

Sekretariat itu ditubuhkan untuk mencari waris kepada mangsa yang dipaksa menjadi buruh dalam pembinaan laluan kereta api dari Siam ke Burma semasa Jepun menjajah Tanah Melayu ketika Perang Dunia Kedua.

Turut bersama dalam kunjungan itu, Naib Ketua Pemuda PAS Dr Raja Iskandar Al-Hiss, Ketua Operasi Jejak Safarizal Saleh, Penolong Pengerusi Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Binaan Landasan Kereta Api Siam Burma 1942-1946 dan beberapa orang lagi wakil dari Jejak.

Dalam kunjungan hari ini, Sekretariat Jejak juga meminta Tokyo memberi maklumat bila dan berapa jumlah pampasan kepada buruh binaan itu di hantar ke negara ini dan siapa yang mengesahkan penerimaan itu.

Dalam pertemuan sejam itu, Nizar turut meminta Tokyo menyerahkan senarai nama rakyat Malaysia yang menjadi buruh binaan landasan kereta api Siam-Burma 1942 hingga 1946 itu.

"Kita jumpa dengan pihak kedutaan Jepun petang ini, untuk mengesahkan maklumat yang kita perolehi itu benar atau sebaliknya.

"Sekiranya pihak Jepun masih menyimpan senarai buruh atau mangsa-mangsa dari Malaysia ini sila majukan kepada kami," katanya ketika ditemui.

Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang turut mendedahkan beberapa surat pengesahan dan dokumen rasmi kepada wakil Kedutaan Jepun berkenaan.

Dalam sidang Dewan Rakyat sebelum ini, Nizar mendakwa, Tokyo membayar RM207 bilion kepada kerajaan Malaysia sebagai pampasan kepada buruh paksa pembinaan keretapi itu.

Namun sehingga kini, tidak ada sebarang wang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada mangsa atau waris mereka.

Menurut Nizar, pihaknya sehingga kini tidak tahu di mana pampasan itu berada sama ada masih disimpan di dalam Perbendaharaan Negara atau Amanah Raya kerana tidak ada sebarang penjelasan dibuat kerajaan sehingga kini.

"Kita tidak tahu. Kalau wang itu masih ada dalam simpanan kerajaan kenapa tidak diberi balik kepada mangsa.

"Mangsa ada 30,000 yang boleh balik semula ke Malaysia walaupun ada yang meninggal dunia tetapi mereka masih ada waris melalui Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Kereta Api Siam Burma 1942-1946," katanya lagi.

Mengikut rekod persatuan bekas buruh paksa ini, jumlah 30,000 buruh ini melibatkan 60 peratus bangsa Melayu, 20 peratus India, 15 peratus Cina dan 5 peratus bangsa lain.


Krisis Air Selangor - MB Beri Kata Dua Kepada Syabas

Posted: 04 Jan 2013 03:56 PM PST

KUALA SELANGOR - Kerajaan Negeri bersedia mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) sekiranya syarikat konsesi air itu masih memberi alasan tiada wang dan keupayaan membaiki pam yang rosak.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri bersedia membaiki kerosakan pam yang didakwa menyebabkan krisis air melanda kawasan Gombak dan Kuala Lumpur sejak kebelakangan ini.

"Kita bersedia untuk membaikinya jika Syabas tiada wang dan keupayaan untuk menyelesaikan kerosakan itu dan Syabas tidak perlu melibatkan campur tangan Kerajaan Persekutuan dalam perkara ini.


"Meskipun saya difahamkan pam terbabit kini sudah dibaiki, namun masalah krisis air masih belum dapat diselesaikan kerana ia mengambil tempoh seminggu untuk memenuhi paras air sebelum dapat beroperasi seperti biasa.

"Mungkin Syabas takut Kerajaan Negeri mahu mengambil alih, jadi mereka cepat-cepat baikinya," katanya dengan nada seloroh ketika sidang media di Taman Pancaran, Bestari Jaya semalam.

Abdul Khalid yang juga Adun Ijok itu menjelaskan, sebelum ini Kerajaan Negeri sudah mewujudkan pasukan khas untuk memantau dan mengenal pasti punca krisis air yang berlaku di negeri ini sejak Jun tahun lalu.

"Pasukan khas itu ditubuhkan selepas berlakunya krisis air di beberapa kawasan sejak setahun lalu dan memaklumkan masalah terbabit kepada pihak Syabas.

"Seperti kes kerosakan pam Rumah Pam Wangsa Maju, Kerajaan Negeri sudah mengetahui masalah kerosakan itu dan pernah menegur Syabas untuk membaiki kerosakan dua pam rizab lebih awal, namun tindakan tidak dibuat.

"Kerajaan Negeri turut menyifatkan Syabas gagal melaksanakan penyelenggaraan ke atas aset dan fasiliti bekalan air di bawah pengendaliannya dan mengenal pasti kerosakan pam di rumah pam berkenaan.

"Syabas juga gagal menyelesaikan masalah kerosakan pam terbabit dan menggunakan isu ketidakcukupan air sekali gus menyalahkan Kerajaan Negeri kerana tidak meneruskan Projek Langat 2.

"Apabila Kerajaan Negeri membangkitkan perkara ini, Syabas masih memberi alasan tiada wang dan tiada keupayaan untuk membaiki kerosakan itu dan mahu menaikkan tarif air bagi tujuan itu.

"Kerajaan Negeri terpaksa membantah tindakan Syabas yang mahu menaikkan tarif air kerana tahu rakyat Selangor pastinya tidak bersetuju," katanya.


Pengguna Air Selangor & W. Persekutuan Disaran Saman SYABAS

Posted: 04 Jan 2013 04:42 AM PST

Pengguna air Selangor, Wilayah Persekutuan disaran fail tuntutan terhadap SYABAS ― Dr Xavier Jayakumar

4 JAN ― Kerajaan Negeri mengesa pengguna-pengguna di Kuala Lumpur, Gombak dan Ampang yang terlibat ekoran kerosakan pam air di Rumah Pam Wangsamaju dan Pudu Hulu Baru segera menfailkan tuntutan ekoran kepayahan rutin harian mereka disebabkan gangguan air beberapa hari yang lalu.

Diberitakan bahawa lebih 100,000 akaun pengguna berhadapan dengan gangguan bekalan air sejak 6 hari yang lalu yang dijangka berterusan seminggu lagi.

Ini berikut kegagalan dan kecuaian SYABAS menyelenggara 5 unit pam di rumah pam tersebut.


Rakyat harus diberikan penjelasan bahawa pembekalan dan agihan air adalah merupakan tanggungjawab SYABAS dan bukannya kerajaan Negeri seperti termaktub dalam perjanjian konsesi air.

Kerajaan Negeri bersedia menjadi saksi kepada Pengguna bagi menfailkan tuntutan terhadap SYABAS dengan membekalkan beberapa dokumen laporan siasatan terhadap kecuaian SYABAS menyelenggarakan unit pam pam serta peralatan berkaitan.

Semakan menunjukkan bahawa tidak berlaku sebarang situasi kekurangan air di kawasan yang terbabit kerana Rumah Pam Wangsa Maju menerima dan mengagih air terawat dari Loji Rawatan Air Wangsa Maju (kapasiti 41 Juta Liter Sehari (JLS), Loji SSP1 (950 JLD) dan Loji SSP3 (800 JLS). Jumlah keseluruhan ialah 1,791 Juta Liter Sehari pada hari-hari biasa adalah jauh lebih mencukupi untuk kegunaan kawasan terbabit.

Kerajaan Negeri berharap dengan menfailkan tuntutan tersebut, SYABAS akan sedar dan bertanggungjawab terhadap penjagaan peralatan di fasiliti-fasilitinya demi menjamin bekalan air yang sempurna dan berterusan kepada pengguna di masa-masa akan datang.
SYABAS tidak sepatutnya menjadikan rakyat sebagai "tebusan" dalam agenda "mereka cipta" krisis air di Selangor ekoran keengganan Kerajaan Negeri memberikan kelulusan projek pembinaan Loji Langat 2.

Kerajaan Negeri ingin tegaskan bahawa kegagalan pam beroperasi di rumah-rumah Pam dibawah kendalian seratus peratus SYABAS tidak ada kena mengena dengan pembinaan Loji Langat 2 seperti yang digembar gemburkan oleh pemimpin-pemimpin Umno/BN.


Tiga Diktator Dunia: Marcos, Mubarak, Mahathir

Posted: 04 Jan 2013 03:42 AM PST

Tiga Diktator Dunia:

- Marcos > Digulingkan dan mati semasa dalam buangan.
- Mubarak > Digulingkan dan hampir mampos..
- Mahathir > Terpaksa turun tahta dan bila nak mampos?


http://kerajaanrakyat.blogspot.com/2013/01/tiga-diktator-dunia-marcos-mubarak.html


Tiada ulasan: