Blog-list Malaysia |
- PANAS - Kerajaan Selangor Batal Projek Besar Kroni Umno
- Polis sah Bible B Inggeris tiada kalimah ALLAH
- Adakah Buka Kelab Malam Untuk Sembahyang? Tanya Awie
- PANAS - Simpanan Minyak Mentah Ditemui Diperut Bumi Kota Bharu
- PRU13 - Sokongan Terhadap BN Terus Merudum
- IC Palsu - Usaha Nak Pedajal Anwar Gagal..
- Ibrahim Ali Makin Melampau..
PANAS - Kerajaan Selangor Batal Projek Besar Kroni Umno Posted: 24 Jan 2013 01:31 AM PST KENYATAAN AKHBAR 24 JAN 2013 KERAJAAN SELANGOR BATAL PROJEK KONDOMINIUM DI BATU CAVES Jawankuasa Bebas bagi mengkaji dan menilai pembangunan di Batu Caves dan kawasan sekitarnya telah mengadakan mesyuarat yang pertama pada Selasa lalu. Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana kesediaan untuk membantu kerajaan negeri mencari jalan penyelesaian jangka panjang terhadap isu pembangunan di Batu Caves dan sekitarnya. Dalam mesyuarat itu, Jabatan Perancang Bandar dan Desa telah membentangkan secara terperinci status pembinaan struktur dan bangunan di Batu Caves serta tahap keselamatannya. Selepas mendengar penjelasan itu, saya membuat keputusan supaya Majlis Perbandaran Selayang (MPS) membatalkan kebenaran merancang yang telah diberikan kepada Dolomite Properties Sdn Bhd untuk pembinaan kondominium Dolomite Park Avenue setinggi 26 tingkat. Keputusan ini dibuat demi menjaga keselamatan orang ramai dan memelihara alam sekitar. Saya amat berharap keputusan ini diterima positif oleh semua pihak kerana ia melibatkan keselamatan orang ramai. Kerajaan Selangor tidak berkompromi dengan mana-mana projek pembangunan yang boleh mengancam keselamatan rakyat. Kerajaan Selangor menyokong sebarang projek pembangunan untuk kesejahteraan rakyat tetapi ia perlu dirancang dengan teliti, mengikut peraturan dan tidak membahayakan keselamatan rakyat. YAB TAN SRI DATO' SERI ABDUL KHALID IBRAHIM DATO' MENTERI BESAR SELANGOR |
Polis sah Bible B Inggeris tiada kalimah ALLAH Posted: 23 Jan 2013 10:20 PM PST GEORGETOWN - Polis mengesahkan semua Bible yang dirampas dicetak dalam Bahasa Inggeris dan tidak mengandungi kalimah ALLAH seperti yang didakwa. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, setakat ini, lima naskah Bible diserahkan kepada polis dan langsung tidak mengandungi kalimah ALLAH atau sebarang terjemahan Bahasa Melayu atau Jawi. Beliau berkata, tujuh laporan polis diterima dalam kes ini iaitu empat laporan daripada pelajar sekolah yang berusia lingkungan 16 hingga 19 tahun dan selebihnya daripada orang awam. "Sebanyak 17 rakaman percakapan dibuat bagi membantu siasatan. Siasatan awal mendapati, Bible itu ditulis dalam Bahasa Inggeris dan tiada kalimah ALLAH," katanya dalam kenyataan media semalam. Menurutnya, lima naskah Bible itu bersaiz poket, berwarna biru dan mengandungi 633 muka surat. "Di muka depan tertulis 'New Testament Psalms Proverb'. Kertas siasatan sudah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya. "Hari ini (semalam), beberapa arahan lanjut diterima untuk melengkapkan kertas siasatan," katanya. Abdul Rahim berkata, kes itu disiasat bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu perbuatan yang boleh menyebabkan perpecahan harmoni dan perpaduan, rasa tidak puas hati, prejudis berdasarkan agama. Dalam kejadian Jumaat lalu, seorang remaja terkejut apabila melihat dua lelaki berkelakuan mencurigakan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Jelutong sambil mengedarkan buku kecil kepada pelajar sekolah berkenaan. Sehubungan itu, remaja terbabit membuat laporan di Balai Polis Jelutong. Abdul Rahim berkata, berdasarkan maklumat daripada pengadu, kegiatan itu dilakukan tiga lelaki dan seorang wanita Cina. - SinarHarian |
Adakah Buka Kelab Malam Untuk Sembahyang? Tanya Awie Posted: 23 Jan 2013 08:25 PM PST Kuala Lumpur: "Jangan tanya soalan klise. Ini adalah perniagaan, bukan orang yang bercakap itu bagi rezeki kepada saya. 'Stop all this questions'," kata rocker terkenal Awie sewaktu diminta mengesahkan kebenaran dia menguruskan perniagaan kelab di Ipoh, Perak. Sekitar penghujung tahun lalu, heboh kononnya Awie atau nama sebenarnya, Azhar Othman, 45, memiliki sebuah kelab dikenali Malai Rock Station Bistro di Ipoh. Perkara itu tersebar selepas foto-foto majlis perasmian kelab itu yang dilakukan secara tertutup beredar di Internet. Lantas menimbulkan rasa kurang senang di kalangan segelintir masyarakat Islam memandang imej kelab sebagai pusat hiburan yang mendorong kepada perkara maksiat. Bagaimanapun, ia tidak pernah dibangkitkan sehinggalah pertemuan dengannya sesudah majlis prebiu filem arahan Mamat Khalid, Hantu Kak Limah 2 - Husin, Mon & Jin Pakai Toncit di GSC Midvalley, kelmarin. "Apa salahnya buka kelab? Kalau macam itu tanya Tan Sri Jojo kenapa dia buka Hard Rock? Adakah buka Hard Rock itu untuk sembahyang?" katanya. Biarpun apapun situasi temu bual ketika itu, Awie langsung tidak mengiyakan atau menafikan perkhabaran berkenaan. Awie Bakal Buka Tiga Lagi Kelab Malam Ketika tindakan penyanyi dan pelakon Awie membuka kelab malam di Ipoh, Perak dipertikaikan segelintir pihak, vokalis kumpulan Wings itu sebenarnya sudah merancang untuk memperluaskan lagi perniagaannya dengan membuka tiga lagi cawangan baharu. Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 45, berkata, dia tidak akan mengendahkan kritikan orang sebaliknya mahu mengembangkan kelab malam berkenaan yang dikenali sebagai Malai Rock Station Bistro masing-masing di Kuala Lumpur, Johor dan Kuantan, Pahang tidak lama lagi. "Jangan melihat perniagaan kelab itu daripada pandangan yang cetek. Ia adalah sebuah perniagaan dan saya telah melabur ratusan ribu untuknya. "Malah saya juga merancang untuk kembangkan lagi perniagaan itu pada tahun ini selepas mendapat respons baik daripada pengunjung di Ipoh," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Rabu. Awie menegaskan, masyarakat seharusnya berfikiran terbuka dan tidak mudah menjatuhkan hukum hanya kerana dia berstatus selebriti. "Saya bergiat dalam bidang hiburan dan tidak tahu cabang perniagaan lain melainkan cabang ini sahaja (membuka kelab malam). Takkan saya hendak jual nasi lemak yang saya tidak tahu caranya? "Jadi apa salahnya saya jalankan perniagaan berasaskan hiburan? Jangan persoalkan mengenai hukum hakam hanya kerana saya seorang artis?" jelasnya dalam nada kesal. "Teruk sangat ke buka kelab malam? Apabila saya yang buka, semua mempertikaikan saya? Sedangkan benda ini bukannya baharu. "Di luar sana, lebih ramai orang Melayu yang berniaga kelab, hotel dan pusat hiburan lain tetapi kenapa tidak dipertikaikan? "Saya hanya berniaga bagi meneruskan kelangsungan hidup dan mencari rezeki untuk diri dan keluarga, apakah itu salah?" soalnya yang berharap isu ini tidak diperbesarkan lagi.~ mStar |
PANAS - Simpanan Minyak Mentah Ditemui Diperut Bumi Kota Bharu Posted: 23 Jan 2013 05:21 AM PST Minyak Pula Tersimpan Di Bawah Pasar Siti Khadijah? Kebergantugan negeri Kelantan kepada royalti petroleum untuk pembangunan Kelantan mungkin tidak akan wujud lagi sekiranya Kelantan didapati mempunyai rezeb minyak di daratan seperti mana yang dijelaskan oleh Exco Kanan Kerajaan Kelantan, Husam Musa hari ini. Sudah parti nilai rezab di darat itu lebih senang untuk diuruskan daripada mengharap royaliti petroleum 5% yang terikat dengan perjanjian Petroleum 1975 yang sengaja telah disalah tafirkan oleh Petronas dan kerajaan Pusat bagi menafikan hak rakyat Kelantan. Sekiranya apa yang dinyatakan Husam hari ini satu kebenaran ia merupakan satu lagi anugerah Allah kepada Kelantan yang tidak ada nilainya. Apakah ini juga termasuk dalam 'maunah' dan 'keramah' Tokguruku Nik Aziz sebagai pemimpin utama kerajaan Kelantan kini? Sebelum ini Kelantan telah dianugerahkan Allah selain minyak, berbagai bahan mineral termasuk emas dan biji besi yang sedikit sebanyak kini menjana pendapatan kerajaan Kelantan. Kemungkinan ada tersimpan rezeb minyak di bawah Pasar Siti Khadijah ini ini sudah dimaklumkan kepada mesyuarat Exco hari ini serta cadangan untuk membawa pakar mengenali pasti bahan berkenaan. Adalah wajar untuk kerajaan Kelantan memastikan segera berhubung simpanan atau rezab minyak di daratan itu. Kerana sekiranya dalam kajian itu menunjukkan tanda-tanda kewujudan bahan itu, rakyat Kelantan tidak perlu bimbang dan cemas dengan peruntukan pembangunan ekonomi dan sosial di Kelantan untuk 20 atau 30 tahun akan datang. Sudah pasti rezab itu akan dijadikan cagaran besar oleh kerajaan Kelatan untuk pembangunan masa depan Kelantan. Sudah pasti selepas ini Kelantan akan menjadi destinasi para pelombong minyak dari seluruh dunia. Mungkin juga Kota Bharu akan dikenali seagai Bandaraya Petroleum terunggul di rantau ini. Seperti mana dijelaskan Husam kawasan yang dikatakan mempunyai simpanan atau rezab minyak itu di sekitar Pasar Siti Khadijah yang melibatkan keluasan 1km. Ini bermakna hampir 1/3 bandar Kota Bharu mempunyai rezab minyak. Hendaknya cadangan untuk membawa pakar cari gali Petroleum itu dipercepatkan. Dalam pada itu saya difahamkan sebuah syarkat cari gali minyak yang bergabung dengan Pertamina di Indoensia telah menyatakan persetujuan untuk membuat penyelidikan berhubung perkara itu. Katanya salah seorang jurutera syaikat berkenaan semasa lawatan tidak rasmi ke Kota Bharu pernah membayangkan dengan kata-kata negeri Kelantan adalah istimewaan kerana Allah membawa "emas hitam" (minyak) ke depan tanggan setiap orang dari penduduknya. Sehubungan pengumuman Husam hari ini baru tertangkap kepada minda saya kenapa Anwar Ibrahim dan Najib Razak ketika berkunjung ke Kelantan kelmarin ikut sama menjejak kaki ke pasar Siti Khadijah dan beramah mesra dengan peniaga. Apakah Najib telah menghidu simpanan minyak bawah tanah ini lebih awal. Tidak mustahil! [wm.kl.7"38 pm 23/01/13] MSO |
PRU13 - Sokongan Terhadap BN Terus Merudum Posted: 23 Jan 2013 04:10 AM PST KUALA LUMPUR 23 Jan: Kajian yang dibuat oleh Universiti Malaya (UM) menunjukkan sokongan kepada Pakatan Rakyat terus meningkat dari masa ke semasa dan kini hampir dengan Barisan Nasional. Ini menghasilkan, persaingan antara Pakatan Rakyat dengan BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kali ini dijangka paling sengit dalam sejarah politik negara. Hasil kajian yang dibuat Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) hari ini menunjukkan hanya perbezaan kecil antara sokongan terhadap kedua-dua kumpulan politik yang bertanding itu. Dalam hasil kajian yang didedahkan hari ini, daripada 1409 responden, 42 peratus menjangkakan BN akan menang, 37 peratus pula yakin kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat manakala 21 peratus tidak pasti. Dalam kajian sebelum ini, sokongan untuk Pakatan hanya bermula dengan Pakatan 18%, BN 43% (Disember 2011), Pakatan 21%, BN 49% (April 2012) dan Pakatan 30%, BN 44% (September 2012). Keputusan kajian yang dibuat oleh UMCEDEL Yang terbaru, sokongan kepada Pakatan sudah 37% dan BN turun kepada 42% manakala 21% lagi masih atas pagar. Pengarah UMCEDEL, Prof Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, hasil itu menunjukkan pertarungan antara kedua-dua kelompok parti bertanding pada waktu ini adalah bersifat terbuka. "Kita boleh kata penentu kemenangan bagi kedua-dua parti yang bertanding adalah golongan 21% ini," katanya ketika membentangkan hasil kajian itu di Pejabat UMCEDEL, di UM hari ini. Memperincikan golongan 21 peratus ini beliau berkata, jika mengikut pecahan bangsa, paling tinggi adalah golongan Tionghua iaitu 53 peratus. Dari segi pendidikan pula, paling tinggi adalah gologan lepasan ijazah iaitu 49 peratus. Peringkat umur pula, peratusan paling tinggi adalah yang berumur antara 21 hingga 30 tahun. "Jika dalam kategori status mengundi, peratusan paling tinggi adalah golongan yang kali pertama mengundi iaitu sebanyak 48%," katanya. Menurut beliau lagi, parti yang mampu menguasai golongan 21 peratus ini mempunyai peluang untuk menang pada pilihan raya umum nanti. Hasil kajian ini dibuat UMCEDEL bermula 26 Disember lalu hingga 11 Januari tahun ini. – Harakah Daily |
IC Palsu - Usaha Nak Pedajal Anwar Gagal.. Posted: 23 Jan 2013 02:40 AM PST Proiek IC kepada pendatang Sabah oleh Mahathir tanpa pengetahuan Kabinet - DSAI KUALA LUMPUR 23 Jan: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia beri keterangan di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pemberian kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah jika dipanggil. Anwar menegaskan, sepanjang menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau tidak pernah terlibat secara langsung dalam projek tersebut. Menurut beliau, bekas Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu adalah peneraju utama projek tersebut. "Ia (kewarganegaraan untuk warga asing) disebabkan penglibatan Abdul Aziz Shamsuddin dan Megat Junid Megat Ayub, dengan sokongan Perdana Menteri pada masa itu (Mahathir)," katanya pada sidang media di Ibu pejabat KEADILAN di sini hari ini. "Saya sedia beri keterangan jika dipanggil. Saya yakin saya tidak terlibat dalam apa-apa perkara dan tidak mempunyai kaitan langsung," katanya. Menurut Anwar, projek IC tersebut tidak melalui Kabinet kerana ia adalah satu 'task force' di bawah Mahathir selaku Perdana Menteri pada ketika itu. "Bahkan semasa saya memangku jawatan Perdana Menteri selama dua bulan itu, saya tidak menerima sebarang laporan apa-apa mengenai projek IC ini," kata Anwar. Beliau turut menegur Datuk Seri Najib Razak kerana membiarkan proses pemberian kewarganegaraan diteruskan semasa pentadbiran Perdana Menteri itu. |
Posted: 23 Jan 2013 02:00 AM PST Gerakan: Ibrahim 'anarkis' kerana seru bakar Injil BM Timbalan presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn menuntut polis mengambil tindakan ke atas presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali yang digelarnya sebagai seorang "anarkis" kerana menyeru supaya membakar kitab Injil menggunakan kalimah Allah dalam bahasa Melayu. Katanya, seruan MP Pasir Mas itu akan menyebabkan "ketegangan" akan berlanjutan kepada "huru-hara di jalanan". gerakan agm 151011 chang ko youn"Cadangan ekstrem ini pasti akan memprovokasi kemarahan masyarakat Kristian kerana mereka melihat ia sebagai penghinaan besar kepada agama mereka. "Saya percaya tiada agama di dunia yang menggalakkan pengkhutbah mereka untuk menghina agama lain," kata Chang dalam satu kenyataan hari ini. Selain itu, beliau juga mahu polis bertindak ke atas kumpulan yang didakwa menyebarkan risalah bagi mempromosi satu acara mambakar Injil pada 27 Januari di Pulau Pinang. "Kami masih tidak pasti mengenai ketulenan rancangan tersebut sama ada benar atau hanya rekaan. Walau apapun, kami menggesa polis mengambil langkah sewajarnya untuk menghalang tindakan berkenaan sekiranya benar (acara itu diadakan)," katanya. Buat masa ini masih belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab mengedarkan risalah berkenaan. PERKASA Pulau Pinang turut menafikan akan menganjurkan acara membakar kitab Injil tersebut. Laporan Utusan Malaysia hari ini memetik kenyataan yang dipertua PERKASA negeri, Yusof Suhaimi Mohd Yatim yang berkata pertubuhan itu menghormati undang-undang dan memperjuangkan keamanan negara. Yusof mendakwa penyebaran risalah untuk acara tersebut dilakukan pihak tertentu untuk "menangguk di air keruh". Beliau turut mempertahankan kenyataan presidennya, Datuk Ibrahim Ali yang menyeru supaya Injil berbahasa Melayu dengan kalimah Allah dibakar. "Saya juga faham niat beliau adalah untuk mencegah umat Islam yang marah daripada mencederakan pihak mengedarkan Bible berbahasa Melayu," katanya. |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan