Kelab Greenboc |
- Rakyat Selangor Diseru Hadir Himpunan Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat
- [GAMBAR BERBICARA] 100K Sambut Muhyiddin Di Melaka Malam Tadi?
- [VIDEO] Masalah Air Di Pahang Tapi Najib Sibuk Kelantan
- [VIDEO] Rakaman Samseng UMNO BN Halang Ceramah PKR
- [Dosa Di Atas Dosa] Gadis 24 Tahun Bungkus & Campak Bayi Luar Nikah
- TGNA Bidas Najib: Nyawa Di Kerongkong Baru Nak Buat Janji
- Jika SPR Masih Degil, BERSIH Mungkin Akan Adakan Himpunan Sekali Lagi
- Projek IC Khianati Rakyat & Negara, UMNO-BN Wajar Dihukum
Rakyat Selangor Diseru Hadir Himpunan Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat Posted: 23 Jan 2013 01:42 AM PST Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Selangor hari ini menggesa seluruh rakyat Selangor hadir ke perhimpunan menolak Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) sebagai syarikat mengurus air di negeri ini. Perhimpunan yang diadakan di perkarangan Masjid Sultan Sulaiman, Klang itu akan diadakan selepas solat Jumaat pada 25 Januari ini. Menurut satu kenyataan Penyelaras SAMM Selangor Azhar Achil, perhimpunan yang dianjurkan bersama dengan AMK Selangor itu turut mendapat kerjasama dari Pakatan Rakyat Selangor. "Rakyat Selangor terpaksa melanggan perkhidmatan Syabas yang tidak mempunyai kepakaran dalam pengurusan bekalan air hingga menyebabkan rakyat mendapat perkhidmatan yang tidak memuaskan. "(Dan) kini mengalami gangguan bekalan air ditambah dengan kadar tarif yang tidak munasabah dan amat membebankan," menurut Azhar dalam satu kenyataan. Sebelum ini Kerajaan Negeri menjalankan usaha untuk mengambilalih Syabas apabila syarikat konsesi itu gagal memberikan perkhidmatan yang memuaskan kepada pengguna di Selangor. Bagaimanapun usaha itu menemui jalan buntu apabila Kerajaan Persekutuan enggan memberi kerjasama kepada usaha Kerajaan Negeri. |
[GAMBAR BERBICARA] 100K Sambut Muhyiddin Di Melaka Malam Tadi? Posted: 23 Jan 2013 12:48 AM PST Beginilah suasana sambutan yang diberikan oleh rakyat Melaka kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, TPM dalam satu majlis anjuran UMNO/BN dinamakan MAJLIS PERHIMPUNAN RAKYAT 1MALAYSIA GELOMBANG BIRU NEGERI MELAKA..walaupun diadakan cabutan bertuah. LOKASI: KAWASAN PARKIR KOMPLEKS PKNM, AYER KEROH, MELAKA. PAKAIAN: KORPORAT BN Dengan hampir semua guru dipaksa hadir termasuk kakitangan kerajaan, serta disediakan pengangkutan percuma, makan minum disediakan tetapi begini juga sambutan yang diberikan. MAKNANYA...TSUNAMI PERUBAHAN SUDAH TIDAK MAMPU UMNO TAHAN DENGAN PROGRAM GELOMBANG BIRU. -ommakkau
|
[VIDEO] Masalah Air Di Pahang Tapi Najib Sibuk Kelantan Posted: 22 Jan 2013 10:03 PM PST Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan Barisan Nasional (BN) akan menyelesaikan masalah air yang kritikal di Kelantan jika ia menawan kembali negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Beliau berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku di Kelantan hingga membebankan rakyat yang selama ini memberi mandat kepada Pas untuk memerintah sejak 1990. "Tidak usah bercakap soal lain, kalau masalah air pun tidak boleh diselesaikan. Saya beri jaminan dalam tempoh terdekat ini boleh diselesaikan oleh kerajaan BN. -petikan BERNAMA Ulasan GB Demikian temberangnya Najib konon nak selesaikan masalah air di Kelantan. Sedangkan masalah air di negerinya sendiri, Pahang, tak selesai pun. Jom tonton: |
[VIDEO] Rakaman Samseng UMNO BN Halang Ceramah PKR Posted: 22 Jan 2013 06:30 PM PST Sebagaimana ramai maklum, pada 15 Januari yang lalu, saya bersama Tan Poh Lai, Ketua Cabang KEADILAN Johor Bahru dan rombongan yang lain telah berhadapan keganasan UMNO ketika cuba mengadakan ceramah di Flat Sri Stulang, Johor Bahru. Hari ini kami tampil dengan tiga rakaman video insiden tersebut. Kami pada mulanya tiba sekitar jam 8.30 malam dan berjalan ke flat apabila dihalang kumpulan berpakaian baju Umno BN. Mereka enggan membenarkan kami masuk ke dalam sekalipun kami sudah bersiap-siap untuk program kami terlebih dahulu. Mereka turut mengeluarkan makian dan kata-kata kesat terhadap kami. Selepas berbincang dengan pihak polis, maka kami berundur sementara untuk menyejukkan keadaan. Kemudian kami cuba masuk dengan kenderaan kami ke perkarangan flat menerusi pintu satu lagi. Kini kami dihalang anak-anak muda berbaju Umno yang kemudian memanggil kumpulan pertama. Kami cuba masuk dengan berjalan kaki tetapi terus dihalang dan saya turut ditendang (rujuk video a). Kami kemudian keluar daripada tempat kejadian, sekalipun cuba dihalang beberapa orang Umno-BN (rujuk video b) dan terus membuat laporan polis di Balai Polis Majidee Johor Bahru. Kemudian dengan ditemani teman-teman daripada KEADILAN Pasir Gudang dan Gelang Patah serta PAS bersama-sama pihak polis masuk semula ke tapak ceramah untuk mengambil peralatan ceramah. Saya telahpun dihubungi pegawai penyiasat kes ini. Saya berharap pimpinan tertinggi Umno, Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak , Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad dapat menyatakan dengan jelas pendirian mereka menolak keganasan politik. Video a (Di pintu masuk kedua Flat Sri Stulang di mana kenderaan kami dihalang dan ditendang, dan kemudian rombongan kami dihalang dan saya ditendang lelaki di dalam baju BN berwarna biru) Video b (Kami terus dihalang beberapa individu ketika kami cuba meninggalkan kawasan tersebut) Video c (Kami mengambil peralatan ceramah dengan diiringi pihak polis selepas membuat laporan polis) PENGARAH KOMUNIKASI & ADUN SERI SETIA -KD
|
[Dosa Di Atas Dosa] Gadis 24 Tahun Bungkus & Campak Bayi Luar Nikah Posted: 22 Jan 2013 03:33 PM PST Kuantan – Seorang gadis bertindak kejam apabila nekad membungkus dan mencampakkan bayi luar nikah yang dilahirkannya ke tong sampah, di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAH), kira-kira jam 12.30 tengah malam, Sabtu lepas. Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Aziz Salleh berkata, gadis berusia 24 tahun itu berasal dari Pasir Puteh, Kelantan dan dipercayai bekerja di sebuah pasar raya di Temerloh. "Dia dibawa ke HOSHAS oleh rakannya selepas mengadu sakit perut. "Ketika sedang mendapatkan rawatan gadis itu bergegas ke tandas berhampiran dan terkejut ketika sedang membuang air besar melihat bayi perempuan yang dikatakan cukup sifat terjatuh dalam mangkuk tandas," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Aziz berkata, dipercayai selepas melihat keadaan bayi perempuan itu sudah tidak bernyawa, gadis terbabit mengambil plastik dalam tong sampah sebelum membungkus mayat bayinya dan membuang dalam tong sampah. Katanya, gadis terbabit kemudian berlagak selamba ketika berjalan keluar dari tandas berkenaan sebelum dipanggil oleh doktor yang bertugas untuk menjalani pemeriksaan. "Doktor terbabit terkejut selepas mendapati perut gadis berkenaan kempis sebelum memanggil seorang jururawat dan meminta menjalankan pemeriksaan di dalam tandas yang dikunjungi gadis itu. "Hasil pemeriksaan, jururawat terbabit menemui beberapa titik darah berhampiran tong sampah sebelum membuka tong itu lalu melihat plastik dipenuhi darah bersama mayat bayi berkenaan," katanya. Katanya, selepas dimaklumkan penemuan mayat bayi perempuan itu, doktor terbabit menghubungi Balai Polis Temerloh dan polis menahan gadis berkenaan. Siasatan awal mendapati, bayi perempuan itu berusia enam bulan dan disahkan meninggal dunia ketika dalam kandungan namun punca kematian masih dalam siasatan. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.– Bernama |
TGNA Bidas Najib: Nyawa Di Kerongkong Baru Nak Buat Janji Posted: 22 Jan 2013 07:36 AM PST Kota Bharu: Setelah nyawa berada dikeronkong, Umno Kelantan menawarkan pelbagai projek di negeri ini bagi menghadapi Pilihan Raya Umum 13 (PRU13). Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata demikian di pejabatnya tengah hari tadi, ketika diminta mengulas janji Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika melawat negeri ini semalam. "Kenapa baru sekarang setelah nyawa BN berada di keronkong, baru nak tunjuk duit ada. "Orang Kelantan dah faham. Jambatan Sultan Yahya ke dua pun sudah berapa lama tak siap. "Tiada kerajaan di dunia ini yang tidak membuat projek. Komunis ada projeknya, kapitalis ada projek cara dia. "Dalam PRU 12, Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat (PR) dari Barisan Nasional (BN). Selangor bermacam-macam projek ada, bermacam-macam universiti ada, bermacam-macam orang kaya ada, tetapi BN tetap kalah di situ," ujarnya lagi. Tuan Guru menambah, rakyat kini cerdik untuk menilai semua janji yang dibuat oleh Umno dan tidak akan termakan dengan umpan yang ditaburkan lebih-lebih ketika menghampiri PRU 13 yang akan menjelma tidak berapa lama lagi. Utusan gelapkan berita Sementara itu, ketika diminta mengulas kejayaan saman oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas akhbar Utusan Melaysia, Tuan Guru menyatakan rasa seronoknya dengan kejayaan berkenaan. "Saya yang dengar lebih seronok dari dia yang menyaman Utusan Malaysia. Bukan masalah Anwar, tetapi saya benci kepada pengelapan berita. "Tiada hak manusia untuk menyekat maklumat yang sebenarnya. Apabila digelapkan berita manusia tidak akan berkembang," tegasnya Ujarnya lagi, setiap manusia perlu didedah pelbagai maklumat khususnya pelajar university bagi menghadapi persaingan. "Islam tidak pernah sekat maklumat. Orang yang tidak mahu mendedahkan maklumat mereka ingin menjadi tuhan dengan mengambil alih kerja tuhan, ini celaka besar. Kerana itulah timbul fahaman komunis dan kapitalis," ujarnya lagi. -HD
|
Jika SPR Masih Degil, BERSIH Mungkin Akan Adakan Himpunan Sekali Lagi Posted: 22 Jan 2013 05:47 AM PST Bersih fokus pantau pilihan raya, tidak menolak anjurkan satu lagi perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) tidak menolak menganjurkan satu lagi perhimpunan menuntut pilihan raya adil, akan tetapi buat masa ini fokus mereka adalah mobilisasi rakyat untuk memantau pilihan raya. Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan ditanya hari ini mengenai kemungkinan pergerakkan tersebut menganjurkan satu lagi perhimpunan untuk memastikan mesej mereka didengari. "Berapa banyak perhimpunan anda anjurkan sebelum mereka menerima mesej? Tetapi saya tidak menolak kemungkinan, tolong jangan silap faham. "Ia benar-benar bergantung kepada respon yang kami terima akan tetapi buat masa ini masih belum ada rancangan untuk menganjurkan perhimpunan," katanya kepada pemberita disini. Beliau menambah, buat masa ini Bersih 2.0 hanya fokus kepada mobilisasi rakyat untuk memantau pilihan raya dan menggalakkan jumlah keluar mengundi tinggi bagi mengelakkan penipuan pilihan raya. "Rancangan kami adalah untuk turun kebawah, sampaikan mesej tentang pentingnya turun mengundi dan memastikan pemantau kami bersedia," kata Ambiga merujuk kepada PEMANTAU Bersih 2.0. Bersih telah menganjurkan tiga perhimpunan beberapa tahun kebelakangan ini bagi mendesak reformasi pilihan raya. -TMI |
Projek IC Khianati Rakyat & Negara, UMNO-BN Wajar Dihukum Posted: 22 Jan 2013 03:28 AM PST Tidak ada perkataan yang selayaknya diberi selain "pengkhianat negara" untuk mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad kerana memberi taraf kewarganegaraan kepada ratusan ribu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Sabah semata-mata untuk mempertahankan survival Barisan Nasional (BN) di negeri itu. Ia dibuktikan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap projek "IC Mahathir" yang didedahkan baru-baru ini. Akibat tindakan itu, Sabah kini melalui beberapa fasa getir membabitkan pertembungan sosio ekonomi dan politik rakyat tempatan dan pendatang yang diberi kerakyatan secara mudah. Sambil menyatakan rasa kesal dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan UMNO-BN itu, Pengerusi DAP Sabah, Jimmy Wong Sze Phin berkata, parti pemerintah itu harus bertanggungjawab terhadap 'dosa' silam mereka ke atas rakyat Sabah. "Saya boleh katakan bahawa ini merupakan pengkhianatan tertinggi buat Malaysia khasnya rakyat Sabah. "Bayangkan selama ini yang menentukan hala tuju, pentadbiran negeri Sabah ditentukan oleh 'pengundi hantu' yang dihalalkan. BN benar-benar kotor!" tegas beliau ketika ditemui semalam. Tambahnya, akibat daripada "Projek IC Mahathir", rakyat Sabah terutamanya di kalangan Bumiputera negeri itu ketinggalan disebabkan saingan tidak sihat yang berlaku. "Mereka tertindas akibat ketamakan kuasa BN," katanya yang juga ADUN Sri Tanjung. Menurut Setiausaha DAP Sabah, Dr Edwin Bosi pula, isu "Projek IC" ini telah lama terbongkar sejak 1970-an di mana Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang ketika itu pernah memberi amaran kepada rakyat Sabah mengenai isu yang kini heboh diperkatakan. "Kini kita dilaporkan dengan sejumlah 1.8 juta PATI yang mendapat kerakyatan mudah. Semua ini terbukti dengan RCI, kita boleh lihat ramai di kalangan warganegara Filipina, Indonesia, Pakistan dan India mendapat kerakyatan," ujar beliau. Dalam kenyataan yang berbeza, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata, pendedahan yang dibuat RCI baru-baru ini memang mengejutkan. "Tetapi isunya kini bukan saja di Sabah. Sejak Pilihan Raya Umum 2008, peningkatan daftar pengundi di Selangor secara mendadak sebanyak 22 peratus berbanding purata 16.3 peratus di seluruh negara. "Sebanyak 31,294 pengundi dilaporkan telah dipindahkan dari kawasan Parlimen dan DUN asal mereka tanpa mereka sedari," Tambah Santiago, terdapat 2,000 nama di Parlimen Klang saja telah berpindah kawasan manakala 3,000 lagi nama pengundi hilang dalam daftar pemilih. – Roketkini |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan