MiLo SuaM |
Isu Kalimah Allah, Nazri Aziz benarkan bukan Islam guna di Pulau Pinang Posted: 22 Jan 2013 04:48 AM PST MENJELANG pilihanraya umum ke 13 yang semakin hampir, maka isu kalimah Allah perlu dimainkan semula oleh Umno bagi meraih sokongan orang Melayu untuk mengundi parti itu. Ingat! Propaganda Umno meraih sokongan menggunakan elemen 3R (Race, Religion, and Royal). Namun ramai yang terlepas pandang bahawa pada tahun 2010, Umno sendiri melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz telah mengumumkan bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh orang bukan Islam di negeri-negeri yang tiada sultan seperti Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang. Sila rujuk laporan akhbar The Star di bawah ini. Para pembaca yang budiman, lihat bagaimana rakyat Malaysia terperangkap dengan isu agama (kalimah Allah) dimainkan oleh Umno untuk terus berkuasa. Cuba lihat di dunia dan seluruh dunia Islam tiada satu pun negara lain yang kecoh dengan isu kalimah Allah. Malaysia satu-satunya negara yang kecoh dengan isu kalimah Allah di dunia ini kerana apa? Kerana hanya di Malaysia ada United Malays National Organization, Umno. Isu kalimah Allah adalah isu Umno untuk menang pilihanraya, dengan tersebarnya isu ini maka rakyat akan sibuk mengamuk tak tentu pasal dan tidak sedar bahawa mereka dipermainkan oleh Umno dan Barisan Nasional. Kerana itu pada waktu ini media-media kongkongan Umno sedang sibuk menjaja isu ini. ReJaM© "Israel pun akan kecoh isu kalimah Allah jika Umno ada di sana... " |
Buku Anwar Zionist disebarkan di Taman Sri Andalas Klang Posted: 22 Jan 2013 02:44 AM PST SEBUAH buku yang cuba mengaitkan Anwar Ibrahim dengan Zionist disebarkan kelmarin di Taman Sri Andalas, Klang Selangor. Buku ini tiada nama penerbit, penulis, pencetak dan lain-lain yang membolehkan pembaca mengesan identiti individu-individu yang terlibat dalam penerbitannya. Ini namanya lempar batu sembunyi tangan, atau lebih tepat sudah berak sembunyi punggung. Kalau dakwaan di dalam buku ini adalah fakta yang benar, individu yang terlibat di dalam penerbitannya harus meletakkan identiti mereka. Mereka tahu semua yang tertulis di dalam buku ini hanyalah rekaan untuk memburukkan Anwar Ibrahim maka mereka bersembunyi disebalik fitnah. Gua cabar individu-individu yang menyebarkan buku ini sila tampilkan diri supaya senang tindakan undang-undang boleh diambil. ReJaM© "Ibarat menyorok dalam longgokan tahi sendiri... " |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan