labun KulupSakah... |
Posted: 22 Jan 2013 11:37 PM PST 1991 aku pernah jadi buruh. Selepas berhenti jadi mekanik aku bekerja di sebuah kilang haram di Cheras. Kilang membuat dan membekal alat saluran pendingin hawa dan laluan udara pada bangunan-bangunan yang sedang di bina. Aku memotong besi, mengerat dawai, menggerudi, mengikir keluli, zink dan macam-macam. Sesekali aku menjadi kelindan lori menghantar barang-barang ini di tapak pembinaan. Hari-hari aku pulang dengan calar-balar baru di tangan. Selain Melayu, cina dan india teman-teman sekerja di kilang haram ini terdiri daripada pendatang Indonesia dan Myanmar. "kau tak sesuai buat kerja ini dik." kata buruh Indonesia wanita yang menjadi ketua kepada kumpulan wanita Indonesia yang lain di bahagian mengecat keluli serta membungkus. Aku tak tahu nama-nama mereka dan dia aku panggil kakak. Ke semuanya lebih tua daripada aku. Ada seorang daripadanya yang kelihatan muda selalu memandang aku dengan mata sayu. Tak pernah bercakap hanya tersenyum. "Muka kau lembut dan kulit kau halus macam perempuan" kata kakak itu. Cis! Patutlah aku selalu diburu Mokhtar, gay Wangsa Maju. Sejak itu aku berazam menyimpan misai dan janggut. Sikit pun jadilah.... Tapi hari ni ia lebat tak terkawal (entry takde makna cuma aku tau korang rindu entry aku) |
You are subscribed to email updates from ronasina To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan