Isnin, 21 Januari 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


BERNAMA Terus Perbodohkan Rakyat, 50K Sambut Najib! Kahkahkah!

Posted: 21 Jan 2013 12:34 AM PST


Hikayat membodohkan rakyat terungkap apabila kiraan kehadiran Najib oleh Bernama sekitar 50,000 orang, bandingkan bagaimana mereka berikan angka kehadairan Himpunan Kebangkitan Rakyat, 45,000 orang???

Nak suruh rakyat ikut jadi bodoh macam korang agak-agaklah weiii.... - Apek / fb


Ulasan GB

Tak sudah-sudah BERNAMA nak memperbodohkan rakyat sekalipun telah banyak kali "tembelang" penipuannya didedahkan.

Sama saja tarafnya dengan Utuseks.

BERNAMA - Agensi Berita Najib Rosmah

Haramjadah Timpa Utusan Lagi: Anwar Menang Saman RM50 juta Ke Atas Utusan

Posted: 20 Jan 2013 10:50 PM PST


Anwar menang saman terhadap Utusan

KUALA LUMPUR 21 Jan: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menang kes saman fitnah terhadap Utusan Malaysia.

Keputusan penghakiman itu diumumkan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk VT Singham di sini pagi ini.

Utusan didapati bersalah memfitnah Anwar kerana menuduh beliau menyokong pergerakan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).

Hakim Singham juga berkata, ia tidak mengamalkan kewartawanan yang bertanggungjawab, dan mengatakan defendan mempunyai peluang untuk membetulkan fakta selepas Anwar menghantar notis peguam untuk keterangan.

"Artikel tersebut adalah terpesong, tidak tepat dan di luar maksud yang diperkatakan," katanya.

"Mahkamah berpuas hati (dalam artikel tersebut) bahawa ini adalah fitnah kepada plaintif," kata Hakim Singham. -KD

Anwar menang kes saman fitnah Utusan

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membuat keputusan memihak kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes saman fitnah RM50 juta ke atas Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan ketua pengarangnya berhubung artikel berkaitan temu bualnya yang disiarkan oleh BBC tahun lalu.

Hakim Datuk V T Singham mengarahkan kos sebanyak RM45,000 dibayar kepada Ketua Umum Pakatan Rakyat itu.

Mahkamah juga menetapkan 15 Februari ini untuk menentukan ganti rugi kepada Anwar.

Anwar dalam Twitternya berkata, "alhamdulillah: Hakim VT Singam pertahankan kebebasan badan kehakiman dan media.

Tegas menolak fitnah Utusan milik Umno kerana tuduhan palsu saya menyokong homoseksualiti.

" Pada 20 Januari lalu, Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Utusan Melayu dan Ketua Pengarangnya, Datuk Abdul Aziz Ishak yang didakwanya telah mencetak dan menerbitkan berita berhubung komen beliau bersama BBC mengenai undang-undang berkaitan dengan homoseksual.

Anwar menuntut ganti rugi RM50 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan serta relif-relif lain yang disifatkan sesuai dan patut diberikan oleh mahkamah.

Beliau juga memohon satu injunksi untuk menghalang defendan-defendan daripada terus menyatakan ataupun menerbitkan mana-mana perkataan yang memfitnah plaintif.

Dalam penyataan tuntutannya, Anwar mendakwa suratkhabar terbitan Utusan Melayu telah menerbitkan dua artikel di muka hadapan dan mukasurat 10 akhbar berkenaan bertarikh 17 Januari 2012 yang seolah-olah telah memberikan gambaran bahawa beliau adalah seorang pemimpin muslim yang mempunyai pandangan yang tidak selari dengan ajaran Islam.

Anwar menjelaskan perkataan-perkataan yang diterbitkan tersebut yang berasaskan temuramah bersama BBC itu adalah palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat. -SH



Ulasan GB

Dah berulang kali GB tulis: kebenaran akan tetap menang akhirnya dan akhbar poemfitnah akan tetap hancur binasa.

Terlalu bangang orang yang hendak menipu dan memfitnah... kerana kebenaran itu akan tetap zahir jua akhirnya.

Utusan ingat Allah bodoh seperti dia.

Apa "Merit" Yang Muhyiddin Ada Dianugerahkan "Doktor Kehormat"?

Posted: 20 Jan 2013 08:13 PM PST

MMuhyidin dapat 'doktor', USSA dapat projek

KUALA LUMPUR: Trend untuk menerima anugerah doktor kehormat nampaknya menjadi satu amalan menjelang pilihan raya kali ini.

Selepas Perdana Menteri menerimanya, timbalan beliau, Tan Sri Muhyidin Yassin pula menerimanya.

Namun, ijazah kehormat yang diterima Muhyidin menjadi isu sekarang apabila pihak yang menerimanya mendapat kontrak besar dari penerima ijazah ini.

Ekoran itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diminta menjelaskan kenapa kontrak yang diberikan kepada The United States Sports Academy (USSA) tidak melalui tender terbuka.

Beliau perlu menjelaskan perkara ini selepas timbalannya, Tan Sri Muhyidin Yassin menerima ijazah doktor kehormat dari kolej itu selepas menerima kontrak bernilai RM22.9 juta.

Penganugerahan doktor falsafah kohormat (PhD) kepada Menteri Pelajaran kini menjadi bualan ramai.

Ini kerana, sebelum ini kolej yang tidak ternama dan hanya mempunyai 600 pelajar luar (distance -learning) itu baru saja mendapat kontrak untuk melatih 1,000 pelajar dari Malaysia.

Pembelaan cepat yang dibuat oleh Presiden Akademiknya, Dr Thomas P Rosandich bahawa ia dibuat kerana "pencapaian seumur hidup Muhyidin kepada sukan dan layak untuk menerimanya" juga dipertikaikan.

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua (gambar) dalam kenyataannya berkata, Muhyidin menerima doktor kehormat itu ketika negara jatuh teruk dalam Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) 2011.

Malaysia telah jatuh teruk dalam pencapaian metematik dan sains antara tahun 1999 dan 2011.

Isu yang lebih besar adalah kenapa Muhyidin telah diberikan ijazah itu ketika satu kontrak besar diberikan kepada kolej tidak ternama yang terletak di Daphne Alabama itu.

Muhyidin telah menganugerahkan kontrak untuk melatih semula 1,000 guru-guru sukan di USSA melalui "International Diploma in Physical Education and Scholastic Sports (IDPESS)" dengan nilai RM22.9 juta.

Menurut Tony, USSA mengaku, IDPESS adalah satu promram baru yang direkabentuk khas atas permintaan Muhyidin.

Tony meminta Muhyidin menjelaskan kenapa kos melatih guru sukan di USSA itu empat kali ganda berbanding Diploma in Pengajian Sukan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Kos kontrak yang dianugerahkan kepada Syarikat KH Sport Sdn Bhd ini adalah RM22.9 juta.

Sedangkan kos untuk melatih guru sukan di UITM hanya RM5,709 seorang untuk enam semester. -HD


USSA: Ijazah kedoktoran untuk TPM berasaskan merit


Akademi Sukan Amerika Syarikat (USSA) menjelaskan bahawa ijazah kedoktoran yang dianugerahkan kepada Menteri Pelajara Tan Sri Muhyiddin Yassin diberikan berasaskan merit dan tiada kena mengena dengan projek daripada kementerian pelajaran.

Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri menerima ijazah kehormat itu pada 17 Januari lalu kerana memajukan sukan melalui program "satu murid, satu sukan".

"Anugerah itu amat wajar dan patut diperolehinya," kata presiden dan CEO USSA Dr Thomas P Rosandich seperti dilaporkan The Star hari ini.

Katanya, akademi itu sudah lama ingin memberi anugerah berkenaan kepada Muhyiddin tetapi tidak dapat berbuat demikian disebabkan kesibukan timbalan perdana menteri.

DAP sebelum ini mempersoalkan sama ada anugerah kehormat itu merupakan sogokan kerana dakwaan menghanugerahkan kontrak bernilai RM22.9 juta melalui pihak ketiga.

Ia mendakwa, pihak ketiga itu merupakan satu syarikat yang dipengerusikan seorang pemimpin Umno.

- mk



Ulasan GB

Selepas Rosmah, Najib dan kini Muhyiddin... menerima Doktor Kehormat, sehingga selepas ini, penganugerahan ijazah kehormat menjadi begitu hyina dan meloyakan.

Apa "merit" yang Muhyiddin ada di bidang kesukanan sehingga pihak USSA menganugerahkan Doktor Kehormat kepadanya kalau bukan kerana telah memperolehi projek RM22.9 juta wang rakyat negara ini?

Dan apabila bercakap soal "merit", apakah Muhyiddin sendiri yang meminta USSA mengeluarkan kenyataan tersebut kerana sebelum ini Muhyiddinlah yang kerap menggunakan ungkapan tersebut? Contohnya apabila Emrail Sdn Bhd dan dan Zabima Engineering Sdn Bhd diberikan kontrak Projek Lebuhraya Kinrara-Damansara bernilai RM2.2 bilion yang dianugerahkan kepada seorang peguam Umno yang lansung tak da pengalaman didalam projek lebuhraya, Muhyiddin kata "ia berdasarkan merit"!

Sesungguhnya memberikan anugerah Doktor Kehormat kepada ahli-ahli politik sepertinya kononnya atas dasar merit adalah umpama menyembur pewangi ke atas seketul najis. Bukan bertambah wangi, malah bertambah busuk dan tengek sangat baunya. Ke seluruh dunia!br>

Kalau Betul Mereka Edar Bible, Kenapa Tak Tangkap?

Posted: 20 Jan 2013 07:37 PM PST


Edar Kitab Injil : Hasutan Perkauman Terbaru Alihkan Perhatian Rakyat

Dakwaan ada cubaan untuk mengedar kitab Injil kepada pelajar Islam di Pulau Pinang merupakan hasutan perkauman terbaru bagi mengalihkan perhatian rakyat, dakwa MP Shah Alam Khalid Samad.

Khalid berkata rakyat jangan terpengaruh dengan hasutan perkauman yang kini cuba ditiup oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.

Khalid menegaskan perkara itu tidak masuk akal dan merupakan fitnah jahat yang dilakukan bagi mencetuskan kemarahan umat Islam selepas isu penggunaan Kalimah Allah.

"Jika betul perkara itu berlaku, mengapa hanya mengambil video dan tidak menangkap perlaku itu? "Tangkap saja sebab pelaku itu sudah menyalahi undang-undang dan perlembagaan. Kenapa tidak serahkan kepada pihak polis? Kenapa hanya dimuat naik di Youtube dan Facebook?


"Sebagai rakyat, jangan mudah diperbodohkan Umno-BN. Mereka sudah terdesak dan tersempit oleh itu mereka lakukan pelbagai perkara," katanya dalam ucapannya di Program Merdeka Rakyat, di Seksyen 17, di sini semalam.

Tambahnya, Umno-BN sengaja membangkitkan isu perkauman yang lain selepas isu kalimah Allah dan amanat Haji Hadi tidak berkesan.

Baru-baru ini, terdapat dakwaan bahawa kita Injil diedarkan kepada pelajar Islam, dipercayai oleh dua lelaki di hadapan sebuah sekolah menengah di Jelutong, Pulau Pinang.

Mereka yang berpakaian kemas didapati mengedarkan kitab tersebut kepada kira-kira 50 pelajar termasuk pelajar Islam yang sedang masuk dan keluar sekolah ketika waktu pertukaran sesi persekolahan pagi dan petang itu.

Ulasan GB

Betul.

Kenapa tidak ditahan dan ditangkap "pengedar bible" itu, atau setidak-tidaknya lapor polis untuk tindakan lanjut? Ini tidak, siap ada kesempatan pula untuk ambil gambar dan rakam video! Macam berlakon.

Sama macam kes lakonan "rempit" kemudian gelar mereka pelesit.

Rupa-rupanya UMNO yang pelesit sebenarnya, yang hanya hendak menjadikan isu itu sebagai isu yang menggelegakkan sentimen perkauman dan keagamaan di negeri Pakatan Rakyat, dan kemudian memudahkan untuk mereka memaki, mencarut dan menggunakan kata-kata cacian melampau (satu tindakan tipikal para pencacai-pencacai UMNO yang lansung tidak diambil tindakan oleh pihak polis) seperti di dalam foto ini:



Justeru itu, wahai polis, berlaku adil dan profesyenallah kamu. Tahan dan tangkaplah golongan mereka yang menimbulkan provokasi serta menggunakan perkataan-perkataan melampau untuk mengapi-apikan sentimen perkauman dan keagamaan. Termasuk para menteri yang juga ramai menggunakan isu bible ini untuk kepentingan politik mereka.

Jika tidak, GB khuatir hukum kebenaran dan keadilan akan berlaku dimana maruah dan kredibiliti akan terus tercemar lantaran ketidak-patuhan kepada etika professionalisme kamu sendiri.

Mahathir Boleh Disiasat Bawah Akta Hasutan - Aziz Bari

Posted: 20 Jan 2013 04:23 PM PST

BBekas Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) Profesor Dr Abdul Aziz Bari, berkata, Akta Hasutan boleh dikenakan ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mempersoal kedudukan orang Cina dan India yang diakui perlembagaan.

Beliau mengulas syor Mahathir agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat pemberian kerakyatan kepada sejuta 'pendatang asing' di Persekutuan Tanah Melayu, sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan.

"MCA dan MIC patut kutuk Mahathir sebab bekas PM itu mempertikaikan kedudukan orang Cina dan India. Mereka juga boleh buat laporan polis sebab Mahathir seperti berkata kedudukan warganegara mereka didapati secara tidak sah

"Mahathir boleh disiasat di bawah Akta Hasutan sebab ini mempertikai kedudukan bangsa lain dan boleh menimbulkan rasa tak selesa (pelbagai kaum)," ujar pakar undang-undang ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengulas kenyataan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman bahawa media cuba mensensasikan prosiding RCI berhubung pemberian kewarganegeraan di Sabah.

"Apakah Musa merasa kedudukan Umno dalam bahaya maka dia mengatakan isu itu telah disensasikan? "Tujuan suruhanjaya diraja itu sendiri adalah untuk menyiasat sesuatu isu penting. Prosidingnya sama seperti prosiding mahkamah, boleh dilaporkan dalam media tanpa sekatan," tegas beliau.

"Apa guna sebuah RCI, yang dibiayai oleh wang rakyat, jika prosidingnya disembunyikan?," tambah beliau.

Malah katanya, Musa boleh diheret ke depan RCI atas tuduhan menghina suruhanjaya itu, sekiranya tidak berhenti membuat sebarang kenyataan.

Terdahulu, Aziz berkata, pemberian kewarganegaraan kepada orang Cina dan India oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj adalah berdasarkan kepada kontrak sosial yang dipersetujui Umno sendiri.

"Ia adalah asas kepada penerimaan mereka terhadap kedudukan istimewa Melayu di bawah perkara 153 di bawah Perlembagaan Persekutuan," .

"Mana dia MCA, MIC dan Gerakan? Mereka patut kecam Mahathir dan tinggalkan BN sekiranya pimpinan Umno tidak menegur kebiadaban Tun Dr Mahathir itu," tegasnya.


Mahathir biadap, buta sejarah- Prof Dr Aziz Bari


KUALA LUMPUR 20 Jan: Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing, menerima kecaman pelbagai pihak termasuk pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari.

Menyifatkan kenyataan itu biadap dan mengarut, Aziz berkata, kewarganegaraan yang diberi oleh bapa kemerdekaan itu berbeza ketika Mahathir berkuasa sebagai perdana menteri.

"Tunku beri kewarganegaraan bukan dengan tujuan menipu pilihan raya. Apa yang Tunku buat sebahagian tuntutan dan persetujuan kemerdekaan. Ada syarat tertentu yang diakui undang-undang sebagaimana negara-negara lain,"

"Mereka tidak datang ke sini sebagaimana Pendatang Tanpa Izin (PATI) sekarang, tetapi kesan pentadbiran British. Faktor menipu dalam pilihan raya, tidak ada dalam kes Tunku," katanya.

Menurutnya, prinsip Jus soli yang digunapakai pada masa itu membenarkan seseorang mendapat status warga negara di tempat mereka dilahirkan.

"Tunku mengenakan syarat tertentu yang sebahagiannya dimasukkan dalam peruntukan perlembagaan. Ia dilakukan secara terbuka, bukan mencuri-curi dan berselindung sebagaimana Mahathir," ujarnya dalam satu kiriman emel kepada Keadilan Daily.

"Mahathir bukan sahaja biadab dan buta sejarah, tetapi mempersoalkan kedudukan orang Cina dan India yang diakui oleh perlembagaan," tambah beliau.

Menurut pakar undang-undang ini, berbeza di zaman Tunku, kerakyatan diberi berasaskan kontrak sosial, dan syarat kewarganegaraan pula menjamin kedudukan istimewa orang Melayu.

"Kedudukan dan kuasa Majlis Raja-Raja juga diperkuatkan oleh isu tersebut. Ertinya, tolak ansur antara Melayu dan bangsa lain ketika kemerdekaan dirundingkan.

"Ia diperincikan dengan jelas oleh Bahagian III Perlembagaan Persekutuan dan jadual yang berkenaan. Perkara ini juga perlu dipantau oleh Majlis Raja-Raja," tambah bekas Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) ini.

Ketika ditanya sama ada kerakyatan diberi Tunku selepas merdeka sah mengikut perlembagaan, beliau berkata "Soal lama atau baru tak timbul; ia boleh diberi kepada sesiapa pun. Yang penting ia mengikut prosedur ditetapkan perlembagaan.

"Tidak timbul ia diberi selepas merdeka asalkan ia mengikut prosedur berkenaan dan telus. Almarhum Prof Ahmad Ibrahim (seorang ahli politik Singapura) sendiri pun jadi warga Malaysia selepas merdeka. Beliau orang Singapura. Perkara ini berlaku di seluruh dunia," tegas Aziz.

"Namun apa yang menjadi masalah dengan Mahathir adalah kewarganegaraan diberi secara borong, ribuan dan secara sembunyi.

"Seperti yang kita tahu dia sendiri nafikan sebelum ini. Baru sekarang setelah semua orang bercakap dan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan, baru lah Mahathir mengaku. Tetapi seperti biasa, dia akan seret orang lain seperti Tunku," ujarnya yang turut menyentuh isu itu dalam bukunya, Malaysian Constitution: A Critical Introduction.

- KD




Dr M syor s'jaya siasat pemberian kerakyataan sebelum merdeka


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan agar ditubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu pemberian taraf kerakyatan kepada sejuta pendatang asing di Persekutuan Tanah Melayu sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan.

"Saya hanya mencadangkan sahaja, dan tidak serius tentang itu(melaksanakannya) tetapi jika mahu menjalankan siasatan mestilah secara menyeluruh, ia tidak adil sekiranya hanya fokus kepada satu perkara sahaja dan tidak perkara lain.

"Terdapat perkara yang sama, saya hanya mahu menunjukkan perbandingan, saya bukan serius mengenainya tetapi saya memang menekankan apabila melakukan sesuatu perkara ia mesti adil," katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas merasmikan dan menyampaikan ucaptama pada konvensyen 'Transformasi Ekonomi dan Pelajaran Melayu Pulau Pinang 2013' anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Pulau Pinang di Dewan Utama, Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Permatang Pauh di Bukit Mertajam hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kritikan terhadap tindakannya memberikan taraf kerakyatan kepada 200,000 pendatang asing di Sabah ketika beliau menjadi perdana menteri.

Katanya 200,000 pendatang asing itu telah berada di Sabah untuk satu tempoh yang lama iaitu lebih 20 tahun dan menggunakan bahasa Melayu dalam komunikasi serta mengamalkan budaya setempat.

"Dari segi perundangan mereka memang layak untuk mendapat taraf kerakyatan," katanya.

Selain itu, katanya, pemberian taraf kerakyatan kepada sejuta pendatang asing di Persekutuan Tanah Melayu sebelum merdeka dilakukan Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj walaupun ia tidak termaktub dalam undang-undang ketika itu.

"Hal ini berlaku disebabkan orang Melayu pemurah dan bersedia untuk mengurangkan kuasa mereka, ini sangat berbeza dengan apa yang berlaku di Sabah kerana mereka memang berhak untuk mendapat taraf kerakyatan," katanya.

Konvensyen sehari anjuran PERKASA Pulau Pinang itu bertujuan membangkitkan motivasi dan kesedaran di kalangan orang Melayu Pulau Pinang, khusus mengenai ekonomi dan pendidikan.

Antara objektif utama konvensyen sehari ini ialah menjadi salah satu platform utama percambahan minda membincangkan isu serta peluang ekonomi dan pelajaran orang Melayu Pulau Pinang dan menghasilkan resolusi dan pelan tindakan strategik hala tuju transformasi ekonomi dan pelajaran secara dinamik dan holistik yang sentiasa relevan dan kemaskini ke arah pembangunan dan kemajuan ekonomi serta pelajaran orang Melayu.

Tiga kertas kerja dibentangkan pada konvensyen itu.

Yang turut hadir ialah isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali dan Yang Dipertua Perkasa Negeri Pulau Pinang Yusof Suhaimi Mohd Yatim.

- Bernama

[KES DURJANA] Bapa Perkosa, Cabul Dua Anak Kandung

Posted: 20 Jan 2013 07:10 AM PST

Kuala Lumpur: "Ayah sayang Ina macam ayah sayangkan ibu. Ayah tak mahu berjauhan dengan Ina kerana wajah Ina sama macam ibu," itu ungkapan yang sering didengar Harlina, 19, (bukan nama sebenar) setiap kali 'dijamah' bapanya.

Dia mendakwa menjadi mangsa noda bapanya sejak berusia 13 tahun, iaitu beberapa bulan selepas ibunya meninggal ketika melahirkan adik bongsunya, tujuh tahun lalu.

"Ayah beri alasan dia tak inginkan wanita lain selepas ibu. Dia seolah-olah tak dapat terima hakikat ibu sudah tiada.

Taksub dengan perasaan cinta terhadap ibu menyebabkan saya pula menjadi mangsa.

"Malah, ayah pernah bercakap seorang diri, seolah-olah berbual dengan ibu. Dia hilang pedoman dan kurang siuman dengan pemergian ibu hinggakan adik bongsu langsung tidak dipedulikan, menyebabkan kami hilang tempat bergantung.

"Memang tak dapat dinafikan wajah saya saling tidak tumpah seperti ibu membuatkan ayah berasa saya pengganti ibu," kata anak sulung daripada empat beradik ini.

Hilang hormat kepada lelaki

Sabak Bernam: Diperkosa bapa kandung ketika berusia lapan tahun dan dirogol beramai-ramai oleh kenalan lelaki membuatkan gadis ini membenci lelaki.

Menurut Ally, 19, rasa hormatnya kepada kaum Adam makin menipis setiap kali dia mengingati kenangan pahit itu.

"Saya benci berada dekat lelaki. Membayangkan kejadian saya diperkosa dan didera bapa sebelum kenalan rapat pula menjadi dalang rancangan rogol beramai-ramai membuatkan saya jijik dan benci pada lelaki.

"Semua lelaki mempunyai pemikiran sama biarpun saya cuba menafikannya berkali-kali.

Mungkin saya tak bernasib baik dikelilingi lelaki bernafsu binatang," katanya.

Menceritakan kembali saat dirinya diperkosa bapa sendiri, Ally berkata, bapanya penagih dadah yang bercerai dengan ibunya ketika dia berusia enam tahun.

"Satu hari ayah datang menjemput saya pulang sebaik tamat sekolah. Ayah kata saya perlu tinggal bersamanya dan saya bersetuju kerana dia bapa kandung saya. Bagaimanapun, sepanjang beberapa bulan dengannya, saya didera dan kemuncaknya saya dirogol.

"Meskipun masih mentah, rasa malu diperlakukan kurang sopan oleh bapa sendiri dirasai ketika itu. Malah, rasa sakit ketika diratah sepuas-puasnya ayah masih terbayang hingga kini.

"Tiada langsung rasa simpati, sebaliknya ditampar setiap kali menangis ketika minta bapa melepaskan saya. Paling saya tidak tahan, dia mencucuh puntung rokok pada kemaluan saya," katanya.

Bagaimanapun, katanya, dia bernasib baik apabila diselamatkan bapa saudara sebelah bapanya ketika hampir dijual untuk melangsaikan hutang judi si ayah.

"Mujur pak cik menemui dan menyelamatkan saya," katanya.

Tidak cukup dengan penderitaan dirogol bapa sendiri, hidup Ally semakin kelam apabila diperkosa beramai-ramai akibat perangkap kenalan lelaki ketika masih belajar di sekolah menengah.

"Saya terlalu naif apabila sekali lagi meletakkan kepercayaan pada lelaki.

Saya terperangkap dengan sandiwaranya.

Dia begitu baik dan sering membantu saya ketika dalam kesusahan, tetapi kemudian sanggup berpakat dengan beberapa rakannya untuk merogol saya.

"Bukan seorang, tetapi tujuh lelaki memperkosa saya berkali-kali tanpa belas kasihan," kata penghuni Rumah Perlindungan Baitul Ehsan, di sini.

Parlimen Bubar 22 Feb 2013 (?)

Posted: 20 Jan 2013 04:03 AM PST


PRU: 'Ambo nak umum dah', kata Najib

KOTA BHARU - Teka-teki Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) terus mendapat perhatian di mana hari ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membayangkan pembubaran Parlimen akan dibuat dalam masa terdekat.

Berucap pada Majlis Janji Ditepati di Pusat Transformasi Luar Bandar di sini, Presiden Umno menegaskan, pihaknya sudah bersedia, sambil mahu rakyat memberi undi kepada Barisan Nasional (BN).

"Ambo (saya) nak umum pilihan raya dah, hari ini dalam majlis nak tanya adakah rakyat bersedia menyokong BN ?" kata beliau yang juga Pengerusi BN sambil menerima sorokan lebih 30,000 penyokong.

Dalam ucapan itu, Najib turut mengumumkan tujuh janji kepada rakyat Kelantan sekiranya BN diberi mandat untuk mentadbir negeri.

Antaranya, pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai, stadium baru, menyediakan kemudahan air, perumahan rakyat, kampus Universiti Teknologi Mara kampus Kota Bharu dan masjid terbesar di Kelantan. -SH

Ulasan GBBerikut ialah maklumat yang tersebar di beberapa laman sosial.

klik untuk lebih jelas

Tiada ulasan: