MIMPI SENJA |
- LISTEN LISTEN LISTEN ... Betina ni penakut rupanya
- EDISI ANEH'; Wanita lahir anak 'katak'
- Najib sepatutnya membersihkan nama Tunku, bapanya Tun Razak dan satu juta warga generasi Merdeka daripada fitnah Mahathir
- Himpunan lebih besar dari #KL112 jika didapati ada penipuan dalam PRU 13 - Mat Sabu
- TOKOH GENETIK YAHUDI PELUK ISLAM HANYA KERANA 1 AYAT AL-QURAN
- Chow Kit tawar khidmat ‘tambah nilai’ [pelacuran]
LISTEN LISTEN LISTEN ... Betina ni penakut rupanya Posted: 20 Jan 2013 10:38 PM PST |
EDISI ANEH'; Wanita lahir anak 'katak' Posted: 20 Jan 2013 08:03 AM PST |
Posted: 20 Jan 2013 07:13 AM PST Baru separuh bulan pertama Tahun Baru 2013 berlalu tetapi dasar 1 Malaysia Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengalami dua tamparan hebat – pertama, insiden "Listen, listen, listen!" Sharifah-Bawani dan kedua, mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir menfitnah Bapa Malaysia Tunku Abdul Rahman dan satu juta warganegara genrasi Merdeka.Klip video terkenal "Listen, listen, listen!" Sharifah-Bawani adalah bukti terkini berterusan dan bahaya tersembunyi pusaka 22 tahun pemerintahan drakonian Mahathir, mendedahkan kepalsuan dakwaan bahawa pemerintahan Najib telah membuang segala beban lampau yang bersifat Mahathir dan kini menganut kepercayaan "Era kerajaan tahu semua telah berlalu". Apa yang menggoncang keyakinan awam sehingga ke akar bukan sahaja integriti institusi negara tetapi juga iltizam kerajaan sekarang terhadap dasar 1Malaysia ialah fitnah terhadap Bapa Malaysia Tunku Abdul Rahman dan satu juta warga generasi Merdeka oleh Perdana Menteri paling lama memerintah ketika cuba menjustifikasikan Projek IC atau Projek M yang telah melakukan jenayah dan pengkhianatan penipuan "kewarganegaraan-untuk-undi" di Sabah bagi mempertahankan kuasa UMNO di negeri itu. Najib menghuraikan maksud 1Malaysia di dalam Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan 1Malaysia pada Januari 2010 menyebut: "Matlamat 1Malaysia adalah untuk menjadikan Malaysia lebih berdaya maju, lebih produktif dan lebih berdaya saing – dan kemuncaknya sebuah negara yang hebat: sebuah negara yang diharapkan agar setiap warga Malaysia melihat dirinya terlebih dahulu sebagai rakyat Malaysia, dan kemudiannya barulah melihat dirinya berdasarkan bangsa, agama, kawasan geografi dan latar belakang sosial, dan juga sebuah negara yang diharapkan agar prinsip 1Malaysia dijalin dalam struktur ekonomi, politik dan sosial masyarakat." Akan tetapi satu persoalan yang menuntut jawapan, walaupun kita meletak ke tepi buat sementara waktu penolakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap dasar 1Malaysia sewaktu beliau mengisytiharkan dirinya "Melayu dahulu, rakyat Malaysia kemudian" dan kegagalan Kabinet serta Majlis Tertinggi UMNO/BN untuk menyokong secara terbuka dasar 1Malaysia meskipun sudah empat tahun pemerintahan Najib. Persoalannya ialah: Bagaimana rakyat Malaysia mahu melihat dasar 1Malaysia Najib sebagai sebuah dasar yang serius bagi menjadikan Malaysia yang lebih berdaya maju, lebih produktif dan lebih berdaya saing yang mana setiap warga Malaysia melihat dirinya terlebih dahulu sebagai rakyat Malaysia kemudian barulah berdasarkan bangsa, apabila usaha dalam pembangunan bangsa bukan sahaja oleh Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman tetapi juga satu juta warga generasi Merdeka boleh diperkecilkan malah difitnah – seperti yang dilakukan Mahathir apabila beliau mendakwa Tunku telah melakukan sesuatu yang lebih teruk daripada Projek IC atau Projek M dengan memberikan kewarganegaraan kepada satu juga warga semenanjung Malaysia yang tidak layak, dan membantah: "Kenapa apa yang dia buat tak salah dan apa yang saya buat ini salah?" Bukannya dengan menfitnah Tunku dan satu juta warga generasi Merdeka tetapi Mahathir sepatutnya menjawab kepada rakyat Sabah dan Malaysia mengapa beliau hidup di dalam pembohongan selama dua dekad – sepuluh tahun sebagai PM dan sepuluh tahun selepas bersara – menafikan kewujudan Projek IC atau Projek M yang melakukan penipuan "kewarganegaraan-untuk-undi"? Rakyat Malaysia bagaimanapun, bingung dengan jawapan Najib pada hari Khamis selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional terhadap pendedahan penipuan "kewarganegaraan-untuk-undi" oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) tentang pendatang tanpa izin di Sabag dan reaksi Mahathir. Sebenarnya, apa yang Najib tidak katakan lebih penting daripada apa yang beliau katakan. Walaupun mengatakan masih awal untuk membuat sebarang kesimpulan daripada RCI memandangkan ia masih di peringkat permulaan dengan 167 lagi saksi akan dipanggil, Najib berhati-hati mengelak daripada memberikan komen kepada fitnah Mahathir terhadap Tunku serta satu juta warga generasi Merdeka. Adakah Najib menunjukkan sokongan kepada fitnah Mahathir bahawa Tunku memberikan kewarganegaraan kepada satu juta warga tidak layak – yang bukan sahaja mengaitkan Bapa Malaysia tetapi juga bapa Najib, Tun Razak? Biar Najib segera membersihkan bukan sahaja nama Tunku tetapi juga bapa beliau Tun Razak dan secara terbuka menjauhkan dirinya daripada fitnah Mahathir terhadap Tunku, Tun Razak dan satu juta warga generasi Merdeka. |
Himpunan lebih besar dari #KL112 jika didapati ada penipuan dalam PRU 13 - Mat Sabu Posted: 20 Jan 2013 04:58 AM PST January 20, 2013 KUALA LUMPUR, 20 Jan — Pakatan pembangkang menegaskan akan turun ke jalanan sekali lagi sekiranya pilihan raya umum (PRU) ke-13 dicemari dengan penipuan, tegas Pengerusi Himpunan Kebangkitan Rakyat Mohamad Sabu. Timbalan Presiden PAS yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu menegaskan Pakatan Rakyat (PR) tidak teragak-agak untuk menghimpunkan lebih ramai rakyat ke jalanan seperti beberapa siri perhimpunan sebelum ini yang menuntut pilihan raya bersih dan adil, anjuran NGO yang dikenali sebagai Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0). "Kita janji, jika kerajaan tak turun, kita tidak akan pulang," katanya (gambar fail) ketika ceramah di Bandar Tasik Puteri malam tadi dipetik portalHarakahdaily. Beberapa siri perhimpunan telah dianjurkan, seperti Bersih, Bersih 2.0, dan terbaru Bersih 3.0 bagi menuntut pembaharuan sistem daftar pemilih di negara ini yang dakwa PR dipenuhi dengan unsur penipuan. Tahun lalu, perhimpunan besar-besaran Bersih 3.0 pada 28 April turut menyaksikan peserta perhimpunan bertempur dengan pihak berkuasa. Pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata dan meriam air apabila kawasan Dataran Merdeka yang telah pun diharamkan oleh mahkamah untuk perhimpunan dicerobohi. Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung pada 12 Januari lalu berjalan secara aman apabila pihak berkuasa memberi kebenaran untuk perhimpunan diadakan di Stadium Merdeka, tempat Tunku Abdul Rahman memproklamasikan kemerdekaan. Buat pertama kali dalam sejarah perhimpunan berjalan tanpa sebarang insiden apabila Polis Di Raja Malaysia (PDRM) melalui ketuanya Tan Sri Ismail Omar berikrar untuk memastikan perhimpunan 12 Januari menjadi "peristiwa bersejarah". PRU 13 perlu diadakan selepas mandat Barisan Nasional (BN) tamat pada 28 April akan datang. Akan tetapi ramai pihak yang menjangkakan ianya akan diadakan lebih awal disebabkan ada beberapa negeri yang akan habis mandat pada akhir Mac seperti dewan undangan negeri Johor yang akan terbubar secara automatik pada 21 Mac dan Negeri Sembilan pada 26 Mac. Parti-parti pembangkang PKR, PAS dan DAP yang menubuhkan PR mendapat keuntungan yang signifikan pada pilihan raya umum ke-12, mengawal 82 daripada 222 kerusi Parlimen, selain memegang tiga negeri utama di sepanjang pantai barat semenanjung — Selangor, Pulau Pinang dan Kedah — di samping mengekalkan Kelantan semenjak 22 tahun lalu.- TMI |
TOKOH GENETIK YAHUDI PELUK ISLAM HANYA KERANA 1 AYAT AL-QURAN Posted: 20 Jan 2013 02:12 AM PST "Wanita-wanita yang ditalak hendaklah menahan diri (menunggu) tiga kali quru'." (QS. Al-Baqarah : 228). Ayat tersebut menarik perhatian Robert Guilhem, seorang pakar genetik dan tokoh Yahudi di Albert Einstein College. Ia bertanya-tanya, mengapa kitab suci umat Islam memberikan ketentuan masa iddah tiga bulan? Mengapa setelah bercerai perempuan tidak boleh langsung menikah lagi dengan lelaki lain? Guilhem pun menyelidiki ayat itu dan melakukan penelitian. Seperti diterbitkan societyberty.com, hasil penelitian Guilhem menunjukkan, hubungan intim suami isteri menyebabkan laki-laki meninggalkan 'sidik khususnya pada perempuan. Jika pasangan suami istri tidak bersetubuh, maka tanda itu secara perlahan-lahan akan hilang antara 25-30 persen. Kemudian ia akan hilang secara keseluruhan setelah tiga bulan berlalu. Setelah tiga bulan dan sidik khusus suaminya hilang, perempuan yang dicerai akan siap menerima sidik khusus laki-laki lainnya. Guilhem kemudian melakukan penelitian dan pembuktian lain di sebuah perkampungan Muslim Afrika di Amerika. Dalam studinya, ia menemukan setiap wanita di sana hanya mengandung sidik khusus dari pasangan mereka saja. Ketika ia melakukan penelitian serupa di perkampungan nonmuslim Amerika, ia mendapatkan hasil yang berbeza. Ternyata wanita di sana yang hamil memiliki jejak sidik dua hingga tiga laki-laki. Artinya, wanita-wanita non-muslim di sana melakukan hubungan intim selain pernikahannya yang sah. Pakar genetik itu juga melakukan penelitian kepada isterinya sendiri. Ternyata hasilnya menunjukkan isterinya memiliki tiga rekam sidik laki-laki. Ia mendapati bukti bahwa isterinya curang. Dari tiga anaknya, hanya satu yang berasal dari dirinya. Setelah penelitian-penelitian tersebut, Guilhem akhirnya memutuskan untuk masuk Islam. Ia bersyahadat setelah meyakini hanya Islam lah yang menjaga martabat perempuan dan menjaga keutuhan kehidupan sosial. Ia yakin bahwa perempuan muslimah adalah perempuan paling bersih di muka bumi ini. sumber |
Chow Kit tawar khidmat ‘tambah nilai’ [pelacuran] Posted: 20 Jan 2013 12:07 AM PST 20 Januari 2013 KUALA LUMPUR - Berselindung di sebalik khemah dan premis urut di Chow Kit di sini, pekerja warga asing dikenal pasti turut menawarkan perkhidmatan tambahan termasuk menjalankan aktiviti pelacuran dengan membawa pelanggan ke satu lokasi lain. Perkara itu diakui sendiri oleh pihak Jabatan Imigresen yang menjalankan risikan serta penyamaran terhadap kegiatan pekerja warga asing yang juga dipercayai bekerja secara haram di kawasan tersebut. Ia turut membawa kepada tindakan operasi dengan melakukan serbuan mengejut ke lokasi tersebut, malam kelmarin. Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen Cawangan Wilayah Persekutuan, James Musa Singa berkata, seramai 52 warga asing dan tiga majikan warga tempatan berumur lingkungan 21 hingga 58 tahun ditahan dalam Ops Sayang dan Ops Jaja di sekitar Jalan Haji Hussein, Chow Kit. Menurutnya, mereka yang ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk pas pekerjaan tidak sah dan memiliki dokumen perjalanan palsu itu adalah antara 81 individu yang diperiksa dalam operasi bermula jam 10 malam itu. "Daripada jumlah itu, 39 daripada mereka adalah warga Indonesia, Bangladesh (tujuh), India (tiga) dan masing-masing seorang warga Pakistan, Nepal dan Myanmar. "Hasil risikan dan penyamaran selama seminggu yang dibuat pegawai Imigresen sendiri, tidak dinafikan terdapat pekerja warga asing yang menawarkan khidmat pelacuran menggunakan modus operandi mendapatkan pelanggan di premis urut dan di bawa ke keluar ke lokasi lain," katanya selepas operasi bersepadu jabatan itu bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Beliau dalam pada itu berkata, ketiga-tiga majikan ditahan mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen kerana menggaji tiga pekerja asing tanpa permit dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM10,000 dan maksimum RM50,000 atau penjara 12 bulan atau kedua-duanya sekali bagi setiap seorang pekerja. Katanya, DBKL turut mengeluarkan 20 saman terhadap premis dan penjaja di bawah Undang-undang Kecil Establishment Kecantikan dan Kesihatan. "Kompaun berjumlah RM10,000 juga dikeluarkan terhadap 10 penjaja tanpa lesen," katanya. Seramai 74 anggota terlibat dalam operasi selama tiga jam itu dan semua yang ditahan dibawa ke Pejabat Imigresen Jalan Duta untuk tindakan lanjut. |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
1 ulasan:
Besides, Ardamax keylogger logs information about the Internet addresses
the user has visited. Go back to the 'Task Manager' window.
Keeping an eye on employees in offices spread all over the world?
Catat Ulasan